Вы находитесь на странице: 1из 4

DZUL KARNAIN ITHNAIN dilahirkan pada 10 Mac 1954 di Permatang Pasir, Muar,kemudian

melanjutkan pelajaran awal di Muar,kemudian melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan


Teknik ,Kuala Lumpur.Selepas beberapa tahun menjadi pendidik, beliau melanjutkan
pelajaran ke Universiti Pertanian Malaysia ( sekarang Universiti Putra Malaysia) dan
memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan pada 1987.Pad’a tahun 1997, beliau
memperoleh Sarjana Pengurusan dari universiti yang sama.

Beliau juga menggunakan nama pena Iskandar Dzul Karnain H.M. dalam penulisan.Banyak
memberi tumpuan dalam penulisan novel, di samping menulis rencana , ulasan buku, skrip
drama dan juga cerpen. Di sepanjang penglibatannya dalam dunia penulisan, Dzul Karnain
telah berhasil meraih hadiah pelbagai genre penulisan kreatif. Antaranya ialah hadiah kedua
dalam Peraduan Menulis Novel Kanak-kanak DBP (1978),hadiah penghargaan dalam
Peraduan Menulis Cerpen Berunsur Islam Utusan Melayu(1979),hadiah penghargaan dalam
Peraduan Menulis Skrip Drama DBP(1980),hadiah penghargaan dalam Peraduan Menulis
Skrip Drama Radio dan TV Jabatan Perdana Menteri (1982) dan hadiah kedua dalam
Peraduan Hadiah Sastera Remaja ESSO-GAPENA III (1984)

Selain novel Tragedi Empat Disember ,novel beliau yang lain yang diterbitkan oleh Dewan
Bahasa dan Pustaka ialah Catatan dari Laut,Ekspedisi Tanpa Rencana dan Gerakan Tengah
Malam.

Kini Dzul Karnain bertugas sebagai Penolong Pengetua di Sekolah Menengah Kebangsaan
Bandar Maharani, Muar,di samping giat memberi ceramah penulisan dan dan motivasi
pelajar,kursus keibubapaan, kuliah agama dan ceramah pengurusan.
Novel Tragedi Empat Disember karya Dzul Karnain Ithnain mengisahkan kejadian tragis yang
berlaku pada 4 Disember 1977. Pada tarikh itu, sebuah kapal terbang milik syarikat
penerbangan Sistem Angkasa Malaysia (SAM) ,iaitu HM 356 meletup dan terhempas di
Tanjung Pangku,Johor. Dalam kemalangan ini, seramai 100 orang telah terkorban ,termasuk
Menteri Pertanian dan ayah Kamarul Azam (Azam).Azam telah menyaksikan sendiri
kemalangan tersebut ketika menunggu rakannya ,iaitu Razi yang telah pergi ke darat untuk
mendapatkan kebenaran berkhemah dan tandatangan Ketua Polis Tanjung Pangku. Ketika
Azam menanti dalam motobot,Azam terpandang satu cahaya bergerak laju dari utara pada
paras ketinggian 7000 meter. Cahaya yang datangnya dari sebuah kapal terbang itu
menurun ke paras 2000 meter.Azam dan Razi yang mengikut arah kapal terbang itu
mendengar letupan kuat di udara dan kapal terbang itu terbakar dan menjunam laju serta
meletup sekali lagi.Mereka kemudiannya ditawan oleh sekumpulan orang berserkup kepala
dan bersenjata yang menaiki bot laju. Mereka dibawa ke tengah –tengah laut dan kemudian
mereka ditinggalkan dalam bot.Bot itu karam. Kedua-duanya terdampar di Pulau
Rangsang,Indonesia dan diselamatkan oleh Pak Widodo,Ibu Tini dan anaknya,Antik. Azam
megetahui berita terhempasnya sebuah kapal terbang dan kesemua penumpangnya tidak
ada yang terselamat,termasuklah Menteri Pertanian daripada Pak Widodo dan Antik.
Ayahnya merupakan salah seorang ahli rombongan Menteri Pertanian yang melawat
bahagian utara tanah air. Dengan pertolongan Antik, Razi dan Azam pulang ke Malaysia
dengan menaiki bot laju British Seaman yang dipinjam oleh Antik daripada Pak
Mostar,seorang tauke ikan.Kemudian,mereka ditemui oleh motobot peronda Polis Malaysia.

Tragedi Empat Disember juga merupakan titik hitam kepada DSP Yazid, iaitu adik kepada
ayah Azam dan seluruh ahli keluarga Azan, termasuklah ibunya,Puan Katijah,adiknya
Kamarul Azmi (Azmi),dan Liza. Azam berasa terharu kerana ayahnya berkali-kali berpesan
kepadanya semasa menghantarnya ke Pangkalan Lido untuk menemui rakan-rakannya yang
sama-sama berkhemah sebagai satu daripada aktiviti pengakap.Ayahnya berpesan supaya
dia menjaga diri baik-baik dan meminta Azam menyampaikan salam kepada ibu dan adik-
adiknya sekiranya dia pulang awal. Keharuan Azam bertambah kerana kepergiannya ke
Tanjung Pangku hanyalah untuk menyaksikan ayahnya menemui ajal.

Negara gempar dengan berita tragedi itu dan lebih gempar lagi apabila semua mangsa tidak
dapat dikenali kerana badan mereka berkecai. Pada pagi Jumaat 9 Disember di Tanah
Perkuburan Jalan Kebun Teh, mangsa disemadikan dalam sebuah kubur besar yang
berukuran 10 meter panjang dan 3 meter lebar. Semua cebisan mayat tidak dapat dikenali
identiti dimasukkan ke dalam kerana setelah dimandikan. Upacara pengebumian luar biasa
dilakukan apabila upacara sembahyang mayat diadakan secara bergilir-gilir oleh semua
agama.

Tragedi ini berlaku kerana kapal terbang HM 356 yang berlepas dari Bayan Lepas, Pulau
Pinang telah dirampas oleh sekumpulan perampas. Perampas-perampas mengarahkan kapal
terbang yang sepatutnya mendarat di Kuala Lumpur supaya meneruskan perjalanan ke
Singapura . Secebis catatan trengkas yang ditemui dalam sebuah kotak rokok besar yang
berwarna hitam mengungkaikan misteri tragedi ini. Dicatatkan,kapal terbang dirampas oleh
perampas berserkup kepala. Mereka memegang bahan letupan dan mengancam
kakitangan. Seorang daripada mereka pergi ke ruang pemandu dan letupan kedengaran dari
ruang tersebut. Novel ini diakhiri oleh Dzul Karnain Ithnain apabila Azam,DSP Yazid,dan Razi
menaiki bot ke perairan Malaysia-Indonesia untuk menunggu bot polis Indonesia yang akan
membawa Antik balik ke Indonesia.
BAB 1 - PEMERGIAN
Pada petang Sabtu, di rumah Encik Razali,Azam yang baru balik daripada mensyuarat
pengakap disindir oleh ibunya kerana Azam sentiasa sibuk walaupun pada musim cuti
sekolah. Bagi Puan Katijah,kesibukan Azam samalah seperti ayahnya dan mengumpamakan
mereka sebagai ``bapa borek,anak rintik``. Azam kemudian memberitahu bahawa beberapa
orang ahli pengakap dan pandu puteri kanan sekolah akan berkhemah di Tanjung
Pangku.Mereka akan mengambil Ujian Kelas Pertama. Mereka akan menaiki motobot yang
dikendalikan oleh Razi. Adik Azam, Azmi mahu turut serta dalam perkhemahan itu.Namun,
Encik Razali tidak mengizinkannya lalu berjanji akan membawa mereka sekeluarga bercuti di
Pulau Tioman.

Sepeninggalan Encik Razali dan Azam , Azmi ternanti-nanti panggilan telefon ayahnya yang
sedang bertugas dalam rangka lawatan Menteri Pertanian ke Pulau Pinang. Azmi menanti
panggilan telefon kerana panggilan ayahnya pada sebelah petang terputus begitu sahaja.
Sementara itu, DSP Yazid, bapa saudara Azmi berkunjung ke rumah mereka. Kemudian,
Azmi memberitahu bahawa ayahnya ada menelefon dari Pulau Pinang dari akan bertolak ke
Kuala Lumpur menaiki kapal terbang. DSP Yazid terkejut dengan perkhabaran itu dan
meminta kepastian dari Azmi. Terdapat juga garis-garis kegelisahan pada muka DSP Yazid
lalu meminta Puan Katijah bertenang kerana terdapat satu laporan bahawa sebuah kapal
terbang dirampas .

BAB 2 – HARI YANG RIANG


Kamarul Azam dan rakan-rakannya, Razi, Rendera, Lina Lim, dan Zanawati menaiki motobot
meluncur menyusuri anak-anak sungai sepanjang Selat Johor untuk ke tapak perkhemahan,
Tanjung Pangku.

Вам также может понравиться