Вы находитесь на странице: 1из 2

Kisah I

> Saya ada banyak kisah tentang perempuan-perempuan buta. Satu


darinya,rakan
sekuliah yang berkahwin seawal di matrikulasi. Didorong rasa cinta,
mak bapak tolak ke tepi, nasihat
member-member dikata dengki.
>
> Menjadi isteri kedua kepada seorang pemandu teksi yang menurutnya
lelaki
paling caring dan gentle pernah ditemui walau hakikatnya tidak mampu
serba-serbi (bayangkan susu
anak isteri tua pun tak mampu dibeli). Itu belum cerita hal lampin anak,
rumahnya walau pada interpretasi
saya lebih mirip reban ayam nenek saya ( jambannya ditampal dengan signboard Ca
r Wash)
dan anak-anaknya
yang berderet macam gerabak LRT. Bila ditanya, cepat dia menjawab,
"kau takkan faham,cinta kami cinta sejati"
>
> Kisah II
> Teman baik sejak kecil yang muda setahun, agak rapat hingga saya
sanggup
keluar untuk menunggu bas setengah jam awal setiap hari hanya
untuk membentangkan "analisis program TV"
malam sebelumnya. Hobinya mencuba pelbagai krim muka,
hangout di pasar malam (duduk di kampunglah katakan),
bergaduh dengan bohsia dan tidak ketinggalan bercuti setiap hari
Isnin untuk mengelak perhimpunan.
>
> Agak gila-gila, gemar naik motor petang- petang , pakai baju lawa-lawa
macam orang hendak pergi beraya dan pernah sekali,
buat DIY tattoo pakai ubat nyamuk lingkaran. Paling gila,
berhenti sekolah semasa Form 4 ,bertunang semasa saya di matriks
dan menikah setahun kemudian. Raya yang
lepas, officially divorce dengan anak yang baru menjengah usia setahun.
>
> Kisah III
> Si perempuan ini rupa ada, badan pun boleh tahan. Paling
menyakitkan hati ramai pula peminat tapi dgn lelaki nie juga yang di pilih nya.
>Teman lelaki pula bukannya
handsome sangat pun (sekali pandang macam Helmi Gimmik,
2 kali pandang dah rupa macam goalkeeper team bola Ghana).
>
> Mungkin disebabkan faktor infeoriti dan berasa berada bukan di dalam
zonselamat, si perempuan dengan bermurah hati "berjasa" kepada si lelaki.
Ada handset diberi guna, tak ada duit diberi pinjam ,ada motor diberi pakai.
Alasannya mudah -senang untuk berhubung lantaran keduanya dari kuliah berlainan.
Kononnya esok lusa kalau
ada jodoh, semuanya akan jadi harta sepencarian.
>
> Masalahnya, si lelaki ini serius sedikit pun tidak, hidup dengan
berbohong, si perempuan pula terus berharap. Pantang orang mengkhabarkan
berita yang "kureng" tentang si
cik abang habis satu kolej diamukkan. Di matanya, dialah Rosalinda yang hebat
diduga dalam api percintaan.
Sementelah

lelakinya Fernando Jose the most eligible bachelor yang menjadi rebutan setiap
perawan.
>
> Semua cerita di atas mengingatkan saya kepada phrases Love is Blind.
To be
honest saya setuju walau tidak 100 peratus. Kalau tidak masakan si Romeo
sanggup minum racun untuk mati
bersama Juliet, Teja yang sanggup lari ke Melaka mengikut Hang Tuah,
Rose yang sanggup memilih untuk
tenggelam demi bersama Jack dan si malang Devdas yang mati kerana
frust melepaskan Paro ke tangan orang.
>
> TETAPI, saya strongly disagree apabila itu dijadikan alasan bila hidup
yang indah berubah menjadi neraka, apabila seseorang yang disangka
teman sehidup semati @mr right, berubah
mr bahlol. Kerana dalam hidup kita diberi dua pilihan, untuk berkata
ya atau tidak. Lagu Lee Ann Womack ada
bercerita, Hidup ini tarian, kita ada pilihan sama ada mahu duduk atau menari.
Moral of
the story is learn to love yourself before learn tolove others.
>
> Cinta yang dipacu rasa berahi terbit dari sayang dan suka, tanpa
rasionaliti dan kematangan boleh membawa kemusnahan yang luar biasa.
Itu sangat-sangat saya percaya.Seiring
dengan usia, api berahi makin malap,rasa sayang menjauh .Bila kasih makin dingi
n,
saat itulah isteri yang mulanya
dianggap JLo kini tak ubah macam nyamuk Aedes yang membawa virus Denggi.
Si
suami pula tidak ubah macam Anaconda-perut memboy ot dan tahu mengarah
24
jam ,bezanya Anaconda ini hidup didarat .Persoalannya apa akan jadi bila rasa ka
sih,
rasa sayang sudah hilang.
>
> Dalam kes-kes tadi, saya masih tidak faham mengapa perempuan yang
selalu
buta dalam percintaan. Kemudian menyalahkan lelaki, lelaki tiada hati perutlah,
jantan tak gunalah, jantan prebet
dan yang seangkatan dengannya tanpa mengambil tindakan dan
langkah-langkah pencegahan awal.Harus diingat,
dalam apa jua perkara prevention is always better than cure.
>
>
> Dan....kepada lelaki yang mempunyai similiariti dengan kisah-kisah di
atas, satu saja pesanan-jika tidak mahu nasib yang sama menimpa anak
atau adik perempuan anda di kemudian
hari, belajar- belajar lah "menghargai" dan "bertanggungjawab"
>
> Mungkin saya tidak adil, mungkin sedikit prejudis atau mungkin betul
kata
perempuan dalam kisah I, mungkin saya tidak akan faham erti cinta sejati.
Anda bagaimana?

Вам также может понравиться