Вы находитесь на странице: 1из 10

Konsep fpk

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah diumumkan secara rasmi pada tahun
1988 telah dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti faktor agama, sosial, politik,
ekonomi, individu, dan faktor sejagat. Faktor-faktor ini telah menjadikan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan mempunyai matlamat-matlamat yang tersendiri untuk
dicapai. Justeru itu, segala aktiviti, perancangan, dan pencapaian hendaklah selari
dengan

kehendak

Falsafah

Pendidikan

Kebangsaan.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan sememangnya telah memberi beberapa implikasi


terhadap sistem pendidikan di negara kita seperti implikasi terhadap kurikulum
sekolah yang merangkumi beberapa aspek seperti perubahan sukatan subjek
pelajaran yang berteraskan kepada program bersepadu seperti Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM).
Selain itu, kurikulum sekolah juga dilihat telah mengalami perubahan dari segi
bahan-bahan pengajaran yang lebih menitikberatkan nilai-nilai murni yang
diserapkan kedalam semua subjek bagi mencapai matlamat untuk melahirkan insan
yang seimbang dan harmonis. Perubahan kurikulum sekolah juga dapat dilihat
dalam sistem pendidikan negara kita yang mula berorientasikan ke arah pendidikan
umum dan perubahan sukatan pelajaran yang sesuai bagi mengasah kemahiran
pelajar

dalam

bidang

teknologi,

teknik

dan

vokasional.

Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang seterusnya ialah terhadap pendidik


iaitu perubahan peribadi pendidik selari pandangan dan visi positif dalam
menjalankan tugas atau profession bagi mencapai tujuan dan matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Selain itu, perubahan positif ini telah mengubah P & P
pendidik seterusnya melahirkan pendidik yang inovatif, berpengetahuan luas,
berakhlak

mulia,

dan

berketrampilan.

Seterusnya ialah implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan terhadap institusi


pendidikan di negara kita. Dalam institusi pendidikan sekarang, dapat kita lihat
perubahan

seperti perubahan

kemudahan-kemudahan

supaya

para

pelajar

mendapat peluang bagi mengembangkan lagi potensi yang ada dalam diri mereka
dari

segi

intelek,

rohani,

emosi,

sosial

dan

jasmani

secara

seimbang.

Selain itu, akitiviti budaya sekolah juga mengalami perubahan untuk memupuk nilainilai murni dalam jiwa para pelajar. Perubahan iklim sekolah yang kondusif juga

telah melahirkan para pelajar yang menghargai ilmu dan melahirkan budaya-budaya
positif

seperti

budaya

membaca

di

kalangan

mereka.

Sebagai rumusannya, semua pihak memainkan peranan yang penting dalam


menyusun atur strategi bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
supaya memberi impak positif dalam perkembangan sistem pendidikan di negara
kita ini.
Cabaran

Pertama:

Selepas tahun 2000, cabaran profesionalisme pendidikan guru semakin hebat


apabila kerajaan memutuskan mata pelajaran Matematik dan Sains perlu diajar
dalam bahasa Inggeris untuk tahun Satu, Tingkatan Satu dan Tingkatan Enam
Rendah. Dengan perubahan ini, struktur kurikulum diubahkan sedikit dan guru-guru
yang terlibat terpaksa mengajar dalam bahasa Inggeris. Jadi pelaksanaan ini
dilaksanakan

sepenuhnya

pada

tahun

2003.

Bukan mudah untuk memastikan pelajaran ini dijalankan secara berkesan. Dalam
pengajaran ini khasnya Tahun Satu, guru-guru sekolah rendah diberikan kemudahan
peralatan komputer untuk memudahkan teknik pengajaran. Sementara itu guru-guru
yang sedang mengikuti program Diploma Pendidikan di maktab perguruan dan
Sarjana Pendidikan di IPTA perlu menjalani kaedah pengajaran dalam bahasa
Inggeris dan pensyarah juga perlu menggunakan bahan rujukan bahasa Inggeris
dalam kursus-kursus tertentu. Dalam latihan pratikum, guru-guru pelatih perlu
mengajar dalam bahasa Inggeris untuk matapelajaran Matematik dan Sains dan
bukan

lagi

bahasa

Melayu

sebagaimana

diamalkan

sebelum

itu.

Dengan pelaksanaan kaedah ini kerajaan mengharapkan pelajar-pelajar yang


didedah dengan kemahiran pengajaran bahasa Inggeris dalam merentasi kurikulum
Matematik dan Sains dapat menguasai bahasa Inggeris dengan lebih berkesan
sama ada dalam penulisan mahu pun pertuturan. Sebagaimana yang kita tahu,
banyak sumber dan ilmu dalam matapelajaran ini boleh diterokai melalui buku
bahasa

Inggeris.

Cabaran

Kedua:

Dalam sistem pembelajaran pada hari ini boleh dikatakan semua dunia
menggunakan sistem peperiksaan sebagai ciri-ciri asas untuk mengukur keupayaan
dan kebolehan seseorang. Di Malaysia peperiksaan yang penting bagi peringkat
sekolah rendah dan menengah ialah PMR, SPM dan STPM. Ketiga peperiksaan ini
kesemuanya dianggap penting. Dengan kata lain ia dianggap too exam-orinted.
Dengan pengkaedahan ini, semua murid atau pelajar diperlukan banyak mengingat
sesuatu fakta, berkebolehan dalam menganalisis dan menyelesaikan sesuatu
masalah untuk lulus sesuatu peperiksaan sama ada dalam SPM mahu pun STPM.

Secara terperinci bukan bermakna dengan sistem ini semua pelajar terpaksa
mengingati kesemuanya tetapi ada tajuk-tajuk tertentu dalam sesuatu mata
pelajaran

memerlukan

ketajaman,

kecekapan

otak

serta

kreativiti

dalam

menyelesaikan masalah. Dalam matapelajaran bahasa Inggeris dan bahasa


Malaysia, sebagai contoh, keperluan dalam kebolehan mengeluarkan idea juga
diutamakan. Boleh jadi pada masa hadapan kebanyakan sistem peperiksaan yang
ada akan dinilai juga melalui penilaian dalam kerja-kerja kursus sebagaimana yang
banyak dilakukan di sekolah-sekolah menengah USA. Dengan cara ini mungkin
pelajar tidak terasa tertekan sangat di mana mereka terpaksa mengharapkan
kepada

penilaian

dalam

satu

peperiksaan

akhir

sahaja.

Walau bagaiamanapun oleh sebab amalan terhadap pendekatan peperiksaan sudah


lama dilaksanakan di Malaysia nampaknya ia sukar diubah dengan serta merta.
Kajian yang mendalam perlu dibuat dengan berhati-hati. Tambahan lagi penilaian
yang bergantung kepada kerja kursus mungkin dari segi pemberian markah tidak
berapa tepat dan kemungkinan guru-guru suka memberi markah yang lebih tinggi
kepada pelajar yang mereka sukai. Seterusnya untuk menilai kerja-kerja kursus,
sekolah-sekolah

memerlukan

kemudahan

komputer

yang

lengkap

bagi

membolehkan pelajar dapat membuat tugasan atau kerja kursus dengan baik.
Sekiranya sekolah-sekolah di luar bandar masih lagi kurang kemudahan tersebut
kemungkinan pelajar menghadapi masalah. Dengan pelajar yang begitu ramai setiap
buah sekolah kemungkinan juga guru-guru yang terlibat dalam penilaian kerja-kerja
kursus tidak mempunyai masa yang cukup untuk menilai kecekapan pelajar.

Sebelum kita menerima atau melalui satu dasar baru penilaian dalam sistem
peperiksaan, kita seharusnya menerima dahulu hakikat bahawa sistem peperiksaan
yang ada sekarang. Pelaksanaan atau pendekatan peperiksaan adalah satu
pendekatan yang terbaik untuk melatih pelajar mendisiplinkan diri dengan latihan,
hafalan, pembacaan dan juga perbincangan dengan kawan-kawan. Tanpa sistem
peperiksaan yang dianggap formal mungkin pelajar tidak bersungguh-sungguh untuk
belajar.

Jadi, tanpa penilaian melalui sistem peperiksaan teratur, kita tidak dapat menilai
dengan tepat, kebolehan dan ketajaman otak pelajar. Jadi kebolehan pelajar yang
berbeza-beza di seluruh Malaysia ini membolehkan pihak kerajaan mengagihkan
mereka

ke

jurusan

tertentu

dengan

adil

berdasarkan

pencapaian

dalam

peperiksaan. Dengan kata lain, kalau mereka mahu memasuki jurusan perubatan,
tunjukkan bukti bahawa mereka berupaya dalam beberapa penyelesaian masalah
dalam soalan Matematik Tambahan dan juga Sains yang dikeluarkan di dalam
kertas

peperiksaan

SPM

dan

juga

STPM

Cabaran Ketiga:
Cabaran ketiga ialah berkaitan pelaksanaan sistem meritokrasi.Jadi dalam
perkembangan profesionalisme pendidikan guru pada masa kini memang guru-guru
perlu bekerja keras untuk memastikan semua pelajar akan dapat mencapai
keputusan yang cemerlang, kalau tidak pelajar tidak akan pergi melanjutkkan
pelajaran ke mana-mana. Semenjak dasar meritokrasi yang diperkenalkan tahun
2002, pelajar terpaksa belajar bersungguh-sunguh khasnya semasa berada di
Tingkatan Enam. Ia juga memberi cabaran kepada guru-guru, pihak sekolah dan ibu
bapa juga sentiasa mengharapkan guru-guru yang berkualiti. Sebenarnya bukan
senang bagi setiap orang pelajar mendapat peringkat Perincipal A/B untuk setiap
mata pelajaran yang diambil. Begitu juga pelajar yang belajar di kelas Metrikulasi.
Sebenarnya idea meritokrasi ditimbulkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Dr,
Mahathir pada awal bulan Ogos 2001 bagi memastikan semua pelajar yang

berkelayakan atau berkauliti sahaja diterima masuk ke IPTA (Mohd Salleh Lebar).

Dengan pelaksanaan meritokrasi selama dua musim menyaksikan setiap buah


sekolah yang mempunyai Tingkatan Enam memerlukan guru-guru yang berkualiti
dalam

semua

matapelajaran

yang

diajar.

Pihak

pengetua

juga

terpaksa

menyediakan kemudahan yang cukup bagi memastikan semua pelajar Tingkatan


Enam tidak menghadapi masalah dari segi pembelajaran. Jadi apa yang kita lihat
selama dua tahun, menunjukkan kebanyakan pelajar yang diterima masuk adalah
pelajar-pelajar yang mempunyai semangat belajar yang tinggi dan ada semangat
bertanding yang kuat di kalangan pelbagai kaum. Tanpa semangat bertanding dalam
semua lapangan, negara kita tidak akan maju. Jadi semangat inilah yang perlu
disemai di kalangan pelajar dan peranan guru adalah amat penting. Jadi tugas ini
bukan sahaja dipukul oleh guru-guru tetapi juga pensyarah di maktab perguruan
khasnya yang menyediakan KPLI dan IPTA yang ada menyediakan Ijazah Sarjana
Muda

dengan

Pendidikan.

Bagi guru-guru yang mengajar di Tingkatan Enam memang menghadapi cabaran


yang kuat kerana pada peringkat ini kebanyakan pelajar adalah golongan remaja
dan mereka terpaksa membentukkan sikap positif di kalangan pelajar. Mungkin
ramai pelajar Tingkatan Enam, pencapaian mereka kurang baik sedikit daripada
yang dapat memasuki ke kelas Matrikulasi. Pelajar Melayu yang dapat memasuki ke
kelas Matrikulasi adalah pelajar yang terpilih dan mempunyai pencapaian yang tinggi
khasnya dalam matapelajaran Sains, Matematik Tambahan, Perakauanan dan juga
bahasa Inggeris. Sedangkan pelajar Melayu yang belajar di kelas Tingkatkan Enam,
pencapaiannya adalah sederhana. Bagi sesetengah sekolah pula, terdapat
kekurangan guru-guru Fizik dan juga Metamatik Tambahan. Sebenarnya apabila
berlaku sebarang pertukaran di kalangan guru-guru Matematik dan Sains maka
proses pergantiannya mengambil masa sedikit.
Faktor pembentukan fpk.
Idea membentuk FPK ini sebenarnya adalah pada 1979 iaitu selepas penerbitan
Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji pelaksanaan dasar kerajaan.
Perkembangan ekonomi pada hari ini adalah pesat. Demikian juga dalam bidang
sosial. ... kita berhadapan dengan pelbagai unsur dari dalam dan luar. ...

kebanyakan daripada unsur ini adalah baik, tetapi ... yang didatangkan dari luar,
yang tidak menyenangkan. Oleh itu, kita menghadapi satu cabaran lain. Iaitu
pembangunan kemanusiaan. (Laporan Kabinet, 1979:226)

Penenkanan ini telah membawa kepada Penggubalan Falsafah Pendidikan


Kebangsaan yang dipengaruhi oleh beberapa faktor utama. Faktor pertama ialah
faktor agama iaitu islam adalah agama rasmi negara kita. Walaubagaimanapun,
agama-agama lain adalah bebas untuk dianuti. Unsur agama ini dapat dilihat dan
dihayati dari FPK iaitu: mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan.

Faktor kedua ialah faktor sosial dimana Malaysia ini adalah negara yang mempunyai
pelbagai kaum. Keharmonian dan kemakmuran negara bergantung kepada amalan
dan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain. Bagi mencapai perpaduan
yang diidamkan, sikap-sikap positif ini adalah amat penting. Penenkanan ini dapat
dilihat dalam FPK iaitu: memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran

masyarakat

dan

negara.

Bagi faktor politik, dapat dilihat dalam pembentukan ideologi negara, peranan politik
ini amat penting. Bagi mencapai perpaduan kaum dan faktor-faktor lain, faktor politik
inilah yang paling besar mempengaruhinya. Faktor keempat ialah faktor ekonomi
iaitu rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran dapat membantu
negara memperkembangkan ekonomi dengan menngkatkan daya pengeluarannya.
Tujuan ini dapat dicapai dengan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, bertanggungjawab dan berupaya untuk meberi
sumbangan terhadap kemakmuran negara. Cita-cita ini ada terdapat dalam PFK.

Faktor individu adalah faktor kelima iaitu potensi individu dapat dikembangkan
melalui proses pendidikan. Potensi individu ini meliputi aspek-aspek intelek rohani,
emosi dan jasmani. Perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu akan menjadi insan yang seimbang dan harmonis. Insan yang seimbang
dan harmonis sentiasa mengamalkan sikap bersyukur, sentiasa menikmati
ketenteraman jiwa serta bersedia menghadapi cabaran hidup dengan tenang. Cita-

cita melahirkan individu yang seimbang dan harmonis merupakan pernyataan utama
dalam

FPK

Faktor terakhir ialah faktor sejagat. Penggubalan FPK pula tidak terpisah dengan
pengaruh perkembangan sistem pendidikan antarabangsa. Sehubungan dengan itu,
idea-idea yang dihasilkan daipada seminar pendidikan antarabangsa pula membawa
pengaruhnya

keatas

FPK.

Misalnya,

program

pendemokrasian

pendidikan,

persarwajagatan pendidikan dan pendidikan seumur hidup dirancang oleh UNESCO


dalam tahun 1980-an telah dimanifestikan dalam pernyataan FPK sebagai
Pendidikan

di

Malaysia

adalah

suatu

usaha

berterusan....

ini

jelaslah

mencerminkan konsep pendidikan seumur hidup.


Implikasi fpk dalam sistem pendidikan negara.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah diumumkan secara rasmi pada tahun
1988 telah dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti faktor agama, sosial, politik,
ekonomi, individu, dan faktor sejagat. Faktor-faktor ini telah menjadikan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan mempunyai matlamat-matlamat yang tersendiri untuk
dicapai. Justeru itu, segala aktiviti, perancangan, dan pencapaian hendaklah selari
dengan

kehendak

Falsafah

Pendidikan

Kebangsaan.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan sememangnya telah memberi beberapa implikasi


terhadap sistem pendidikan di negara kita seperti implikasi terhadap kurikulum
sekolah yang merangkumi beberapa aspek seperti perubahan sukatan subjek
pelajaran yang berteraskan kepada program bersepadu seperti Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM).
Selain itu, kurikulum sekolah juga dilihat telah mengalami perubahan dari segi
bahan-bahan pengajaran yang lebih menitikberatkan nilai-nilai murni yang
diserapkan kedalam semua subjek bagi mencapai matlamat untuk melahirkan insan
yang seimbang dan harmonis. Perubahan kurikulum sekolah juga dapat dilihat
dalam sistem pendidikan negara kita yang mula berorientasikan ke arah pendidikan
umum dan perubahan sukatan pelajaran yang sesuai bagi mengasah kemahiran
pelajar

dalam

bidang

teknologi,

teknik

dan

vokasional.

Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang seterusnya ialah terhadap pendidik


iaitu perubahan peribadi pendidik selari pandangan dan visi positif dalam

menjalankan tugas atau profession bagi mencapai tujuan dan matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Selain itu, perubahan positif ini telah mengubah P & P
pendidik seterusnya melahirkan pendidik yang inovatif, berpengetahuan luas,
berakhlak

mulia,

dan

berketrampilan.

Seterusnya ialah implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan terhadap institusi


pendidikan di negara kita. Dalam institusi pendidikan sekarang, dapat kita lihat
perubahan

seperti perubahan

kemudahan-kemudahan

supaya

para

pelajar

mendapat peluang bagi mengembangkan lagi potensi yang ada dalam diri mereka
dari

segi

intelek,

rohani,

emosi,

sosial

dan

jasmani

secara

seimbang.

Selain itu, akitiviti budaya sekolah juga mengalami perubahan untuk memupuk nilainilai murni dalam jiwa para pelajar. Perubahan iklim sekolah yang kondusif juga
telah melahirkan para pelajar yang menghargai ilmu dan melahirkan budaya-budaya
positif

seperti

budaya

membaca

di

kalangan

mereka.

Sebagai rumusannya, semua pihak memainkan peranan yang penting dalam


menyusun atur strategi bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
supaya memberi impak positif dalam perkembangan sistem pendidikan di negara
kita ini.

1. BINCANGKAN CARA-CARA SEORANG GURU DAPAT MEMENUHI SATU


DARIPADA

HASRAT

PENDIDIKAN

FALSAFAH

SEBAGAI

PENDIDIKAN

SUATU

KEBANGSAAN

USAHA

IAITU

BERTERUSAN.

Seorang guru dapat memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan iaitu pendidikan sebagi
suatu usaha berterusan dengan cara menerapkan pemahaman pembelajaran
sepanjang hayat dalam diri sendiri dan para pelajar. Penggunaan ICT,
pembelajaran on-line dan juga pembelajaran melalui media massa juga merupakan
cara

guru

untuk

merealisasikan

hasrat

ini.

2. HURAIKAN TENTANG 8 UNSUR FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.

Unsur pertama Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah pendidikan suatu usaha


berterusan dimana pendidikan secara berterusan ini bermula dari tadika, sekolah
rendah, sekolah menengah, institut pengajian tinggi, tempat bekerja dan komuniti.
Unsur kedua ialah memperkembangkan potensi individu iaitu dari segi intelek,
jasmani, emosi dan rohani. Unsur ketiga ialah memperkembang potensi secara
menyeluruh dan bersepadu. Unsur ke empat ialah insan yang seimbang dan
harmonis iaitu insan yang berilmu pengetahuan, bertenaga mahir, berakhlak,
kepercayaan kepada tuhan, mempunyai jiwa dan fikiran yang tenteram, tubuh badan
sihat serta matang dari segi emosi dan social. Unsur kelima ialah kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Seterusnya, unsur yang keenam ialah rakyat Malaysia
yang berilmu pengetahuan iaitu rakyat yang mempunyai ciri-ciri seperti mencintai
ilmu

pengetahuan,gemar

membaca,

sentiasa

berusaha

menambah

ilmu

pengetahuan, sentiasa berusaha meningkatkan dan menyebar ilmu pengetahuan,


memanfaatakn ilmu untuk kebaikan diri orang lain dan berfikiran terbuka. Unsur
seterusnya ialah rakyat Malaysia yang berketrampilan yang mempunyai ciri-ciri
seperti melaksanakan tugas dengan cekap, berkemahiran yang sesuai dengan
tugas, berilmu pengetahuan dan berkelayakan yang sesuai dengan tugas yang
dipertanggungjawabkan. Unsur yang terakhir ialah rakyat Malaysia yang berakhlak
mulia iaitu mengetahui yang mana nilai baik dan yang mana yang buruk.

3. JELASKAN BAGAIMANA GURU DAPAT MEMAINKAN PERANAN DALAM


USAHA

MEMENUHI

HASRAT

FALSAFAH

PERGURUAN.

Guru dapat memainkan meranan penting dalam usaha memenuhi hasrat Falsafah
Pendidikan dengan memberikan beberapa penekanan

seperti

pelaksanaan

kurikulum dan kokurikulum yang dapat berjaya memperkembang potensi pelajar dari
aspek intelek, jasmani, emosi, dan rohani secara keseluruhan dan bersepadu.
Seterusnya ialah dengan memberi penekanan kepada pelaksanaan pengurusan dan
pentadbiran dengan penyelenggaraan prasarana supaya kemudahan pengajaran
dan pembelajaran dapat digunakan secara licin dan optimum, serta dalam keadaan
baik dan selamat. Akhir sekali ialah pelaksanaan perhubungan dengan masyarakat
dengan mewujudkan perkongsian pintar ( smart partnership) di antara sekolah
dengan masyarakat supaya melahirkan semangat kerjasama demi dapat membantu
pembangunan sekolah, baik dalam sumber kewangan mahupun tenaga yang
diperlukan.

Вам также может понравиться