Вы находитесь на странице: 1из 3

1.

Pengenalan

Jurnal ini bertajuk Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Masyarakat: Satu Perspektif
Teori yang ditulis oleh Thenmolli Vadeveloo dan Kuppusamy Singaravelloo, Fakulti
Ekonomi dan Pentadbiran (2013). Kerajaan tempatan diiktiraf di peringkat global
sebagai memainkan peranan penting dalam pembangunan masyarakat. Ini
dilaksanakan melalui kerjasama dan usahasama yang positif dengan masyarakat
setempat. Penggubal dasar juga sentiasa menggalakkan penglibatan masyarakat yang
jitu dalam pembangunan kawasan setempat untuk memastikan kerajaan tempatan
terus diperlukan di masa depan dan mengekalkan kuasa kerajaan (Jessop 2004;
Newman et al., 2004). Sejak kebelakangan ini, terdapat tekanan yang mencabar
peranan kerajaan tempatan dalam pembangunan masyarakat dan kebajikan sosial.
Stokker (2011) mendapati sistem kerajaan tempatan di kebanyakan negara membentuk
hubungan yang akrab dengan rakyat dalam memberi perkhidmatan yang baik.
Hubungan ini akan kekal dalam pembangunan di masa hadapan sekiranya wujud
kerjasama yang baik di antara kerajaan tempatan dan rakyat.
Kerangka teori kajian ini menjurus kepada hujah bahawa faktor-faktor yang
terlibat dalam menyokong proses pembangunan masyarakat dan peranan yang
dimainkan oleh kerajaan tempatan amat mempengaruhi kesudahan dalam
pembangunan masyarakat. Pembangunan masyarakat sukar diukur dalam menentukan
keupayaan kerajaan tempatan dari sudut penyediaan dan penyampaian perkhidmatan
yang seterusnya mempengaruhi permintaan terhadap pembangunan masyarakat. Oleh
sebab itu, kajian ini dibuat bagi mengenalpasti halangan yang wujud terhadap
permintaan dan sistem penyampaian perkhidmatan dalam pembangunan masyarakat
selain mengkaji masalah di antara tanggapan pihak berkepentingan tentang ekspektasi
dan tahap perkhidmatan yang mereka terima.

2.0

Ulasan Jurnal

Peranan dan pengambilan bahagian kerajaan tempatan yang aktif dalam pembangunan
masyarakat semakin meningkat mutakhir ini. World Development Report (2003) dalam
laporannya amat menyokong langkah penurunan kuasa bagi memastikan penyampaian
perkhidmatan kepada golongan miskin benar-benar berjaya. Pada peringkat
antarabangsa, kerajaan tempatan sedang memperbaiki prestasi masing-masing melalui
peranan yang dimainkan dengan memberi kerjasama yang lebih baik kepada
penduduk tempatan dalam pembangunan masyarakat.
Kajian ini mengupas beberapa perkara iaitu isu-isu kerajaan tempatan dan
pembangunan masyarakat, pengembangan teori dan seterusnya rangkakerja teori.
Dalam isu-isu kerajaan tempatan dan pembangunan masyarakat, isu pertama yang
dibangkitkan adalah pertambahan bilangan penduduk negara yang mungkin boleh
menimbulkan beberapa set permasalahan kerana ia akan meningkatkan perbelanjaan
yang lebih tinggi untuk pelajaran, perumahan, makanan dan kesihatan. Kedua,
kerajaan tempatan di Malaysia tidak dapat lari dari mengalami masalah berkaitan
objektif dan strategi. Isu yang ketiga, kerajaan tempatan menghadapi cabaran-cabaran
berterusan dalam melaksanakan perancangan dan program pembangunan masyarakat
(Bowman & Kearney, 1996). Isu yang terakhir ialah kekurangan kuasa perundangan,
kepakaran yang sentiasa dicabari dan sumber kewangan yang tidak mencukupi.
Dalam pengembangan teori, isu-isu yan timbul dijadikan panduan dalam
mengembangkan teori dan seterusnya mewujudkan rangkakerjayang diadaptasi dari
The Community Health Exchange (2012) yang menerangkan prinsip pembangunan
sihat masyarakat dan factor untuk mengukuhkan masyarakat.
Dalam rangkakerja teori, terdapat tiga kaedah utama membentuk asas untuk
memahami pembangunan masyarakat, iaitu SERVQUAL, teori sistem dan teori
jangkaan. Instrumen SERVQUAL telah menjadi kaedah penting yang digunakan untuk
mengukur persepsi pengguna terhadap kualiti perkhidmatan (Parasuraman et al.,
1988).
SERVQUAL telah lama dikenali sebagai instrumen pengukur kualiti
perkhidmatan, dan diguna pakai secara meluas untuk mengukur kualiti perkhidmatan
dalam pelbagai industri perkhidmatan (Hsiu et al., 2010).
Sebagai ulasan kajian ini, dapat dilihat penulis menyusun dengan baik hasil
kajian mereka. Bahasa dan istilah yang digunakan juga mudah difahami. Sehubungan
dengan itu, dapat dikatakan kajian ini adalah mudah untuk difahami. Setiap fakta hasil
kajian mereka juga diperkukuhkan dengan sumber rujukan kajian yang lain.
Selain itu, objektif kajian juga tercapai bermula dengan mengenalpasti isu-isu
kerajaan tempatan dan pembangunan masyarakat, kemudian pengembangan teori dan
didokong dengan rangkakerja teori bagi menjawab persoalan kajian ini.
2

3.0

Penutup

Pembangunan masyarakat adalah sangat penting, ia berhadapan dengan cabaran dan


meninjau peluang untuk menyumbang ke arah pembaharuan kehidupan politik dan
demokrasi. Kerajaan tempatan ialah agensi awam yang menyediakan perkhidmatan
kepada masyarakat untuk penambahbaikan operasi (Kuppusamy, 2008). Ianya adalah
sumber utama perkhidmatan dalam pembangunan masyarakat di kebanyakan negara
sedang membangun termasuk Malaysia. Sebagai agensi yang terdekat dengan rakyat
dan menjadi pusat penyertaan untuk pembangunan, kerajaan tempatan di Malaysia
telah diamanahkan tugas penting untuk dimainkan dalam pembangunan masyarakat.
Rakyat digalakkan untuk menyertai program pembangunan masyarakat dan
aktiviti untuk meningkatkan prestasi kerajaan tempatan. Oleh itu, untuk pelaksanaan
yang lebih baik pada peringkat tempatan kesemua inisiatif untuk pembangunan
masyarakat memerlukan satu tindakan yang amat penting untuk mengelakkan
kemunculan halangan dari aspek dasar dan politik (Fudge, 2009).

Вам также может понравиться