Вы находитесь на странице: 1из 7

Assalamualaikum.

Hari ni saya nak kongsi cerita bagaimana membuat sebiji


burger yang sedap. Kalau ada sesiapa yang nak buat berniaga, itu lagi
bagus. Supaya pelanggan berpuas hati dan perniagaan kamu pun bertambah
maju. Mengikut tinjauan pendapat yang telah saya lakukan, rasa burger
yang sedap mestilah mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

>sedikit pedas
>sedikit manis
>sedikit berkrim
>sedikit berempah
>kaya dengan sos
>aroma yang sedap dan menyelerakan
>penampilan yang menggiurkan
>harganya mestilah murah dan berpatutan

Ok, jom kita start!

Kuali
Sebaiknya dari jenis besi yang tebal. Memang harganya mahal sikit, sebab ia lebih bagus kerana
haba dari api akan lebih stabil dan menyeluruh. Sebelum masak cuci kuali dulu. Gunakan
axion/sunlight atau yang sama waktu dengannya. Kebiasaannya peniaga burger tak basuh kuali
dengan betul. Mereka simbah-simbah jer dengan air kemudian gosok dengan scraper. Tak
menjaga kebersihan langsung!

Api
Gunakan api kecil. Sebabnya ialah, jangan sesekali masak burger pakai api besar. Nanti daging
burger cepat hangus, jadi garing macam keropok dan rasanya tak best. Hanya memasak burger
menggunakan api kecil atau sederhana saja.
Marjerin
Sapukan marjerin ke serata kuali. Sapu thin layer saja. Jangan bubuh banyak membazir. Ini
supaya nanti time nak masak kuali tak melekat. Saya syorkan 2 jenis iaitu Planta atau Pelangi.
Pelangi (keluaran Felda) lebih murah harganya.
Daging
Sebaikya daging sudah di-defrost-kan (nyahbeku) terlebih dulu agar cepat masak. Tapi jika
daging tu masih beku tak apa. Letak saja di kuali, cuma jangan sesekali gatal tangan besarkan
api inilah penyebab daging burger keras, garing dan hangus. Biar jer daging tu jadi lembut dan
masak perlahan-lahan. Tak payah sibuk-sibuk letak marjerin, nanti daging tu akan keluar minyak
sendiri.

Teknik Menggoreng
Balik-balikkan daging burger time memasak. Tak payah sibuk-sibuk tekan
daging tu. Siapa yang ajar? Kalau korang rajin tekan-tekan daging tu, nanti
semua jus daging dia hilang. Daging jadi hilang rasa dan keras! Rasa dah
jadi tak sedap.

Teknik Ketuk Lubang


Teknik ini sangat bagus, sebabnya ialah selain dari membantu agar daging
semuanya masak, ia juga jadi tempat untuk perencah meresap dan
terperangkap. Selain itu juga, agar daging tetap tebal dan lembut terasa
apabila digigit dan dikunyah.
Teknik Merempah
Setelah diketuk-ketuk sampai berlubang, sila pastikan daging telah masak
kemudian tekan sikit daging tu untuk membuang minyak yang berlebihan.
Tekan 2-3 kali jer jangan over pulak. Lepas tu bubuhlah perencah ikut step
iaitu:

Worchestershire Sauce Lea & Perrins. Jangan


letak banyak, ala kadar sahaja.
Kicap Perasa Saya lebih suka brand Maggi.
Serbuk Lada Sulah (Optional) Apa-apa brand pun boleh.
Serbuk Lada Hitam (Optional) Apa-apa brand pun boleh.
Serbuk Kari Daging (Optional) Apa-apa brand pun boleh.
Air Bawang Putih Buat sendiri.
Saya lebih suka guna serbuk lada hitam menggantikan serbuk lada sulah
sepenuhnya sebab rasanya lebih best dan mantap serta nampak eksklusif.
Lepas selesai semua perencah, anda balikkan daging sekali, lepas tu tekan
sekali jer dan angkat. Letak kat roti yang telah disediakan. Sekali lagi
ditekankan, pastikan memasak daging jangan over cook, nanti rasa dia
hilang dan keras.
Air Bawang Putih
Ia bertujuan untuk mengelakkan daging jadi over dry. Air bawang putih akan
menggantikan jus daging yang sebahagiannya telah hilang waktu proses
memasak tadi. Cara buatnya senang jer. Korang kupas bawang putih lepas

tu ketuk bagi hancur. Masukkan dalam botol, bubuh air dan goncang! Tak
payah bubuh garam tau.
Roti Burger
Lepas belah dua, korang sapu marjerin.

Sapu
thin
layer
saja
tapi
menyeluruh. Bakar roti di kuali di bahagian isi tengah saja. Bahagian kulit
atas dan bawah jangan bakar. Karang berminyak dan lembik pulak. Jangan
gatalgatal tangan tekan roti tu time membakarnya. Lepas bahagian yang dibakar
tu dah jadi perang sikit, korang angkatlah. Sebaiknya letak atas alas
berjaring bukan di tempat yangg rata seperti pinggan. Letak kat alas
berjaring akan membuatkan hot air circulation pada roti lancar. Roti jadi
gebu, garing dan mantap. Jika korang letak kat tempat flat, roti nanti jadi
lembik.

Sayur
Lepas roti dah dibakar. Korang bubuhlah sayur. Ni ada beberapa pilihan
sayur.
Salad, lettuce, kobis, tomato, bawang kuning / Holland, timun.
Salad, lettuce dan kobis sebaiknya korang hiris ler. Kobis tu paling bagus
kalau dihiris

halus2, baru ler mantap. Tomato


juga perlu dihiris. Bawang korang boleh pilih sama ada nak hiris atau potong
dadu. Timun lebih baik kalau timun jepun lebih rangup dan tiada risiko liat
dan pahit seperti timun biasa. Saya suka combine lettuce/kobis + bawang
potong dadu + timun jepun.
Sos Cili
Sebaiknya gunakan sos cili yang ada brand la seperti Maggi, Kimball etc.
Saya lebih suka sos cili jenis ala Thai agar rasanya tidak masam. Jangan
pakai sos cili murah, nanti rasa burger tak sedap.
Sos Tomato
Kalau nak gunakan sos tomato, carilah yang rasanya kurang masam.
Gunakan sedikit sahaja. Saya tak suka sos tomato.
Sos Lada Hitam
Kalau letak ni pun sedap tambah sodap. Syaratnya pastikan sos lada hitam
tu pedas-pedas manis sikit. Korang boleh adjust sendiri dengan kicap manis
cap Kipas Udang + sedikit gula atau madu. Insyaallah sedap.

Mayonis
Mayonis yang paling sesuai ialah brand Ladys Choice. Tapi harganya mahal.
Brand murah rasanya agak masam sedikit masam tak bagus untuk burger
citarasa Malaysia ini. Kalau korang nak jimat, korang beli jer mayonis pakai
paket jenama murah sikit. Lepas tu korang adjust dengan menambah gula
castor atau gula icing barang sesudu dua lepas tu gaul rata.
Keju
Kalau nak letak keju pun boleh, cuma mahal ler sikit.
Telur
Guna telur ayam yer, bukan telur itik atau penyu. Telur ni untuk Benjo
sahaja mulanya. Tapi sekarang dah jadi trend burger tambah telur jadi
burger special. Ada macam-macam fesyen dan teknik. Ada yang masak pakai
acuan (old style), ada yang buat dadar lepas tu lipat dan ada yang buat
dadar lepas tu bungkus daging burger.
Bagi saya, jika nak rasa telur tu benar-benar terasa ialah dengan
mengunakan teknik acuan. Telur akan utuh dalam bentuk alaminya dan
ketebalannya itulah yang menyebabkan rasa telur itu muncul. Kalau dah jadi
pembungkus daging, rasa telur tu dah kalah habis oleh rasa daging. So what
for letak telur? Ia lebih kepada untuk membuat mata para pelanggan

tertarik aja. Tapi ingat makan burger


pakai mulut, gigi, lidah dan tekak bukan pakai mata! Tapi selera orang lainlain. Lantak dia ler.
Madu
Korang juga boleh cuba letak madu pada daging burger. Guna madu murah
sahaja seperi brand Tesco etc. Saya dah test, ramai orang suka.

Habis dah pun cerita pasal resepi memasak burger. Ingat, burger yang sedap
harus berasa sedikit manis, sedikit pedas dan agak soggy/basah. Rasa
masam akan merosakkan rasa burger.

Вам также может понравиться

  • Abekam
    Abekam
    Документ3 страницы
    Abekam
    ahmad fikry
    Оценок пока нет
  • Irsyad Al Bekam
    Irsyad Al Bekam
    Документ3 страницы
    Irsyad Al Bekam
    ahmad fikry
    Оценок пока нет
  • Analisis Teknikal Harga Saham
    Analisis Teknikal Harga Saham
    Документ6 страниц
    Analisis Teknikal Harga Saham
    edwardwijaya
    50% (2)
  • E-Sharing Psiklogi 3.1
    E-Sharing Psiklogi 3.1
    Документ1 страница
    E-Sharing Psiklogi 3.1
    ahmad fikry
    Оценок пока нет
  • Pengenalan Microsoft Access
    Pengenalan Microsoft Access
    Документ35 страниц
    Pengenalan Microsoft Access
    ahmad fikry
    Оценок пока нет
  • Teknik Memancing
    Teknik Memancing
    Документ5 страниц
    Teknik Memancing
    ahmad fikry
    Оценок пока нет
  • Cara Cara Promosi
    Cara Cara Promosi
    Документ21 страница
    Cara Cara Promosi
    ahmad fikry
    0% (1)
  • Definisi OKU: C C C C
    Definisi OKU: C C C C
    Документ2 страницы
    Definisi OKU: C C C C
    ahmad fikry
    Оценок пока нет
  • Koleksi Puisi
    Koleksi Puisi
    Документ15 страниц
    Koleksi Puisi
    ahmad fikry
    Оценок пока нет
  • Tat Telur
    Tat Telur
    Документ10 страниц
    Tat Telur
    ahmad fikry
    Оценок пока нет
  • 5 Amal
    5 Amal
    Документ3 страницы
    5 Amal
    ahmad fikry
    Оценок пока нет
  • Ayam Goreng Ranggup
    Ayam Goreng Ranggup
    Документ1 страница
    Ayam Goreng Ranggup
    ahmad fikry
    Оценок пока нет
  • 9
    9
    Документ1 страница
    9
    ahmad fikry
    Оценок пока нет
  • 9
    9
    Документ1 страница
    9
    ahmad fikry
    Оценок пока нет
  • Tanda-Tanda Kematian
    Tanda-Tanda Kematian
    Документ17 страниц
    Tanda-Tanda Kematian
    ahmad fikry
    Оценок пока нет
  • Pembinaan Keluarga Bahagia
    Pembinaan Keluarga Bahagia
    Документ4 страницы
    Pembinaan Keluarga Bahagia
    ahmad fikry
    Оценок пока нет
  • An Sosiologi
    An Sosiologi
    Документ19 страниц
    An Sosiologi
    ahmad fikry
    100% (2)