Вы находитесь на странице: 1из 64

KENALI KANAK-KANAK

Dalam perbincangan mengenai kanak-kanak ini, akan difokuskan


kepada

kanak-kanak

pertengahan

dan

akhir.

kanak-kanak

pertengahan dan akhir ialah kanak-kanak yang berumur sekitar 6-12


tahun. Dengan kata lain kanak-kanak ini baru sahaja memasuki alam
persekolahan iaitu sekolah rendah pada tahap umur ini. Perubahan
rutin harian mereka amat ketara memandangkan sebelum tahap
umur ini mereka belum memulakan sesi persekolahan. Di samping
itu, mereka juga mula membina hubungan dan interaksi sosial
dengan individu-individu di sekeliling mereka termasuklah ibu bapa,
guru-guru dan rakan sebaya yang lain. Fokus utama perbincangan
adalah Aspek-aspek Perkembangan Kanak-Kanak Pertengahan dan
Akhir. Tumpuan akan diberikan kepada aspek Kognitif, Sosio-Emosi
dan juga Fizikal.

DI SEBALIK LUKISAN KANAK-KANAK


Pepatah mengatakan bahawa seribu patah perkataan tidak mampu
untuk menterjemahkan sebuah lukisan. Mungkin kata-kata ini benar
kerana lukisan bukan untuk dihurai tetapi untuk dihayati. Pada
tahap kanak-kanak pertengahan, peningkatan terhadap kemahiran
motor

kasar

mengekspresikan

dan
diri

halus

mereka

mereka

melalui

membolehkan
sebuah

lukisan.

mereka
Mereka

mampu menggambarkan perasaan mereka melalui sebuah lukisan.


Lazimnya mereka melukis sesuatu yang disukai, yang disayangi dan

perkara atau benda yang membuatkannya gembira dan sebaliknya


jika emosi mereka sedih dan sebagainya. Mari kita lihat beberapa
contoh lukisan kanak-kanak.

Melalui lukisan-lukisan ini jelas menunjukkan bahawa kanak-kanak


gemar melukis sesuatu yang menjadi milik mereka atau ibu bapa
mereka. Contohnya seperti binatang peliharaan mereka seperti
kucing, anjing dan sebagainya, kereta ibu bapa mereka, rumah dan
lain-lain lagi.

ASPEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK


Aspek Perkembangan kanak-kanak akan dibahagikan kepada tiga
bahagian iaitu FIZIKAL, MENTAL dan SOSIO-EMOSI.
PERKEMBANGAN FIZIKAL
Perkembangan

fizikal

kanak-kanak

merangkumi

fizikal, kemahiran pergerakan kasar dan halus.

pertumbuhan

Pertumbuhan Fizikal

Berat badan
Berat badan betambah dengan cepat pada peringkat awal kanak-kanak.

Namun ketika peringkat kanak-kanak pertengahan dan akhir iaitu sebelum


mereka baligh, berat kanak-kanak akan meningkat sebanyak paun 2.5 kilogram (5
paun) setiap tahun. Walau bagaimanapun, berat badan kanak-kanak perempuan
adalah kurang berat daripada lelaki pada umur yang sama.

Ketinggian badan
Pada ketika ini, ketinggian badan kanak-kanak akan bertambah sebanyak 5

hingga 7.5 sentimeter (2-3 inci) setiap tahun. Kanak-kanak perempuan lebih
rendah daripada kanak-kanak lelaki sebelum usia sebelas tahun. Kemudian pada
usia dua belas atau tiga belas tahun, kanak-kanak perempuan menjadi lebih
tinggi daripada kanak-kanak lelaki.

Pertumbuhan gigi
Manusia mempunyai dua set pertumbuhan gigi dalam seumur hidup. Pada

ketika umur kanak-kanak 7 tahun, gigi susu mula tanggal.pertukaran gigi susu ke
gigi kekal mengambil masa yang lama, iaitu dari hujung peringkat prasekolah
hingga hujung peringkat kanak-kanak atau kira-kira dua belas tahun.

Rangka tulang
Pertumbuhan tulang berlaku dalam tiga cara, iaitu menjadi bertambah

pnjng, lebih keras, dan berkurang atau bertambah dari segi jumlah pada bahagian
tertentu. Pertambahan saiz tulang amat ketara di tulang panjang di bahagian kaki
dan lengan. Tulang tersebut akan memanjang, menebal dan membesar secara
tetap sepanjang zaman kanak-kanak. Pembesaran tulang rangka berlaku dengan
pembesaran kaki dan tangan diikuti leh pembesaran pinggul, dada, bahu, dan
akhir sekali badan memanjang.

pergerakan motor kasar dan halus


Kemahiran pengawalan pergerakan kanak-kanak merangkumi kemahiran motor
kasar dan halus.
Kemahiran motor kasar kanak- kanak sekolah (7-11 tahun)
Dalam masa pertengahan dan akhir peringkat kanak-kanak, kemahiran motor
kanak-kanak menjadi semakin halus dan lebih terurus, berbanding peringkat awal
kanak-kanak. Contohnya, mereka sudah boleh menunggang basikal, memanjat,
berlari, menari dan bersukan.

Disamping itu mereka juga lebih diberi tanggungjawab menjalankan aktiviti


seperti membantu ibu menyapu dan mengemas rumah, memasak, menjahit serta
membasuh dn melipat pakaian.
Kemahiran fizikal menjadi suatu keseronokkan dan merupakan pencapaian
yang berguna kepada kanak-kanak. Penting bagi kanak-kanak untuk melibatkan
diri secara aktif dalam kegiatan sukan pada peringkat sekolah rendah.
Kemahiran motor halus kanak-kanak sekolah (7-11 tahun)
Semasa kanak-kanak mulai masuk kea lam perseklahan, otot mata dan
tangan mencapai koordinasi yang baik dan bersedia untuk belajar menulis,
,membaca, mengira dan melakukan aktiviti permainan di luar bilik darjah.
Mereka memperoleh kemahiran tersebut apabila otot-otot kecil bertambah
terutama dibahagian tangan dan kaki. Dengan itu, segala aktiviti dan pergerakan,
seperti

menulis

dan

menjahit

dapat

dikawal

dengan

lebih

sempurna.

PERKEMBANGAN MENTAL
Perkembangan mental kanak-kanak peringkat pertengahan dan akhir dibahagikan
kepada 3 bahagian:
Perkembangan persepsi kanak-kanak

Deria sentuhan

Pada peringkat prasekolah, deria sentuhan kanak-kanak sudah cukup


berkembang sehingga membolehkan mereka membezakan objek yang kasar
dengan yang halus, panas dengan yang sejuk dan sebagainya.

Deria rasa dan bau


Pada peringkat ini, kanak-kanak sudah dapat membezakan rasa sekunder,

misalnya manis gula berbeza daripada manis kicap atau masam limau dengan
masam cuka. Ketika ini juga, kanak-kanak boleh membezakan antara bau yang
lebih rumit seperti bau rempah dan cili.

Deria pendengaran
Kanak-kanak pada ketika ini sudah mampu balajar dan menumpukan

kepada maksud perkataan. Sekiranya mereka dibiasakan dengan aktiviti


mendengar cerita dan menyanyi, kebolehan mengingat perkara baru akan
meningkat. Seperti contoh, mereka sudah pandai menghafal dan menyanyikan
laku penyanyi pujaan mereka.

Deria penglihatan
Manusia bergantung lebih kepada penglihatan, berbanding deria-deria

yang lain semasa meneroka persekitaran mereka. Menurut Elanor dan James
Gibson, kematangan otak menyumbang kepada peningkatan dalam integrasi
sistem penglihatan dan sistem motor.Teori differensiasi menerangkan bagaimana
kanak-kanak membezakan symbol tulisan. Mereka mula mengenal huruf dalam
pasangan. Huruf-huruf yang hampir serupa seperti C dan G, E dan F, selalu

mengelirukan mereka (Gibson,1970). Penulisan huruf yang sngsang adalah


kebiasaan yang berlaku di kalangan kanak-kanak. Pembacaan buku yang banyak
dapat meningkatkan kepekaan persepsi kanak-kanak dalam mengesan perkataan
bertulis.
Perkembangan Intelektual Kanak-Kanak
Perkembangan intelektual kanak-kanak merupakan paras pengetahuan dan
keupayaan kanak-kanak menggunakan pengetahuan tersebut untuk memahami
dunia di sekitar mereka. Menurut Jean Piaget, ketika ini kanak-kanak mengalami
tahap perkembangan intelektual peringkat operasi konkrit iaitu mereka sudah
mampu membentuk pemikiran logik yang terhad kepada objek maujud. Mereka
mula memahami konsep pengekalan objek, iaitu bilangan, ruang atau isipadu
objek tidak berubah walaupun diubah bentuk, susunan atau bekas. Mereka juga
boleh menerima pendapat orang lain mungkin berbeza daripada pendapat
mereka, Antara ciri-ciri pemikiran dalam peringkat ini seperti berikut:

Kefahaman pembalikan atau reversibiliti, iaitu keupayaan memahami


konsep pembalikan dari segi ruang, kuantiti, masa, sebab musabab dan
isipadu. Misalnya, sekiranya air yang ditukarkan kepada bekas yang
berlainan saiz atau bentuk tidak akan berubah isipadunya.

Desentrasi, iaitu keupayaan menumpukan perhatian kepada lebih daripada


satu aspek dan tidak terhad maklumat persepsi sahaja.

Keupayaan mengklasifikasi objek dengan mengambil kira dua kelas yang


berbeza dan memilih kelas yang lebih tinggi sebagai merangkumi beberapa
kelas yang lebih rendah.

Keupayaan menyusun bjek dengan menumpukan kepada lebih daripada


satu dimensi contohnya dari segi saiz, bentuk dan warna.

Kefahaman konsep serasi, iaitu keupayaan mengatur objek mengikut


turutan misalnya daripada pendek ke panjang dan sebaliknya.

Berkebolehan membanding dan menyusun objek secara mental.

Keupayaan beroperasi dan memanipulasi secara ruang, berkebolehan


mengekal jarak, perhubungan jarak, masa dan kelajuan. Kebolehan ini
membantu kanak-kanak dalam membentuk peta mental yang tersusun yang
mewakili persekitaran biasa, dengan mengambil kira pelbagai sudut atau
perspektif.

Pada peringkat prasekolah, kanak-kanak dapat memberikan gambaran


yang tepat tetapi tidak tersusun tentang persekitaran biasa. Pada usia 6-7
tahun, mereka dapat membayangkan peta mental secara tersusun manakala

kanak-kanak yang berumur 9-10 tahun melukis peta mental yang lengkap
yang mengandungi tanda peta dan jalan yang berhubungan.

Perkembangan mental kanak-kanak berlaku secara dekalag horizontal,


iaitu penguasaan konsep logikal meningkat mengikut turutan. Kefahaman
mengenai pengekalan nombor akan berlaku sebelum pengekalan cecair.
Seterusnya mereka menguasai konsep pengekalan kwasan atau ruang, dan
akhirnya disudahi dengan pengekalan berat.
Kanak-kanak yang didedahkan kepada komputer pada umur satu tahun

berkebolehan menggunakan komputer tersebut secara berkesan pada umur


prasekolah dan menghasilkan program yang ringkas pada usia 8 tahun dan
program yang lebih kompleks pada usia 12 tahun. Seterusnya mereka juga suka
menggalakkan adiknya yang lain dalam permainan komputer.
Persekitaran dan cara didikan daripada ibu bapa juga akan mempengaruhi
tahap intektual kanak-kanak. Perhatian daripada kedua-dua ibu bapa semasa
bermain akan meningkatkan proses pembelajaran anak mereka.

Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak


Bahasa merupakan satu bidang penting dalam perkembangan kanak-kanak.
Melalui bahasa, kanak-kanak berkemahiran untuk berkomunikasi dan berinteraksi
dengan orang lain secara berkesan.
Kebolehan

bertutur

dan

menggunakan

bahasa

bukan

sahaja

dapat

merapatkan hubungan kanak-kanak dengan orang lain tetapi kanak-kanak boleh


membina konsep tentang alam dan manusia di sekelilingnya (Rice & Woodsmall,
1988).
Terdapat 4 komponen dalam perkembangan bahasa kanak-kanak:

1.

Perkembangan Fonologikal : pemahaman dan pengeluaran bunyi bahasa


pertuturan. Ciri-ciri :

Memahami penekanan khas yang membezakan maksud perkataan


sebatang pensel dan batang kayu.

Penukaran penekanan apabila perkataan berubah daripada perbuatan


kepada nama.

2.

Memahami senikata lagu atau puisi.


Perkembangan Semantik : pemahaman makna perkataan dan kombinasi
perkataan. Ciri-ciri :

3.

Dapat menamakan objek atau kejadian dan mengkategorikan.

Perbendaharaan kata bertambah kepada 14000 perkataan

Memahami cerita lisan atau yangdibaca dalam buku

Memahami dan menghafal senikata lagu atau puisi

Dapat mengubah suai senikata lagu atau puisi.

Perkembangan Tatabahasa : bentuk atau struktur bahasa Ciri-ciri :

Pada peringkat sekolah, kanak-kanak dapat membentuk cerita

yang panjang (satu muka surat yang terdiri daripada sepuluh ayat)
dan tepat mengenai sesuatu pengalaman atau peristiwa yang pernah
dilalui oleh mereka.

Pada hujung peringkat sekolah, mereka dapat mencipta seni kata


lagu

dan

puisi

serta

menceritakan

tentang

peristiwa

atau

pengalaman secara kompleks dengan menambah ulasan, tafsiran


atau pengajaran yang didapati daripada peristiwa tersebut.

4.

Perkembangan Pragmatik : gaya sesuatu perkataan digunakan dalam


sesuatu
perbualan, mengikut konteks dan budaya. Ciri-ciri:

Boleh menggunakan speech registers seperti apa khabar atau


tumpang lalu secara berkesan.

Pandai mengubah topik perbualan atau perbincangan secara


beransur-ansur mengikut keadaan.

Dapat bertanya balik apabila disoalkan.

Dengan perkembangan ini, mereka mula mampu untuk mengendalikan dunia


secara simbolik dengan menggunakan bahasa yang mudah seperti tanda-tanda,
lambang, objek dan perkataan.

PERKEMBANGAN EMOSI
Emosi memainkan peranan penting dalam kehidupan kanak-kanak.
Lazimnya apabila sesuatu pengalaman emosi itu menyenangkan, mereka akan
berasa terdorong untuk mencapai sesuatu matlamat itu. Emosi menambahkan
keseronokkan kepada pengalamannya sehari-hari, menjadi penggerak kepada
tindakan, dan memberikan makna kepada bentuk tindakan yang diambilnya.

Emosi Diskrit
Emosi diskrit adalah emosi asas yang dapat di kesan melalui air muka,

misalnya suka, takut, marah, sedih atau duka, minat, terkejut dan jijik. Pada
peringkat kira-kira 6 tahun, rasa segan, bimbang, putus harap dan iri hati
berkembang daripada perasaan duka dan harapan serta kasih sayang terhadap
orang dewasa berkembang daripada emosi suka. Pernyataan emosi yang lebih
halus seperti yang terdapat pada orang dewasa daripada kematangan dan
pembelajaran yang seterusnya berlaku pada zaman kanak-kanak dan remaja.

Emosi Kesedaran Kendiri

Selain emosi diskrit, Perkembangan emosi kanak-kanak juga merangkumi


emosi yang berkaitan dengan kesedaran kendiri atau emosi yang berkaitan
dengan kendiri kanak-kanak, seperti perasaan malu, bangga, dengki dan
bersalah.
Pada peringkat prasekolah, perasaan cemburu tehadap kawan-kawan
sekelas adalah perkara biasa kerana mereka masih memerlukan rasa kasih
saying daripada ibu bapa dan guru. Kanak-kanak pada peringkat ini juga kerap
mengalmi emosi kesedaran diri dan menjadi semakin sensitive pada pujian dan
kritikan orang lain (Lewis,1995; Lewis, Allesandri & Sullivan,1992). Sekiranya
kanak-kanak selalu dipuji, mereka akan berasa bangga dan yakin terhdp
kebolehan mereka sendiri. Sebaliknya, jika mereka dimarah kerana salah laku,
mereka akan rasa bersalah, walaupun perkara itu merupakan satu kemalangan
atau dilakukan dengan tidak sengaja (Graham, Doubleday & Guarino, 1984).
Bandura (1986,1989) menyatakan bahawa perkembangan emosi kanakkanak juga diperoleh dengan cara peniruan. Mereka meniru tingkah laku emosi
yang diperhatikan pada orang lain. Cara kanak-kanak menyatakan emosinya
bergantung kepada apa yang dipelajari disekelilingnya.

Memahami dan bertindak balas kepada emosi.


Satu lagi emosi yang berkembang pada peringkat kanak-kanak adalah

empati. Kanak yang bertindak dengan empati lebih suka berkongsi dan menolong
apabila mereka melihat seseorang dalam sedih (Eisenberg & Fabes,1998).
perkembangan empati bergantung kepada perkembangan intelektual dan bahasa
dan disokong leh personaliti dan pengalaman mereka.
Kanak-kanak pada peringkat prasekolah yang lebih suka bersosial dan
mahir dalam mengawal emosi lebih cenderung bersifat empati (Eisenberg,
1992,1996). Pada awal umur prasekolah, kanak-kanak merujuk kepada sebab,
akibat dan tanda perbuatan untuk mentafsir keadaan emosi.

Pada peringkat umur 7 tahun hingga 9 tahun, kanak-kanak mula sedar akan
perasaan orang lain. Mereka mula belajar memahami perasaan orang lain melalui
pengalaman dan interaksi dengan rakan sebaya. Kanak-kanak ini suka membuat
sesuatu untuk menarik perhatian orang lain. Kanak-kanak pada peringkat ini
sangat perasan terhadap kritikan dan cemuhan. Mereka mendapati susah untuk
menyesuaikan diri dengan kegagalan.
Ketika berumur 9 tahun hingga 12 tahun, kanak-kanak menghadapi dilema
kerana nilai-nilai dan norma-norma kumpulan rakan sebaya berbeza dengan nilai
norma ibu bapa atau orang dewasa. Mereka ingin akan penerimaan daripada
rakan sebaya tetapi pada masa yang sama mereka masih bergantung kepada ibu
bapa. Kanak-kanak juga gemar menolong melaksanakan pelbagai tugasan, suka
menerima tanggungjawab dan membantu orang lain tanpa mengharap ganjaran.

Tingkah Laku Prososial vs Tingkah Laku Anti Sosial


Perasaan empati kanak-kanak akan membawa kepada perkembangan
sosial ke arah membantu orang lain, iaitu tingkah laku prososial. Sebagai contoh,
kanak-kanak menunjukka perasaan prihatin terhadap mereka yang lemah dan
membantu dalam penjagaan adik.
Kanak-kanak yang berumur 6 tahun hingga 7 tahun lebih cenderung untuk
menunjukkan sikap bekerjasama apabila bermain dengan rakan mereka.
Manakala tingkah laku anti sosial pula seperti tingkah laku agresif,
intrusive, asertif, dan suka mengawal orang alin atau melakukan keganasan dan
mencederakan orang lain.
Kelakuan antisocial yang bermasalah dihadapi pada zaman kanak-kanak ialah
bercakap bohong, bergaduh, mencuri dan lari dari rumah. Terdapat beberapa
penerangan mengapa seseorang itu menjadi anti sosial. Salah satu daripadanya
ialah tanggapan bahawa tingkah laku antisosial itu sebenarnya akibat daripada
proses

modeling, misalnya

dipaparkan di televisyen.

melalui model-model

atau cerita-cerita

yang

PERKEMBANGAN SOSIAL
Perkembangan sosial merupakan satu proses apabila kanak-kanak belajar
berhubung dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh
masyarakat dan budayanya. Proses tersebut melibatkan cara berfikir tentang
kendiri, orang lain dan perhubungan sosial.
Melalui proses sosialisasi yang bermula sejak seseorang bayi dilahirkan,
diharapkan kanak-kanak ini dapat membuat penyesuaian sosial mengikut
pengharapan masyarakat apabila mereka besar.
Perkembangan sosial kanak-kanak terdiri daripada berinteraksi dengan
orang lain, pembentukan kendiri, penghargaan kendiri dan kawalan kendiri.

Kemahiran Berinteraksi
Dalam lingkungan usia 5 tahun kanak-kanak mula bercampur dan

menjalankan hubunagn sosial semasa bermain dalam kumpulan serta saling


bercakap antara satu sama lain (Garvey,1990; Howes,1992).
Mereka lebih berkemampuan untuk meramal tindakan teman sepermainan
mereka dan lebih suaka berkongsi objek dan bekerjasama semasa bermain dalam
kumpulan

(Cassidy,1992;

Dunn,Brown

&

Magure,1995;

Gardner,Jones

&

Miner,1994).
Tingkah laku sosial kanak-kanak terdiri daripada meniru, bertanding,
berkawan, bekerjasama dan bersimpati. Berikut adalah tingkah laku sosial kanakkanak ketika bermain.

JENIS

CIRI-CIRI

Peniruan

Meniru sikap dan tingkah laku individu yang disukainya.

Pertandingan

Cuba melakukan sesuatu yang lebih baik atau supaya dapat menang.

Berkawan kesetiaan

Senyum,

mendekati,

bercakap,

bermain

bersama,

menunjukkan

kemesraan pada kawan.


Melibatkan diri secara bantu-membantu ke arah pencapaian matlamat

Bekerjasama

bersama dalam aktiviti berkumpulan, dan bermain bersama tanpa


menggangu atau merebut permainan orang lain.
Menunjukkan perasaan kasihan apabila melihat orang lain dalam keadaan

Simpati

yang menyedihkan.

Pengiktirafan sosial

Ingin menarik perhatian supaya diberi penghormatan oleh rakan sebaya.

Perkembangan Kendiri
Konsep kendiri merupakan suatu konsep yang kompleks. Secara umumnya,

knsep kendiri bermaksud anggapan menyeluruh tentang diri sendiri. Sebagai contoh,
seseorang itu tahu akan jantina, latar belakang keluarga, bangsa dan agamanya

sendiri.
Seperti bola yang mempunyai sifat yang tertentu seperti dapat bergolek dan
bergerak, begitu juga dengan kendiri kanak-kanak yang ada kualiti dan sifat tertentu
seperti kemahiran berjalan dan perasaan malu atau berani. Berikut merupakan
komponen dalam pembentukan kendiri kanak-kanak:
KOMPONEN KATEGORI

CIRI-CIRI

KENDIRI
Barangan saya

Tubuh, pakaian, keluarga, rumah dan segala hak

(material me)

milik

Pergaulan saya (social


me)

Siapa diri kita pada pandangan orang lain yang


mempersepsi kita dengan pelbagai cara
Trait personaliti seperti sikap, nilai, keyakinan,

Kerohanian saya

kepercayaan,persepsi

(spiritual me)

sosial,

kebolehan,

kecekapan dan sebagainya

Perkembangan konsep kendiri kanak-kanak pertengahan (6-11 tahun).

Konsep kendiri menekankan ciri-ciri personaliti

Penghargaan

kendiri

menurun

apabila

membuat

perbandingan,

kemudian naik semula.

Perhubungan persahabatan menekankan kepercayaan dan bantuan.

Strategi penyelesaian maslah yang teliti, berpandu kepada keperluan


khusus sesuatu masalah.

Menekankan kecekapan dalam pergaulan sosial.


Walau bagaimanapun, konsep kendiri

kanak-kanak

pada

peringkat

prsekolah sangat terhad kepada pemikiran dan perbuatan yang nyata dan khusus

(Stipek, 1992). Fikiran yang kukuh tentang diri juga membenarkan kanak-kanak
untuk bekerjasama buat kali pertama dalam menyelesaikan masalah kecil semasa
bermain (Brownnell & Carriger, 1990 ; Caplan,1991).
Apabila ditanyakan tentang siapa diri mereka, kanak-kanak sudah dapat
melabel dirinya dengan berbagai-bagai cara selain namanya seperti menyatakan
jantinanya dan saiz badannya, samada besar atau kecil.
Apabila kanak-kanak membesar, mereka berupaya untuk meluahkan
penerangan diri fizikal dan perasaan mereka serta bercakap tentang diri mereka
atau kendiri saya (Harter,1998). Apabila konsep-kendiri saya ini semakin
berkembang, mereka akan menumpu kepada pengetahuan tentang diri sendiri
dan penilaian sifat kendiri. Mereka akan mempunyai konsep kendiri yang terdiri
daripada kebolehan, kelakuan, sifat dan nilai yang memaparkan dirinya sebagai
seorang individu yang berlainan daripada orang lain.
Mereka mula mengira, lebih banyak mengetahui hal sekolah, memanjat,
bermain lompat tali dan juga mempunyai ramai kawan. Namun begitu mereka
belum mengetahui kelemahan mereka.
Selepas memulakan persekolahan pada peringkat rendah, konsep kendiri
kanak-kanak menjadi semakin abstrak. Salah satu daripada aspek ini ilah
gambaran kendiri yang menjadi lebih signifikan. Contohnya mereka melihat diri
mereka tidk sekadar seorang yang pintar tetapi membandingkan keblehan sendiri
dengan rakan-rakan (Ruble & Dweck,1995 ; Ruble & Flett,1988 ; Pomerantz,1995).
Kanak-kanak prasekolah mula membayangkan cita-cita mereka seperti hendak
menjadi doktor apabila besar nanti.
Menurut Eric Erikson (1963), perkembangan konsep kendiri kanak kanak
yang berumur 6 hingga 11 tahun, konflik yang akan dihadapi adalah ketekunan
lawan rendah diri. Kanak-kanak belajar membentuk ketekunan dan usaha
menjayakan sesuatu aktiviti dari rumah serta sekolah. Kanak-kanak yang telah

menguasai sesuatu kemahiran akan berasa penghargaan kendiri apabila mampu


melakukan sesuatu tugasan. Sebaliknya, mereka berasa rendah diri apabila
mereka tidak berjaya menghasilkan sesuatu.

Persahabatan
Konsep kanak-kanak tentang persahabatan amat berbeza daripada konsep

orang dewasa. Orang dewasa memandang berat nilai persahabatan kerana bagi
mereka sahabat adalah teman setia yang berada di sisi semasa suka duka.
Kanak-kanak pula mengangap sahabat bagi mereka sebagai rakan sepermainan
sahaja. Mereka tidak begitu mementingkan nilai persahabatan. Menurut Damon
(1977), ciri-ciri persahabatan kanak-kanak ketika berumur 6 hingga 11 tahun
ialah :

Seorang kanak-kanak yang tinggal berdekatan dengan rumahnya,


mempunyai banyak alat permainan serta berminat pada aktiviti-aktiviti
yang sama.

Persahabatan dieratkan lagi melalui perkongsian dan pemberian


barang-barang permainan.

Hubungan persahabatan senang dimulakan. Contohnya seorang


kanak-kanak bertemu jirannya yang suka bermain bola sepak lalu
sebentar kemudian menjadi kawan baik.

Persahabatan tidak tahan lama dan mudah dihapuskan. Contohnya


apabila kanak-kanak itu jarang bertemu, bertengkar atau seseorang
kanak-kanak lain enggan berkongsi barang permainan, maka kanakkanak itu bukan sahabatnya lagi.

Setelah masuk alam persekolahan, persahabatan merupakan satu


hubungan dua hala iaitu saling membantu dan mempercayai antara satu

sama lain.

Jangkaan kanak-kanak terhadap sahabat meningkat pada peringkat


ini. Sahabat dianggap seorang teman yang setia, dapat dipercayai serta
dapat diharapkan untuk membantu mereka pada bila-bila masa.

Hubungan persahabatan lebih sukar dimulakan. Keikhlasan dan


kejujuran penting untuk mengeratkan tali persahabatan dan akan
terputus selepas hilang kepercayaan.

Kanak-kanak juga gemar meniru tingkah laku sahabatnya. Biasanya kanakkanak meniru tingkah laku kanak-kanak yang popular dan sesiapa sahaja yang
telah membentuk hubungan yang rapat dengannya (Hartup,1983).
Pengaruh sahabat penting dalam memperkembangkan tingkah laku sosial
seseorang kanak-kanak. Tidak dinafikan kanak-kanak yang kurang sahabat akan
cenderung menjadi anti sosial dan tidak dapat menyesuaikan diri apabila
berinteraksi dengan orang lain.
Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan penting dalam perkembangan sosial
kanak-kanak untuk menawarkan rasa selamat kepada anak manakala rakan
sebaya membolehkan kanak-kanak memperoleh semangat bersaing serta
kemahiran penyesuian dengan orang lain.

Menguruskan Tingkahlaku Makan Anak-Anak.


Isu makanan merupakan satu apek penting dalam masyarakat.
Oleh

kerana

makanan

penting

dalam

kehidupan

dan

boleh

memastikan perkembangan fizikal yang sihat, semua ibu bapa


berharap agar anak mereka gemar makan makanan berkhasiat.

Walaubagaimanapun tidak semua menu hidangan ibu bapa disukai


oleh kanak kanak.
Beberapa jenis masalah yang berhubungkait dengan makanan
bleh timbul di kalangan kanak kanak:
1. Makan memilih
2. Tidak mahu makan
1.

Makan memilih

Banyak terdengar keluhan ibu bapa yang amat risau dengan cara pemakanan
anak anak mereka, terutama sekali bagi anak anak yang tidak suka makan sayur
sayuran. Selain itu ada di kalangan kanak kanak yang hanya memilih sejenis
makanan setiap hari tanpa jemu. Ada pula kanak kanak yang hanya memilih
makanan ringan seperti keropok dan gula gula untuk di makan. Makan seperti ini
boleh menimbulkan masalah pada kesihatan mereka kelak.
Cara mengatasinya :
i.

Ibu bapa digalakkan makan semeja besama kesemua anak anak mereka

pada waktu makan dan makan bersama anak mereka. Dalam suasana
makan bersama, ibu bapa perlu makan makanan berkhasiat terutama sekali
sayur sayuran yang dimakan dengan selera sekali. Pendek kata apa sahaja
makanan yang ibu bapa mahu anak mereka makan, ibu bapa perlu
memakannya di hadapan anak anak mereka dengan penuh selera dan rasa
enak. Kanak kanak yang melihat keadaan ini tentu sekali ingin mencuba
dan meniru gelagat ibu bapa mereka.
ii.

Anak anak tidak perlu dimarah sekiranya mereka makan dalam keadaan

bersepah. Hal ini kerana ibu bapa juga perlu memastikan bahawa suasana
semasa makan adalah tenteram dan tidak penuh kritik untuk mengelakkan

anak kecil menjadi takut pada waktu makan. Ibu bapa seharusnya
membiarkan sahaja keadaan bersepah yang berlaku dan melatih anak
mereka sedikit demi sedikit supaya tidak makan dalam keadaan demikian.
iii.

Untuk membantu anak anak mudah gemarkan makanan ialah melalui

proses pembelajaran dengan memperkenalkan rasa pelbagai makanan.

2.

Tidak mahu makan

Masalah tidak mahu makan di kalangan kanak kanak boleh meringsingkan ibu
bapa, terutama sekali apabila kanak kanak kelihatan kurus walaupun masih ligat
berlari dan bermain. Antara puncanya:
i.

Kanak kanak mungkin kerap makan makanan ringan. Makanan ringan

mengandungi bahan yang menjadi bahan tenaga kepada kanak-kanak. Oleh

itu, walaupun mereka tidak makan nasi mereka tetap bertenaga.


ii.

Masa ibu bapa memberi anak mereka makan adalah tidak sesuai. Ada di

kalangan ibu bapa gemar memberi anak mereka makan lebih awal dari
mereka. Pada masa yang sama anak anak mungkin sedang asyik bermain.
Dalam keadaan begitu kanak kanak tidak berminat langsung untuk makan
dan menganggap makanan adalah pengacau.
iii.

Bagi kanak kanak yang tidak mesra dengan ibu bapa mereka, makanan

boleh dijadikan bahan untuk melawan kehendak ibu bapa mereka.


iv.

Kanak-kanak yang sudah kenyang kerana terlau banyak minum air

menyebabkan kanak-kanak kenyang dan tidak mahu makan.


v.

Kanak-kanak yang susah hati, dalam keadaan risau, sedih, gelisah atas

sebab-sebab tertentu menyebabkan kanak-kanak tidak mahu makan.


Cara mengatasinya :
i.

Ibu bapa perlu meneliti sama ada kesihatan fizikal anak-anak mereka

tidak terjejas. Kanak-kanak yang tidak mahu makan, berat badan mereka
tidak meningkat, kelihatan lesu, dan lemah.
ii.

Ibu bapa perlu memastikan anak mereka tidak dibenarkan makan benda-

benda lain sebelum sampai waktu makan yang sbenarnya.


iii.

Sekiranya anak-anak tidak mahu makan, ibu bapa tidak patut memaksa

dan menggunakan cara kekerasan. Hal ini mungkin boleh menyebabkan


kanak-kanak melawan dengan tidak mahu makan.
iv.

Ibu bapa perlu membiarkan anak meraka yang sudah berunur lebih 6

tahun boleh mengawal diri unuk makan.


v.

Sekiranya berat badan kanak-kanak semakin menurun walaupun mereka

kelihatan aktif bermain, ibu bapa perlu membawa mereka ke klinik atau
hospital untuk pemeriksaan.
Mengurus kanak-kanak yang di masukkan ke hospital.
Kemasukan ke hospital untuk mendapatkan rawatan merupakan satu
keadaan yang boleh merisaukan kepada sesiapa sahaja apatah lagi golongan
kanak-kanak. Kebanyakkan kanak kanak menganggap hospital sebagai satu
tempat yang membawa perasaan takut dan bimbang.
Antaranya puncanya:
i.

Takut kerana takutkan sakit, takut doktor, takutkan suntikan,

takut darah dan takut mayat. Ada sesetengah ibu bapa suka
menakutkan anak-anak mereka dan mengugut akan menghantar
mereka ke hospital untuk di suntik sekiranya mereka nakal dan jahat.
ii.

Yang lebih teruk ada pula ibu bapa apabila berhadapan dengan

doktor mereka akan menakutkan anak lelaki mereka bahawa doktor


akan menyunat mereka, dan ada gunting besar untuk membedah
mereka jikalau mereka jahat. Oleh itu setiap kali seseorang kanakkanak perlu berjumpa doktor apabila sakit mereka akan meronta dan
merengek ketakutan dan enggan bersemuka dengan doktor.
Cara mengatasinya :
i.

Adalah lebih baik sekiranya kanak-kanak dapat dibawa melihat di

persekitaran hospital sekiranya sudah ditentukan oleh doktor bahawa


kanak-kanak itu dimasukkan ke hospital.
ii.

Ibu bapa perlu mengetahui daripada pihak doktor tentang apa

yang dilakukan kepada anak mereka supaya dapat pula mereka


memberi penjelasan kepada anak mereka. Adalah penting bagi ibu

bapa untuk memberi keterangan secara berulang ulang kepada anak


mereka kerana ia akan mengurangkan kebimbangan.
iii.

Ibu digalakkan masuk ke wad bersama-sama anak yang sakit.

Adalah dirasakan bahawa dengan adanya ibu di wad bersama anak,


tidak kira sama ada ibu itu sendiri dalam keadaan cemas atau tenang.
Kehadiran ibu memberi keyakinan dan rasa selamat kepada anak yang
sakit.
iv.

Kanak-kanak juga digalakkan membawa bersama kedalam wad

alat-alat permainan kegemaran mereka seperti anak patung, keretakereta ataupun bantal busuk.
v.

Suasana di hospital kanak-kanak juga penting untuk memastikan

ketenteraman kanak-kanak. Bilik wad dan hospital itu sendiri perlulah


kelihatan menarik mulai dari pintu masuk hospital hinggalah ke tempat
tidurnya
vi.

Tempat bermain juga perlu disediakan dalam kawasan hospital

supaya kanak-kanak dapat bermain sebaik sahaja mereka bertenaga,


boleh main dan igin bermain. Ini kerana untuk memastikan keiginan
bermain kanak-kanak itu berterusan tidak kira di mana mereka berada.
vii.

Suasana di hospital perlulah tidak jauh berbeza daripada suasana

di rumah dan kehadiran ahli keluarga yang sentiasa melawat boleh


memastikan keadaan ini. Kanak-kanak sebaik baiknya dibenarkan
memakai pakaian sendiri yang dibawa dari rumah tanpa perlu
memakai pakaian hospital.
viii.

Ibu bapa dinasihatkan supaya tidak menakut-nakutkan anak

mereka tentang doktor dengan cerita yang bukan-bukan dan tidak


betul tentang tugas dan kerja seorang doktor seperti memberi
suntikan kalau jahat atau menyunat mereka kalau terlalu degil.

Mengurus Permusuhan di antara Adik Beradik.


Dua atau lebih adik beradik yang suka bergaduh ataupun sering berlumba-lumba,
terutama sekali dalam usaha untuk mendapat perhatian dan kasih sayang yang
lebih, memang merupakan perkara biasa. Tetapi keadaan ini boleh membawa
akibat buruk sekiranya ibu bapa atau penjaga tidak mengendalikan permusuhan
biasa ini dengan baik.
Cara mengatasinya :
i.

Seseorang kanak-kanak mesti di tanam sikap menghagai diri dan

meghormati orang lain, tidak kira siapa sama ada yang lebih tua ataupun
yang lebih muda darinya.
ii.

Ibu bapa pula jangan sekali kali menggunakan pendekatan yang sukar

difahami atau membohongi kanak-kanak. Kanak-kanak akan menjadi keliru


kerana kurang faham tujuan ibu bapa dan akan kehilangan kepercayaan
terhadap ibu bapa sekiranya mendapati orang dewasa itu berbohong.
iii.

Dalam apa jua keadaan, kanak kanak yang sihat dan mengenali diri

mereka serta kebolehan mereka tanpa dibeza-bezakan akan berasa yakin


dan ini boleh menjauhkan diri dari berlakunya permusuhan diantara adik
beradik.
iv.

Jika anak-anak masih terlalu kecil untuk memahami konsep hidup mesra

dan saling membantu, ibu bapa boleh merancang langkah yang mudah
untuk membolehkan anak-anak belajar hidup bersama dan saling sayang
menyayangi.

Cara

yang mudah adalah mencari suatu tugas

dan

tanggungjawab untuk mereka berkongsi, seperti memelihara seekor


binatang kesayangan bersama.

v.

Seterusnya ibu bapa tidak digalakkan membahagikan tanggungjawab

penjagaan seperti abang diletakkan di bawah jagaan bapa dan adik pula
dijaga oleh ibu walaupun tingal dibawah satu bumbumg.
vi.

Untuk meredakan satu pergaduhan antara adik beradik salah satu

pendekatan yang boleh digunakan ialah mengadakan satu pendekatan


terbuka dalam suasana kekeluargaan dan ibu bapa tidak memihak kepada
sesiapa pun dalam perbincangan itu. Peranan ibu bapa hanya sebagai
pembimbing dan pengasuh.
Pembuangan Najis dalam Seluar.
Jenis masalah pembuangan najis dalam seluar boleh dibahagikan kepada dua
jenis iaitu,
1.

Jenis menahan najis sehingga timbulnya terkincit. Ia adalah disebabkan oleh


dua perkara iaitu:

a) Masalah fizikal
Termasuk penyakit dan luka dibahagian dubur
Kanak-kanak berasa sakit setiap kali cuba hendak membuang air besar.
Juga disebabkan penyakit Hirshprung yang menyebabkan lama kelamaan najis
keluar tanpa disedari.
b) Gangguan emosi
Dikaitkan dengan menahan perasaan gelisah dan kebimbangan
Semakin lama kanak-kanak menahan najis (seperti menahan perasaan marah
) menyebabkan najis bertahan dalam usus besar dan menyebabkan usus
besar menjadi kembang.
Najis semakin keras sukar untuk dibuang.
2.

Jenis tidak menahan najis. Ia dibahagi kepada dua jenis.

a) Jenis berterusan
Masalah pembuangan najis dalam seluar berlaku semenjak lahir.

b) Jenis tidak berterusan


Kanak-kanak berkenaan tidak pernah dilatih dengan jayanya untuk boleh
mengawal diri supaya tidak membuang najis di dalam seluar.

Perangai agresif kanak-kanak yang membuang najis di dalam seluar atau pada
mana- mana tempat boleh dilihat dari dua sudut.

i.

Perangai pasif- agresif, iaitu agresif yang ditonjolkan secara tidak langsung
kerana anak itu telah menyembunyikan najisnya.

ii.

Bagi kanak- kanak yang memberi kain bungkusan najis mereka boleh
dianggap sebagai kanak-kanak yang bersifat agresif secara terbuka.

Ibu bapa yang kurang memahami anak-anak mereka boleh menyebabkan


masalah menjadi lebih rumit.

Di mana ibu bapa yang menghukum anak mereka yang berperangai


sedemikian akan menyebabkan lahirnya perasaan benci anak terhadap ibu
bapa.

Anak juga boleh berasa dirinya terhina dan berpotensi untuk mendapat
gangguan jiwa jenis kemurungan dan mencederakan dirinya sendiri.
Tidur dan Gangguan.
TIDUR adalah penting untuk kesihatan sama ada dari segi fizikal atau mental.
Bagi kanak-kanak suasana tenteram sebelum masuk tidur amatlah penting untuk
menjamin keselesaan dan kesihatan diri sewaktu tidur. Kanak-kanak hanya perlu
tidur selama 8-10 jam dalam sehari.

1) Tidur jenis rapid-eye movement (REM), iaitu ada pergerakan mata yang
cepat dan mengambil 20% masa tidur.
2) Tidur jenis non-rapid eye movement (NON-REM) iaitu tanpa pergerakan
mata yang cepat dan mengambil 8% masa tidur.
Apa akan jadi jika anak-anak tidur bersama ibubapa ?
Kebiasaannya anak-anak kurang mendapat gangguan tidur melainkan
jikalau mereka ada penyakit seperti demam, sakit perut dan sebagainya.

Lebih selesa, terjamin dan sentiasa merasa bahawa mereka tidak


bersendirian.

Kurang gangguan tidur seperti mengigau.


Jika berterusan sehingga besar?
Tiada keberanian untuk tidur bersendirian.
Terlalu bergantung pada ibu bapa.
Jenis gangguan tidur di kalangan kanak-kanak yang bukan disebabkan penyakit
fizikal.
1) Mimpi-mimpi takut (Nightmare)
2)

Night Terror- berlaku semasa dalam tidur jenis bukan R.E.M (tanpa
pergerakan mata). Dalam keadaan ini kanak-kanak yang terlibat akan
menjerit dalam tidurnya.

3) Dalam tidur (Somnambulisme)


4) Berjalan Kencing malam
5) Tidak mahu tidur

6)

Bruxism-Tooth

Grinding-

boleh

timbul

sekiranya

seseorang

itu

menghadapi tekanan pada waktu siang harinya.


Punca gangguan tidur
1)

Masalah perpisahan dengan ibu bapa- contoh ditinggalkan oleh ibu bapa
untuk beberapa hari.

2)

Kanak-kanak yang sering bermimpi contoh mimpi hantu yang


menakutkan.

3)

Tekanan lain seperti di sekolah, masalah rakan sebaya, tekanan


menghadapi peperiksaan dan sebagainya.

4)

Suasana dalam rumah sebelum kanak-kanak hendak tidur- contoh


perasaan takut ataupun sedih.

Cara membantu kanak- kanak untuk tidur berasingan daripada ibu bapa.
1)

Boleh menemani anak didalam biliknya untuk beberapa ketika (5-10 minit)
sekiranya dia berasa takut.

2)

Menyediakan lampu kecil yang sentiasa menyala pada waktu malam.

3)

Ibu bapa perlu memberitahu kepada anak bahawa walaupun mereka tidur
berasingan dengan ibu bapa, mereka masih dan tetap akan sentiasa
memberi layanan yang menyenangkan diri mereka.

4)

Boleh membiarkan pintu-pintu bilik anak dan ibu bapa terbuka pada
permulaannya dan hari demi hari kedua-dua pintu bilik boleh dirapatkan
sedikit demi sedikit setelah anak tadi merasa yakin tidur di bilik sendirinya.

5)

Perlu diberi kepada anak setiap hari apabila mereka bangun tidur.

6)

Perlu pastikan suasana adalah tenang, selesa dan meyenangkan sebelum


anaknya tidur. Contoh mengelakkan membaca atau menonton cerita-cerita
seram dan elakkan menunjukkan perasaan marah kepada anak-anak
walaupun mereka perlu dimarahi.

Bercakap Gagap.
GAGAP adalah satu gangguan dalam pertuturan yang biasanya bermula apabila
seseorang kanak-kanak sudah mula boleh bercakap dengan menggunakan dua
atau tiga patah perkataan dalam ayat. Ini adalah kerana:
Kerap mengulang semasa menyebut awal perkataan yang serupa, seperti ma-mama-ma-ma-kan atau
a)

Memanjangkan bunyi perkataan yang hendak disebut, seperti ma-ma-aaaa-kan, atau

b)

Perkataan yang hendak disebut terhenti-henti mengikut suku kata


perkataan, seperti ma-ma-ka-ka-kan.

Akibat pada masa depan

a)

Biasanya tidak akan berjaya untuk berkomunikasi secara lancar dengan


orang lain.

b)

Kanak-kanak ini menggunakan cara lain untuk berkomunikasi seperti


menggunakan tanda isyarat.

c)

Boleh menjadi murung, kerana mereka berfikir mereka tidak cekap


bercakap lantas.

Punca masalah gagap

1.

Keturunan dan Baka.

2.

Alam Persekitaran
Tatacara ibu bapa, saudara mara, guru dan ahli keluarga lain yang
mempengaruhi perkembangan kanak-kanak berkenaan.
Juga disebabkan oleh tekanan emosi yang terlalu meruncing tahap trauma
yang dialaminya adalah terlalu berat.

3.

Konflik dalam diri kanak-kanak.


Konflik mahu menjadi pasif atau agresif.
Pertuturan boleh dianggap sebagai satu fungsi agresif oleh seseorang
kanak.

Peranan ibu bapa untuk mengelakkan gagap.


v Ibu bapa perlu berwaspada dan sentiasa memberi masa kepada anak-anak
untuk mengeluarkan buah fikiran mereka walaupun butir-butir perkataan
yang hendak disebut mungkin tidak memberi makna yang jelas.
v Perlu sabar untuk mendengar.
v Jangan mencelah atau membantu perkataan yang sedang cuba disebut oleh
anak.

v Jangan membuatkan anak-anak takut semasa bercakap, contoh marah.


v Tunjukkan bahawa kita hendak dengar apa yang mereka cakap.
v

Perlu

menjadi

contoh

yang

baik

kepada

anak,

contohnya

cara

berkomunikasi yang baik seperti bercakap secara jelas dan tidak tergopah
gapah.
MASALAH-MASALAH LAZIM KANAK-KANAK.
1.

LELAH

Lelah atau asma adalah penyakit paru-paru yang kerap di kalangan kanak-kanak.
Apakah yang dimaksudkan dengan lelah atau asma? Untuk memahami dengan
lebih lanjut saya akan jelaskan serba sedikit mengenai paru-paru. Di dalam paruparu terdapat salur paru-paru yang membawa udara yang kita sedut ke hujung
paru-paru. Ia dipanggil alveolar. Di sini udara yang beroksigen akan menyerap ke
dalam salur darah dan menyebabkan kandungan oksigen dalam darah adalah
tinggi. Apa yang dimaksudkan lelah ialah keadaan di mana salur paru-paru kecil
(bronchiol) menjadi radang sekali gus menyebabkan salur paru-paru itu sempit.

a)

Apakah tanda-tanda lelah?

Secara klasiknya lelah menyebabkan kanak-kanak akan mengalami batuk


berterusan, nafas yang berbunyi dan semput. Biasanya batuk yang dialami oleh
kanak-kanak itu adalah basah (wet cough) iaitu berkahak. Bagaimanapun,
terdapat sebahagian daripada kanak-kanak yang tidak mempunyai tanda-tanda

klasik lelah. Ini menyukarkan diagnosis lelah dibuat dan kebanyakan kanak-kanak
ini akan mengalami batuk berterusan yang tidak baik walaupun sudah makan
banyak ubat.

Tanda-tanda yang penting bagi ibu bapa untuk mengenalpasti kemungkinan anak
mereka

mengalami

asma

atau

lelah:

1. Batuk berterusan terutama lebih kerap pada waktu malam atau awal pagi.
2. Batuk berterusan yang bermula dari batuk selesema biasa. Biasanya batuk
selesema akan hilang dalam masa antara empat hingga enam hari tetapi kanakkanak
3.

ini

akan

Batuk

terus
selepas

batuk

untuk

bermain

jangka
atau

masa

yang

lebih

menjalankan

lama.
aktiviti.

4. Batuk apabila suhu persekitaran yang sejuk seperti di dalam bilik berhawa
dingin. Selepas meminum air sejuk atau makan ais krim. Batuk ini juga mungkin
berlaku

selepas

memakan

buah-buahan

seperti

oren

5. Semput

Jika terdapat juga simptom alahan seperti ruam, resdung atau selesema awal
pagi, ini lebih meninggikan lagi kemungkinan asma atau lelah. Kanak-kanak yang
mempunyai masalah lelah atau asma senang dijangkiti kuman pada paru-paru.
Disebabkan lelah selalu dicetuskan selepas deman selesema biasa, ini
menyebabkan kadar kemasukan hospital lebih tinggi di kalangan kanak-kanak
menghidap lelah. Seperti apa yang diperkatakan oleh saudara Izam masalah lelah
itu menyebabkan anaknya kerap mendapat jangkitan kuman dan dimasukkan di
hospital.
Ada beberapa faktor yang boleh mencetuskan simptom lelah antaranya
ialah habuk atau hama habuk( house dust mites), asap rokok, buah-buahan citrus
dan sebagainya. Walaupun perkara yang menyebabkan lelah itu berbeza dari
seorang ke seorang tetapi secara umumnya apa yang dinyatakan di atas ialah
punca utama.

b)

Apakah

rawatan

untuk

lelah?

Tiada rawatan yang boleh menyembuhkan lelah. Ubat-ubatan yang dimakan


kanak-kanak menghidap lelah hanyalah untuk mengawal simptom itu tetapi tidak
menyembuhkan seseorang itu daripada masalah lelah. Kebanyakan kanak-kanak
yang menghidap lelah ini akan pulih dengan sendiri apabila mereka besar atau
mencapai peringkat remaja.

c)

Terdapat dua jenis kategori ubat ketika memberi rawatan

1. Ubat-ubatan yang mencegah kanak-kanak daripada lelah.


2. Ubat-ubatan yang mengurangkan simptom lelah ketika kanak-kanak mengalami
lelah.

Apabila kanak-kanak sering mendapat simptom lelah, kanak-kanak itu


perlu memakan ubat yang boleh mencegah simptom lelah itu berulang. Ubat ini
memerlukan penggunaan setiap hari dan oleh itu ramai ibu bapa berasa takut
kononnya kanak-kanak itu terpaksa bergantung kepada ubat. Ini tidak benar, apa
yang berlaku ialah pada mulanya ubat itu perlu diberi setiap hari kepada kanakkanak terbabit dan apabila kawalan lelah itu beransur baik, ubat-ubatan ini akan
dikurangkan secara perlahan sehingga diberhentikan. Kebanyakan ubat
pencegahan lelah mengandungi steroid. Ramai ibu bapa yang bimbang dengan
bahan itu tetapi oleh kerana ubat berkenaan digunakan secara topikal ia adalah
selamat dan tidak membawa kesan sampingan. Saya sendiri ketika zaman kanakkanak berhadapan dengan masalah lelah. Pada masa itu disebabkan tiadanya
ubat yang boleh mengawal lelah dengan baik banyak perkara yang tidak boleh
dilakukan seperti aktiviti sukan, tidak boleh minum air sejuk dan lebih
menyedihkan setiap kali hari raya saya akan semput disebabkan asap bunga api.
Apa yang kita inginkan dalam rawatan lelah ialah kanak-kanak itu dapat
melakukan aktiviti biasa dan tidak terasa ketinggalan disebabkan oleh lelah.
Mengenai pemakanan dan lelah, tiada bukti kukuh yang menunjukkan vitamin

mencegah lelah bagaimanapun, pemakanan yang baik akan meningkatkan lagi


sistem imun badan dan ini akan mengurangkan jangkitan virus dan secara tidak
langsung mungkin mengurangkan kekerapan lelah. Kesimpulannya, daripada apa
yang diterangkan di atas, kemungkinan besar kawalan lelah anak saudara Izam
masih kurang memuaskan dan ini menyebabkan anak saudara kerap mendapat
lelah dan paru-parunya dijangkiti kuman.
PENYAKIT KAKI TANGAN DAN MULUT

SECARA berseloroh seorang teman berkata, dia dan keluarganya tidak lagi
minum susu segar atau makan daging kerana bimbang diserang penyakit tangan,
kaki dan mulut (HFMD) seperti yang berlaku di Sarawak sekarang. Kenyataan
beliau menyebabkan beberapa teman lain terdiam, tetapi ada yang tertawa kecil
kerana hakikatnya kedua-dua penyakit itu sangat berbeza dan tiada kaitan
langsung, walaupun mempunyai nama sama. Sehingga artikel ini ditulis,
sebanyak 3,520 kes HFMD di kesan dengan lima kematian dan menyebabkan 488
tadika dan 10 sekolah rendah ditutup sementara untuk memutuskan rantaian
jangkitan serta mengelak penyakit ini merebak.
Walaupun kebanyakan kes dicatatkan di Sarawak, ibu bapa dan pengurus pusat
jagaan kanak-kanak serta tadika di Semenanjung juga perlu tetap berhati-hati
kerana ia turut berlaku di sini. Menurut Perunding Paediatrik, Dr Syed Nazir MS
Kadir, HFMD adalah penyakit biasa di kalangan bayi dan kanak-kanak kerana
virus penyebabnya sentiasa ada di sekeliling kita. Jangkitan boleh berlaku
apabila faktor kebersihan diabaikan. Jika di negara empat musim, catatan kes
lebih tinggi pada musim bunga dan luruh, tetapi di negara kita ia boleh berlaku
sepanjang tahun. Ada yang bertanya mengapa kes di Sarawak lebih banyak.
Tiada siapa tahu jawapan sebenarnya, tetapi berdasarkan kajian cetusan HFMD
berlaku setiap tiga tahun bermula pada 1997, 2000, 2003 dan tahun ini.

Apa yang menyebabkan HFMD?


HFMD berpunca daripada jangkitan virus. Kajian menunjukkan lebih 70 jenis virus
boleh menyebabkan penyakit tangan, kaki dan mulut, tetapi jenis paling biasa
ialah virus coxsackie A16 (CxA16) dan enterovirus 71 (EV71). Kes dilaporkan di
Sarawak disebabkan virus Cx A16.
HFMD juga boleh disebabkan enterovirus lain, tetapi ia jarang berlaku. Kumpulan
enterovirus ini termasuk virus polio, coxsackie, echovirus dan enterovirus lain.
HFMD pada manusia tidak sama dengan HFMD pada lembu atau kambing kerana
ia disebabkan jangkitan virus berbeza. Jadi tidak perlu takut untuk minum susu
segar atau makan daging.
Dr Syed Nazir, berkata jangkitan HFMD biasanya lemah dan tidak berbahaya. Ia
biasanya menyerang kanak-kanak di bawah 10 tahun, tetapi boleh berlaku pada
orang dewasa.

a)

Adakah jangkitan ini serius?

Jangkitan disebabkan coxsackie A16 biasanya lemah dan hampir semua pesakit
boleh sembuh tanpa rawatan dalam masa tujuh hingga 10 hari. Bagaimanapun,
jangkitan enterovirus 71 lebih berbahaya, boleh menyebabkan meningitis,
enchephalitis dan kadangkala membawa maut jika tidak diberikan rawatan
segera.

b)

Siapa yang berisiko dijangkiti?

Sebenarnya semua orang berisiko mendapat HFMD. Bagaimanapun, lazimnya


berlaku pada kanak-kanak di bawah 10 tahun, tetapi orang dewasa juga boleh
mendapat

HFMD.

Namun, jika ia berlaku pada orang dewasa, kesannya sangat lemah kerana orang
dewasa mempunyai antibodi daripada pendedahan pada masa lalu terhadap virus
ini.
Kanak-kanak yang dihantar ke pusat jagaan harian mempunyai risiko lebih tinggi.
Ini sebabnya kerajaan mengarahkan supaya tadika dan sekolah ditutup bagi
memutuskan rantaian jangkitan virus.
Jangkitan membolehkan badan seseorang membina antibodi terhadap virus
berkenaan, tetapi orang yang pernah mendapat penyakit ini boleh mendapat
HFMD kali kedua jika ia disebabkan jangkitan virus lain.

c)

Apakah

gejala

HFMD?

Sebaik dijangkiti, virus mengambil masa tiga hingga enam hari untuk membiak
dalam badan dan ini dipanggil tempoh inkubasi. Selepas tempoh ini pesakit akan
mula mengalami gejala penyakit seperti:
Demam (38C) selama dua atau tiga hari
Sakit mulut
Berhingus
Ulser dalam mulut (pada lelangit lembut, bibir bahagian dalam atau lidah)
Sakit tekak
Hilang selera makan
Keletihan
Ruam dan melepuh pada tapak tangan, tapak kaki dan punggung tetapi ia tidak

gatal atau menyebabkan rasa sakit


Sakit perut
d)

Bagaimana virus merebak?

Walaupun tidak berbahaya, HFMD mudah berjangkit, terutama pada kanak-kanak.


Ia merebak melalui sentuhan langsung kepada najis, air liur, hingus dan cecair
daripada kulit melepuh orang yang dijangkiti. Jangkitan juga boleh berlaku
melalui udara apabila orang dijangkiti bersin. Virus boleh hinggap di atas
permainan, buku, pensil atau peralatan yang dipegang orang yang dijangkiti.
Virus ini juga boleh hidup lebih lama di luar badan manusia berbanding virus lain,
oleh itu jika aspek kebersihan diabaikan ia akan merebak dengan cepat kepada
orang lain. Jangkitan mudah berlaku dalam minggu pertama seseorang itu
dijangkiti. Najis bekas pesakit masih mengandungi virus, walaupun ia sudah
sembuh dan perkara ini boleh berlarutan sehingga lima minggu.
Justeru, Dr Syed Nazir menegaskan supaya setiap orang, terutama ibu bapa dan
petugas pusat jagaan kanak-kanak, sentiasa menitikberatkan soal kebersihan.
Tangan perlu dicuci dengan bersih setiap kali selepas menukar lampin, keluar
dari tandas, mengelap hingus, air liur atau cecair dari kulit melepuh kanak-kanak
yang dijangkiti. Jangkitan juga boleh berlaku pada anak dalam kandungan jika si
ibu dijangkiti sebelum bersalin. Bayi boleh mengalami masalah jantung,
meningitis (keradangan selaput otak) atau mati jika dijangkiti ketika dilahirkan.
e)

Adakah rawatan khas untuk HFMD?

Menurut Dr Syed Nazir, tiada rawatan khas bagi penyakit ini. Kebanyakan pesakit
boleh sembuh dalam masa tujuh hingga 10 hari tanpa mengambil ubat. Ubat
diberikan hanya untuk meredakan ketidakselesaan yang dialami pesakit seperti
ubat

demam,

ulser

atau

lepuh.

f)

Bolehkah ia dicegah?

Kaedah pencegahan paling berkesan ialah melalui pemberian vaksin, tetapi


sehingga kini tiada vaksin untuk HFMD kerana ia membabitkan jenis virus yang
banyak.

Bagaimanapun,

cara

pencegahan

paling

mudah

ialah

menjaga

kebersihan. Pada musim cetusan penyakit seperti sekarang ini, elakkan


membawa anak ke tempat sibuk dan sesak seperti pusat beli-belah dan kolam
renang awam.

Tutup mulut ketika batuk atau bersin. Basuh tangan dengan sabun setiap kali
selepas ke tandas. Jangan lupa untuk kerap membersihkan peralatan yang
digunakan kanak-kanak. Malah, pengusaha tadika yang diarahkan tutup kerana
penyakit ini juga perlu membersihkan semua peralatan dalam premis mereka
sebelum ia dibuka semula. Langkah ini penting untuk mengelakkan jangkitan
berulang kerana virus Cx A16 boleh hidup lama di luar badan manusia, katanya.
TEKNIK MENCUCI TANGAN:

1 - Lumur tangan dengan sabun dan gosokkan kedua-dua tapak tangan.

2 - Masih pada kedudukan tapak tangan bertemu tapak tangan, gosok dicelah jari.

3 - Letakkan tangan kanan di belakang tangan kiri dan gosok.

4 - Bengkokkan jari (dengan menggenggam tangan) supaya kekotoran pada


bahagian sendi dapat dibersihkan.

5 - Genggam ibu jari dan gosok dengan cara putaran.

6 - Beralih ke tapak semula dan gosok dengan cara putaran. Ulang semua

langkah 3 hingga 6 untuk tangan kanan.


PENDARAHAN HIDUNG
PENDARAHAN hidung mungkin dianggap masalah biasa, terutama di kalangan
kanak-kanak, tetapi masalah ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia mungkin
memberi petanda seseorang itu menghidap penyakit lain yang lebih kronik.
Hidung berdarah boleh disebabkan pelbagai penyakit termasuk penyakit hidung,
sinus, darah tinggi, demam denggi dan penyakit darah.
Namun, biasanya pendarahan hidung berlaku akibat luka pada lapisan dalam
hidung.
Permukaan dalaman hidung dilapisi membran mukosa (lapisan lembap yang
menggalas struktur berongga seperti saluran pernafasan) supaya kulit sentiasa
lembap.
Membran mukosa ini mempunyai banyak salur darah yang sensitif dan mudah
luka. Kedudukan hidung di tengah muka juga menyebabkan ia sentiasa terdedah
kepada risiko trauma seperti hentakan apabila terjatuh, dipukul atau berlaku
kemalangan jalan raya.
Pendarahan hidung boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu anterior
(pendarahan bermula pada bahagian septum iaitu dinding yang memisahkan dua
lubang pada hidung). Septum mempunyai banyak salur darah yang mudah luka
apabila kita menghembuskan nafas terlalu kuat atau terkena objek tajam seperti
hujung kuku. Darah akan mengalir keluar melalui satu daripada lubang hidung.
Pendarahan hidung anterior juga boleh disebabkan cuaca terlalu panas dan
kering.

Kekeringan membran hidung (lapisan luar

dalam

hidung) akan

menyebabkan ia retak, menggelupas dan berdarah seperti yang biasa berlaku


pada kanak-kanak.

Jenis kedua ialah pendarahan posterior (pendarahan boleh bermula di bahagian


hidung paling dalam yang mengalir ke mulut dan tekak ketika pesakit berdiri atau
duduk. Bagaimanapun jenis ini jarang berlaku).
Pakar Perunding Hidung, Telinga dan Tekak, Dr Mohamad Hamzah, berkata punca
pendarahan hidung boleh dibahagikan kepada empat iaitu:
Trauma
Trauma kecil berlaku apabila seseorang mengorek hidung dengan kuku tajam
atau jari pada mukosa hidung yang radang. Ia juga terjadi apabila seseorang itu
bersin dengan kuat.

Trauma membawa kepada luka pada lapisan membran hidung yang kaya dengan
saluran darah.

Tahap pendarahan bergantung kepada saiz dan jenis pembuluh darah terbabit.
Jika satu arteri besar seperti yang terbabit, maka pendarahan menjadi serius dan
tidak terkawal.
Penyakit hidung
Rinitis ialah penyakit dalam rongga hidung yang berlaku akibat radang pada
membran mukosa yang diserang virus atau bakteria atau sebagai satu tindak
balas kepada alahan. Hingus yang keras dan melekat pada membran mukosa
akan menyebabkan luka bila hidung dikorek. Perkara ini kerap berlaku kepada
kanak-kanak.
Pendarahan biasanya sedikit dan berhenti dengan sendiri, tetapi boleh berulang.
Pendarahan boleh dicegah dengan mengubati penyakit rinitis.
Kadangkala penyakit resdung juga boleh menyebabkan pendarahan. Begitu juga
lapisan mukosa hidung yang terlalu kering akibat udara terlalu panas atau terlalu

sejuk.
Sinus, kanser hidung dan nasofarinks
Kanser nasofarinks (pangkal hidung) kerap berlaku di Malaysia, terutama kepada
masyarakat keturunan Cina. Simptom paling biasa ialah hidung berdarah,
terutama kepada mereka yang menjangkau umur empat atau lima puluhan ke
atas.
Kanser rongga hidung dan sinus yang juga boleh mengakibatkan pendarahan
hidung ialah sejenis ketumbuhan di pangkal hidung yang boleh berlaku kepada
kanak-kanak lelaki berumur belasan tahun yang boleh berdarah dengan banyak.
Penyakit lain
Sesetengah

pesakit

berumur

yang

menghidap

darah

tinggi

mengalami

pendarahan hidung. Pendarahan juga berlaku kerana pembuluh darah tidak


mengecut disebabkan penyakit darah. Ada pelbagai penyakit darah seperti
myeloma, leukemia dan limfoma boleh menyebabkan pendarahan.
Kanak-kanak yang hidungnya sentiasa berhingus serta gatal mungkin berpunca
daripada penyakit rinitis.
Namun, katanya, orang dewasa yang sering mengalami hidung berdarah mungkin
disebabkan penyakit lebih serius seperti kanser nasofarinks atau kanser sinus.
Kesan sampingan ubat-ubatan
Penggunaan ubat seperti aspirin, warfarin dan ubat antikeradangan bukan steroid
(NSAIDs) boleh menyebabkan pendarahan. Rawatan kecemasan hidung berdarah
perlu dilakukan segera untuk memberhentikan pendarahan dan mencari
puncanya.
Ini sebabnya pendarahan hidung tidak boleh dipandang ringan kerana ia

mungkin berkait dengan penyakit serius dan berbahaya. Sesiapa yang ada
masalah hidung berdarah perlu segera berjumpa doktor untuk mengetahui sebab
pendarahan.

Antara maklumat diperlukan ialah kuantiti darah (sedikit atau banyak) setiap kali
mengalami pendarahan, berdarah dari lubang hidung kiri, kanan atau keduaduanya,

katanya.

Selain itu, doktor perlu mengetahui sama ada pendarahan keluar melalui lubang
hidung atau keluar melalui belakang hidung dan terus masuk ke mulut.
Pendarahan akan berhenti dalam masa beberapa minit atau terus berdarah tanpa
henti. Pendarahan berlaku buat pertama kali atau sudah sebaliknya.

Jika berdepan pesakit hidung berdarah, antara langkah rawatan kecemasan yang
perlu diambil ialah:
Arahkan pesakit bertenang, duduk (jangan baring), dongakkan kepala dan
bernafas melalui mulut dengan perlahan-lahan.
Picit bahagian lembut hidung di bawah tulang hidung selama 10 minit.
Arah pesakit meludah atau mengeluarkan darah dari mulut. Lepaskan picitan
selepas 10 minit dan tengok sama ada pendarahan sudah berhenti.
Jika pendarahan belum berhenti, ulang picitan sekali lagi.
Dr Mohamad berkata, dalam kebanyakan kes pendarahan akan berhenti selepas
tindakan di atas. Jika pendarahan masih berterusan, segera bawa pesakit ke
hospital.
Katanya, langkah seterusnya dilakukan di hospital atau klinik ialah memberi

resusitasi kepada pesakit dan melakukan pemeriksaan endoskopi hidung untuk


mencari tempat dan saiz pendarahan serta puncanya.
Langkah ini mungkin memerlukan pemeriksaan lanjut seperti pemeriksaan fizikal
pesakit, tekanan darah, ujian darah dan pemeriksaan radiologi, jika perlu.
Larangan untuk pesakit hidung berdarah sehingga betul-betul pulih:
Elakkan mengangkat benda berat.
Jangan letak kepala bawah paras jantung untuk jangka masa lama.
Jangan menghembus hidung dengan kuat.
Usah biarkan hidung menjadi terlalu kering (anda mungkin perlukan ubat sapu
antibiotik pada hidung atau sentiasa membasahkan hidung dengan air)
Jangan memasukkan sesuatu ke dalam hidung seperti kertas tisu atau
mengorek dengan jari.

Untuk mengelak pendarahan hidung berulang, pastikan anda tidak:


Memicit atau menghembus nafas terlalu kuat.
Menundukkan badan untuk mengangkat benda berat.
Pastikan kedudukan kepala sentiasa tinggi daripada jantung, terutama ketika
baring atau tidur.
KANAK-KANAK OBES
MENYURUH kanak-kanak mengambil makanan seimbang dan menyihatkan bukan
perkara mudah kerana kebanyakan daripada mereka lebih suka kepada makanan

segera dan beraneka jenis snek yang dianggap menarik dan enak. Apatah lagi
dengan tarikan pelbagai iklan makanan segera yang turut menawarkan hadiah
berbentuk alat permainan atau anak patung comel. Bukan kanak-kanak saja,
malah orang dewasa sanggup beratur panjang di restoran makanan segera bagi
mengumpul hadiah ditawarkan.

Selain itu, penjualan makanan segera di kantin dan kehadiran penjual snek di luar
pagar pintu pagar sekolah makin menyukarkan usaha membentuk tabiat
pemakanan sihat di kalangan kanak-kanak. Bahkan, tindakan ibu bapa yang
terlalu sibuk untuk menyiapkan sarapan atau bekal dan memberi kebebasan
sepenuhnya untuk anak berbelanja membeli makanan kegemaran mereka juga
akan memburukkan keadaan.
Semua faktor ini memberi sumbangan kepada masalah tidak cukup zat, walaupun
pada zahirnya kebanyakan kanak-kanak dilihat cukup makan. Pengambilan
makanan segera dan snek ini juga sebenarnya meningkatkan risiko anak
mengalami masalah berat badan berlebihan dan obesiti.
Kajian menunjukkan kanak-kanak obes akan membesar menjadi individu obes
kerana sel lemak yang terhasil ketika kecil akan kekal dalam badan. Walaupun
kebanyakan orang mengalami masalah obesiti selepas masuk ke alam dewasa,
obesiti ketika kanak-kanak biasanya akan berlanjutan sehingga dewasa.
Mungkin ramai antara kita tidak sedar bahawa cukup makan (atau banyak makan)
bukan bermakna kita mendapat cukup zat, kecuali jika mengamalkan pemakanan
seimbang dan mengambil pelbagai jenis makanan. Ini sebabnya ramai mengambil
pil makanan tambahan seperti vitamin dan garam galian. Malah, ada yang turut
mengambil

beraneka

jenis

herba

bagi

melengkapkan

keperluan

harian.

Keadaan sama juga berlaku pada kanak-kanak. Seperti orang dewasa, mereka
boleh mengalami masalah kurang zat kerana makanan pilihan mereka biasanya
kurang berkhasiat. Apatah lagi, kebanyakan kanak-kanak sangat pantang apabila

terlihat ada sayur (walau sehalus ikan bilis pun) dalam makanan mereka.
Cara terbaik untuk melengkapkan sajian mereka ialah melalui pengambilan pil
makanan tambahan seperti vitamin dan mineral kerana ketika ini kanak-kanak
sangat

memerlukan

semua

zat

supaya

boleh

membesar

dengan

baik.

Persoalannya, sejauh mana keperluan zat ini kepada kanak-kanak? Tidak


cukupkah dengan zat sedia ada dalam makanan? Ibu bapa yang sangat cerewet
dalam soal makanan pun tidak dapat memastikan kandungan zat dalam sajian
yang dihidangkan kepada anak.
Walaupun makanan itu disediakan di rumah, jika tidak berhati-hati, banyak
vitamin akan hilang ketika makanan dimasak. Secara umumnya, vitamin yang
larut lemak seperti A, D, E dan K boleh tahan dengan suhu masakan biasa, tetapi
vitamin A dan E mudah hilang jika terdedah lama kepada udara. Manakala vitamin
larut air seperti B1, B6 dan asid folik pula mudah musnah apabila makanan
dimasak pada suhu tinggi. Vitamin B12 mudah hilang jika terkena suhu tinggi dan
cahaya, sementara vitamin C akan musnah jika terdedah pada udara. Sikap
kanak-kanak yang cerewet memilih makanan juga akan menambah kepada
masalah tidak cukup zat.

Rasanya semua ibu tahu kepentingan vitamin untuk anak mereka, tetapi ramai
tidak pasti mengenai mineral. Sebenarnya baik vitamin atau mineral, keduaduanya memainkan fungsi sama penting. Bezanya mineral atau garam galian
diperlukan dalam kuantiti kecil. Tanpa mineral, badan tidak dapat menggunakan
vitamin yang ada. Antara garam galian yang penting ialah kalsium, kromium,
magnesium, iodin, besi, zink, kuprum, selenium, manganese dan molibdenum.
Semua mineral ini diperlukan setiap hari.
Kajian ke atas 245 kanak-kanak sekolah di Amerika Syarikat berumur enam
hingga 12 tahun selama tiga bulan mendapati, kanak-kanak yang diberikan
multivitamin dan mineral lebih cerdas berbanding kanak-kanak yang mengambil

pil ujian (tidak mengandungi vitamin dan mineral).


Bagaimanapun, tidak semua pil makanan tambahan boleh dikunyah. Pil makanan
tambahan untuk mineral biasanya mempunyai rasa kurang enak berbanding pil
vitamin seperti vitamin C. Terpulang kepada kebijaksanaan ibu bapa memujuk
anak untuk mengambilnya.Selain itu, gunakan kreativiti anda untuk menarik
minat anak untuk mengamalkan pemakanan sihat.

Cara galak anak makan:


Antara cara yang boleh dilakukan bagi menggalakkan anak makan ialah:
> Menyediakan makanan sebaik waktu makan sampai (makan pada waktu tetap).
> Jadikan waktu makan sebagai waktu untuk berkumpul seisi keluarga.
> Galakkan anak menghabiskan makanannya. Berikan pujian setiap kali dia
berjaya menghabiskan makanannya. Cara ini memberi rangsangan positif kepada
minda anak.
> Elak memberi makanan ringan ketika menghampiri waktu makan kerana ia
boleh menjejaskan selera anak.
> Jadikan masa makan sebagai waktu yang menggembirakan.
> Hiaskan makanan dengan cara kreatif untuk menarik minat anak untuk makan.
Kebanyakan kanak-kanak suka makanan yang cantik dan menarik. Mereka akan
lebih berselera untuk menikmati makanan yang cantik.
> Pelbagaikan jenis hidangan untuk anak. Beri anak peluang mencuba jenis
makanan baru setiap hari bagi mengelakkan rasa jemu.
> Hidangkan buah-buahan yang dipotong kecil dan disusun menarik untuk

menggalakkan anak makan buah.


> Gantikan air kordial dengan jus buah yang diproses sendiri. Melalui cara ini
anda dapat mengawal kandungan gula dan menggalakkan pengambilan serat
untuk si kecil.

Pesanan Buat Anak-Anak (Petikan Ayat dari Surah dalam Al-Quran)


SURAH LUQMAN Ayat 13
(Perhatikanlah), ketika berkata Luqman kepada anaknya, sedang dia memberi
pengajaran

kepadanya

(katanya)

Hai

anakku!

Janganlah

engkau

mempersekutukan Allah. Sesungguhnya mempersekutukan itu adalah aniaya


yang besar.
SURAH LUQMAN Ayat 17
Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah orang membuat maaruf (yang baik)
dan laranglah buat yang mungkar (haram), serta sabarlah atas cubaan yang
menimpa engkau. Sesungguhnya demikian itu pekerjaaan yang dicita-citakan.

SURAH AL-ISRAA' Ayat 23


Tuhanmu memerintahkan supaya janganlah kamu sembah, kecuali Dia dan
berbuat baiklah kepada ibu bapa. Jika seorang di antara keduanya telah tua atau
keduanya, janganlah engkau katakan cis kepada keduanya dan jangan pula
engkau herdik keduanya dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan mulia
(lemah lembut) bercakap lembut dengan orang tua.
SURAH AL-AHQAAF Ayat 15

Kami wasiatkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibu bapa. Ibunya
mengandung dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah pula.
Masa mengandungnya sampai menceraikannya dari susuan, tiga puluh bulan
lamanya. Sehingga bila ia sampai dewasa dan sampai umur 40 tahun, ia berkata :
Ya Tuhanku, taufiqkanlah aku (tunjukilah hatiku) buat mensyukur nikmat
engkau, yang telah engkau berikan kepadaku dan kepada kedua orang ibu
bapaku dan supaya aku kerjakan amalan salihyang engkau sukai dan perbaikilah
bagiku anak-anak cucuku (keturunanku). Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu
dan aku termasuk orang-orang islam.
Hadith & Dalil
1.

Sabda Rasulullah SAW.. Kewajiban setiap ayah terhadap anaknya ialah


memberikan nama yang baik, mendidik dengan akhlak yang baik,
mengajarkan

menulis,

berenang,

dan

memanah;

dan

janganlah

memberikan makanan kecuali makanan yang baik, dan nikahkanlah,


apabila ia sudah baligh (H.R. Hakim)
2.

Allah SWT berfirman: sesungguhnya harta dan anak-anakmu, hanyalah


cobaan (bagimu); dan disisi Allah lah pahala yang besar. (Q.S. AtTagabun:15).

3.

Allah SWT berfirman: Para ibu hendaklah menyusui anak-anaknya


selama

dua

tahun penuh,

iaitu bagi

yang ingin

menyempurnkan

penyusuannya. Dan kewajiban ayah memberi mkan dan pakaian kepada


para ibu dengn cara yang layak (Q.S.Al-Baqarah:233).

4.

Sabda Rasulullah SAW.. Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah,


sungguh kedua orang tuanya yang menentukan apakah ia menjadi Yahudi,
Nasrani atau Majusi. (H.R. Bukhari dan Muslim).

5.

Sabda Rasulullah SAW.. Awasilah anak-anakmu, dan didiklah budi


pekerti merek. Tidak ada sesuatu pemberian orang tua kepada anakanaknya paling berharga, kecuali budi pekerti yang baik (H.R. Tarmizi)

6.

Allah SWT berfirman: Ingatlah olehmu tatkala Luqman mendidik


anaknya seraya berkata: Wahai annakku. Jangnlah kamu berbuat syirik
kepada Allah, sesungguhnya syirik itu adalah dosa yang sangat besar.
(Q.S.Luqman: 13).

7.

Sabda

Rasulullah

SAW..

Perintahkanlah

anak-anakmu

untuk

mengerjakan salat sewaktu umurnya meningkat tujuh tahun, dan pukullah


dia apabila enggan mengerjakannya, diwaktu usianya meningkat sepuluh
tahun. (H.R Abu Dawud).
8.

Allah SWT berfirman: Wahai anakku, tegakkanlah solat, dan suruhlah


manusia

untuk

berbuat

kebajikan,

dan

cegahlah

dari

perbuatan

mungkar,serta bersabarlah kamu dalam menghadapi setiap musibah yang

menimpamu, sesungguhnya semua itu adalah masalah-masalah yang


utama. (Q.S. Lukman:17).
Rujukan di atas dipetik daripada:
Abdul Qadir Djaelani. 2001. Keluarga sakinah. Shah Alam: Pustaka Dini

9.

Allah berfirman dalam surah Al-Kahfih ayat 46:


Harta dan anak adalah perhiasan kehidupan dunia..

10.

Ibu bapa berasa senang jika anak-anaknya soleh seperti yang


digambarkan di dalam Al-Quran surah Al-Furqan ayat 74.

Rujukan di atas dipetik daripada:


Hassan Al-Asymawi. 1996. Mengajar dan mendidik anak-anak menghayati Islam.
Terj. Mohd Sofwan Amrullah. Selangor: Pustaka Ilmi.

11.

Nabi SAW bersabda,


Allah ingin kalian berlaku adil diantara anak-anak kalian, termasuk dalam
ciuman. (al-hadits)

12.

Imam Al-Ghazali menegaskan Jangan terlampau banyak mencela anak


setiap saat kerana perkataan takkan lagi berpengaruh dalam hatinya.
Hendaknya ayah menjaga kewibawaan nasihat. Dia hanya menasihati
anaknya sewaktu-waktu sahaja sehingga ibu dapat menakut-nakuti dan
mengekang anak dari keburukan dengan kewibawaan ayah.

13.

Jika anak mengulangi kesalahan yang sama, tegurlah dengan halus dan
tunjukkan urgensi kesalahannnya, misalannya dengan mengatakan, itu

nanti dilihat orang sehingga aibmu diketahui orang lain. (Al-Ghazali).


14.

Allah taala berfirman, janganlah seorang ibu dan seorang bapak


menderita kesengsaraan kerana anaknya. (Al-Baqarah:233).

15.

Al-Aqra bin Habis pernah melihat Nabi SAW Mencium al-Hasan bin Ali ra,
dia berkata, aku mempunyai 10 orang anak, namun aku tidak pernah
mencium seorang pun, Nabi SAW bersabda, Barangsiapa yang tidak
menyayangi, maka tidak akan disayangi (al-hadits).

Rujukan di atas dipetik daripada:


Ahmad Ali Budaiwi. 2002. Imbalan dan hukuman; pengaruhnya bagi pendidikan
anak. Jakarta: Gema Insani.
Didikan Anak Tauladan
SEBAB ANAK-ANAK DERHAKA
Sabda nabi saw, "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga
tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun
tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas
tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai
pengajaran)." dimana yang nak dipukul tu? tapak kakinya.... bukan muka,
punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif.... itu salah.
"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah,ucapkan
tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan.
Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia
beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak
derhaka".
Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium
tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak
menderhaka. "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca

daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macammacam.
Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh
disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah
suka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak
rapat

dengan

anak-anak

kerana

sibuk.

Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur,pergi bilik
dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi
jiwanya sentiasa hidup,".
Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto
kepada

mereka,

jangan

suka

mengherdik

mereka

dengan

perkataan

"bodoh,kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa


kepada mereka".. inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita.
DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan
rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur
di bawah akar.Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa
mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anakanak kecil,Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa.
Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah
tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang
bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan.
Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu
bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu
membawa padah.
BERTAUBAT SEBELUM MELARAT

Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa
caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita
derhaka dan melawan mereka?
Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan b acakan ayat-ayatsuci
untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup
dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun
ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah
ampunkan dosa. Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan
ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala
turun.
Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta
pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari
ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan,jika semuanya baik turun
ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungandengan ibu?
"Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi
menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang
untuk bersama kita."
HUBUNGAN DENGAN BAPA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk per asaan kerana tidak
dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu
tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan
ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa".
"Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar
kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun katakatanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. "Sebenarnya
golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita.

Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan
menghormati golongan tua."
USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
"Mentua

mesti dimuliakan seperti kita

menghormati orang tua

sendiri.

Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang
anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga?" "Saya tahu, ada
menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil
berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka
sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya. Kewajipan anak lelaki, pertama kepada
Allah , kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa
mentua dan kelima baru isteri.Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan
ibu bapa, itu memang wajar.
"Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami.
Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya.
"Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu.
Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail, suatu hari, Nabi
Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya
pun tidak kenal dengan mentuanya. "Menantu berkasar menyebabkan Nabi
Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh
suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik isterinya
pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail
sedar itu adalah ayahnya.
"Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan
daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. "Nabi Ismali berkahwin
kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim
melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal
siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi,
katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang

lain." bukan saya nak bawa kisah ni untuk mudah orang nak bercerai dak pakat
elok-elok.
Membentuk Kepimpinan Anak
Di dalam konteks sebuah keluarga, sudah tentu ibu bapa sangat
mengharapkan yang anak sulung mereka sendiri yang akan mengemudi dan
menerajui perjalanan dan kesinambungan keluarga tersebut. Bukan orang lain
yang tidak ada kaitan. Iaitu apabila ibu ayah sudah lanjut usia atau sudah pergi
meninggalkan alam yang fana. Bagi anak sulung pula, hendaklah ia akur dengan
perjalanan dan pusingan hidup ini. Mahu tidak mahu akhirnya beban kepimpinan
keluarganya itu nanti hendaklah ditangani dan dipikul olehnya dengan penuh
rasa tanggungjawab, prihatin dan penuh kasih sayang.
Bagi setiap ibu dan ayah, perkara ini hendaklah diambil berat dan diberi
keutamaan. Proses memindahkan kepimpinan kepada anak sulung itu hendaklah
dilakukan seawal mungkin dengan penuh cermat dan bijaksana. Melihat kepada
takah dan perkembangan umurnya. Selalunya anak sulung pada awalnya tidak
akan mernahami dan mengesan tujuan perpindahan tugas dan kepimpinan
ini.Yang penting adalah penerapan sifat-sifat mulia dan sifat kepimpinan dari awal
lagi. Untuk itu ibu bapa boleh mengikuti langkah-langkah berikut mudahmudahan seisi keluarga kita beroleh manfaat dan kebaikan yang banyak dan
berkekalan.
1.

Sebenarnya ia bermula dari kepimpinan ibu dan ayah itu sendiri.

Sebagaimana yang disifatkan, kepimpinan melalui teladan. Suarni memimpin


isteri. Isteri memimpin dan mendidik anak sulung dan anak yang sulung
memimpin dan melatih adik-adiknya yang lain pula.
2.

Memimpin anak sulung akan lebih berkesan apabila ibu dan ayah menjadi

contoh atau role model terdekat kepadanya. Contohnya dalam


akhlak, pergaulan, kasih-sayang dan silaturrahim. Apa yang dilihat oleh anak

sulung daripada contoh baik ibu bapa tadi secara perlahan-lahan akan
dihadamkan di dalam fikiran dan sanubarinya kemudian diteladani semula di
dalam kehidupan sehariannya. la bukan tindakan yang mudah dan segera. Namun
bagi ibu bapa yang prihatin dan rnithali, inilah jalan yang perlu ditempuh. Perlu
diingat bahawa sifat sabar dan kuat kemahuan perlu ada dalam merealisasikan
rancangan kecemerlangan masa depan keluarga ini.
3.

Selain dibiarkan anak sulung melihat dan memahami cara bagaimana ibu

bapa mengendali dan menyelesaikan masalah keluarga, mereka juga hendaklah


mula diberikan kepercayaan dan tanggungjawab. Cara begini akan menyuburkan
keyakinan diri dan rasa optirnis yang tinggi dalam jiwanya. Tanggungjawab itu
hendaklah

diberikan

secara

bertahap-tahap

kepadanya

mengikut

usia,

kemampuan dan kesediaannya.


4.

Sekiranya anak sulung didapati melakukan kesalahan dan kesilapan,

teguran hendaklah dibuat secara berhikmah. Wibawanya di depan dan di mata


adik-adiknya hendaklah dijaga. Teguran yang tidak tepat akan membuatkan ia
hilang keyakinan diri, rasa malu tidak bertempat dan suka mengasingkan diri
daripada adik- adiknya. Pakar-pakar psikologi menjelaskan bahawa kata-kata
kesat, kasar dan 'amukan' ibu dan ayah selain membuahkan kebencian dan
ketakutan (fobia), ia juga akan melenyapkan sejumlah besar sel positif di dalam
rnindanya. Oleh itu, wibawa dan ketrampilan anak sulung mestilah dijaga dan
dibina.
5.

Akhir sekali, janganlah lupa berdoa untuk anak-anak mereka terutamanya

kepada

anak

sulung.

Doa

inilah senjata

kita.

Sesungguhnya

doa

dan

pergantungan dengan Allah menjadi teras dalam memupuk kepimpinan anak


sulung.
Sabda Rasullah s.a.w. "Wahai Ali ! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku
telah memeliharanya dari Jibril a.s"
1. Jangan

berjimak

di

bawah

pohon

kayu

yang

berbuah.

Jika

allah

mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang
bengis.
2.

Jangan berjimak antara azan dan iqmah. Jika allah mengurniakan anak ia

akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah.


3.

Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua suami dan

isteri berwuduk. Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang
buta hati dan bakhil tangan.
4.

Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaban. Jika allah mengurniakan

anak ia akan mempunyai tanda yang jelek pada muka dan rambutnya.
5.

Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2hari). Jika dikurniakan anak ia

akan menjadi seorang yang suka meminta-minta.


6.

Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar).

Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan pembantu kepada
orang yang zalim, pada tanganya membuat Kebinasaan kepada banyak manusia.
7.

Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng. Jika allah mengurniakan

anak, nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.
8.

Jangan berjimak dengan isterimu pada malam

kamu hendak keluar

bermusafir. Jika allah mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta pada


jalan yang tidak haq.
9.

Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam

tempoh tiga hari tiga malam. Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi
pembantu kepada setiap orang yang zalim.
10. Jangan berjimak dengan isterimu pada awal malam (sebelum isyak). Jika
allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang

yang ahli sihir, dan

menghendaki dunia daripada akhirat.


Cara berjimak yang dituntut :1.

Berjimak pada malam Isnin. Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi

seorang yang berpegang teguh dengan kitab allah dan redha terhadap segala
pembahagian allah s.w.t.
2.

Pada malam selasa. Jika allah kurniakan anak ia akan mendapat nikmat

mati syahid sesudah syahadah, dan allah tidak akan azabkannya (turun bala)
kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan
melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan
mengadu domba.
3.

Pada malam Khamis. Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi

seorang yg bijaksana di kalangan yg bijaksana atau org alim di kalangan orang


alim.
4.

Sewaktu matahari di tengah langit. Jika allah mengurniakan anak ia tidak

dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta allah
s.w.t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.
5.

Pada malam Jumaat. Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi

seorang pemidato yang berwibawa dan petah.


6.

Hari Jumaat selepas asar. Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi

seorang anak yang terkenal,masyhur dan alim.


7.

Malam Jummat selepas Isyak yang akhir. Jika allah mengurniakan anak ia

diharapkan menjadi seorang yang terkemuka.


8.

Bacalah doa berlindung dari syaitan. Jika allah kurniakan anak ia tidak

dimudaratkan oleh syaitan selama-lamanya.

Вам также может понравиться