Вы находитесь на странице: 1из 3

Mengikut muqadimah pengarang (atau, penyusun) Sejarah Melayu

(Sulalatus Salatin),
pada satu majlis ada seorang Orang Besar, terlebih
mulianya dan terlebih besar martabatnya daripada yang
lain. Maka berkata ia kepada fakir, Hamba dengar ada
Hikayat Melayu dibawa oleh orang dari Gowa; barang kita
perbaiki kiranya dengan istiadatnya, supaya diketahui oleh
segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita, dan
boleh diingatkan oleh segala mereka itu. Dan adalah beroleh
faedah ia daripadanya.
Maka, terhasillah Sejarah Melayu, ditulis (atau, disusun) oleh Tun Muhammad
namaya, Tun Seri Lanang timang-timangnya, Bendahara orangnya, selesai dalam
tahun 1612.

Hampir hampir genap 400 tahun kemudian, boleh kita rasakan bisikan,

sering juga kita dengar ada banyak kajian telah dibuat


akan tamadun Bangsa Melayu oleh orang lain berkurun
lamanya; barang kita kumpulkan dan perbaiki kiranya
akan rumusannya dengan rasa sanubari kita sendiri supaya
diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian
daripada kita, dan boleh diingatkan oleh segala mereka itu.
Dan adalah beroleh faedah ia daripadanya.

Maka, terhasillah Tamadun Alam Melayu, ditulis dan disusun oleh Mohd Arof Ishak
namanya, ahli Persatuan Sejarah Malaysia karyawannya, selesai dalam tahun 2009.

Bab 1

Pengenalan

Bab 2

Bermulanya Tamadun di Asia Tenggara

Bab 3

Orang Melayu : Asal Usul dan Tanah Air

Bab 4

Bangsa Melayu Tersebar

Bab 5

Keluarga Bahasa Melayu

Bab 6

Sebab Tersebarnya Bangsa Melayu Zaman Kuno

Bab 7

Bangsa Melayu di Tanah Besar Asia

Bab 8

Pulau Taiwan

Bab 9

Sifat Tamadun Melayu

Bab 10

Negara-negara Melayu Moden

Bab 11

Bingkisan Budaya Orang Melayu

Bab 12

Penutup

TAMADUN ALAM MELAYU

TAMADUN ALAM MELAYU buku terbaru tentang orang Melayu.

TAMADUN ALAM MELAYU - menghuraikan subjek tamadun orang Melayu dengan satu
pakej yang menyeluruh dan menarik, termasuk asal usul bangsa dan tamadun Melayu (satu
bangsa yang tua). Dengan huraian dan gambar (44 gambar dan lakaran) yang menarik.
Ia mengupas tajuk tamadun orang Melayu mengikut pendapat-pendapat penting dan terkini
para sarjana dan peminat tajuk ini. Subjek tamadun orang Melayu telah dikaji oleh pelbagai
sarjana sejak beberapa ratus tahun, semenjak orang Eropah mula menemui orang Melayu.
Buku ini tidak dibentangkan secara buku akademik. Sebaliknya, buku ini diolah sebagai
bacaan umum yakni untuk bacaan orang ramai.

TAMADUN ALAM MELAYU - menghidangkan cerita sepenuhnya tentang orang Melayu tidak salah kalau buku ini boleh dianggap sebagai buku yang mesti dimiliki oleh setiap
keluarga orang Melayu.

Terbitan

: 31 Ogos 2009, oleh Persatuan Sejarah Malaysia

Pengarang : Mohd Arof Ishak


Tebal

: 4 halaman

Harga

: Kulit Tebal

RM90

Kulit Lembut RM70

Вам также может понравиться