Вы находитесь на странице: 1из 4

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER HITAM

KM 21 JALAN PUTERA, 06150 AYER HITAM, KEDAH.


KERTAS KERJA :
KERTAS KERJA PROJEK PONDOK ILMU SEKOLAH ANJURAN GURU PELATIH
INTERNSHIP BERSAMA PANITIA KAJIAN TEMPATAN SEKOLAH KEBANGSAAN
AYER HITAM

TARIKH :
10 HINGGA 17 JULAI 2014

TEMPAT :
SEKOLAH KEBANGSAAN AYER HITAM

KERTAS KERJA
PROJEK INTERNSHIP GURU PELATIH
PISMP SEMESTER 8 / 2014
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS PERLIS, KANGAR

1.0 TAJUK:
Keceriaan Pondok Ilmu.

2.0 DIKEMUKAKAN OLEH:


Guru Pelatih PISMP Semester 8 (Pengajian Sosial)
Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis
01000 Kangar Perlis.

3.0 PENGENALAN:
Sekolah merupakan pusat bagi murid-murid untuk menimba ilmu pengetahuan.
Sekolah yang baik ialah sekolah yang mempunyai iklim yang kondusif, dimana
sekolah yang mereka berada selamat, ceria dan sesuai dengan untuk aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.
Dalam mewujudkan sekolah yang kondusif, pihak sekolah perlu mewujudkan
suasana ceria di sekolah. Pelbagai projek boleh dijalankan untuk menceriakan
kawasan sekolah antaranya ialah aktiviti membuat mural, menghasilkan taman mini
atau taman Sains, menceriakan bilik darjah , menceriakan pondok rehat yang
terdapat di sekitar kewasan sekolah dan sebagainya.
Menyedari kepentingan keceriaan di sekolah, guru pelatih Internship telah
bersepakat untuk menceriakan pondok rehat yang terdapat berdekatan dengan pintu
pagar hadapan sekolah supaya ia dapat digunakan untuk tujuan pembelajaran dan
sebagai kawasan rehat oleh semua warga Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam.

4.0 RASIONAL
Projek keceriaan sekolah bermatlamat untuk mewujudkan sebuah sekolah yang
mempunyai persekitaran yang bersih, ceria dan cantik untuk pelajar dalam
mewujudkan prasarana sekolah yang paling selamat,kondusif dan ceria.

5.0 OBJEKTIF
Projek ini dijalankan berdasarkan beberapa tujuan iaitu :
1. Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan menarik dan dijadikan sumber
perhatian teruamanya pelajar dan juga tetamu yang mengunjungi sekolah.
2. Hasil kerja tangan guru pelatih internship sebagai buah tangan / kenang-kenangan
apabila meninggalkan sekolah kelak.

6.0 ASAS PERTIMBANGAN


Program ini bertujuan memenuhi keperluan Internship dan setiap guru pelatih
dikehendaki melaksanakan tiga projek/aktiviti yang berkaitan dengan kurikulum atau
kokurikulum yang dijalankan di sekolah.

7.0 JAWATANKUASA PELAKSANAAN


Penasihat

: En. Saari Bin Abdullah

Pengerusi

: Ustazah Norashikin Bt Saad (PK1)

Naib pengerusi

: En. Nor Basharuddin Bin Abdul (PK HEM)

Mentor

: En. Shaheeran Bin Shaari

Ketua Projek

: Mohd Faris Bin Ismail

Pen. Ketua Projek : Mohd Hafiz Bin Aduka


Setiausaha

: Mohd Faris Bin Ismail

Bendahari

: Mohd Hafiz Bin Aduka

8.0 AKTIVITI
Berikut merupakan butiran projek yang akan dijalankan :
Tempat : Pondok berdekatan dengan pintu pagar sekolah
Tarikh : 10 hingga 17 Julai 2014

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara

Unit/
Bilangan

Anggaran harga
seunit

Jumlah

Cat

RM 25.00

RM 75.00

Berus
cat

RM 2.00

RM 6.00

JUMLAH KESELURUHAN

RM 81.00

* Alatan dan cat telah disediakan oleh pihak sekolah. Tiada perbelanjaan dikeluarkan.

10.0 PENUTUP
Diharapkan apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancer dan berkesan.
Semoga projek keceriaan sekolah ini dapat meningkatkan motivasi diri para pelajar
disamping mengindahkan lagi kawasan sekolah. Oleh itu, kerjasama dari semua
pihak amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Disediakan oleh :
................................
(Mohd Faris Bin Ismail )
Setiausaha Projek 1,
Guru pelatih Institut Pendidikan Guru
Kampus Perlis, Kangar.
Disemak oleh :
..........................
(En. Shaheeran Bin Shaari)
Mentor
Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam
Diluluskan oleh :
...............................................
(En. Saari Bin Abdullah)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam

Вам также может понравиться