Вы находитесь на странице: 1из 33

TAMADUN ISLAM

KONSEP TAMADUN ISLAM


Pengabdian diri kepada Allah SWT.
Berorganisasi atas asas aqidah.
Keagungan dan keluhuran nilai kemnusiaan
berbanding dengan nilai benda.
Berfungsinya nilai-nilai kemanusiaan yang
menyebabkan berkembangnya sifat kemanusiaan
manusia bukan sifat kebinatangan.
Kesucian keluarga.
Melaksanakan tugas khalifah di bumi Allah dengan
mengikuti panduan Allah SWT dan sentiasa
memegang janji dan amanah Allah.
Mematuhi syariat di dalam semua urusan khilafah ini.

ASAS TAMADUN ISLAM


Terbahagi kepada 3 bahagian utama iaitu
Akidah, Syariah dan Akhlak.

AKIDAH
Kepercayaan, keyakinan. ( kamus dewan)
Menurut Hasbi al-Siddiqi :
Ikatan yang dipegang teguh dan tertanam
dalam lubuk jiwa seseorang yang tidak dapat
digoncang dan dihuraikan lagi.
Akidah Tauhid ( mengesakan Allah) merupakan
intipati kepada rukun iman yang lain. Ia
menjelaskan mengenai konsep keesaan,
keunggulan dan kemutlakan Allah s.w.t sebagai
Tuhan Pencipta Alam dan berkuasa ke atas
semua makhluknya.

Akidah menjadi asas utama Tamadun Islam yang


tersusun dalam Rukun Iman iaitu:

Percaya kepada Allah s.w.t.


Percaya kepada Malaikat.
Percaya kepada Kitab-kitab Allah.
Percaya kepada Rasul-rasulnya.
Percaya kepada Hari Kiamat.
Percaya kepada ketentuan Qadha dan Qadar.

SYARIAH
Setiap yang diundang-undangkan oleh Allah
dalam urusan keagamaan melalui wahyunya
samaada al-Quran atau al-Sunnah.
Terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:

a) Ibadah Khusus

Berkaitan dengan hubungan manusia dengan


Allah yang terkandung dalam Rukun Islam
iaitu:
Mengucap dua kalimah syahadah.(Bersaksi
bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan nabi
Muhammad pesuruh Allah)
Mendirikan solat.
Berpuasa di bulan Ramadhan.
Mengeluarkan zakat.
Menunaikan haji di Mekah.

b) Ibadah Umum
Berkaitan dengan hubungan manusia dengan
manusia dan manusia dengan alam yang
menghasilkan sistem sosial, politik, ekonomi,
sains dan teknologi dan sebagainya dalam
sebuah tamadun.

AKHLAK
Menurut Imam al-Ghazali :
Sifat yang tertanam dalam jiwa yang darinya
terbentuk tingkah laku dengan mudah tanpa
memerlukan pertimbangan akal terlebih dahulu.

Merangkumi akhlak terhadap:

Diri sendiri.
Keluarga.
Masyarakat.
Alam sekitar.
Allah s.w.t.

Akhlak yang perlu diikuti dan dicontohi oleh


setiap muslim adalah akhlak Nabi Muhammad
s.a.w sebagaimana yang terkandung dalam al
Sunnah.

SIFAT-SIFAT TAMADUN ISLAM

Universal atau sejagat.


Terbuka.
Sesuai sepanjang zaman.
Toleransi terhadap tamadun dan budaya lain.
Kesatuan dalam kepelbagaian.
Keseimbangan antara rohani dan jasmani.
Rabbani.
Sempurna dan menyeluruh.
Idealistik dan realistik.
Sempurna dan menyeluruh.
Idealistik dan realistik.

MATLAMAT TAMADUN ISLAM

Memartabatkan Islam sebagai al-Din.


Mewujudkan hubungan manusia dengan Allah.
Hubungan manusia sesama manusia.
Hubungan manusia dengan alam.

DASAR TAMADUN ISLAM


Untuk memelihara dan memulihkan serta
menghormati hak asasi manusia termasuk
haiwan, tumbuhan, alam sekitar bagi menjamin
kebahagian dan keharmonian hidup.
Terdapat 5 dasar iaitu:

1- Agama
Orang Islam wajib memelihara agama. Mereka
yang murtad wajib bertaubat, sekiranya enggan
atau engkar, mereka akan dikenakan hukuman
bunuh.

2- Jiwa dan nyawa


Orang Islam wajib menjaga keselamatan jiwa
dan nyawa diri sendiri dan orang lain.
Haram menjerumuskan nyawa ke dalam
kemudaratan.
Mereka yang membunuh akan dibalas bunuh.

3 Akal

Wajib mendorong akal dengan ilmu


pengetahuan dan memikirkan perkara-perkara
berkaitan dengan kekuasaan Tuhan.

Haram mendedahkan akal kepada perkaraperkara yang boleh merosakkan atau


melemahkan kemampuannya.

4- Kehormatan dan keturunan


Orang Islam wajib memelihara keturunan dan
kehormatan.
Mereka diharam daripada menjerumuskan diri
kepada perzinaan atau sesuatu yang
mendorong kepada perzinaan.

5- Harta benda
Wajib berusaha mendapat harta benda dengan
cara yang halal.

Haram mencari rezeki melalui cara yang haram


seperti mencuri, merompak.
Dilarang membiarkan harta benda secara
membazir atau mendedahkan kepada kecurian
dan sebagainya.

SUMBER-SUMBER TAMADUN ISLAM


1. Al-Quran.

Kalam Allah@ kitab yang diturunkan kepada Nabi


Muhammad s.a.w melalui erantaraan Malaikat Jibril
dalam bahasa arab dengan keterangan dan
maknanya yang tepat. Ia mengandungi semua
perkara yang menyentuh seluruh aspek kehidupan
manusia (akidah, syariah dan akhlak)
Al-Quran hendaklah dibaca, diteliti, dikaji, difahami
dan dihayati isi kandungannya. Ia merupakan
sumber rujukan yang tunggal sebagai pencetus
kecemerlangan Tamadun Islam.

2. Al-Sunnah

Perkara yang datang dari Rasulullah s.a.w


samaada berupa perkataan, perbuatan dan
pengakuan. Ia adalah sumber kedua selepas
al-Quran.

Perkataan:
Meliputi semua perkara yang datang dari Rasulullah
s.a.w dalam bentuk kata-kata tentang sesuatu
perkara atau keadaan.

Perbuatan:
Merangkumi semua perbuatan Rasulullah s.a.w
yang menjelaskan syariat@ undang-undang.

Perakuan:
Perakuan Rasulullah s.a.w terhadap perbuatan yang
dilakukan atau perkataan para sahabat di hadapan
baginda dengan cara mendiamkan diri (tidak
melarang).
Peranan al-Sunnah adalah menjelaskan kandungan
al-Quran yang ringkas.

3 Al-Ijmak.
Kesepakatan pendapat di antara para
Mujtahid @ Ulamak Fiqh pada masa tertentu
(selepas kewafatan Rasulullah s.a.w) dalam
sesuatu hukum yang tidak terdapat dalam alQuran dan al-Sunnah.

Ijmak diperolehi melalui Ijtihad.


Ijtihad: Berusaha dalam mengeluarkan hukum
terhadap sesuatu perkara yang tidak
dinyatakan dalam al-Quran dan al-Sunnah.
Mujtahid: Ulamak yang mengeluarkan hukum
tersebut.

4- Al-Qiyas
Membandingkan perkara yang tidak dinyatakan
hukumnya dalam al-Quran dan al-Sunnah
dengan perkara yang ada dinyatakan
hukumnya dalam al-Quran dan al-Sunnah
kerana ada persamaan pada illah (sebab
hukum tersebut).

Contoh :
Membandingkan dadah atau ecstacy yang
tidak dinyatakan hukumnya dalam al-Quran dan
al-Sunnah sama ada halal atau haram dengan
arak yang ada dinyatakan hukumnya dalam
al-Quran dan al-Sunnah iaitu haram kerana
ada persamaan pada illah (sebab hukum
tersebut) iaitu memabukkan dan
menghilangkan akal. Oleh kerana arak
diharamkan kerana ia memabukkan dan
menghilangkan akal , maka dadah dan ecstacy
juga haram kerana ia juga memabukkan dan
menghilangkan akal dengan
membandingkannya dengan arak.

KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN


TAMADUN ISLAM
ZAMAN MEKAH
Nabi Muhammad telah secara rasmi dilantik sebagai
Rasulullah (utusan Allah) sewaktu baginda berusia 40
tahun dengan penurunan wahyu pertama di Mekah pada
tahun 610 masihi dan bermula daripada tarikh inilah
dakwah Islam mula dilakukan oleh baginda. Dalam tahap
awal, seruan dakwah Islam dilakukan kepada ahli keluarga
yang terdekat dan di kalangan sahabat sebelum
disebarkan kepada masyarakat umum. Nabi Muhammad
merupakan utusan yang diberikan tanggungjawab oleh
Allah untuk menyebarkan serta mengajar ajaran agama
Islam kepada manusia keseluruhannya. Agama Islam
menjadi dasar kepada Tamadun Islam.

Masyarakat Mekah pada masa tersebut merupakan


masyarakat Jahiliah. Perkataan Jahiliah bermaksud jahil
atau tidak mengetahui. Zaman Jahiliah merupakan zaman
yang tidak mempunyai nabi dan kitab suci sebagai
petunjuk, tidak mempunyai peradaban atau tamadun,
masyarakatnya tidak berakhlak, angkuh dan bongkak dan
masyarakatnya jahil kerana tidak boleh menulis dan
membaca.
Kehadiran agama Islam mengubah keadaan ini. Mayarakat
Mekah yang memeluk agama Islam mula meninggalkan
perbuatan-perbuatan semasa zaman Jahiliah dan
mengamalkan bentuk kehidupan berlandaskan lunas-lunas
Islam dan secara langsung mengasaskan satu bentuk
ketamadunan baru yang dikenali sebagai Tamadun Islam.

Akidah Tauhid yang berlandaskan kepada kalimah


syahadah menjadi asas pembinaan Tamadun
Islam yang paling penting. Ia menjelaskan
mengenai konsep keesaan dan kemutlakan Allah
s.w.t sebagai Tuhan Pencipta Alam dan berkuasa
ke atas semua makhluk. Penekanan yang
diberikan oleh Nabi ialah percaya bahawa Allah
merupakan satu-satunya Tuhan yang harus
disembah. Akhlak mulia sejajar dengan seruan
Islam turut diberikan penekanan dimana
perhambaan dihapuskan dan kaum wanita dibela.
Disamping itu persoalan yang paling asas seperti
ibadat juga turut dibicarakan terutamanya solat.

PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM ZAMAN


RASULULLAH S.A.W

Ia terbahagi kepada tiga tahap iaitu tahap


iaitu:
i.

TAHAP PERIBADI.
Merupakan tahap yang paling penting. Pada tahap ini
Nabi Muhammad menyebarkan agama Islam kepada
keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Tumpuan utama
adalah kepada pembentukan individu Islam yang kental
dan unggul. Ia dimulai dengan seruan kepada pembinaan
iman selama 13 tahun dimana ajaran tauhid yang
berlandaskan kepada kalimah syahadah menjadi teras.

TAHAP PENGUKUHAN ISLAM-ZAMAN MEKAH.


Pada tahap ini Rasululllah SAW mendidik dan
membentuk para sahabatnya dengan Islam secara amalan
dan penghayatan sehingga terbinanya generasi Islam
pertama. Penumpuan utama diberikan kepada aspek
akidah. Penekanan yang diberikan oleh Nabi ialah percaya
bahawa Allah merupakan satu-satunya Tuhan yang harus
disembah. Akhlak mulia sejajar dengan seruan Islam turut
diberikan penekanan dimana perhambaan dihapuskan dan
kaum wanita dibela. Disamping itu persoalan ibadat juga
turut dibicarakan terutamanya solat. Perkara-perkara
tersebut merupakan perkara yang paling asas dalam ajaran
Islam. Tahap ini berlanjutan selama 10 tahun.

PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM ZAMAN


KHULAFA AL-RASHIDIN
Khalifah bermaksud pengganti, iaitu mereka yang dilantik
menjadi pemimpin Islam selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.
pada tahun 632 Masihi.
Khulafa al-Rashidin dalam sejarah Islam seramai 4 orang iaitu:
Sayyidina Abu Bakar al-Siddiq.
Sayyidina Umar al-Khatab.
Sayyidina Uthman bin Affan.
Sayyidina Ali bin Abi Talib.
Mereka dididik sendiri oleh Rasulullah s.a.w dan mereka
memiliki keimanan yang kukuh bagi meneruskan
kecemerlangan tamadun yang diasaskan oleh Rasulullah s.a.w.

Pada prinsipnya mereka bertanggungjawab


mengekalkan kepimpinan Rasulullah s.a.w seperti:
Memelihara keharmonian agama Islam dan
mengawasi pelaksanaan ajarannya dengan tegas.
Mempertahankan prinsip pemerintahan Rasulullah
s.a.w bagi menjamin keadilan sejagat.
Memelihara kedaulatan negara Islam.
Menyebar dan mengembangkan agama Islam tanpa
batas sehingga ke seluruh Semenanjung Arab, Mesir,
Syria, Parsi, Iraq dan Teluk Parsi.

Antara tindakan penting yang dilaksanakan:


Abu Bakar al-Siddiq.

Menghadapi puak penderhaka @ murtad.


Mengutuskan tentera membunuh nabi palsu.
Peringkat awal ke arah pengumpulan al-Quran.
Melantik gabenor bagi setiap wilayah Islam.

Umar al-Khattab.

Jajahan takluk Islam bertambah luas.


Menyusun pentadbiran negara dengan lebih sistematik.
Menubuhkan institusi hisbah.
Mengemaskinikan urusan kehakiman.
Menubuhkan jabatan-jabatan kerajaan.

Uthman bin Affan.


Meneruskan kesinambungan menyampaikan
dakwah Islam ke kawasan yang lebih luas.
Menubuhkan armada laut.
Menyempurnakan pembukuan al-Quran.
Ali bin Abi Talib.

Menyusun semula pasukan polis.


Melengkapkan angkatan tentera bersenjata.

Para sahabat dan pengikut-pengikut para sahabat meneruskan


perjuangan Rasulullah sehinggalah ke penghujung zaman Khulafa
al-Rasyidin pada tahun 660 Masihi. Seterusnya ia diganti oleh
kerajaan Daulah Bani Umayyah di Damsyik. Daulah Umayyah
dijatuhkan oleh Bani Abbasiah pada tahun 750 Masihi dan
menubuhkan Daulah Bani Abbasiah di Baghdad. Islam juga
bertapak di bumi Eropah (Sepanyol) selama 736 tahun sehinggalah
pada tahun 1492 Masihi ia dijatuhkan oleh Ratu Isabella.
Kerajaan Islam juga diasaskan oleh Zahiruddin Babar pada tahun
1526. Kerajaan Islam terakhir iaitu Kerajaan Uthmaniah Turki
memerintah selama 637 tahun. Bagaimanapun di akhir kurun ke 18,
ia mula menjadi lemah dan sedikit demi sedikit wilayahnya di
Eropah Timur dan Utara Afrika terlepas dari penguasaan mereka
samaada kepada kuasa Eropah ataupun kepada serpihan kerajaan
Islam yang lain. Kerajaan Uthmaniah akhirnya runtuh apabila sultan
terakhirnya iaitu Sultan Abdul Hamid telah digulingkan dari
pemerintahannya oleh Kumpulan Belia Turki atau The Young
Turks pimpinan jeneral Mustaffa Kamal Ataturk.

Вам также может понравиться