Академический Документы
Профессиональный Документы
Культура Документы
KAJIAN
ii.
Nama pengusaha
Penternakan lembu ini telah diusahakan oleh Encik Puteh bin Ahmad. Beliau
telah memulakan penternakan lembu ini selama 20 tahun sejak tahun 1993
lagi, namun begitu beliau telah menubuhkan perniagaan penternakan lembu
secara berlesen pada tahun 2003 sehinggalah kini. Niat memulakan
penternakan lembu ini tercetus kerana beliau berpengalaman memelihara
lembu kepunyaan ayah beliau sejak kecil lagi dan mempunyai minat yang
mendalam dalam bidang ini. Tambahan pula, permintaan masyarakat terhadap
daging lembu mendesak beliau menubuhkan perniagaan lembu secara berlesen
pada tahun 2003.
iii.
Lokasi
Tempat kajian yang dilakukan oleh penulis beralamat di Lot 5097, Desa
Wawasan Paya Lebar, 85100 Batu Anam, Segamat, Johor. Lokasi kajian
terletak berdekatan dengan PULAPOL cawangan Segamat dan terletak kirakira 8 km daripada Pekan Batu Anam.
iv.
Sejarah kewujudan
Penternakan lembu ini telah dimulakan secara kecil-kecilan sejak tahun 1993,
namun penternakan ini didaftarkan di bawah perniagaan Berkat Farm
Enterprise pada tahun 2003. Penternakan dilakukan oleh Encik Puteh bin
Ahmad bersama isterinya Pn. Adzmah binti Paiman. Penternakan lembu ini
terbit hasil daripada minat yang mendalam dalam bidang ini dan pengalaman
yang ditimba sepanjang membantu memelihara lembu milik ayah beliau. Oleh
itu, Encik Puteh berusaha untuk menternak lembu sendiri. Lembu-lembu
beliau dijual pada skala kecil sahaja iaitu dijual untuk kenduri kahwin, aqiqah,
musim perayaan dan memenuhi permintaan daripada penduduk setempat.
Lembu dijual samada untuk disembelih atau untuk pembiakan lembu.
v.
Rujuk lampiran
2) LATAR BELAKANG
i.
a) Tenaga kerja
Encik Puteh bin Ahmad menggajikan 2 orang pekerja bagi membantu dalam
penternakan lembu beliau. Pekerja ini digajikan bagi membantu semua kerja-kerja
penternakan dari awal hingga akhir. Pekerja yang dimaksudkan ini datangnya
daripada penduduk setempat dan berumur dalam lingkungan 25 hingga 45 tahun.
Pekerja akan bekerja dari pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang, tetapi kadangkala
pekerja akan bekerja lebih masa sekiranya banyak tempahan. Gaji pekerja dibayar
sebanyak RM1500 sebulan. Mereka disediakan tempat tinggal berhampiran
tempat tinggal majikan iaitu di kawasan penternakan.
Penternakan lembu
merupakan pekerjaan sepenuh masa beliau. Oleh itu, beliau tidak menetapkan
untuk dirinya bercuti pada hari tertentu kerana tumpuan beliau pada penternakan
ini perlu pada setiap hari bagi memastikan ternakan beliau selamat. Pekerja beliau
juga dikatakan mahir dalam ke semua proses penternakan kerana telah lama
bekerja dalam bidang ini.
Lori
I buah
Sabit
4 bilah
Pisau sembelihan
2 bilah
1 buah
c) pengurusan penternakan
Lembu-lembu Encik Puteh bin Ahmad dibiarkan bebas meragut di dalam
kawasan ladang kelapa sawit. Encik Puteh bersama pekerjanya akan membuat
rondaan memantau lembu-lembu beliau sehari sekali.
Dari segi pemakanan lembu, En Puteh bin Ahmad memberikan rumput
dan makanan tambahan lain seperti hampas kelapa sawit, dedak, dan garam
batu.
En Puteh melakukan kawalan kesihatan dengan memastikan lembulembu diberi makanan yang bermutu secukupnya.
melakukan langkah pencegahan awal dengan menjauhkan lembu dari bendabenda tajam untuk mengelakkan lembu luka. Di samping itu, memberikan
ubat cacing 2-3 kali setahun dan menyembur ubat kutu setiap 2 bulan sekali
bagi mengelakkan serangan cacing dan parasit luar badan di dalam darah.
Beliau turut merawat pusat dan tali pussat anak lembu yang baru dilahirkan
kerana anak-anak lembu mudah dijangkiti kuman dipusat.
Beliau juga menggunakan pembiakan menggunakan lembu pejantan.
Cara ini memerlukan induk betina dan jantan yang banyak.
memerlukan modal yang besar, maka beliau berusaha untuk menambah bilangan
lembu bagi menampung keperluan masyarakat dengan mendapatkan pinjaman
daripada bank pertanian dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN)
serta
perkhidmatan veterinar juga ada memberikan bantuan insentif dari segi baka anak
lembu, kursus-kursus penternakan dan sebagainya.
v.
Perkembangan produk
Sepanjang beberapa tahun penternakan lembu Encik Puteh bin Ahmad ini, beliau
yang bermula dengan cara kecil kecilan sebelum ini telah mengedar dan
memasarkan bekalan lembu dan daging dengan lebih meluas. Selain itu kulit
lembu turut dijual. Jumlah ternakan beliau ketika ini telah mencecah kira-kira 50
ekor. Jumlah tempahan bulanan beliau juga bertambah terutamanya pada musim
cuti sekolah dan perayaan untuk memenuhi permintaan setempat. Dengan jumlah
jualan yang bertambah menyebabkan pendapatan bulanan beliau meningkat
sehingga mencecah RM5000 dan mampu memperbesar lagi perusahaan
penternakan beliau.
RM15 000
Perbelanjaan
a. Pembelian anak lembu
150 kg x RM 10.00/kg x 5
RM 7500.00
b. lori
RM 1000.00
c. Makanan
600 kg x RM 0.25/kg x 5
RM 750.00
d. Garam Galian
RM 50.00
Jumlah Perbelanjaan
RM 9600.00
i.
Sumber pendapatan
Penternakan lembu ini merupakan sumber pendapatan utama keluarga. Oleh itu,
tumpuan sepenuhnya dilakukan terhadap bidang ini. Hasil jualan lembu amat
memberi kepuasan kepada beliau kerana pendapatan yang diperolehi memang
lumayan.
adalah terdiri daripada penduduk tempatan. En. Puteh juga mengupah remajaremaja sekolah yang ingin mencari duit sampingan semasa cuti sekolah.
Tindakan beliau ini untuk memberi peluang kepada generasi muda menimba ilmu
disamping menimbulkan minat mereka untuk menceburi bidang ini apabila
mereka tamat pengajian kelak.
4) PROSPEK
i.
Namun begitu, halangan utama yang dihadapi oleh En Puteh bin Ahmad
adalah kekurangan sumber makanan lembu seperti rumput segar dan makanan
tambahan lain. Hal ini sekali gus memaksa En. Puteh bin Ahmad membuat
simpanan rumput yang banyak bagi mengelakkan kekurangan stok.
Selain itu, harga makanan lembu yang semakin tinggi juga menjadi beban dan
penghalang kepada En Puteh untuk memberikan makanan terbaik kepada
haiwan ternakan.
Malahan, beliau kekurangan dan kesukaran memperolehi baka induk betina
dan pejantan berkualiti .
Kawasan untuk meragut rumput terhad.
Masalah ancaman penyakit lembu seperti penyakit Kuku dan Mulut serta
keguguran awal apabila bunting.
penternakan beliau jauh dari penempatan penduduk dan usaha beliau dapat
dijadikan contoh yang baik kepada generasi muda tentang kelebihan menceburi
bidang ini disamping memberi peluang pekerjaan kepada penduduk.
Malaysia. Oleh itu, masyarakat khususnya golongan muda perlu membuka mata
pada pekerjaan ini kerana ia memberikan pendapatan yang lumayan.
Pihak
Hal
ini
kerana,
penternakan
lembu
ini
berpotensi
untuk
menerokai bidang ini bagi membantu negara meningkatkan pencapaian dari segi
ekonomi.
RUMUSAN
Hasil kajian ini telah memberi banyak pengetahuan berguna kepada saya terutama
mengenai peranan dan sumbangan penternakan. Pengetahuan ini memberi keyakinan
yang tinggi terhadap keupayaan dan sumbangan penternakan lembu kepada negara. Dari
perasaan yakin ini jugalah menerbitkan rasa bangga dan cinta saya pada tanah air ini.
Seharusnya, kita sebagai rakyat Malaysia merasa bersyukur kerana hidup di dalam
sesebuah negara yang aman dan damai dan pesat membangun.
Selain itu, melalui pemerhatian secara tidak langsung, salah satu faktor yang
membawa kepada perkembangan dan kemajuan pesat dalam penternakan ini adalah
kerana nilai-nilai murni yang diamalkan oleh pihak pengurusan yang terdiri daripada
penternak dan juga para pekerja. Di sini lahir pelbagai nilai murni seperti bersatu padu,
bertolak ansur, bekerjasama, hormat menghormati dan sentiasa bermuafakat dalam setiap
urusan dan perkara. Sikap mementingkan diri, untuk kepentingan diri seperti
perumpamaan enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing boleh dikatakan
tiada dalam diri setiap daripada mereka. Ia melahirkan satu bentuk perpaduan dan
kekitaan yang jitu antara mereka dalam menguruskan binatang ternakan.
Sikap pihak pengurusan yang penuh bertanggungjawab dalam setiap tindakan juga
merupakan antara nilai murni yang dapat diperhatikan sepanjang kajian. Sebagai
pengurus beliau sentiasa rajin dan gigih untuk meluaskan ternakan lembu beliau.
Semangat seperti ini boleh menjadi contoh kepada masyarakat untuk menceburi bidang
ini. Beliau juga tidak kedekut ilmu sebaliknya mempamerkan akhlak dan berbudi pekerti
mulia semasa temubual antara kami dengan beliau.
Konklusinya, Kajian Kerja Kursus Sejarah ini juga telah menyedarkan saya tentang
pentingnya sifat sentiasa berusaha dan tidak mudah putus asa pada setiap masa sesuai
dengan proses penternakan yang menuntut kesabaran dan kegigihan kerana melalui
pelbagai cabaran.
LAMPIRAN
RUJUKAN
Akhbar
Harian Metro, 13 Mac 2013, halaman 23.
Harian Metro, 14 Mac, halaman 2.
Harian Metro, 15 Mac 2013, halaman 24 dan 44.
Orang sumber
Encik Puteh Bin Ahmad, 49 tahun, Lot 5097 , Desa Wawasan Paya Lebar, 85100 Batu Anam,
Segamat, Johor.
Internet
http://www.utusan.com.my/utusan/Agrobiz/20120723/ag_01/Tinggal-laut-ternaklembu#ixzz2NZobdnzJ
http://feldakumai.com/tani/penternakan-lembu-pedaging
http://milosuam.blogspot.com/2011/11/penternak-lembu-desak-kerajaansedia.html#ixzz2NZuh0I8s
http://www.membuatblog.web.id/2010/08/sistem-ekonomi-tradisional.html
http://www.ile:///E:/kerja kursus sejarah/lembu_daging_pengenalan.html
file:///I:/ternak%20lembu/penternakan.html