Вы находитесь на странице: 1из 21

Belakangan ini, isu permainan tradisional semakin terpinggir dalam kalangan rakyat Malaysia

khususnya anak muda bukanlah perkara baru atau sensasi dalam hidup kita. Negara Malaysia
sememangnya sebuah negara yang kaya dengan warisan budaya terutamanya permainan tradisional
sejak awal lagi. Permainan tradisional amatlah digemari oleh masyarakat lampau yang bukan sahaja
berfungsi sebagai alat hiburan tetapi juga membantu menerapkan nilai-nilai dan budaya tempatan.
Namun, permainan tradisional telah semakin dilupai sejurus dengan perkembangan sains dan
teknologi. Persolannya di sini apakah faktor-faktor yang menyebabkan permainan tradisional semakin
dilupai? Selain itu, apakah langkah-langkah yang boleh dilaksanakan dalam usaha menyelamatkan
permainan dan budaya tradisional yang diwarisi secara turun temurun daripada lenyap? Tepuk dada,
tanya selera.
Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa pengaruh budaya barat merupakan salah satu
punca utama yang menyebabkan permainan tradisional kurang diminati dalam kalangan masyarakat
tempatan. Negara barat yang maju memperluas permainan yang canggih, menarik, istimewa dan
penuh cabaran berbanding dengan permainan tradisional. Tambahan pula, permainan canggih ini
disebarkan secara meluas melalui media massa sama ada media elektronik atau media cetak. Biar kita
ambil contoh yang paling ketara iaitu permainan komputer, play station 2, playstation 3 Gameboy
advance, Xbox 360 telah melambak di pasaran tempatan dengan begitu pesat. Tambahan pula,
dengan perkembangan perkhidmatan Internet, maka munculnya permainan on-line yang juga
menjadi kegemaran ramai. Sudah terang lagi bersuluh, bahawa pengaruh budaya barat memang
banyak mempengaruhi permainan tradisional di Malaysia.
Di samping itu, permainan tradisional yang kurang disebarkan atau tidak mendapat liputan yang
meluas juga merupakan salah satu faktornya. Permainan-permainan tradisional seperti wau, gasing,
congkak, batu seremban, galah panjang, dan juga ting-ting hanya dimainkan dalam generasi tua atau
penduduk di kawasan pedalaman. Permainan layang-layang atau wau pula hanya dimainkan sempena
perayaan tertentu semata-mata untuk pertunjukan sahaja. Selain itu, generasi muda sekarang tidak
berminat dalam permainan tradisional disebabkan kekurangan kesabaran. Permainan tradisional
memerlukan kesabaran, ketelitian dan pemikiran yang tinggi lagi tangkas. Sikap-sikap remaja
sekarang yang kononnya ingin mengikut perkembangan semasa atau trend-trend maju juga antara
faktornya. Justeru, memang tidak dapat dinafikan bahawa sikap rakyat sendiri dan juga kekurangan
inisiatif untuk menyebarkan permainan tradisional menyebabkan permainan tradisional semakin
terpinggir.
Oleh itu, pelbagai langkah harus dilaksanakan supaya permainan tradisional yang diwarisi secara
turun-temurun dan amat berharga ini tidak disingkirkan oleh komuniti yang moden sekarang. Tiada
penyakit yang tiada penawarnya. Pertama sekali kerajaan memainkan peranan yang amat penting
dalam usaha menyelamatkan permainan tradisional kita. Pendedahan kepada budaya dan warisan
permainan tradisional haruslah dilakukan sejak di bangku sekolah lagi. Teori-teori dan asal-usul
permainan tradisional harus diajar kepada pelajar-pelajar melalui aktiviti kokurikulum. Sebagai
contoh,kerajaan boleh mengadakan pertandingan permainan tradisional secara besar-besaran untuk
mendorong semua lapisan masyakarat menceburkan diri dalam permainan tradisional. Kempenkempen dan pameran berkaitan dengan permainan tradisional juga boleh diadakan untuk
mempromosikan permainan tradisional dalam kalangan masyarakat moden sekarang. Justeru,
terbuktilah bahawa kerajaan berperanan penting dalam usaha menyelamatkan tradisi dan warisan
permainan tradisional kita.
Tambahan pula, masalah yang serius ini juga dapat diatasi dengan cara mengkormersialkan
permainan tradisional. Langkah ini juga dapat ditingkatkan dengan bantuan media massa sama ada
melalui media elektronik atau media cetak. Permainan moden dan canggih sekarang yang mudah
didapati di pasaran dan pusat-pusat hiburan merupakan faktor perdana yang mengambil hati
masyarakat tempatan khususnya remaja masa ini. Dalam konteks ini, permainan tradisional juga boleh
mengambil tempat di hati kalangan masyarakat jika permainan tradisional boleh disediakan di pusat-

pusat hiburan atau dijual besar-besaran di kedai-kedai hiburan. Selain itu, permainan video berasaskan
permainan tradisional juga boleh diusahakan bagi meningkatkan minat masyarakat terhadap
permainan tradisional yang penuh cabaran ini. Pendek kata, usaha mengkormersialkan permainan
tradisional dapat mengatasi masalah ini secara tidak langsung.
Berdasarkan isi-isi yang diutarakan, memang tidak dapat disangkal bahawa permainan tradisonal
dapat mengekalkan budaya dan warisan tempatan. Oleh itu, saya berharap agar fenomena permainan
tradisional yang kian dilupakan dalam kalangan masyarakat dapat diatasi. Kerajaan dan masyarakat
haruslah berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk memastikan permainan tradisional dapat
diwarisi. Biar mati anak, jangan mati adat merupakan antara peribahasa Melayu yang paling sesuai
dalam konteks ini.

Usaha-usaha dilakukan untuk mempertahankan permainan-permainan tradisional?Apakah definisi


permainan tradisional?
Sebenarnya menurut Kamus Dewan, permainan tradisional merujuk permainan budaya yang sudah
diamalkan oleh sesuatu masyarakat itu untuk satu tempoh yang tertentu seperti dalam kes masyarakat
kita permainan gasing, wau dan dam menjadi permainan tradisional. Masyarakat kita masih lagi
memainkan permainan ini tetapi semakin lama semakin dipinggirkan terutama oleh masyarakat muda
di negara ini yang terlalu mengutamakan permainan moden. Peminggiran permainan tradisional ini
turut diketengahkan oleh media massa yang sering menyiarkan rungutan penggiat budaya yang
menganggap masyarakat belia di negara ini sudah tidak lagi memandang tinggi permainan budaya
sendiri.
Oleh itu, ada banyak tindakan yang boleh dilaksanakan untuk memastikan permainan ini terus wujud
dalam minda masyarakat kita.Langkah awal yang boleh dilakukan dalam menangani isu ini ialah
kerajaan menyediakan lebih banyak tempat-tempat atau gelanggang untuk memudahkan rakyat
memainkan permainan ini.
Kewujudan gelanggang ini memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk bersama-sama
menikmati permainan ini. Kekerapan bermain permainan ini berupaya untuk mewujudkan satu
kesedaran yang hakiki terhadap permainan budaya mereka ini. Oleh itu, pembinaan gelanggang yang
cukup oleh pihak berwenang mampu memberi nafas baru kepada keseinambungan permainan warisan
budaya ini.
Berkaitan dengan pembinaan gelanggang, pihak kerajaan boleh memajukan permainan ini dengan
turut menyediakan jurulatih yang terlatih di setiap gelanggang yang telah disediakan itu. Kewujudan
jurulatih ini memastikan masyarakat menerima latihan yang tepat tentang sesuatu permainan itu dan
berupaya mengajarkan ilmu itu kepada anak-anak mereka pula. Langkah ini memastikan berlakunya
keseinambungan dalam memainkan permainan yang semakin dilupakan lantaran tiadanya tunjuk ajar
yang tepat tentang permainan tersebut. Jelaslah, permainan warisan budaya ini akan terus dimainkan
jika ada jurulatih yang bertauliah untuk mengajar masyarakat kita.
Selain itu, pihak sekolah boleh menjadikan permainan tradisional ni sebagai salah satu bentuk aktiviti
kokurikulum yang disertai oleh pelajar. Tindakan ini memastikan pelajar kita terdedah dengan jenisjenis permainan tradisiona sejak muda lagi dan memahami kepentingan mengekalkan permainan ini.
Kesedaran yang dipupuk sejak awal in mampu memberi impak yang mendalam dalam jiwa seseorang
pelajar sehinggalah mereka memasuki alam dewasa. Jadi, pihak sekolah wajib menjadikan permainan

ini sebagai satu aktiviti sekolah yang penting untuk disertai oleh pelajar.Malah, permainan tradisional
ini boleh dikekalkan jika pihak berkuasa mengadakan promosi yang berkesan tentangnya menerusi
media massa.
Penayangan iklan yang bersesuaian seperti menjelaskan aspek kepentingan permainan ini boleh
menimbulkan kesedaran dalam diri masyarakat. Pemahaman ini kemudiannya akan dijelmakan dalam
bentuk masyarakat cuba mengekalkan dan memainkan permainan ini sekerap mungkin dalam hidup
mereka. Sesungguhnya, promosi yang sesuai dan kena kepada sasaran memberi satu dimensi baru
pada permainan ini untuk terus hidup dan berkembang dalam masyarakat moden kita.
Konklusinya, permainan tradisional boleh dikekalkan jika semua langkah-langkah yang dijelaskan di
atas itu dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Masalah yang timbul ialah pihak berkuasa tidak
mempunyai keinginan politik yang bersungguh-sungguh untuk menjayakan projek sebegini.
Kelesuan minat pihak berkuasa dalam aspek ini bakal menyaksikan permainan tradisional ini semakin
dilupakan. Peribahan 'tepuk dada tanya selera' sesuai menjadi renungan kita semua kerana jika kita
masih leka mungkin permainan ini akan terus terkubur.

Pada hari ini, permainan tradisional mula dilupakan. Antara permainan tradisional
tersebut ialah permainan gasing, layang-layang, congkak dan sebagainya. Hal ini
disebabkan oleh banyaknya permainan video dan permainan komputer di
pasaran. Sebagai contoh play station, game boy dan permainan internet. Oleh
itu, usaha-usaha perlu diambil untuk mempopularkan permainan ini.

Salah satu usaha bagi mempopularkan permainan tradisional adalah melalui


pihak sekolah. Pihak sekolah perlu mengadakan kegiatan kokurikulum yang
berkaitan dengan permainan tradisional. Pihak sekolah perlu menubuhkan Kelab
Permainan Tradisional. Usaha ini bertujuan untuk memperkenalkan permainan
tradisional kepada pelajar-pelajar. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah
pertandingan congkak, sepak raga, gasing dan sebagainya. Aktiviti ini boleh
memberikan tubuh badan yang sihat. Jelaslah bahawa usaha ini dapat
mempopularkan permainan tradisional.

Peranan ibu bapa juga penting untuk mempopularkan permainan tradisional


kepada anak-anak . Ibu bapa perlu memperkenalkan permainan tradisional
kepada anak-anak sejak kecil lagi. Ibu bapa perlu meluangkan masa bersama
dengan anak-anak dengan bermain permainan tradisional seperti bermain
congkak. Ibu bapa juga boleh membelikan permainan tradisional seperti gasing,
congkak dan layang-layang. Jelaslah bahawa peranan ibu bapa penting dalam
mempopularkan permainan tradisional kepada anak-anak.

Usaha seterusnya ialah peranan masyarakat. Masyarakat boleh


memberikan sokongan dengan menubuhkan persatuan atau kelab permainan
tradisional di tempat tinggal mereka. Mereka boleh bermain pada masa lapang.
Mereka juga boleh mengadakan pertandingan di peringkat kampung atau antara
kampung. Sebagai contoh permainan gasing, layang-layang dan sepak raga.
Pertandingan ini dapat memperkenalkan dan menonjolkan bakat seseorang
dalam permainan tradisional. Oleh itu, peranan masyarakat amat penting dalam
usaha mempopularkan permainan tradisional.

Individu juga berperanan dalam usaha mempopularkan permainan


tradisional. Mereka hendaklah menanamkan sikap suka dan ingin tahu tentang
permainan tradisional. Dengan mempelajari dan mengambil bahagian dalam
pertandingan permainan tradisional setiap individu dapat mengurangkan diri
mereka daripada terlibat dengan permainan moden seperti permainan elektronik.
Penyertaan pelajar dalam pertandingan yang diadakan oleh pihak sekolah dan
masyarakat dapat membantu pelajar mencintai dan meminati permainan
tradisional. Oleh yang demikian, peranan individu amat penting dalam
mempopularkan permainan tradisional.

Pihak media massa perlu menghebahkan kelebihan permainan tradisional


kepada masyarakat. Hebahan boleh dilakukan melalui surat khabar, televisyen,

majalah dan internet. Contohnya, TV3 melalui program Jom Heboh boleh
mengadakan pertandingan permainan tradisional seperti permainan gasing,
congkak

dan

sebagainya.

Sesungguhnya,

media

massa

mampu

memperkenalkan permainan tradisioanl kepada masyarakat khususnya generasi


muda.
Pihak kerajaan juga perlu memainkan peranan. Pihak kerajaan hendaklah
mengadakan pesta permainan tradisional pada setiap tahun. Setiap negeri mestilah
mengambil bahagian untuk memeriahkan pesta tersebut. Contohnya, Festival Layanglayang di Pasir Gudang, Johor bukan sahaja disertai oleh rakyat tempatan malahan
masyarakat antarabangsa. Tegasnya, pihak kerajaan haruslah memainkan peranan dan
memastikan permainan tradisional diminati oleh rakyat.

Kesimpulannya, terdapat banyak usaha untuk mempopularkan


permainan tradisional. Ringkasnya, semua pihak memainkan peranan penting
dalam mempopularkan permainan tradisional. Hal ini demikian agar permainan
ini tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.

contoh kertas kerja permainan tradisional

Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tun Abdul Razak


94300 Kota Samarahan
Sarawak

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Dengan Kepujian


Pendidikan Rendah Ambilan Januari 2009
Kumpulan PISMPSN 1109, PISMPS 1109 dan PISMPPJ 1109

KERTAS KERJA
PENGANJURAN KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL
SUBJEK PJM3112 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
PENDIDIKAN JASMANI & SUKAN

KUMPULAN PENGAJIAN: PISMP AMBILAN JANUARI 2009


(PISMPSN 1109, PISMPPS 1109 dan PISMPPJ 1109)
TEMPAT AKTIVITI
: DEWAN SRI SAMARAHAN IPGKTAR
TARIKH

: 26 FEBRUARI 2011

MASA AKTIVITI

: 0800 - 1400

PENSYARAH

: Puan Chandrawati binti

1. PENDAHULUAN
Subjek PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
adalah merupakan subjek elektif bagi Kumpulan Pengajian PISMPSN1109,
PISMPPS 1109 dan PISMPPJ 1109. Pada semester lima ini, kerja kursus yang
perlu dilaksanakan adalah berkaitan dengan penganjuran sebuah karnival yang
dinamakan Karnival Permainan Tradisional. Penganjuran karnival sebegini
adalah

merangkumi

perancangan

segenap

sehinggalah

pengendalian

peringkat

bermula

pelaksanaan.

daripada
Karnival

peringkat
Permainan

Tradisional ini turut menjemput beberapa kumpulan pengajian yang lain untuk
menyertainya. Karnival ini akan mengetengahkan tema Permainan Tradisional
Satukan Kita.

2. MATLAMAT
Matlamat program ini dijalankan adalah sebagai platform untuk guru-guru pelatih
menerokai serta mempelajari selok-belok pengurusan serta pentadbiran
sesebuah

pertandingan

terutamanya

berkaitan

dengan

subjek

ini

iaitu

pengurusan sukan serta Pendidikan Jasmani. Penganjuran program ini adalah


memenuhi keperluan yang dikehendaki dalam silibus subjek PJM3112.
Disamping itu, program yang sebegini juga akan dapat menerapkan kemahirankemahiran dalam diri masing-masing.

3. OBJEKTIF
Dalam penganjuran program yang sebegini juga mempunyai objektifnya yang

tersendiri. Objektif inilah yang ingin diketengahkan dalam penganjuran karnival


ini. Antara objektifnya adalah seperti berikut;

3.1

Mempelajari serta meningkatkan kemahiran pengurusan serta


pentadbiran untuk penganjuran acara ataupun pertandingan.

3.2 Memberikan pendedahan serta pengalaman kepada guru-guru pelatih


untuk mengendalikan sebarang aktiviti ketika berada di sekolah nanti.
3.3 Memupuk dan mengeratkan perpaduan melalui permainan tradisional
yang dilaksanakan.
3.4 Meningkatkan tahap disiplin serta kepatuhan dalam diri setiap peserta.
3.5 Memupuk semangat kerjasama, toleransi serta silaturrahim peserta
melalui penglibatan dalam aktiviti atau acara yang disertai.
3.6

Menggalakkan penglibatan secara aktif guru-guru pelatih dalam


menyertai aktiviti yang dijalankan.

3.7 Mempertingkat daya keyakinan serta percaya kemampuan diri sendiri.


3.8

Memberi peluang kepada guru pelatih untuk mempelajari serta


mengenali permainan tradisional melalui keseronokan dalam
permainan tersebut.

3.9 Menyemai nilai-nilai murni serta etika melalui penglibatan dalam


program yang dilaksanakan.

4. MAKLUMAT PROGRAM
4.1 Nama Program

Karnival Permainan Tradisional 2011

4.2 Tema Program

Permainan Tradisional Satukan Kita

4.3 Penganjur

PISMPSN 1109, PISMPPS1109, PISMP PJ1109

4.4 Tarikh

26 Februari 2011

4.5 Tempat

DEWAN SRI SAMARAHAN IPG KTAR

4.6 Masa

4.7 Peserta yang Terlibat

0800-1400
PPISMP AMBILAN JUN 2010 (4 Kumpulan)

5. SENARAI PERMAINAN TRADISIONAL DIPERTANDINGKAN


5.1

Zero Tarzan

5.2

Guli Roket

5.3

Lastik Getah

5.4

Batu Seremban

5.5

Batak Lampung

5.6

Guli

5.7

Getah

5.8

Serak Lidi

5.9

Ketinting

5.10 Selipar Kaki Tiga


5.11 Gusti Lengan
5.12 Galah Panjang

6. UNDANG-UNDANG & PERATURAN PERMAINAN SERTA PERMARKAHAN

Undang-undang dan peraturan permainan adalah seperti yang ditakrifkan dalam


kertas kerja kumpulan kecil Permainan Tradisional mungkin kumpulan kecil masing
masing. Iaitu terdapat 12 jenis permainan kecil akan dianjurkan

7. SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


Rujuk lampiran A

8. TENTATIF PROGRAM (KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL)


7.45 pagi
- Ketibaan peserta dan pensyarah
- Pendaftaran peserta
- Taklimat permainan
- Pembahagian kumpulan
- Sesi Pemanasan Badan (IPG KTAR Exercise)
8.45 pagi
- Permainan 1 (Zero Tarzan)
- Permainan 2 (Guli Roket)
- Permainan 3 (Lastik Getah)
- Permainan 4 (Batu Seremban)
- Take 5
- Permainan 5 (Batak Lampung)
- Permainan 6 (Guli)
- Permainan 7 (Getah)
- Permainan 8 (Serak Lidi)
- Take 5
- Permainan 9 (Ketinting)
- Permainan 10 (Selipar Kaki Tiga)
- Permainan 11 (Gusti Lengan)
- Permainan 12 (Galah Panjang)
- Take 5

Sesi Penangguhan Program


12.30 ptg
- Ketibaan tetamu/undangan
- Ucapan penutupan
- Penyampaian Cenderamata
- Penyampaian Hadiah kepada peserta
- Jamuan
- Bersurai

9. ANGGARAN KOS
Rujuk lampiran B
10. SENARAI NAMA PESERTA

Senarai nama peserta dan kumpulan pengajian adalah mengikut senarai nama
untuk pelajar semua pelajar semester 2 PPISMP Ambilan Julai 2010 dan KPLI
Ambilan Januari 2011.

11. PERALATAN DAN TEKNIKAL


Rujuk lampiran C
12. BORANG PENYERTAAN (URUSETIA)
Rujuk lampiran D
13. BORANG PEMARKAHAN (KEPUTUSAN PERMAINAN)
Rujuk Lampiran E

14. PENUTUP

Secara keseluruhannya, dapat dirumuskan bahawa projek ini adalah sesuatu


yang amat perlu sebagai persediaan guru-guru pelatih Program Sarjana Muda
Perguruan Dengan Kepujian Institut Pendidikan Guru Malaysia (PISMP-IPG)
sebelum melangkah jejak ke pintu sekolah kelak. Diharap program ini dapat memberi
manfaat kepada guru-guru pelatih PISMP-IPG dan dapat membantu dalam
menghadapi cabaran-cabaran yang kian mencabar pada masa akan datang.
Disediakan oleh,
.
(PUAN CANDRAWATI BINTI IBRAHIM)
Pensyarah Penasihat
Disemak oleh,
..
(EN. NOOR BAHAR BIN AZHAR)
Ketua Jabatan,
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Diluluskan oleh,
.
(EN RIJENG ANAK JAHET)
Pengarah,
Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak
CADANGAN :

DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN

LAMPIRAN A
JAWATANKUASA DAN ORGANISASI KARNIVAL SUKAN TRADISIONAL 2011
PENAUNG
ENCIK RIJENG ANAK JAHET

PENSYARAHPENASIHAT
PUAN CANDRAWATI BINTI IBRAHIM

PENGERUSI
SADIT ANAK LIMBAI

NAIB PENGERUSI
PAUL ANAK GOSPA

SETIAUSAHA
NICHOLAS BIN MALIKI

NAIB SETIAUSAHA
NUR-EFFARIZA BT TAIB

BENDAHARI
DESMITH DAWEH ANAK LEO

NAIB BENDAHARI
AEMAS ANAK GEORGE MUSA

Publisiti dan Dokumentasi


SYARIFUDDIN BIN SUDIRMAN (K)
WILMA ANAK AKAM
CLARENCE ANAK NICHOLAS NGALANG
MCALICESTER GARAI AK WAN
DAAL
DAYANG HERNY SUFINA BINTI AWANG AHMAD
ANGELA DEVI A/P ROGERS SUNDRANATHAN
CYNTHIA SIEW

Makanan dan Minuman


ARFIZA BINTI SAFIAN (K)
MOHD. TAUFIK BIN SUUT
PAULUS AK DORLEN
ANGELINA BINTI ANDREW
EMIEDILIA LIDEM
EMILLY AK SUGI
SITI NOOR AISYAH BINTI SAPIEE

Urusetia dan Protokol


MOHAMAD AZLAN BIN OMAR (K)
LIM SIEW JIAU

Keselamatan dan Kebersihan


NORAZIMAH BINTI GANI (K)
ALEXZANDA NGU

BARBARA SIMA AK. INNIT


FAIROL BIN AMIT @ HAMID
KRISTINIE INCHIE AK. BONIFACE INTANG
AZMAN
CECILIA CINDY GUGUP
FAZLIN LATIFAH BINTI RAMDANI
WAHAB
Cenderahati dan Hadiah
UMI NASYEHA BINTI MUSTAPHA (K)
FRANCESCA AK STANLEY KAWI
AMY JESSICA AK CHANGAI
MIMI JOHNA AK. ANDREW JALIN
NOORASILAH BINTI ZAINUDIN
RITA AK JIMBON
SITI NABILAH DERAHMAN
VOON MUI YEE

Pengadilan dan Penghakiman


MOHD. REZUAN BIN ABDU LATIP @ LATIP
ANGELA FRESMA AK LAI
SEPAWI BIN HJ. LUKOI
FLORENCE AK JAIT
JAMES WONG HUANG CHIEW
TERRENCE JUAN AK BUNDONG
FAIRUZ NOOR AZWIN BINTI ABD KHALID
ELLIS AK BENARD
AWANGKU ISSAM BIN AWANGKU SERMA
FARZONA BINTI KAMAT
SITI NORASYIKIN BINTI BUJANG
MUHAMAD NURSALAM AL HAFIZ BIN OSMAN

MOHD. HAFRIZ BIN KAMIL


ALVINTINO JAMIT
MOHD. NORAZLIZAM BIN
JALANI BIN ZAINI
ZAINALABIDIN BIN ABDULL

Peralatan
MICHEAL BETI TUANG (K)
MOHD. FIRDHAUZ BIN SENAN
AHMAD AZMI BIN HJ SEBLI
MUAZ BIN AB RAHMAN
MOHD HAFIZ BIN DELI
MUHD. MUHAZRIN BIN SUBANDI
HERMA JULIANNY AK HENRY
VIANEY BINTI JUGI
MADELINA AK BANTIN
MOHD. FADZLI BIN AWANG BAKAR

LAMPIRAN B
Anggaran perbelanjaan

B
il
1. Hamper

Perkara

Anggara
n Harga
Seunit
RM30

Kuantiti

Jumlah

RM210

2.
3.
4.
5.

Makanan
Cenderamata
Kordial
Ais batu

RM5
RM15
RM5
RM5

200
4
4
2

RM 1000
RM60
RM20
RM10

RM 1300

Catatan:
Perbelanjaan untuk permainan tradisional yang diadakan adalah mengikut kertas kerja
kumpulan masing masing.
Manakala dana untuk pengelolaan karnival permainan sukan tradisional ini adalah hasil
daripada kutipan dana 3 kumpulan tersebut.

LAMPIRAN C (PERALATAN)
Bi
l
1.
2.
3.
4.
5.

Perkara
Portable Microphone
Healer
Extension Cable
Speaker
Papan Markah

Kuantiti
1 buah
1 buah
3 buah
1 buah
1 buah

Senarai peralatan bagi setiap permainan tradisional adalah


mengikut kepada kertas kerja permainan tradisional kumpulan
kecil masing masing.

LAMPIRAN D: Borang penyertaan (Urusetia)


Nama acara/permainan
Masa permainan

: ______________________
: ______________________

Penyelia acara/permainan

: ______________________

Kumpulan pengajian

: ______________________

Ketua kumpulan (permainan)

Bil

: ______________________

Nama Peserta

No.Kad
Pengenalan

Tandatanga
n

Disahkan oleh,

_____________________
(Ketua Penyelaras Aktiviti)

LAMPIRAN E: Borang Keputusan Perlawanan

Nama Acara/Permainan
Kedudukan

: _____________________________

Nama Pasukan/Kumpulan Pengajian

Nama Acara/Permainan

Catatan

: _____________________________

Kedudukan

Nama Pasukan/Kumpulan Pengajian

Catatan

Вам также может понравиться