Академический Документы
Профессиональный Документы
Культура Документы
Matlamat PSV
Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk
melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan
asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan
rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran,
keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan
diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
2. Peranan guru PSV
Peranan Guru Pendidikan Seni Dalam PKBS adalah untuk:
(i) mengemaskini maklumat pelajar dalam pencapaian Pendidikan Seni Visual
sepanjang persekolahan sehingga tahun enam;
(ii) membuat laporan pencapaian untuk tindakan susulan dalam mata pelajaran
Pendidikan Seni Visual;
(iii) memperinci maklumat pencapaian aspek kognitif, afektif dan psikomotor;
(iv) memastikan alat dan bahan untuk penilaian PKBS diperolehi daripada Pejabat
Pelajaran Daerah dan Pejabat Pelajaran Negeri;
(v) meneruskan penilaian bulanan, semester dan memenuhi keperluan rekod profil
dan rekod prestasi;
(vi) melakukan penilaian secara formal dan tidak formal; dan
(vii) menggunakan penilaian formatif yang dikumpulkan untuk menghasilkan
penilaian sumatif pada jangka panjang.
3. Penilaian Portfolio
Portfolio merupakan himpunan atau koleksi hasil kerja pelajar, maklumat pelajar,
pengetahuan pelajar, intelek dan kebolehan menyelesaikan masalah pelajar.
Bahan portfolio pelajar menggambarkan amalan pelajar, proses pembelajarannya
serta sikap dan nilai terhadap kerja. Penilaian portfolio merupakan satu cara atau
kaedah menilai pelajar secara bersistem, menggambarkan penguasaan kemahiran
dalam konteks jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).
Penilaian berportfolio ini telah dilaksanakan di sebahagian besar negara-negara
Eropah termasuk Amerika Syarikat. Satu projek di Universiti Stanford menunjukkan
bahawa porfolio ini membawa kesan yang amat memberangsangkan untuk menilai
pelajar.
Penilaian yang demikian dianggap amat adil dan memperuntuk masa yang
mencukupi kepada pelajar untuk menyiapkannya. Di Malaysia, penilaian portfolio ini
diperkenalkan di maktab-maktab perguruan untuk menilai guru pelatih. Penilaian
berportfolio ini amat wajar untuk diimplimentasi di sekolah-sekolah kerana amat
relevan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan konsep JERI
(i) Rancangan mingguan adalah perincian daripada rancangan penggal yang mana
rancangan ini menunjukkan kesinambungan dan perkembangan pelajaran dari
seminggu ke seminggu.
(ii) Perkara-perkara berikut perlu dicatatkan dalam rancangan mingguan:
_ Mata Pelajaran
_ Tahun
_ Kemahiran
_ Isi kandungan
_ Aktiviti
_ Alatan
Minggu ke ......................
Mata
Pelajaran Tahun Kemahiran Isi
Kandungan Aktiviti Alatan
dalam kemahiran berfikir. Aktiviti-aktiviti lisan yang boleh dijalankan ialah soal jaw
ab, peta minda, kuiz, temubual, teka teki, forum, seminar, lakonan dan
sumbangsaran. Perkara-perkara yang boleh dinilai secara lisan adalah penguasan
pengetahuan, pemahaman konsep, penguasan kemahiran berfikir dan belajar,
kemahiran berbahasa seni dan sosial, perkembangan daya kreatif dan mengenalpasti
perlakuan emosi, perasaan dan perubahan sikap murid.
Penilaian secara penulisan pula dapat mengesan dan mengukur perkembangan dan
pemahaman murid dalam pelbagai aspek pengetahuan serta merekod proses dalam
bentuk folio. Penilaian menggunakan kaedah penulisan dapat merangsang pemikiran
mur id secara logikal, kritikal dan analitikal. Murid juga digalakkan membuat kajian,
eksperimentasi serta membuat perancangan. Melalui penilaian ini, guru dapat
menilai tahap penguasan pengetahuan, pemahaman konsep, proses dan teknik serta
kemahiran bahasa seni dan kemahiran berfikir.
Pembinaan soalan-soalan obejktif dan subjektif harus menggambarkan
pembelajaran secara keseluruhan yang menitikberatkan aras kesukaran berasaskan
taxonomy Bloom seperti ingatan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan
penilaian.
6. Maksud aktiviti Pengayaan dan Pemulihan
Pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Seni juga akan melalui proses
pengayaan dan pemulihan.
Bagi pelajar-pelajar yang sudah menguasai sesuatu kemahiran-kemahiran asas
seperti membentuk, mengunting, melakar dan mewarna, anda sebagai guru perlu
memberi aktiviti-aktiviti tambahan untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman
murid serta mengukuh kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai. Aktiviti-aktiviti ini
dinamakan aktiviti pengayaan.
Dalam sesuatu pelajaran, aktiviti pengayaan diperlukan terutamanya oleh murid
yang lebih cerdas untuk mengisi masa terluang dan mengelakkan dari kebosanan.
Aktiviti yang lebih mencabar membolehkan murid berdikari dalam pembelajaran,
misalnya aktiviti yang berbentuk projek, kajian serta tugasan-tugasan yang dapat
melibatkan penggunaan daya kreatif, sifat ingin tahu dan kerjasama antara individu
atau kumpulan seperti menggunakan strategi pengajaran Belajar Cara Belajar, Akses
Kendiri atau Kajian Masa Depan.
Begitu juga dengan aktiviti pemulihan, anda sebagi guru tidak dapat lari daripada
menjalankan aktiviti pemulihan di dalam bilik darjah. Pemulihan amat perlu untuk
murid-murid yang menghadapi masalah atau kesukaran belajar dalam menguasai
satu-satu kemahiran dalam Pendidikan Seni. Kelemahan-kelemahan ini amat perlu di
atasi sebelum ia terhimpun yang akan menyebabkan usaha memulih sudah terlewat.
Anda perlu gunakan aktiviti-aktiviti alternatif dalam usaha mengatasi kelemahan
murid. Anda juga perlu memberi bimbingan yang lebih dan murid perlu mahir dalam
sesuatu kemahiran dahulu sebelum beralih kepada kemahiran yang lain, contohnya
strategi Masteri amat sesuai dalam situasi ini. Pemulihan adalah penting untuk
mengembangkan potensi murid disamping membina keyakinan untuk terus belajar
dengan kadarnya sendiri.
7. Iklim bilik seni dari segi aspek fizikal
Iklim bilik darjah dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual
sama ada di bilik seni ataupun di sebuah bilik darjah biasa, merangkumi keadaan
fizikal dan suasana pembelajaran yang sesuai dan kondusif untuk sesuatu pelajaran.
(a) Aspek fizikal
Dari aspek fizikal, guru seni hendaklah berusaha menentukan bahawa bilik darjah
atau bilik seni adalah bersih, susunan perabot adalah teratur dan sesuai untuk
aktiviti yang akan dijalankan. Sudut seni untuk pameran contoh-contoh hasil kerja
pelajar perlu ada dan diuruskan dengan menarik dan kemaskini. Ianya dapat
dilakukan dengan cara-cara berikut:
(i) Penyusunan meja kerusi murid mengikut kumpulan.
(ii) Suasana di studio Pendidikan Seni yang dihiasi dan diatur kemas dengan carta,
gambar, rak pameran dan alat bantu mengajar yang mengalakkan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran.
(iii) Saiz studio yang mempunyai ruang yang cukup untuk bergerak dapat memberi
keselesaan kepada murid-murid menjalankan aktiviti kumpulan dan permainan.
(iv) Tingkap-tingkap dan pintu yang mencukupi akan membolehkan cahaya masuk
dan udara beredar bebas dalam studio. Keadaaan cahaya dan udara studio yang
cukup dapat membangkitkan suasana yang segar dan membawa keselesaan kepada
murid.
(v) Keadaan kebersihan dan keindahan bilik darjah pula dapat meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
8. Proses apresiasi seni
Feldman (1967) dan Smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti aprisiasi seni,
berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap:
(a) Menggambarkan (description)
(b) Menganalisa (analysis)
(c) Tafsiran (interpretation)
(d) Penilaian (evaluation)
(a) Menggambarkan
Mengamati hasil seni dan menggambarkan sifat-sifat tampak seperti warna, garisan,
bentuk, rupa, jalinan dan elemen-elemen gubahan iaitu prinsip dan struktur.
(b) Menganalisa
(i) Menganalisa perhubungan sifat-sifat tampak seperti unsur-unsur seni, prinsip dan
struktur.
(ii) Menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasana.
kebudayaannya.
Crose dan Collingwood ( Syed Ahmad Jamal, 1994 ) berpendapat bahawa, karya seni itu
suatu imej mental. Objek yang ideal yang dinyatakan di dalam bentuk fizikal melalui bahan
yang terhasil daripada karya sebenar dalam fikiran pemerhati. Beliau sebenarnya menyokong
pendapat yang menyatakan bahawa seni adalah pernyataan rasa yang imaginatif. Ini adalah
kerana beliau cuba membezakan seni dengan kraf. Kraf pada pandangan beliau merupakan
aktiviti mengubah bahan mentah menjadi barangan dengan menggunakan kemahiran yang
boleh dipelajari.
Konsep seni mempunyai pertalian yang erat dengan estetika. Menurut pandangan Barat,
estetika bererti sesuatu yang berkaitan dengan pengamatanterhadap sesuatu perkara atau
suasana yang menekankan aspek kesenian atau keindahan, bukan aspek kegunaannya.
Perkataan estetika mula digunakan oleh Baumgarten pada tahun 1735. Menurutnya,
keindahan mestilah diasingkan daripada estetika kerana barang yang buruk boleh diterima
dengan cara yang indah dan sebaliknya.
Kebudayaan Barat telah memisahkan seni dengan agama. Pemisahan ini wujud dengan
lahirnya sekularisme. Lantaran itu, seni menjadi suatu yang bebas. Demi seni, semuanya
dibolehkan sehingga melahirkan kepelbagaian aliran di dalam seni itu sendiri seperti
ekspressionisme, kubisme, impressionisme dan sebagainya.
Pandangan Tokoh Barat
a) Plato (347 SM)
- Lukisan adalah 3 kali terpisah daripada
kebenaran.
- Seni dan pendidikan perlu dipandukan kepada
kebenaran, kebaikan, kesempurnaan, kesejahteraan dan
keindahan.
- Dikatakan dengan perlakuan, akhlak, nilai dan moral.
- Mencipta sesuatu persekitaran yang berbudaya dan
meningkatkan perpaduan:
: Lukisan dibincang dengan konsep imitasi.
: Membandingkan lukisan dengan kebenaran.
: Pelukis meniru objek yang dibuat oleh tukang pembuat.
b) Aristotle (384-322SM)
- pelukis tidak meniru tetapi memberi struktur bentuk kepada benda
alam, maka seni itu baik.
C) Pestalozzi (1746-1827)
- Memberi peluang kepada kanak-kanak belajar seni sama ada
berbakat atau tidak, seni diberi penekanan kepada konsep
kepentingan aktiviti mata dan tangan.
- Kerja tangan atau kraftangan diajar dengan konsep sepanjang
hayat, aktiviti bercorak praktikal.
d) Herbert Read
- Seni adalah penghasilan rupa dan bentuk yg menimbulkan
terlalu akrab dengan aspek keagamaan, sosial, politik, ekonomi serta kebudayaan sehingga
para ilmuwan dalam setiap bidang tersebut turut terpanggil untuk membentuk seni dan
kesenian yang sejajar aliran dan fahaman mereka.
adalah terdiri daripada Ketua Bidang dan Guru-guru Kanan @ Ketua Panitia Mata Pelajaran .
3. Panitia Pendidikan Seni Visual
3.1 Anggota Panitia Pendidikan Seni Visual merupakan semua guru yang mengajar PSV di
sekolah. Ketua Panitia ialah seorang guru kanan yang dilantik oleh Pengetua.Manakala AJK
dilantik oleh panitia sendiri.
3.2 Pengurusan mata pelajaran PSV yang baik dapat memperlihatkan,
a. Perancangan yang teliti
b. Pengelolaan yang sistematik
c. Ciri-ciri kepimpinan yang dinamik
d. Pengawasan yang berkesan
3.3 Melalui badan ini, guru-guru PSV berpeluang untuk mencari penyelesaian kepada
masalah dalam bidang pengajaran, motivasi dan sikap serta tabiat belajar yang dimiliki oleh
pelajar disamping dapat memupuk kerjasama, berkongsi fikiran, pengalaman dan kepakaran
untuk mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
3.4 Keputusan yang diambil oleh panitia perlu dibawa oleh ketua panitia kepada Pengetua
untuk mendapat penyelesaian atau makluman.
4. Tugas-tugas Panitia PSV
4.1 Sukatan Pelajaran
Menentukan sukatan yang digunakan ialah sukatan semasa, memahami
sukatan dan huraian sukatan.
4.2 Rancangan Pelajaran.
Menyediakan dan menyelaraskan rancangan bagi semua kelas mengikut
tingkatan .
4.3 Rancangan Harian
Menentukan adanya rancangan berasaskan Sukatan Pelajaran semasa.
4.4 Alat dan Bahan
Merancang pembelian yang perlu untuk P & P disemua tingkatan.
4.5 Buku-buku rujukan
Mencadangkan pembelian buku-buku rujukan untuk PSS dan Bilik PSV.
4.6 Alat Bantu Mengajar
Mengumpul berbagai jenis BBM untuk kegunaan guru PSV dalam P & P.
4.7 Ujian dan Peperiksaan
Menyelaras kertas-kertas soalan untuk semua tingkatan.
4.8 Keputusan Ujian dan Peperiksaan
Menganalisis dan mengkaji keputusan tersebut untuk mengesan kelemahan
dan cara mengatasi.
4.9 Kertas Soalan
Mengadakan bank soalan.Mengumpul soalan sekolah lain untuk kajian.
4.10 Sudut PSV
Mengadakan sudut PSV dibilik darjah , perpustakaan dan tempat-tempat
tertentu.
4.11 Mesyuarat
Mengadakan mesyuarat formal dan tidak formal.
4.12 Hal-hal lain
Kerjasama dengan panitia lain seperti lawatan dan minggu panitia.
5 . Tugas-tugas Ketua Panitia
u r i
k u l u m
PENDIDIKAN SENI
TUGASAN INDIVIDU
KUMPULAN B
HARI: KHAMIS
WAKTU: 2.00-4.00 PETANG
SOALAN 1
(SSP 3093)
Jelaskan kandungan sukatan pelajaran Seni Visual STPM.
A. Pengenalan
Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual STPM mempunyai matlamat untuk menyediakan pelajar
dengan pengetahuan dan kemahiran Seni Visual bagi membolehkan pelajar mengikuti program Seni Visual atau
program yang berkaitan di Institusi Pengajian Tinggi kelak, serta dapat menggunakan pengetahuan dan
kemahiran Seni Visual dalam kehidupan dan bidang kerjaya. Sukatan pelajaran Seni Visual STPM ini
dilaksanakan untuk pelajar tingkatan enam rendah dan tingkatan enam atas yang mengambil subjek Pendidikan
Seni Visual dan bakal menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Penilaian Malaysia.
Terdapat lapan objektif dalam sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual STPM yang dikenalpasti
mampu meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan untuk pelajar
tingkatan enam. Perancangan Pengajaran pula melibatkan perancangan apa yang hendak dilakukan semasa
pengajaran, termasuklah Objektif, Langkah- langkah dan strategi. Melibatkan kurikulum PSV, Huraian
Kurikulum dan Rancangan tahunan yang telah disediakan diperingkat JPN.
B. Kandungan Sukatan Pelajaran Seni Visual STPM.
Dua aspek utama yang terkandung di dalam sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual ialah apresiasi
Seni Visual dan penghasilan Seni Visual yang terdiri daripada tiga komponen yang utama iaitu, teori Seni
Visual (apresiasi Seni Visual dan teori penghasilan),lukis an dan
projek penghasilan kerja.
Teori Seni Visual (144 waktu).
a.
Apresiasi Seni Visual.
Apresiasi Seni Visual ini akan diajar kepada pelajar tingkatan enam dan di bawah tajuk aspresiasi Seni
Visual ini mempunyai beberapa komponen pecahan subtajuk yang dapat menjelaskan makna Pendidikan Seni
Visual secara berkesan. Antara subtajuk yang akan menjelaskan lagi makna Seni Visual ialah pengenalan Seni
Visual, bahasa Seni Visual dan
pendekatan sejarah serta kritikan Seni Visual. Subtajuk pengenalan Seni Visual ini akan
menjelaskan kepada pelajar mengenai pengertian Seni Visual, peranan Seni Visual dan pengalaman estetik.
Ketiga-tiga subtajuk ini akan menghuraikan lagi tentang pengkaryaan, perekaan, peranan Seni Visual yang
meliputi psikologi dan sosiologi serta pengalaman estetik yang menekankan mengenai pengalaman langsung
dan pengalaman intelektual. Manakala subtajuk bahasa Seni Visual ini pula akan menjelaskan tentang aspek
formal dan makna/fungsi/konteks. Di bahagian aspek formal akan menyentuh mengenai unsur seni dan prinsip
rekaan. Bagi aspek makna/fungsi/konteks akan menghuraikan tentang aliran, kebudayaan, kepercayaan, nilai
utiliti dan hiasan. Subtajuk terakhir di bawah tajuk apresiasi Seni Visual ialah pendekatan sejarah dan kritikan
Seni Visual. pendekatan sejarah dan kritikan Seni Visual ini akan menjelaskan tentang konsep dan kaedah
sejarah Seni Visual serta konsep dan kaedah kritikan Seni Visual. Konsep dan kaedah sejarah Seni Visual ini
akan menghuraikan tentang pengolahan karya, gaya penampilan, period iaitu sejarah dan kebudayan serta
makna yang tersurat dan tersirat. Bagi konsep dan kaedah kritikan Seni Visual ianya menyentuh mengenai
pendekatan dan juga strategi.
b.
Teori Penghasilan.
Masa yang diperuntukkan bagi Teori Penghasilan ini ialah 30 waktu untuk diajar kepada pelajar
tingkatan enam, dan di bawah topik ini juga terdapat beberapa komponen pecahan subtopik. Antara subtopik di
bawah teori penghasilan ialah pembentukan idea, pendekatan
penjanaan idea, penterjemahan idea dan penyediaan portfolio serta hasil karya. Subtopik
yang pertama iaitu pembentukan idea akan menjelaskan pengertian idea dan sumber idea.