Вы находитесь на странице: 1из 24

EDU 3

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN


PROFESIONALISME

TAJUK :
KOD ETIKA DAN AKAUNTABILITI KEGURUAN

Oleh :
Khoo Siew Luang
Siti Puspa Binti Mohd Kamsan
Hafizah Binti Ibrahim
Azlina Binti Samiti
Masrawati Binti Md Ali

PENGENALAN
Perkataan etika atau ethics berasal daripada perkataan
Yunani ETHOS yang bererti norma-norma, nilai-nilai,
kaedah- kaedah dan ukuran-ukuran bagi tingkah laku
manusia yang baik.
Maksud Etika Menurut Kamus Dewan (1995)
Satu sistem dasar akhlak , adat atau tingkah laku atau
kesusilaan.
Menurut Islam
- Etika bermaksud Akhlak
- Konteks pekerjaan
Merujuk kepada tingkah laku baik sepanjang
menjalankan setiap amanah yang dituntut oleh syarak

KOD ETIKA PERGURUAN MALAYSIA

Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan


utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah
pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat
setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan,
yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju
ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat
yang gemilang dan yang percaya kepada
demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsipprinsip Rukun Negara.

FUNGSI UTAMA KOD

ETIKA PROFESION:

Memberikan pedoman bagi setiap ahli dalam profesion


mengenai prinsip profesionalisme yang dirangkakan.
Hal ini bermakna setiap ahli dalam profesion sedia
maklum tentang perkara yang boleh dilakukan dan yang
mana tidak boleh dilakukan.
Merupakan kawalan sosial untuk masyarakat atas
profesion yang berkaitan untuk menyediakan
pengetahuan kepada masyarakat supaya mereka lebih
memahami kepentingan suatu profesion sehingga
memungkinkan kawalan mereka terhadap para
profesional dalam bidang kerjaya mereka.
Membantu para profesional mencegah campur tangan
pihak di luar organisasi profesion tentang hubungan
etika dalam keanggotaan profesion.

KEPENTINGAN KOD ETIKA PERGURUAN

Sebagai garis panduan sewajarnya guru bertingkah laku


supaya imej profesion terjaga. Guru sebagai role-model
yang mewariskan sikap-sikap terpuji yang
mempengaruhi etika murid sebagai generasi perwaris
Membantu guru faham dengan jelas tentang
tanggungjawab sebagai guru untuk memastikan setiap
murid mendapat pendidikan seimbang daripada guru
yang cekap, berketrampilan dan penyayang.
Membolehkan guru menilai keunikan etika guru di
Malaysia dengan negara lain dengan membanding
bezakannya.
Melihat sejauh mana kod etika dijaga oleh ahlinya
untuk mentaksir kecemerlangan profesion secara am

KOD ETIKA KEGURUAN


MALAYSIA

Berdasarkan

prinsip Etika
Penerapan Nilai

PRISIP-PRINSIP ETIKA
Niat yang betul
Perlakuan yang baik
Penggerak ke arah kebaikan
Memperkotakan apa yang dikata
Berdisiplin dan beradab
Menghargai dan bertanggungjawab atas hasil
usaha organisasi

NILAI MURNI
Taat setia
Amanah, bersih dan jujur
Berakauntabiliti
Berkecuali
Adil dan saksama
Prestasi yang cemerlang dan berkualiti
Ketepatan masa
Perkhidmatan ramah mesra
Bersikap positif, responsif, berdaya cipta dan
enterprising

AKAUNTABILITI
Akauntabiliti dihuraikan sebagai bertangungjawab
kepada seseorang atau bertanggungjawab
terhadap sesuatu
Akauntabiliti keguruan membawa maksud
berkaitan dengan tanggungjawab guru terhadap
profesionalisme keguruannya

AKAUNTABILITI SEORANG GURU


terhadap pelajar
ibu bapa
diri guru itu sendiri
sekolah
masyarakat dan negara
profesion keguruan

TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR

Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan


pelajar kami daripada hal-hal lain.
Bersikap adil terhadap semua pelajar tanpa mengira
faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial,
keturunan atau agama.
Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai
pelajar kecuali kepada mereka yang berhak
mengetahuinya.
Membimbing pelajar dalam kelas bagi mata pelajaran
yang diajar tanpa sebarang bayaran.
Menunjukkan cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku
yang dapat memberikan contoh yang baik .
Memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian,
lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan,
mesyuarat atau seminar supaya pengajaran berkualiti
tinggi.

KUALITI PERIBADI GURU

Tanggungjawab terhadap ibu bapa

Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anakanak mereka.


Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang
erat .
Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa
mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak
mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya
kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak
mengetahuinya.
Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan
anak-anak mereka dan menggunakan maklumat yang
diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi
oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.
Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau
melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan
pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka

TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN


NEGARA

Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh


merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat, negara ataupun yang
bertentangan dengan Rukun Negara.
Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu
dan membimbing mereka untuk menjadi warganegarayang taatsetia,
bertanggungjawab dan berguna, menghormati adanya perbezaan
kebudayaan, keturunan dan agama.
Menghormati masyarakat di tempat berkhidmat dan memenuhi segala
tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup
mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu
bapa serta institusi pendidikan dengan masyarakat.
Memberikan sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral,
kebudayaan dan kecendekiaan masyarakat.
Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh
masyarakat dan menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN


PROFESION KEGURUAN.

Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan


atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang
guru di hadapan pelajar atau ibu bapa atau berbuat sesuatu
yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.
Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan
kecekapan kami sebagai guru.
Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab
kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan
mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan
sosial.
Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami
terutamanya mereka yang baru dalam profesion keguruan.
Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan
nama baik profesion keguruan.
Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.

MELANGGAR ETIKA

Isu : Guru antara ahli sindiket edar ubat batuk


ditahan (3 Mac 2013)
Seorang guru sekolah menengah berusia 37 tahun
ditahan bersama dua lelaki lain dipercayai anggota
sindiket pengedaran ubat batuk mengandungi kodein
Kejadian berlaku di Kuala Lumpur.
Guru tersebut ditahan di rumahnya di Lembah Keramat
ekoran penahanan dua lelaki terbabit oleh Jabatan
Narkotik Kuala Lumpur pada serbuan yang dijalankan
sebelumnya
Guru tersebut difahamkan sudah berkeluarga dan
mengajar pendidikan jasmani
Kes disiasat mengikut seksyen 39B Akta Dadah
Berbahaya 1952 yang mana jika disabitkan kesalahan
boleh dijatuhi hukuman gantung sampai mati
4 liter ubat batuk dijual pada harga RM350 RM 440

MURID TAHUN 2 CEDERA 3 JAHITAN DIBALING


KASUT OLEH GURU PENDIDIKAN MORAL

RUMUSAN

Guru perlu mempunyai akauntabiliti terhadap


profesionnya untuk meningkatkan tahap
profesionalisme keguruan.Guru yang menghayati
segala yang diamanahkan dapat menjalankan
tanggungjawab dengan penuh komitmen.
Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru
merangkumi akuantabilitinya terhadap diri
sendiri,pelajar, ibu bapa dan profesion keguruan
akan dapat ditingkatkan sekiranya seseorang guru
itu benar-benar menjalankan tanggungjawabnya
sebagai seorang pendidik dengan berkesan.

Вам также может понравиться