Вы находитесь на странице: 1из 2

Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang berpegang teguh pada paksi keadilan, penjaga

detik yang patuh pada waktu, para dif jemputan,guru-guru, hadirin dan hadirat seterusnya rakan-rakan
yang dihormati sekalian. Assalamualaikum warahmahtullahhi wabarokatuh dan salam sejahtera.
Berdirinya saya di pentas yang indah ini adalah untuk menyampaikan pidato saya yang
berbunyi MALAYSIA NEGARAKU yang bermaksud sebuah Negara yang menjadi tempat sesuatu
masyarakat termasuk saya bernaung dan diperintah oleh sebuah kerajaan.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Detik 31 Ogos 1957 mencatatkan sejarah yang tidak dapat kita padam dari kamus sejarah
Negara apabila pada tarikh keramat itulah Negara kita telah mencapai kemerdekaan apabila bendera
Union Jack telah diturunkan dan buat pertama kalinya bendera Malaysia berkibar serta lagu
Negaraku berkumandang. Kibaran Jalur gemilang yang diiringi lagu Negaraku telah membakar
semangat patriotik dalam jiwa rakyat Malaysia kerana itulah tanda kemegahan Negara kita. Bertitik
tolak dari itulah Negara Malaysia kian membangun.
Pembaharuan demi pembaharuan, kejayaan demi kejayaan telah dicapai oleh Malaysia di
bawah naungan Yang dipertuan Agong dan tampuk pimpinan pemimpin-pepimpin yang berkarisma.
Sebagai buktinya sepanjang tempoh 50 tahun negara mencapai kemerdekaan,Malaysia berjaya
menempa nama di pesada dunia setanding dengan negara-negara maju yang lain. Jalur gemilang
telah berjaya menawan puncak Everest dan Kutub Utara malahan juga ke ruang angkasa apabila Dr.
Sheikh Muzzafar berjaya menjadi rakyat Malaysia yang pertama ke angkasa lepas. Tidak mustahil
menjelang tahun 2020, Malaysia mampu menjadi sebuah Negara maju.
Hadirin sekalian,
Malaysia Negaraku yang tercinta, penduduknya yang berbilang bangsa hidup bersatu padu
menjadikan Malaysia sebuah Negara yang aman dan damai. Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah
sentiasa bersyukur akan kesejahteraan Negara kita. Rakyat Malaysia sering mengamalkan sikap
tolong menolong ibarat aur dengan tebing tanpa membezakan warna kulit. Sebagai contohnya
semasa bencana Tsunami, rakyat Malaysia telah memberikan sumbangan kepada mangsa-mangsa
yang terlibat sama ada di Malaysia atau pun di Indonesia.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Pepatah Melayu pernah berkata tak kenal maka tak cinta justeru, pada tahun 2007 Malaysia
telah menganjurkan Tahun Melawat Malaysia. Malaysia menjadi tumpuan pelancong dari seluruh
dunia. Ketika inilah negara mempamerkan keunikkan yang terdapat di Malaysia iaitu dari segi
kebudayaan dan juga adat resam masyarakat majmuknya. Pelbagai perayaan disambut antaranya
Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Deepavali, Pesta Kaamatan dan Thaipusam yang turut disertai
oleh pelancong-pelancong asing. Selain itu, terdapat juga pelbagai makanan yang lazat seperti
sate,laksa,nasi dagang dan sebagainya.
Disamping itu, banyak destinasi pelancongan yang menarik diperkenalkan antaranya Pulau
Langkawi yang terkenal dengan Lagenda Mahsuri, Melaka dengan Kota Afamosa, Sabah dengan
Gunung Kinabalu yang merupakan gunung yang tertinggi di Asia Tenggara, Tanah Tinggi Cameron,
Menara KLCC, Eye On Malaysia dan lain-lain lagi. Setiap tempat pelancongan itu mempunyai
keistimewaan masing-masing. Inilah kelebihan Malaysia Negaraku yang tercinta.
Hadirin sekalian,

Sempena Tahun Melawat Malaysia juga, pelbagai permainan dan tarian tradisional
diperkenalkan antaranya gasing, wau bulan, sepak raga, congkak, wayang kulit, kuda kepang, boria,
dikir barat dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, nama Malaysia terus meniti di bibir pelancong
asing kerana rakyat Malaysia yang berbudi bahasa, bersopan santun serta peramah. Rakyat Malaysia
juga tidak loket dengan senyuman. Sesuai dengan adat ketimuran yang menjadi amalan rakyat di
Negara ini. Faktor inilah menyebabkan Malaysia disanjung oleh Negara-negara luar.
Kita juga harus berbangga dengan terciptanya kereta buatan Malaysia seperti kereta waja, satria, dan
wira yang mendapat tempat di luar Negara. Saya bangga menjadi anak Malaysia. Malaysia Boleh!
Malaysia Boleh!
Hadirin dan hadirat sekalian,
Sebelum saya mengundur diri, izinkan saya menyampaikan serangkap pantun:
Pulau Tioman Pulau Pangkor
Tak lupa juga Tasik Pedu
Indah permai aman dan makmur
Itulah Malaysia Negaraku.
Sekian, wabilahhitaufiq walhidayah wasalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh

Вам также может понравиться