Вы находитесь на странице: 1из 4

Nama Projek

Bina Insan Guru Fasa 3

Tarikh

13 Januari 2013 17 Januari 2013

Tempat

IPG Kampus Dato Razali Ismail


Taman Pertanian Sekayu

Anjuran

Jenis Aktiviti yang diadakan


1.

Memastikan kebersihan tempat aktiviti

Perancangan Awal
1.

Unit Kokurikulum

Menghadiri mesyuarat perlantikan AJK BIG bagi unit Bahasa Inggeris 2 bagi
program DPLI.

2.

Memahami tugas dan bidang tugas yang perlu dilaksanakan sebagai AJK
Kebersihan.

3.

Menyediakan dan menguruskan peralatan yang perlu disediakan untuk


kegunaan para peserta program BIG.

Peringkat Proses Pergerakan Malam Kebudayaan Sebelum, Semasa dan Selepas


Program

A.

Sebelum program
1.

Berbincang dengan ahli-ahli AJK untuk mengagihkan tugas masingmasing.

B.

Semasa program
1.

Memastikan

para

peserta

program

menjaga

kebersihan

dan

membuang sampah di tempat yang disediakan.

C.

Selepas program
1.

Menyiapkan dan menghantar laporan kebersihan kepada setiausaha


dan salinan kepada setiap unit yang terlibat dengan program.

Alhamdulillah setelah berpenat lelah selama 4 hari 3 malam


menjalankan program yang agak besar ini, saya semua dapat menjalaninya dengan
penuh dedikasi. walaupun terdapat beberapa kelemahan yang ketara dan tidak
ketara. Sesungguhnya saya hanya manusia biasa yang punya silap dan salah dalam
bertindak menjalankan tugasan. Antara tugas jawatankuasa ialah memastikan para
peserta program menjaga kebersihan dan membuang sampah di tempat yang
disediakan.
Terdapat kelemahan yang ketara jawatankuasa kebersihan, antaranya ialah
ada antara peralatan seperti plastik hitam perlu disediakan sendiri oleh AJK
Kebersihan.
Disebalik kelemahan yang wujud, terdapat juga kekuatan dalam menjalankan
program ini. Kekuatannya ialah wujudnya kolaboratif peserta dalam menjaga
kebersihan. Para peserta program BIG ini mempunyai kesedaran yang tinggi dalam
menjaga kebersihan dengan tidak membuang sampah merata-rata tempat. Semua
peserta memberi kerjasama yang baik dan amat mudah diuruskan. Terima kasih
diucapkan.
Secara tuntasnya saya dapat simpulkan di sini bahawa saya telah berjaya
melakukan tugasan ini dengan baik sekali walaupun ada serba sedikit kesilapan. Itu
merupakan lumrah sebagai seorang manusia, kami tidak mungkin dapat melarikan
diri darinya. Semoga tugasan ini akan menjadi suatu pengalaman yang amat
berharga kepada saya dalam meniti kehidupan sebagai seorang bakal guru.
Insyallah.
Sekian, terima kasih.

Pihak kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih


kepada pihak Institusi Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail terutama sekali
kepada Jurulatih-jurulatih program ini dan tutor bagi Unit Bahasa Inggeris di atas
kepercayaan serta bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami dalam melaksanakan
projek yang saya kendalikan.

Akhir sekali, pihak saya mengharapkan program Bina Insan Guru ini
diteruskan untuk masa akan datang. Program ini banyak mendedahkan pengalaman
kepada bakal guru. Pengalaman ini akan menjadi rujukan panduan dan bekalan
pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.


Laporan disediakan oleh:

(MAZLIANA BINTI MAHTAR)


AJK KEBERSIHAN
Program Bina Insan Guru Fasa 3
Unit Bahasa Inggeris 2, DPLI

Вам также может понравиться