Вы находитесь на странице: 1из 15

Nama Pensyarah: Ustazah Rohida Binti Ismail

Nama Kumpulan: Al-Jabar


Nama Ahli:Fauzul Azim b. Abdul Jalil
Muhammad Faidz b. Zalani
Fadhlan Syahidi b. Shaari

(2010875404)
(2010856318)
(2010472266)

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

Pengenalan
1. Al-Quran
1.1 Maksud
1.2 Dalil Al-Quran

1
1
1

1.3 Nama-Nama Al-Quran

1.4 Sifat-Sifat Al-Quran

2. Al-Hadith
2.1 Maksud
2.2 Contoh-Contoh Sunnah
2.3 Kitab-Kitab Hadis

4
4
4
4

2.4 Jenis Hadis


2.5 Kedudukan Hadis Dalam Islam

5
5

3. Ijmak
3.1 Maksud
3.2 Kesepakatan Para Ulama

6
6
6

3.3 Dalil-Dalil Al-Quran


3.4 Rukun-Rukun Ijmak

7
7

3.5 Jenis-Jenis Ijmak

3.6 Perkara Berlakunya Ijmak


4. Qiyas
4.1 Maksud
4.2 Rukun Qiyas

9
9
9
9

4.3 Contoh Pembinaan Hukum


4.4 Bahagian Qiyas
4.5 Jenis-Jenis Qiyas

10
10
10

Penutup
Rujukan

PENGENALAN
Perundangan Islam adalah suatu perundangan "Rabbani" yang tidak semestinya semua yang
wujud didalamnya dapat difahami dan diketahui falsafahnya oleh manusia di suatu zaman.
Mungkin di suatu masa nanti rahsia-rahsianya akan tersingkap semuanya. Mungkin di suatu
masa nanti rahsia-rahsianya akan tersingkap semuanya. Kemampuan manusia untuk menyelami
hakikat yang tersembunyi di sebalik perundangan itu dibatasi oleh persekitaran dan keadaan
hidup manusia itu sendiri.
Kelangsungan pelaksanaan undang-undang Islam memberi keuntungan duniawi dan ukhrawi
kepada orang-orang Islam. Jika tidak, iman seseorang itu boleh dipertikaikan tentang mengapa
mereka lebih suka memilih dan melaksanakan undang-undang ciptaan manusia dengan
membelakangkan undang-undang Allah s.w.t. Apakah undang-undang ciptaan manusia lebih
sesuai daripada undang-undang Allah? Adakah peraturan-peraturan yang direka oleh manusia
lebih mulia dan lebih baik daripada undang-undang Allah? Apakah sistem hidup ciptaan manusia
lebih mulia dan lebih praktis daripada undang-undang "Rabbani" yang diturunkan oleh Allah?
Disebabkan itu semualah, maka persoalan pelaksanaan undang-undang illahi bagi orang-orang
Islam bukanlah suatu persoalan dolak-dalik, tetapi persoalan sebenar yang perlu diberi perhatian
dan dicari jalan untuk pelaksanaan undang-undang itu.
Perundangan Islam sebagai suatu realiti
Undang-undang Islam sebagai suatu undang-undang negara adalah didasarkan kepada Al-Quran
dan As-Sunnah, walaupun masih banyak orang-orang Islam sendiri meragui kewibawaannya
malah banyak yang mempersendakan tentang kemampuannya untuk menyelesaikan masalah
negara dan kesesuaiannya dengan zaman.
Sebenarnya sengaja dilupai bahawa undang-undang itu telah membuktikan kemampuannya
menghadapi segala macam rintangan sejak daripada tahun pertama Hijrah hinggalah ke hari ini.
Rasulullah s.a.w. telah melaksanakan undang-undang itu dalam sepanjang hidup baginda di
Madinah yang disambung pula oleh khulafa' ar-Rasyidin selepas kewafatan baginda.
Kemudian diambil alih oleh Daulah Umawiyyah, Abbasiyyah dan sebagainya hinggalah
berterusan ke zaman Daulah Othmaniah. Para sejarawan sering menyebut bahawa kejatuhan
kerajaan Othmaniah Turki ke tangan Mustafa Kamal Atarturk dalam tahun 1924 M telah
melenyapkan kekuasaan Islam dalam segala lapangan terutamanya dalam bidang pelaksanaan
undang-undangnya.

Mengapa Umat Islam Bersikap "Salbi"


Oleh sebab hanya beberapa buah sahaja negara umat Islam yang sedang mempertingkat daya
pelaksanaan undang-undang Islam di negara masing-masing, sedangkan bilangan umat Islam
keseluruhannya sudah meningkat ke angka billion sekarang ini, menunjukkan betapa "salbi"
(negatif) umat Islam terhadap undang-undang agamanya.
Orang Islam lebih gemar dan suka melaksanakan undang-undang ciptaan manusia daripada
melaksanakan undang-undang yang diciptakan oleh Allah, Tuhan yang dipercayainya, Yang
Disembah pagi dan petang, Allah yang dipanjatkan doa kepada-Nya selalu. Wujudnya keadaan
yang disebutkan itu antara lainnya adalah kerana undang-undang Islam itu sendiri tidak
didedahkan kepada golongan yang berkuasa dengan cara yang sesuai dengan keadaan mereka
untuk difahami oleh mereka dengan sebaik-baiknya.
Antara sebabnya juga adalah kerana kuatnya pengaruh undang-undang ciptaan setelah undangundang Islam menjadi momokan dan difitnahkan dengan berbagai-bagai tohmahan, seperti
tuduhan kononnya undang-undang Islam itu beku, keras, kejam dan lain-lain lagi. Kerana
berleluasanya kejahilan menyeluruh tentang Islam itu sendiri dan tabiatnya sebagai "ad-Deen"
yang berteraskan kepada "tasawwur Rabbani", umat Islam diarahkan pandangan dan fikirannya
kepada sesuatu yang tidak Islam, lalu dibiasakan dengan hidup yang tidak seiring dengan Islam
itu sendiri dalam kebanyakan kegiatan hidup, hingga jadilah umat Islam itu di sebelah pihak dan
Islam itu pun di pihak yang lain tanpa disedari. Perkara ini terjadi kerana tidak terdedahnya
falsafah dan rahsia undang-undang Islam itu kepada pihak-pihak yang berwajib bagi dilihat
Islam itu dari yang "ijabi" (positif), agar ianya lebih banyak daripada pandangan "salbi"
(negatif), bagi tujuan menarik minat kepada undang-undang Islam sendiri.
Kerana sebab-sebab yang tersebut di atas dan banyak lagi sebab lain yang tidak perlu disebutkan
kesemuanya di sini, maka perbincangan keunggulan Perundangan Islam perlu diberi perhatian
yang lebih. Malah selagi undang-undang Islam tidak dihayati sepenuhnya oleh masyarakat Islam,
maka selama itulah keunggulan Perundangan Islam dengan metode yang boleh menyakinkan
umat Islam terhadap undang-undang agamanya perlu ditingkatkan. Sesungguhnya telah menjadi
kenyataan bahawa "Manusia itu menjadi musuh kepada sesuatu yang dia tidak tahu (jahil)".
Mungkin kerana kejahilan sesetengah pihak terhadap undang-undang Islam, maka mereka
menjadi musuh kepada undang-undang itu. Permusuhan tersebut telah dimulakan oleh musuhmusuh Islam yang terdahulu menyebabkan berlakulah peperangan demi peperangan hingga ke
Peperangan Salib dan sebagainya. Atas kebijaksanaan musuh, dipindahkan permusuhan yang
sedia ada di dalam hati mereka ke dalam hati orang-orang Islam yang jahil tentang Islam, lalu
berlakulah permusuhan di dalam barisan Islam itu sendiri seperti yang berlaku sekarang ini.

1. Al-Quran
1.1 Maksud
Al-Quran atau Quran (bahasa Arab: al-Qur'an) ialah kitab suci bagi umat Islam. Menurut ajaran
Islam, al-Quran ialah wahyu yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui
perantaraan Malaikat Jibril yang sampai ke zaman sekarang secara mutawatir. Perihal diturunkan
Al-Quran mempunyai kaitan rapat dengan Lailatul Qadar. Al-Quran diturunkan kepada Nabi
Muhammad secara beransur-ansur dalam tempoh 23 tahun.
Lafaz al-Quran dari segi bahasa adalah bacaan atau himpunan huruf dan kalimah. Ini
berdasarkan firman Allah:
Sesungguhnya Kamilah Yang berkuasa mengumpulkan al-Quran itu (dalam dadamu), dan
menetapkan bacaannya (pada lidahmu); Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan
bacaannya (kepadamu, Dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu; (surah
al-Qiyamah, 75:17-18)
Manakala dari segi istilah pula, al-Quran ialah kalam Allah yang bermukjizat diturunkan kepada
Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril dalam bahasa Arab, diriwayatkan
secara mutawatir dan membaca setiap hurufnya adalah ibadah, bermula dari surah al-Fatihah dan
berakhir dengan surah an-Naas.
1.2 Dalil Al-Quran
Mengenai bukti bahawa Al-Quran itu datang dari Allah, dapat dilihat dari kenyataan bahawa AlQuran adalah sebuah kitab berbahasa Arab yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Dalam
menentukan dari mana asal Al-Quran, akan kita dapatkan tiga kemungkinan.
* Pertama, kitab itu merupakan karangan orang Arab.
* Kedua, karangan Muhammad SAW.
* Ketiga, berasal dari Allah SWT saja.

Tidak ada lagi kemungkinan selain dari yang tiga ini. Sebab Al-Quran adalah khas Arab, baik
dari segi bahasa maupun gayanya.
Kemungkinan pertama yang mengatakan bahwa Al-Quran adalah karangan orang Arab
merupakan kemungkinan yang tertolak. Dalam hal ini Al-Quran sendiri telah menentang mereka
untuk membuat karya yang serupa. Sebagaimana tertera dalam ayat :
"Katakanlah: 'Maka datangkanlah sepuluh surat yang (dapat) menyamainya" (Surah Hud 13).

Di dalam ayat lain :


"Katakanlah: ('Kalau benar apa yang kamu katakan), maka cubalah datangkan sebuah surat yang
menyerupainya" (Surah Yunus 38).
Satu-satunya tuduhan yang mereka lontarkan adalah bahawa Al-Quran itu dicipta Nabi
Muhammad s.a.w dari seorang pemuda Nasrani yang bernama Jabr. Tuduhan ini pun telah
ditolak keras oleh Allah SWT dalam firman-Nya :
"(Dan) Sesungguhnya Kami mengetahui mereka berkata: 'Bahawasanya Al-Quran itu diajarkan
oleh seorang manusia kepadanya (Muhammad). Padahal bahasa orang yang mereka tuduhkan
(bahwa) Muhammad belajar kepadanya (adalah) bahasa 'ajami (bukan-Arab), sedangkan AlQuran itu dalam bahasa arab yang jelas" (Surah An-Nahl 103).
Jika telah terbukti bahwa Al-Quran itu bukan karangan bangsa Arab, bukan pula karangan Nabi
Muhammad s.a.w., maka sesungguhnya Al-Quran itu adalah firman Allah, kalamullah, yang
menjadi mukjizat bagi orang yang membawanya.
1.3 Nama-nama Al-Quran
al-Kitab( ) bermaksud sebuah kitab berdasarkan firman Allah:
Alif, Laam, Miim. Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari
Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang Yang (hendak)
bertaqwa; (surah al-Baqarah 1:1-2)

al-Furqaan bermaksud pemisah hak dan batil sebagaimana firman Allah:


Maha berkat Tuhan Yang menurunkan al-Furqaan kepada hambaNya (Muhammad), untuk
menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam. (surah al-Furqaan 25:1)

adz-Dzikr ()bermaksud peringatan berdasarkan firman Allah:


Sesungguhnya Kamilah Yang menurunkan al-Quran, dan Kamilah Yang memelihara dan
menjaganya. (surah al-Hijr 15:9)

at-Tanzil bermaksud penurunan. Nama ini diambil sempena firman Allah:


Dan Sesungguhnya Al-Quran (yang di antara isinya kisah-kisah Yang tersebut) adalah
diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam. (surah Asy-Syuara 26:192)

1.4 Sifat-Sifat Al-Quran

an-Nuur bermaksud cahaya yang menerangi kegelapan. Al-Quran disifatkan sebagai nur
(cahaya) kerana ia memberikan cahaya keimanan kepada orang yang berada di dalam
kegelapan serta kekufuran. Selain itu, al-Quran juga menjadi cahaya yang menerangi jiwa
orang yang selalu membacanya dan menghayati isi kandungannya. Firman Allah:

Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan
kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) Yang
menerangi (segala apa jua Yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan Yang kekal di
akhirat kelak). (surah an-Nisaa' 4:174)

al-Mubiin bermaksud menerangkan sesuatu. Al-Quran disifatkan sebagai penerang


kerana ia menghuraikan ajaran Islam kepada seluruh umat. Firman Allah:

Wahai ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad, s.a.w)
Dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum)
Yang telah kamu sembunyikan dari Kitab suci, dan ia memaafkan kamu (dengan tidak
mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada
kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) Yang jelas
nyata keterangannya. (surah al-Maa'idah 5:15)

al-Huda bermaksud petunjuk. Al-Quran disifatkan sebagai petunjuk kerana ia


menunjukkan jalan yang lurus kepada umat manusia. Firman Allah:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran Yang menjadi nasihat
pengajaran dari Tuhan kamu, dan Yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin Yang ada
di Dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa
rahmat bagi orang-orang Yang beriman. (surah Yunus 10:57)

ar-Rahmah bermaksud kerahmatan. Allah menyifatkan al-Quran sebagai rahmat kerana


ia membawa rahmat kepada orang Mukmin yang sentiasa membaca, mempelajari dan
mengamalkan isi kandungannya. Firman Allah:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran Yang menjadi nasihat
pengajaran dari Tuhan kamu, dan Yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin Yang ada
di Dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa
rahmat bagi orang-orang Yang beriman. (surah Yunus 10:57)

2. Al-Hadith
2.1 Maksud
Hadith atau hadis ; adalah perkara yang berkisar tentang Sunnah Rasul s.a.w. dan apa yang
disandarkan kepada Rasul s.a.w. dari segi perkataan, perbuatan, pengakuan, sifat akhlak
(peribadi) dan sifat kejadiannya. Hadis atau Sunnah Rasul s.a.w. adalah sumber rujukan kedua
selepas al-Quran.

2.2 Contoh-Contoh Sunnah


1. Perkataan (Qauliyyah)
Setiap perkataan yang diucapkan oleh Rasul s.a.w. seperti hadis berikut :
"Sesungguhnya setiap amalan itu dikira dengan niat dan sesungguhnya bagi tiap-tiap seseorang
itu mengikut apa yang diniatkannya" (Hadis Riwayat Bukhari).

2.3Kitab-Kitab Hadis
Ada ramai ulama periwayat hadis, namun yang sering digunakan dalam fiqh Islam ada tujuh iaitu
Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Daud, Imam Tirmidzi, Imam Ahmad, Imam Nasa'i
dan Imam Ibnu Majah.Ada beberapa buah kitab Hadis yg lebih diakui oleh umat Islam seluruh
dunia. Enam kitab pertama di bawah ini dikenali sebagai enam kitab hadis utama:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.

Kitab al-Jami' as-Sahih - karya Imam Bukhari atau nama sebenar beliau adalah
Muhammda bin Ismail
Kitab al-Jami' as-Sahih - karya Imam Muslim atau nama sebenarnya muslim bin al-Hajjaj
al-Nasaburi
Kitab Sunan an-Nasai - karya Imam Nasa'i atau nama sebenar beliau adalah Abu Abdul
Rahman bin Shuib
Kitab Sunan Abi Daud - karya Imam Imam Abu Daud atau nama sebenar beliau adalah
Abu Daud Sulaiman
Kitab Sunan at-Tirmizi (al Jami' as-Sahih) - karya Imam Tirmidzi atau nama sebenar
beliau adalah Abu Esa Muhammad bin Ishak Asalmi
Kitab Sunan Ibnu Majah - karya Imam Ibnu Majah atau nama sebenar beliau adalah Abu
Abdullah Muhammad bin Yazid al-Quzwini
Kitab Musnad - karya Imam Ahmad

2.4 Jenis Hadis


1.
2.
3.
4.
5.
6.

Hadis Mutawatir
Hadis Sahih
Hadis Hasan
Hadis Dha'if
Hadis Maudhuk
Hadis Ahad

2.5 Kedudukan Hadis Dalam Islam


Kedudukan hadith dalam Islam adalah sesuatu yang tidak dapat diragukan kerana terdapat
penegasan yang banyak di dalam al Quran tentang hadith di dalam al Quran disebut sebagai al
Sunnah malahan dalam banyak tempat hadith disebutkan selari dengan al Kitab ataupun al
Quran. Di dalam al Quran juga disebutkan dengan ketaatan terhadap Rasulullah saw yang
disebutkan bersama dengan ketaataan kepada Allah. Ini sebagaimana yang ditegaskan di dalam
al Quran di dalam firman Allah seperti ;
Maksudnya ; Dan taatilah Allah dan RasulNya, jika kamu adalah orang-orang yang beriman
(surah al Anfal : ayat 1)
Maksudnya ; Apa yang diberikan Rasul kepada kamu, maka ambillah ia, dan apa yang
dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah (surah al Hasyr : ayat 7)

Dengan penegasan al Quran di atas, jelaslah bahawa hadith tidak dapat dipisahkan
penggunaannya di dalam segala hal yang berkaitan dengan Islam selari dengan al Quran.
Sesetengah pengarang menyebutkan mengenai 5 fungsi hadith yang utama dalam sesetengah
buku cuma disebut 5 iaitu ;
a. Penguat dan penyokong kepada hukum-hukum yang terdapat di dalam al Quran seperti
dalam perkara pengsyariatan sembahyang, puasa dan haji.
b. Penghurai dan pentafsir bagi ayat-ayat al Quran yang umum seperti memperjelaskan
mengenai cara perlaksanaan sembahyang, kaedah jual beli, menunaikan zakat dan haji
dan sebagainya yang mana perkara-perkara tersebut hanya disebutkan secara umum oleh
al Quran.
c. Menjadi keterangan tasyri iaitu menentukan sesuatu hukum yang tiada di dalam al Quran
seperti dalam hal memakan haiwan yang ditangkap oleh haiwan pemburu terlatih seperti

anjing yang mana buruan tersebut terdapat kesan dimakan oleh haiwan pemburu terlatih
tadi dan kesan tersebut menunjukkan haiwan pemburu tadi menangkap buruan untuk
dirinya sendiri. di dalam al Quran hanya dibenarkan memakan buruan yang ditangkap
oleh haiwan pemburu terlatih. Maka dalam hal ini, hadith menerangkan bahawa buruan
yang mempunyai kesan dimakan oleh haiwan pemburu adalah haram dimakan.
d. Menasakhkan hukum yang terdapat di dalam al Quran.Sesetengah hal Ray
berpandangan bahawa hadith yang dapat menasakhkan hukum al Quran itu mestilah
sekurang-kurangnya bertaraf Mutawatr, Masyhr ataupun Mustafhdh.
e. Menerangkan mengenai ayat yang telah dinasakh dan ayat mana yang telah
dimansukhkan.
Di dalam bidang ibadat, hadith memainkan peranannya dalam menghuraikan maksud ayat-ayat
al Quran mengenai pengsyariatan sesuatu bentuk ibadat dengan lebih jelas. Tambahan pula,
hadith juga memperincikan lagi masalah-masalah yang berhubung dengan pelaksanaan sesuatu
ibadat sama ada wajib, sunat, harus, makruh atau haram.
Dalam bidang hukum atau undang-undang, hadith memperincikan hukuman-hukuman dan
undang-undang yang terdapat di dalam al Quran seperti hukuman terhadap penzina. Hadith juga
berbicara meliputi soal-soal yang berhubung dengan keadilan sosial, ekonomi dan politik. Hadith
juga menerangkan mengenai hal-hal mengenai masalah-masalah perseorangan dan kekeluargaan
seperti soal nikah, cerai dan talak. Begitu juga kita tidak menemui secara khusus tentang
larangan al Quran terhadap amalan rasuah dan menyorok barang dagangan dan perkara-perkara
ini diterangkan di dalam hadith.

3. Ijmak
3.1 Maksud
Ijma' atau Ijmak dari segi makna bahasa adalah azam atau tekad.
Manakala dari segi istilah syara pula, Ijmak adalah kesepakatan yakni kesepakatan para ulama
dalam menetapkan suatu hukum dalam agama Islam berasaskan Al-Quran dan Hadis tentang
suatu perkara yang terjadi pada suatu masa setelah zaman Rasululullah S.A.W.

3.2 Kesepakatan Para Ulama


Ijmak tidak akan berlaku melainkan setelah adanya kesepakatan ulama yang berijtihad
(mujtahidin) pada sesuatu zaman tanpa kecuali seorang pun dari kalangan mereka. Ini bermakna,
jika seorang sahaja yang membangkang maka tidak dianggap ijmak. Para mujtahidin biasanya

berselisih pendapat dalam sesuatu hukum, tetapi dalam sesuatu hukum tertentu, tidak seorang
pun di kalangan mereka yang berbeza pendapat, maka terjadilah ijmak.
Dalam kitab Mirah al-Usul disebut
Mestilah mendapat persetujuan seluruh para mujtahidin.
Ertinya jika seorang sahaja yang membangkang maka tidak dianggap ijma. Bayangkan, para
mujtahidin biasanya berkhilaf dalam sesuatu hukum syar`i tetapi dalam hukum berkenaan tidak
seorang pun di kalangan mereka yang berkhilaf mengenainya.

3.3 Dalil Al-Quran


Salah satu dalil daripada Al-Quran mengenai ijmak sebagai sumber hukum yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada
Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian
jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu
mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar
beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih
elok pula kesudahannya.
(Surah an-Nisa ayat 59)[1]

3.4 Rukun-Rukun Ijmak


Rukun-rukun ijmak menurut pendapat ulama usul fiqh adalah seperti berikut:i.

Harus ada beberapa orang mujtahid dikala terjadinya peristiwa dan para mujtahid itulah
yang melakukan kesepakatan (menetapkan hukum peristiwa itu) Seandainya tidak ada
beberapa orang mujtahid di waktu terjadinya suatu peristiwa tentulah tidak akan terjadi
ijmak, kerana ijmak itu harus dilakukan oleh beberapa orang.

ii.

Yang melakukan kesepakatan itu hendaklah seluruh mujtahid yang ada dalam dunia
Islam. Jika kesepakatan itu hanya dilakukan oleh para mujtahid yang ada pada suatu
tempat sahaja, maka kesepakatan yang demikian belum dapat dikatakan suatu ijmak.

iii.

Kesepakatan itu harus dinyatakan secara tegas oleh setiap mujtahid bahawa ia
sependapat dengan mujtahid-mujtahid yang lain tentang hukum (syara') dari suatu
peristiwa yang terjadi pada masa itu. Jangan sekali-kali tersirat dalam kesepakatan itu

unsur-unsur paksaan, atau para mujtahid yang diharapkan kepada suatu keadaan,
sehingga ia harus menerima suatu keputusan.
iv.

Kesepakatan itu dapat dilakukan dengan berbagai cara, seperti dengan pernyataan lisan,
dengan perbuatan atau dengan suatu sikap yang menyatakan bahawa ia setuju atas suatu
keputusan hukum yang telah disetujui oleh para mujtahid yang lain. Tentu saja
keputusan yang terbaik ialah keputusan sebagai hasil suatu musyawarah yang dilakukan
para mujtahid.

v.

Kesepakatan itu hendaklah merupakan kesepakatan yang bulat dari seluruh mujtahid.
Seandainya terjadi suatu kesepakatan oleh sebahagian besar mujtahid yang ada, maka
keputusan yang demikian belum pasti ke taraf ijmak. Ijmak yang demikian belum dapat
dijadikan sebagai hujjah syariah.

3.5 Jenis-Jenis Ijmak


Dalam beberapa kitab usul fiqh terdapat beberapa jenis ijmak yang dihubungkan dengan masa
terjadi, tempat terjadi atau orang yang melaksanakannya. Ijmak-ijmak itu adalah:

a. Ijmak Sahabat - iaitu ijmak yang dilakukan oleh para sahabat Rasulullah.
b. Ijmak Khulafaurrasyidin - iaitu ijmak yang dilakukan oleh Khalifah Abu Bakar,
Khalifah Umar, Khalifah Utsman dan Khalifah Ali bin Abi Thalib. Tentu saja hal ini
hanya dapat dilakukan pada masa keempat orang itu hidup, iaitu pada masa Khalifah
Abu Bakar. Setelah Abu Bakar meninggal dunia ijmak tersebut tidak dapat dilakukan
lagi.
c.

Ijmak Shaikhan - iaitu ijmak yang dilakukan oleh Khalifah Abu Bakar dan Khalifah
Umar bin Khattab.

d.

Ijmak ahli Madinah - iaitu ijmak yang dilakukan oleh ulama-ulama Madinah. Ijmak ahli
Madinah merupakan salah satu sumber hukum Islam menurut Mazhab Maliki, tetapi
Mazhab Syafie tidak mengakuinya sebagai salah satu sumber hukum Islam.

e. Ijmak ulama Kufah - iaitu ijma' yang dilakukan oleh ulama-ulama Kufah. Mazhab
Hanafi menjadikan ijmak ulama Kufah sebagai salah satu sumber hukum Islam.

3.6 Perkara Berlaku Ijmak


Ijmak ini berlaku atas ijtihad-ijtihad yang sepakat atas semua peristiwa atau kejadian yang tidak
ada dasarnya secara jelas dalam Al-Quran dan Hadis, peristiwa atau kejadian yang berhubungan
dengan ibadat yang tidak langsung ditujukan kepada Allah S.W.T seperti sistem pendidikan,
pemerintahan, politik, ekonomi, ketenteraan, kemasyarakatan atau semua hal-hal yang
berhubungan dengan urusan duniawi tetapi tidak ada hukumnya dengan jelas dalam Al-Quran
dan Hadis.
Contoh-Contoh Ijmak:
Ijmak ini berlaku atas ijtihad-ijtihad yang sepakat atas semua peristiwa atau kejadian yang tidak
ada dasarnya secara jelas dalam Al-Quran dan Hadis, peristiwa atau kejadian yang berhubungan
dengan ibadat yang tidak langsung ditujukan kepada Allah S.W.T seperti sistem pendidikan,
pemerintahan, politik, ekonomi, ketenteraan, kemasyarakatan atau semua hal-hal yang
berhubungan dengan urusan duniawi tetapi tidak ada hukumnya dengan jelas dalam Al-Quran
dan Hadis.

4. Qiyas
4.1 Maksud
Qiyas atau Qias atau Kias makna (bahasa) adalah ukuran; persamaan; perbandingan kadar;
persamaan dan ukuran di antara sesuatu tempat dengan tempat lain; iktibar atau ambil
pengajaran.
Qiyas makna (syarak) adalah perbandingan di antara suatu hukum dalam perkara yang baru
wujud dengan perkara yang telah ada hukumnya sebelumnya di dalam Al-Quran dan Sunnah.
Ia adalah proses (Ijtihad) berasaskan analogi daripada ayat Al-Quran dan Sunnah atau perintah
yang telah diketahui untuk perkara-perkara baru. Qiyas menetapkan suatu hukum suatu perkara
baru yang belum ada pada masa sebelumnya berasaskan perkara terdahulu yang memiliki
kesamaan dari segi illat, sebab, manfaat, bahaya dan berbagai aspek lain sehingga dihukumi
sama.
4.2 Rukun Qiyas
Qiyas ialah menetapkan hukum sesuatu yang tertentu, pada masa yang lain kerana persamaan
kedua-duanya dari segi Illat. Definisi Qiyas ini juga sekaligus menunjukkan adanya 4 rukun
Qiyas, iaitu:
1. Masalah utama (al-ashl)
2. Masalah cabang (al-faru)

3. Hukum masalah utama (al-hukmu)


4. Alasan (as-sabab)
4.3 Contoh Pembinaan Hukum
Qiyas bermaksud perbandingan dan di dalam konteks pembinaan hukum, ia bermaksud
mengeluarkan sesuatu hukum dengan cara membandingkan perkara yang belum pasti hukumnya
dengan sesuatu hukum yang sudah pasti berdasarkan Al-Quran dan Sunnah. Sebagai contoh,
dalil yang terdapat di dalam hadis mewajibkan seseorang mengeluarkan zakat gandum. Jika
sesuatu kawasan padi pula, maka zakat padi diwajibkan kerana terdapat banyak persamaan atau
illat di antara padi dengan gandum selepas perbandingan atau Qiyas dilakukan.
Hadis Rasulullah s.a.w:
Hadis riwayat Ibnu Umar ra yang bermaksud: " Bahawa Rasulullah saw. mewajibkan zakat
fitrah dari bulan Ramadan kepada manusia, iaitu satu sha` (gantang) kurma atau satu sha`
(gantang) gandum atas setiap muslim, merdeka atau budak, lelaki maupun wanita" (Nombor
hadis dalam kitab Sahih Muslim: 1635)[1]
Contoh penggunaan Qiyas,
* misalnya gandum, seperti disebutkan dalam hadis sebagai yang utama (al-ashlu)-nya.
* lalu al-faru-nya adalah padi (tidak tercantum dalam Al-Quran dan Hadis).
* al-hukmu, atau hukum gandum itu wajib zakatnya.
* as-sabab atau alasan hukumnya kerana padi dan gandum adalah makanan utama.
4.4 Bahagian Qiyas
Ada dua bahagian Qiyas, iaitu :
1. Qiyas Jaliy (yang amat ketara)
2. Qiyas Khafiy (yang tersembunyi)
4.5 Jenis-Jenis Qiyas
Qiyas ada tiga jenis, iaitu:
1. Qiyas Aula (Utama)
2. Qiyas Musawi (Ketara)
3. Qiyas Adna (Rendah)

Penutup
Demikianlah indahnya apabila perundangan Islam serta syariatnya dilaksanakan secara
menyeluruh. Sifat dan juga fitrah kejadian setiap manusia adalah sama. Samada daripada
kalangan Islam mahupun golongan yang selainnya. Keadilan, kebenaran, kemuliaan peribadi,
kedamaian dan apa jua yang berteras kebaikan adalah merupakan satu keperluan di dalam
perjalanan hidup mereka di dunia ini.
Islam bukanlah kaum yang dahagakan pertumpahan darah sebagaimana yang disebarkan oleh
sesetengah pihak. Islam juga bukan satu ajaran yang ekstrem dan pelopor keganasan.
Sesungguhnya Islam itu harmoni dan mencintai kedamaian. Nasihat-menasihati serta
mengingatkan antara satu sama lain demi kebaikan adalah prinsip keperibadian Islam.
Firman Allah Taala bagi menyatakan sikap toleransi Islam terhadap non-muslim yang
berbunyi:
(Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah
agama itu semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti (dari permusuhan)
maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim)
Jika Islam diberi peluang memerintah serta mengamalkan semua yang dianjurkan oleh
Allah SWT dan juga Rasulullah SAW di dalam seluruh aspek kehidupan, nescaya tiada
lagi kerosakan dan keamanan sejagat akan dinikmati bersama. sa
Rujukan
1. Buku Rujukan CTU101(Prinsip-Prinsip Asas Islam)
2. Mustafa Abdul Rahman (1996), Hadith 40 : Terjemahan dan Syarahnya, Shah Alam : Dewan
Pustaka Fajar
3. www.wikipedia.com.my

4.
5.
6.
7.
8.
9.

http://hadith.al-islam.com/bayan/Display.asp?Lang=ind&ID=524
Ustaz Ismail Kamus
Harun Din
Risalah La Tahzan
Mohd Sanusi Awang Hassan(Syariah Dalam Kehidupan Manusia)
Abdullah al Qari Haji Salleh (t.t), Memahami Nilai Hadith dan Sunnah Nabi saw,
Kelantan : Pustaka Asa Kenali.
10. http://mufti.perak.gov.my/kemusykilan/istinbat.PDF
11. Ilyas, Yunahar. 1997. Feminisme dalam Kajian Tafsir Al-Qur'an Klasik dan
Kontemporer. Yogyakarta. Pustaka Pelajar.
12. ash Shiddieqy,Teungku Muhammad Hasbi. 2002, Ilmu-ilmu Al Qur'an: Ilmu-ilmu Pokok
dalam Menafsirkan Al Qur'an,Semarang, Pustaka Rizki Putra

Вам также может понравиться