You are on page 1of 10

tat telur

hanis@myresipi.com

mudah aje

Bahan-bahan ( 30 keping )

PASTRY
200g butter
80g gula aising
360g superfine flour
1biji telur
1/2 sudu kecil esen vanila
FILLING :
1 cawan susu cair
4 biji telur
1 cawan gula
1 cawan air
1 sudu besar tepung kastard
1/2 sudu kecil esen vanila
pewarna kuning

Cara-cara
1. Pukul butter dan gula sampai kembang.
2. Masukkan telur sedikit demi sedikit.
3. Masukkan tepung sampai jadi doh.
4. Ratakan setebal 1/2 cm dan terap dalam acuan.
5. Cucuk dengan garfu supaya tidak kembung. Dan bakar selama 10min pada suhu 180.
6. Keluarkan dan masukkan filling. Bakar lagi 10 min.
7. Untuk filling. Campurkan semua bahan dan gaul hingga sebati.

Telur rebus

melati@myresipi.com

Cara dan tip memasak telur rebus dengan mudah dan menjimatkan

Created on : 26-08-2006
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi melati

Bahan-bahan ( - )

Telur
air

Cara-cara
1. Masukkan telur ke dalam periuk. Kemudian masukkan air. Tutupkan periuk. Jumlah air biarlah
telur hampir-hampir tenggelam keseluruhannya. Masak sehingga air mendidih dan padamkan api
dengan segera.

2.
Untuk telur separuh masak. Tanpa buka tudung periuk, biarkan telur dalam air panas selama 5
minit. Kemudian keluarkan dari periuk. Rendam pula telur ke dalam air yang mengandungi ketulan
ais.

3.
Untuk telur 3/4 masak. Tanpa buka tudung periuk, biarkan telur dalam air panas selama 10 minit.
Kemudian keluarkan dari periuk. Rendam pula telur ke dalam air yang mengandungi ketulan ais.
Biar sehingga telur sejuk.

4.
Untuk telur masak penuh(keras). Tanpa buka tudung periuk, biarkan telur dalam air panas selama
15 minit. Kemudian keluarkan dari periuk. Rendam pula telur ke dalam air yang mengandungi
ketulan ais. Biar sehingga telur sejuk. ( Kalau tak nak rendam pun dah tak kisah)

Telur lada hitam

nure@myresipi.com

resipi nk habiskn stok telur + utk panaskn badan

Created on : 13-11-2006
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi nure

Bahan-bahan ( 5~6org )

10 biji telur rebus


bhn ditumbuk: 1 sudu besar ketumbar, 1 sudu besar jintan manis dan 2 sudu besar lada hitam
3 sudu besar air
5 tangkai cili kering ( direbus dan dipotong dlm anggaran 2 cm)
bhn dihiris: 1 bj bwg besar, 3 ulas bwg putih dan 2cm halia
garam dan minyak

Cara-cara
1. goreng telur rebus sampai kekuningan dan ketepikan
2. tumiskn bhn hirisan, ketumbar dan jintan manis.
3. setelah garing, masukkn air dan kacau perlahan2
4. masukkn lada hitam, cili kering dan garam ikut rasa.
5. setelah lebih krg 2minit, masukkn telur rebus tadi dan kacau rata. Tutup api dan boleh dihidangkn.

Telor goreng bercili

quinnie@myresipi.com

resepi kegemaran makcik..sempoi je..

Created on : 30-07-2008
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi quinnie

Bahan-bahan ( 2-3 org )

5 biji telor rebus


5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
10 tangkai cili kering (direbus dahulu kemudian dibuang airnya)
sedikit belacan
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
minyak untuk menumis, garam, gula

Cara-cara
1. panaskan minyak. goreng telur yg telah direbus tadi sehingga kekuningan kulitnya. kemudian
angkat dan ketepikan
2. blend kering bahan2 seperti bawang putih, merah dan cili. blend lumat.
3. tumis bahan2 blend menggunakan minyak tadi. bila dah kekuningan masukkan belacan. tumis lagi
sehingga cili masak. masuk kan sedikit air. isi garam dan gula ikut rasa sendiri. biar lagi, kacau
hingga keluar minyak.
4. masukkan bawang besar. kacau hingga bawang layu. kemudian boleh la masukkan telur. kacau2
rata, boleh la diangkat.
5. boleh dimakan dengan nasik putih je. lagi sedap kalau masak waktu pagi..tengah hari tu
makan..sebab cili dia dah sebati...cuba la..

Telur masak kurma

quinnie@myresipi.com

pelbagaikan resepi telur..

Created on : 18-09-2008
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi quinnie

Bahan-bahan ( sekeluarga )

8-10 biji telur direbus


*3 bawang merah
* 3 bawang putih
* 1 inci halia
*1 inci lengkuas
1 biji bawang merah dihiris
1 biji bawang putih dihiris
1 inci hali dihiris
sedikit rempah tumis (bunga lawang, kulit kayu manis,buah pelaga dan bunga cengkih)
5 sudu besar rempah kurma(dibancuh dgn sedikit air)
santan secukupnya
lobak merah dihiris
cili hijau
garam dan minyak untuk menumis
3 biji kentang( dipotong 4 dan direbus dulu utk kasi cepat masak)

Cara-cara
1. mula2 panaskan minyak dan goreng dulu telur rebus sampai kulit dia garing. lepas tu angkat dan
ketepikan
2. guna minyak yg sama, tumis bahan rempah tumis dan bahan hirisan. lepas kekuningan masukkan
bahan blend (bahan blend ni bahan yg bertanda *). goreng sampai naik bau.
3. dah naik bau masukkan rempah kurma. masak hingga keluar minyak.
4. lepas keluar minyak, boleh la masukkan santan dan kentang. biar sampai mendidih kuahnya.
selepas didih kuahnya, masukkan pula cili hijau dan lobak merah. biar hingga sayur masak.
5. selepas sayur dah agak2 masak,masukkan telur rebus tadi dan jugak garam utk bahan perasa.
biar sekejap utk kasi mesra lepas tu boleh la ditutup api dah dihidang bersama nasik.

Telur Rebus Masak Sos

dayang_jack@myresipi.com

Resepi yg mudah dan ringkas namun ttp menyelerakan...

Created on : 25-11-2008
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi dayang_jack

Bahan-bahan ( hidangan sekeluarga )

5 biji telur (direbus dan dibelah dua)


3 ulas bawang merah (dicincang)
1 ulas bawang putih (dicincang)
1 cams cili kisar/sos cili thai Mae Pranom
Rempah 4 sekawan (kulit kayu manis,bunga cengkih,buah pelaga dan bunga lawang)
2 camb sos cili
1 camb sos tomato
200 ml air
1 camt tpg jagung (optional)
1 biji bwg besar (dipotong bulat)

Cara-cara
1. Panaskan 1 camb minyak masak di dlm periuk dan tumis rempah 4 sekawan, bwg merah, bwg
putih dan cili sampai terbit bau.
2. Masukkan sos cili, sos tomato dan air. Kacau selama 1 minit. Masukkan bwg besar dan kacau lg
hingga kuah agak pekat (kalau x pekat, blh ditambah dgn tpg jagung jika suka).
3. Susunkan telur di dlm mangkuk/pinggan. Tuangkan kuah sos td di atasnya.
4. Sajikan dgn nasi panas. Mudah, kan? Selamat Mencuba!
5. ***resepi ini tdk memerlukan garam dan gula sekiranya menggunakan sos cili thai mae pranom
(sb rasanya dh cukup manis dan masin). In fact, dyg sentiasa meminimumkan penggunaan gula
dan garam dlm masakan dyg.

Telur Masak Lemak Dhall Daun Kari

kak fida@myresipi.com

Masakan harian famili.Lauk harian biasa2 aje tapi mmpunyai kelainan rasa dgn adanya daun kari
dan lada kering yg ditumis dahulu...

Created on : 24-12-2008
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan

Hubungi kak fida

Bahan-bahan ( 1 famili )

4-6 biji telur


2 pelepah daun kari - dipetik
3 tangkai cili kering - cuci dan dikerat 3
1 biji bawang besar*
1 ulas bawang putih*
sedikit belacan*
1/2 cawan kacang dhall - direbus empuk
secukup santan dr 1 biji kelapa
garam secukup rasa
1 sk kunyit serbuk
3 sb minyak masak utk menumis

Cara-cara
1. Tumbuk halus bahan2 bertanda *.
2. Panaskan minyak di dlm periuk dan tumis cili kering dan daun kari hingga wangi.Masukkan pula
bahan2 yg ditumbuk,kunyit serbuk dan kacau hingga rata.Tuangkan sedikit air dan masukkan
kacang dhall yg telah direbus. Kacau lagi hingga sebati.
3. Masukkan secukup santan dan garam secukup rasa.Masak hingga mendidih dan pecahkan telur
satu-persatu di dalam kuah lemak dan masak atas api yg perlahan.Kacau kuah perlahan2 supaya
telur tidak pecah dan masak hingga telur masak.Siap untuk disajikan.
4. ***Boleh juga menggunakan lebihan putih telur sahaja dan masukkan kedlm masakan ini.

Sambal telur sedap

syuhaiza@myresipi.com

resepi dari mak mertua

Created on : 16-01-2009
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi syuhaiza

Bahan-bahan ( 3 orang )

cili kering yang telah di kisar secukupnyer


4 biji bawang putih di tumbuk

3 biji telur ayam


air asam jawa, garam, gula secukupnyer
minyak untuk menumis
3 cawan air

Cara-cara
1. tumis bawang putih hingga naik bau
2. masukkan cili kering yang telah dikisar. tumis hingga garing atau masak
3. masukkan gula, garam dan asam jawa secukupnyer
4. biarkan garing sampai mesra.
5. bila dah cukup rasa masukkan air.
6. masukkan telur sebiji demi sebiji. jangan di kacau. biar sehingga masak. sekiranya cili hampir
kering tapi telur belum masak, cedukkan sedikit cili dalam kuali tu dan letakkan di atas telur tadi.
air memainkan peranan penting.

Sup Telur

14sept@myresipi.com

Cam kak dayang_jack... 'menambahkan koleksi resipi' sup telur... kihkihkih

Created on : 20-01-2009
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi 14sept

Bahan-bahan ( - )

4 biji telur
2 biji kentang (dipotong dadu)
Su'un (direndam)
Tauhu kering (direndam dan dipotong kecil)
1 ulas bawang kecil (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1/2 kiub ikan bilis maggie

1/2 kiub daging lembu Knorr


Sup bunjut
Air secukupnya (lebih kurang 3-4 gelas)
Garam
Perasa

Cara-cara
1. Goreng bawang dengan lebihan minyak ikan sehingga naik bau.
2. Masukkan air, sup bunjut, kiub dan kentang. Didihkan dan masak sehingga kentang empuk.
3. Kemudian masukkan su'un, tauhu kering, garam dan perasa.
4. Slowkan api, pecahkan telur dan biarkan telur masak. Pastu bolehlah dihidangkan.

Sushi simple

princessharyati@myresipi.com

murah dan simple

Created on : 03-04-2009
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi princessharyati

Bahan-bahan ( sekeluarga )

sea weed
1 mangkuk besar nasi lembut dan panas
1 sudu besar cuka makan
1 sudu besar gula
secubit garam
untuk inti;
telur dadar (nipis)
timun (di buang pulun tengah)

Cara-cara

1.
campurkan cuka, gula, garam ke dalam nasi dan gaul rata. Yatt guna baking paper je, letak inti.

2.
start gulung

3.
basah kan skit hujung sea weed dan gulung habis

4.
proses yang sama , letak nasi dulu, sea weed, inti dan gulung akhir roll dengan bijan yang telah di
goreng tanpa minyak.