Вы находитесь на странице: 1из 5

JURNAL REFLEKTIF

Alhamdulillah, setelah berusaha menyempurnakan setiap tugasan yang di


berikan dari T1A1, T1A2 dan T1A3 akhirnya membawa saya ke tugasan yang
teraskhir iaitu T1A4 jurnal reflektif. Sejujurnya, amat susah untuk saya mneyiapkan
jurnal reflektif ini kerana memikirkan cara untuk menulisnya dengan baik. Namun,
dengan kemudahan laman internet dan tunjuk ajar dari rakan-rakan seperjuangan dan
keluarga, maklumat seakan-akan berada di hujung jari sahaja.
Sepanjang menjalankan tugasan ini terdapat beberapa perkara yang terpaksa
saya harungi untuk menyiapkan tugasan ini. Ketika melaksanakan Tugasan Satu
Aktiviti Satu (T1A1) iaitu proses pencarian maklumat, tidak ada masalah besar
kerana proses tersebut agak mudah kerana ia hanya melibatkan penggunaan laman
sesawang internet dan pembacaan buku ilmiah semata-mata.
Pada Tugasan Satu Aktiviti Dua (T1A2) iaitu aktiviti sebelum pertandingan,
saya telah memilih permaianan tradisonal congkak sebagai

aktiviti pertandingan

untuk aktiviti ketiga. Sebelum melaksanakan sesuatu pertandingan, perancangan yang


rapi amat perlu supaya pertandingan dapat di jalankan dengan baik, saya telah
membentuk satu jawatankuasa pengelola pertandingan yang terdiri daripada rakanrakan guru sekolah saya. Antara Jawatankuasa pengelola yang telah di rancang ialah
untuk mempromosikan pertandingan, menyediakan tempat pertandigan, menyediakan
peralatan yang di perlukan, merangka carta pertandingan, melantik pengadil ,
menyediakan syarat-syarat pertandingan dan lain-lain lagi.
Alhamdulillah setelah mesyuarat diadakan, semua guru yang telah di beri
tugasan menerima tugasan masing-masing dengan hati yang terbuka. Saya sangat
bersyukur kerana pada peringkat ini semuanya berjalan dengan lancar.
Langkah seterusnya untuk menjalankan pertandigan ini ialah mmepromosikan
pertandingan di peringkat sekolah. Seperti yang di jangka walaupun promosi telah di
buat untuk menarik minat pelajar untuk menyertai pertandingan tradisional ini namun
sambutan untuk menyertainya kurang memberangsangkan. Ternyatalah permainan
tradisional semakin kurang mendapat tempat di hati generasi masa kini. Meyedihkan
lagi, semua peserta yang mendaftarkan diri untuk pertandingan tersebut semuanya
peserta perempuan. Bagi pelajar lelaki mereka melabelkan congkak adalah permainan
untuk orang perempuan sahaja. Ini menunjukkan bahawa kurang pendedahan tentang
permainan tradisonal ini di kalangan anak-anak muda pada masa kini.

Namun begitu, ahli jawatankuasa yang lain telan mencadangkan agar hadiah
yang lumayan di berikan kepada pemenang-pemenang dan tiada yuran penyertaan di
kenakan untuk menyertai acara ini. Syukur ke hadrat Ilahi, peserta semakin
bertambah.
Pada Pada Tugasan Satu Aktiviti Tiga (T1A3), iaitu perlaksanaan
pertandingan yang saya harapkan berjalan dengan lancar telah berjaya di laksanakan
dengan jayanya tanpa sebarang kesulitan. Pertandingan ini kami jalankan selama satu
hari sahaja memandangkan jumlah bilangan peserta yang kurang dan bagi
memudahkan pengurusan sesuai dengan ahli jawatankuasa yang terhad. Acara
individu bermula pada awal pagi dan berkumpulan pada sebelah petang. Jutaan terima
kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang terlibat kerana memberi kerjasama
sehingga pertandingan ini berlansung dengan jayanya.
Sepanjang menjalankan pertandinagn tersebut, beberapa persoalan telah
timbul di fikiran saya. Adakah masih releven permainan tradisional pada hari ini?
Patutkah permainan tradisional ini dikekalkan di sebabkan oleh perkembangan
teknologi sekarang? Sangat mudah untuk berkata tidak untuk seseorang yang sangat
jauh meninggalkan warisan nenek moyang yang turun temurun ini. Lain pula
jawapannya bagi diri yang membesar di kampung. Rutin harian saya setiap petang
ketika bergelar murid sekolah dahulu ialah bermain permainan tradisional seperti
congkak, batu seremban dan galah panjang sebelum dunia berada di era globalisasi.
Saya akan berkata ya, permaianan tradisional memang patut di kekalkan.
Pendedahan demi pendedahan perlu dilakukan sama ada di peringkat sekolah,
institusi dan sebagainya untuk menarik minat semua terutama kanak-kanak dan
pelajar untuk mencintai dan melibatkan diri dalam permaianan tradisional. Kita tidak
boleh berharap kepada Kementerian pelancongan sahaja untuk mempromosikan
permaianan tradisional ini pada musim-musim tahun melawat Malaysia sahaja. Ini
kerana

ianya

tertakluk

kepada

takwim

bukan

sepanjang

masa.

Aktiviti

mempromosikan permaianan tradisional ini perlu di adakan sepanjang masa supaya


ianya dapat menarik minat muda mudi zaman ini kembali memerihakan pertandingan
tradisional seperti wau, batu seremban, gasing, dam haji, congkak, galah panjang dan
sebagainya.

Nilai-Nilai Yang Dapat Diterapkan Melalui Permainan Tradsional Di Kalangan


Murid-Murid

Terdapat pelbagai nilai murni yang dapat diterapkan ketika bermain


permaianan tradisional di kalangan murid-murid iaitu generasi yang bakal
meneruskan tampuk pemerintahan negara.
Nilai murni yang dapat di pupuk dalam permainan tradisional congkak ialah
kejujuran. Pemain harus bermain secara jujur dengan memasukkan satu demi satu biji
congkak ke dalam setiap lubang semasa bermain, sekiranya biji congkak yang di bawa
telah kehabisan pada lubang yang kosong, pemain harus menamatkan permainan
seketika menunggu lawannya menyambung permainan. Sekiranya pemain tidak jujur
ia akan menyimpan biji congkak di celah jari dan mengambil biji congkak yang
sebelum lubang kosong untuk meneruskan permainan. Ini adalah menipu atau tidak
jujur dan perbuatan ini adalah salah. Permainan tradisional congkak dapat memupuk
nilai kejujuran kerana pihak lawan akan memastikan lawannya bermain dengan jujur.
Nilai kerjasama secara tidak langsung akan dipupuk dalam diri murid-murid
seawal usia muda lagi apabila bermain permaianan tradisional seperti galah panjang
dan sepak raga. Dalam permainan ini, setiap individu memerlukan bantuan ahli
kumpulan yang lain. Mereka terdidik untuk bergantung antara satu sama lain seperti
aur dengan tebing. Kersasama yang kuat dan bersepadu akan dapat membawa
kemenagan kepada pasukan mereka.
Selain daripada itu, nilai amanah juga boleh di semai dan di tanam dalam diri
murid-murid ketika bermain permainan tradisional. Dalam permainan sorok-sorok,
seseorang harus menutup mata sambil mengira bilangan tertentu sementara individu
yang lain akan menyorok di sesuatu tempat supaya tidak dijumpai. Dalam hal ini,
individu yang menutup mata hendaklah bersikap amanah dan tidak mengintai individu
yang lain bersembunyi sebelum kiraan di habiskan. Jelaslah permainan tradisional
membawa aspek-aspek positif kepada murid-murid.
Selain daripada itu, nilai kepimpinan juga dapat di terapkan. Dalam permainan
tradisional, terdapat satu jenis permainan yang di namakan Berbisik. Permainan
tersebut memerlukan seorang ketua dilantik. Tugas ketua ialah mengurus ahli-ahlinya
dan dan menentukan perkataan perkataan yang hendak dibisik. Melalui konteks
permaianan tersebut, sifat kepimpinan dalam diri murid-murid dapat di terapkan.

Golongan berkepimpinan inilah yang bakal memegang tampuk pemerihtahan Negara


suatu hari nanti.

Dapatkah Pihak Sekolah Mempopularkan Permainan Tradisional Dalam


Kalangan Komuniti Di Sekeliling Bagi Aktiviti Sengang Mereka

Jika ditanya bahawa mampukahpihak sekolah mempopularkan permainan


tradisional dalam kalangan komuniti di sekeliling bagi aktiviti senggang mereka,
secara jujurnya saya merasakan agak sukar untuk berbuat demikian. Hal ini
memerlukan keprihatinan semua pihak. Namun ianya tidak mustahil untuk di
laksanakan. hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Perkara utama yang perlu di tekankan disini adalah minat yang mendalam
terhadap permainan tradidional. Tidak lain dan tidak bukan minat itu saya yakin
bermula dari rumah. Manakan dapat sagunya kalau tak di pecahkan ruyungnya. Ibu
bapa harus berusaha memupuk minat untuk bermain permainan tradisional kepada
anak-anak mereka sejak dari kecil lagi. Pelbagai inisiatif boleh di lakukan ibubapa
dalam usaha pemupukan mereka seperti bermain laying-layang atau wau ketika waktu
lapang. Congkak juga merupakan permainan mudah yang boleh diajar kepada anakanak mereka. Ianya tidak mengambil masa yang lama untuk memahami system
permainan tersebut.
Setahu

saya,

seorang

anak

juga

perlu

bertanggungjawab

dalam

mempopularkan permainan tradisional.anak berperanan untuk meraihkan lagi


permainan tradisional dalam keluarga mereka. Anak tersebut juga harus bekerjasama
dengan keluarga mereka untuk mempromosi permainan ini kepada orang awam.
Anak-anak boleh menyelitkan serba sedikit tentang permainan tradisional ketika
bersembang dengan kawan-kawan.

Laman muka buku (facebook) juga boleh

digunakan oleh anak-nak sebagai medan memperkenalkan permainan tradisonal.


Guru merupakan ibu bapa kedua kepada anak-anak ketika berda di sekolah.
Sekolah merupakan medan terbaik untuk mempopularkan permainan tradisional.
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Guru-guru di sekolah boleh memdidik anak-anak
murid secara perlahan iaitu bermula dari perkara asas dahulu memperkenalkan
permainan tradisional. Kemudian berpindah kepada peringkat-peringkat tertentu
seperti mengadakan pertandingan permainan tradisional. Alternative sebegini
walaupun nampak seperti bergerak agak lambat namun ianya efektif.

Perdana Menteri Negara juga merupakan orang terpenting dalam usaha untuk
memeartabatkan permainan tradisional. Kuasa yang ada boleh digunakan untuk
menyekat semua rancangan yang berunsur kebaratan di kaca telivisyen pada masa kini
dan menggantikannya dengan rancangan untuk memperkenalkan warisan tradisonal
seperti permainan tradisional.
Masyarakat

yang

lain

juga

terutamanya

golongan

muda

boleh

mempromosikan permainan tradisional dengan menggunakan blog-blog. Ini kerana


sudah ramai pemuda pemudi zaman sekarang yang celik teknologi. Individu yang lain
juga boleh mempromosikan permaian tradisional ini dengan kudrat mereka kepada
kaum kerabat dan jiran tetangga yang terdekat. Jika setiap individu mahu berbuat
demikian, saya percaya bahawa permainan tradisioanl akan terkenal bukan sahaja
dalam negara tetapi luar negara juga.
Kesimpulannya, permainan tradisional yang hamper dilupakan di telan zaman
ini harus di selamatkan kerana permainan tradisional ini mempunyai nilai-nilai murni
yang dapat diterapkan melaluinya. Nilai-nilai murni yang dapat di terapkan akan
mamberi kesan yang positif kepada semua pihak. Usaha untuk mempopularkannya
tidak mustahil akan Berjaya jika semua pihak bekerjasama mempromosikannya.
Warisan budaya ini harus di pertahankan kerana ia lambing keunikkan negara kita
Malaysia.

Вам также может понравиться