You are on page 1of 3

A. Ahli Syurga Dari Awal.

B. Ahli Neraka Dari Awal.


C. Ahli Neraka Sementara Kemudian
Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):

1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:

Anda tidak perlu bawa siji-sijil. Anda tidak perlu bawa pingat. Anda tidak perlu bawa
wang atau harta (yg banyak).

Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik,


hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:

1. Siapa Tuhan anda?


2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:

Anda perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan
menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut
kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama
Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:

Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasullah SAW:


"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya,
sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah kasut) orang- orang yang
menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu
seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan
diletakkan dikepalanya, puasanya diletakkan di sebelah kanannya, zakatnya diletakkan
disebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah, silaturrahim, perkara kebajikan
dan
ihsan diletakkan di hujung dua kakinya.Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka
solat itu berkata kepada malaikat: dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat
berpindah ke sebelah kanan,maka puasa berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan
masuk. Kemudian malaikatberpindah ke sebelah kiri,maka zakat berkata kepadanya: dari
arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan
berkatalah amal-kebajikan: di bahagianku tidak ada jalan masuk.

Maka malaikat berkata kepadanya:


Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula
terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu:
Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu
sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?

Maka berkata mayat itu:


Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang.

Maka berkata malaikat:


Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa
yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad)
yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu
kepadanya?

Maka berkata mayat itu:


Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad
saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu
Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu: Demikianlah kamu dihidupkan dan
begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula di
akhirat insya'Allah.

Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu
dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah
gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya
baginya"

Nampaknya pertahanan kita perlu kuat dari semua aras (kepala, kanan, kiri dan hujung
kaki)! Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

Wallahu-a'lam. Semoga berjaya untuk temuduga ini"