Вы находитесь на странице: 1из 14

Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui

aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor;
pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik; memperoleh
pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal Jenny (1961) dan Williams
(1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan
matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial.
Barrow (1971, 1983) menyatakan Pendidikan Jasmani dalam konteks pengalaman pendidikan
menyeluruh dan berkait dengan hal seumur hidup setiap individu.

Baley & Field (1976), satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik, neuromaskular,
intelektual, sosial, budaya, emosional dan estetik, hasil melalui aktiviti-aktiviti fizikal yang terpilih dan
agak rancak,

Freeman (1977, 1992) menegaskan bahasa Pendidikan Jasmani meliputi pembangunan fizikal dan
mental dan menumpu pada tiga domain pendidikan, iaitu psikomotor, kognitif dan afektif.

Lumpkin (1990) berpendapat Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang membolehkan individu
mempelajari kemahiran-kemahiran fizikal, mental dan sosial serta tahap kecergasan yang tinggi.

Dauer (1995) berpendapat Pendidikan Jasmani ialah sebahagian daripada program pendidikan yang
menyeluruh, yang memberi sumbangan pada asasnya melalui pengalaman-pengalaman pergerakan
kepada perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak.
Objektif Pendidikan Jasmani
Bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviiti fizikal dan amalan
kecergasan. Pembelajaran dilakukan dengan mengutamakan tiga perkara utama :

Kognitif Mengetahui dan memahami akan aspek kecergasan dan boleh diamalkan dalam kehidupan
seharian
Apakah Budaya Pembelajaran Pendidikan Jasmani
Penglibatan murid secara aktif dan selamat
Interaksi yang kreatif dengan rakan, bahan dan alatan
Penyimpanan rekod kegiatan murid sebagai bukti pembelajaran
Kecergasan Fizikal
Koordinasi[sunting | sunting sumber]

Imbangan
Ketangkasan
Kuasa
Masa Respons
Kepantasan
Berasaskan pelakuan motor[sunting | sunting sumber]
Berasaskan kesihatan
Daya tahan kardiovaskular
Daya tahan Otot
Kekuatan
Kelenturan
Komposisi badan
Kemahiran[sunting | sunting sumber]
Konsep tunjang ini menitikberatkan keupayaan melakukan kemahiran daripada aspek pergerakan otot
Tumpuan diberi kepada kemahiran asas dalam permainan , olahraga, gimnastik, pergerakan kreatif dan
rekreasi
KONSEP DAN DEFINISI PENDIDIKAN JASMANI
Pendidikan Jasmani adalah merupakan satu proses pembelajaran yang menyeluruh yang merangkumi
semua aspek domain seperti psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan emosi. Melalui Pendidikan Jasmani
pelajar akan diberi ruang untuknya mencuba dan mengalami sendiri pengalaman semua aktiviti fizikal
yang dijalaninya. (Pettitor, dalam Wee Eng Hoe 2005)

Pendidikan Jasmani berupaya menyediakan kanak-kanak untuk mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat
dengan menyediakan skop pengalaman-pengalaman pembelajaran yang rapi dan berturutan. Secara
ringkasnya Pendidikan Jasmani adalah merupakan satu aspek dan dapat menghasilkan kejayaan kepada
satu kumpulan pelajar (Colfer, 1986). Pendekatan dalam pendidikan jasmani masa kini tertumpu
antaranya kepada nilai pendidikan yang dibina. Pendidikan jasmani juga mampu memberi sumbangan
terhadap perkembangan kemahiran dan kecegasan jasmani serta menjadi pemangkin terhadap tabiat
sosial yang murni. Selain itu, matapelajaran Pendidikan Jasmani dilihat sebagai alat untuk mendorong
kegiatan-kegiatan kognitif seperti penerokaan, proses berfikir dan penyelesaian masalah. Kesemua ini
menjadikan matapelajaran Pendidikan Jasmani dilihat sebagai satu keperluan bagi membina
perkembangan keseluruhan kanak-kanak.

Dengan kata lain Pendidikan Jasmani adalah merupakan matapelajaran yang diperkenalkan di sekolah
yang memiliki kesepaduan di antara domain kognitif dan domain psikomotor. Kesepaduan ini adalah
seiring dengan penerapan nilai murni yang bermatlamat menghasilkan insan yang menyeluruh dan
seimbang dalam satu masyarakat yang dinamis dan progresif (Asiah Abu Samah,1993).

KONSEP DAN DEFINISI


KONSEP DAN DEFINISI PENDIDIKAN JASMANI

Pendidikan Jasmani adalah merupakan satu proses pembelajaran yang menyeluruh yang merangkumi
semua aspek domain seperti psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan emosi. Melalui Pendidikan Jasmani
pelajar akan diberi ruang untuknya mencuba dan mengalami sendiri pengalaman semua aktiviti fizikal
yang dijalaninya. (Pettitor, dalam Wee Eng Hoe 2005)

Pendidikan Jasmani berupaya menyediakan kanak-kanak untuk mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat
dengan menyediakan skop pengalaman-pengalaman pembelajaran yang rapi dan berturutan. Secara
ringkasnya Pendidikan Jasmani adalah merupakan satu aspek dan dapat menghasilkan kejayaan kepada
satu kumpulan pelajar (Colfer, 1986). Pendekatan dalam pendidikan jasmani masa kini tertumpu
antaranya kepada nilai pendidikan yang dibina. Pendidikan jasmani juga mampu memberi sumbangan
terhadap perkembangan kemahiran dan kecegasan jasmani serta menjadi pemangkin terhadap tabiat
sosial yang murni. Selain itu, matapelajaran Pendidikan Jasmani dilihat sebagai alat untuk mendorong
kegiatan-kegiatan kognitif seperti penerokaan, proses berfikir dan penyelesaian masalah. Kesemua ini
menjadikan matapelajaran Pendidikan Jasmani dilihat sebagai satu keperluan bagi membina
perkembangan keseluruhan kanak-kanak.

Dengan kata lain Pendidikan Jasmani adalah merupakan matapelajaran yang diperkenalkan di sekolah
yang memiliki kesepaduan di antara domain kognitif dan domain psikomotor. Kesepaduan ini adalah
seiring dengan penerapan nilai murni yang bermatlamat menghasilkan insan yang menyeluruh dan
seimbang dalam satu masyarakat yang dinamis dan progresif (Asiah Abu Samah,1993).

Domain-domain yang membentuk nilai pendidikan dalam Pendidikan Jasmani

Kognitif Afektif Psikomotor


Amalan berfikir
Proses penerokaan
Inkuiri penemuan

Penyelesaian masalah
Sikap ingin tahu
Proses imaginasi
Permikiran kreatif
Permikiran kritis Konsep kendiri
Permahaman kendiri
Penghargaan kendiri
Kawalan kendiri
Emosi
Kecergasan
Kekuatan otot
Daya tahan otot
Pengamatan motor

Aspek Kognitif

Pembangunan kognitif melibatkan pengumpulan pengetahuan dan keupayaan berfikir serta


menginterprestasi. Dengan kata lain pembangunan kognitif melibatkan rangsangan pemikiran yang
terdiri daripada elemen penyelidikan, kreativiti, perkaitan, kebolehan, pengamatan dan pengukuhan.

Pengetahuan dalam aktiviti pendidikan luar dapat menjadikan pendidikan luar dapat dilaksanakan
dengan berkesan. Contohnya sebelum mengikuti pendidikan luar pelajar perlu mempelajari cara
melaksanakan sesuatu aktiviti yang hendak dilakukan dari segi teknik dan disiplin. Kefahaman dan
penghayatan cara atau teknik melaksanakan aktiviti pendidikan luar membawa kepada pelaksanaan
aktiviti pendidikan luar yang lebih cekap dan berkesan.

Pengetahuan tentang disiplin pendidikan luar juga penting bagi menjadikan aktiviti yang diceburi itu
menarik, berfaedah dan bermakna. Program pendidikan luar yang baik bukan saja memberi kekuatan
fizikal tetapi seharusnya dapat memberi kekuatan kognitif. Dengan berfikir seperti penyelesaian
masalah, pemahaman, penilaian dan kreativiti seharusnya diserapkan dalam aktiviti pendidikan luar.

Aspek Afektif

Matlamat utama yang diingini oleh semua program pendidikan luar pada umumnya tertumpu kepada
perkembangan individu dan kemahiran bersosial. Perkembangan individu melibatkan sikap, emosi,
apresiasi, dan nilai dan pembentukan sahsiah. Kemahiran bersosial pula melibatkan interaksi dan corak
komunikasi dengan orang lain. Pendidikan luar memberi sumbangan terhadap perkembangan sikap dan
konsep kendiri kerana hubungan yang akrab akan berlaku ketika menjalankan aktiviti pendidikan luar.

Pendidikan Jasmani perlu menekankan nilai yang baik seperti menolong orang lain, mengiktiraf
sumbangan, kepentingan menjaga kebersihan, penggunaan masa lapang yang berguna, memiliki sikap
positif terhadap kecergasan, menghormati orang lain dan pemimpin serta bekerjasama dalam kumpulan
dalam aktiviti fizikal. Emosi adalah suatu elemen yang penting dalam perkembangan kanak-kanak
melalui penglibatan di dalam pesertanya. Contohnya dengan aktiviti pendidikan luar peserta akan
membentuk persefahaman peranan secara luaran dan dalaman diri.

Pendidikan luar adalah suatu medium yang dapat membantu dalam pembangunan sosial. Pendidikan
Jasmani akan menolong individu menyesuaikan diri dengan keadaan dan ahli masyarakat. Melalui
kepimpinan yang sempurna dan teratur akan menjadi pendidikan luar sebagai jambatan utama untuk
mencapai matlamat sosial.

Aspek Kemahiran Psikomotor

Aspek Psikomotor memberi tumpuan kepada perihal kuantiti pergerakan yang mampu dipamerkan.
Psikomotor ini juga melibatkan beberapa prinsip asas seperti kekuatan, kelenturan, daya tahan
kardiovaskular dan otot, ketangkasan, kepantasan dan kelajuan. Di dalam Pendidikan Jasmani suaian
aspek ini perlu difokus selepas pelajar melepasi tahap minimum aspek fizikal dan psikomotor.

Bucher (1979) mengatakan bahawa pelajaran Pendidikan Jasmani berkemampuan untuk memberi
sesuatu hasil yang berkesan kepada pelajar melalui proses pembelajaran yang telah digariskan dalam
suatu kurikulum bagi memenuhi keperluan pelajar. Menurut Weston (1979) yang berpandangan bahawa
kurikulum yang dihasilkan adalah program yang dirancang untuk kepentingan pelajar yang telah
mengambil kira semua faktor utama seperti sekolah dan keperluan pelajar sebagai matlamat.

Menurut Raddick (1982) Pendidikan Jasmani adalah sebahagian daripada pendidikan seseorang yang
menggunakan aktiviti fizikal sebagai medium pendidikan. Ianya menekankan tentang pembentukkan
sikap, pengetahuan dan kemahiran yang berhubung dengan kesihatan, kecergasan dan rekreasi dengan
cara yang unik sehingga cara hidup dan kualiti seseorang ditingkatkan. Ianya lebih menekan pendidikan
melalui Pendidikan Jasmani.

Pukal KBSM (1992) mendefinisikan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) bertujuan untuk
menjadikan pelajar lebih sihat, cergas dan produktif. Ketiga-tiga unsur ini dapat dilakukan melalui
pemupukan dan penerapan nilai, sikap, pengetahuan dan amalan kesihatan dan kecergasan dalam
kehidupan seharian. Pendidikan Jasmani adalah matapelajaran yang menekankan kepada proses
pembelajaran dan pengajaran melalui aktiviti fizikal yang menyumbang ke arah pertumbuhan mental,
fizikal, sosial dan emosi (Teng Boon Tong 2001).

Oleh yang demikian Pendidikan Jasmani boleh didefinisikan sebagai matapelajaran yang memberi
penekanan terhadap proses pembelajaran dan pengajaran melalui aktiviti fizikal yang menyumbang ke
arah pertumbuhan mental, fizikal, sosial dan emosi. Ianya juga bertujuan untuk menjadikan pelajar lebih
sihat, cergas dan produktif melalui pemupukan nilai, sikap, pengetahuan serta amalan kesihatan dan
kecergasan dalam kehidupan seharian.

FALSAFAH, MATLAMAT DAN OBJEKTIF

Falsafah

Falsafah berasal daripada perkataan yunani tua yang philosophia yang bermaksud cinta kepada
pengetahuan dan hikmah. Russle memahami falsafah sebagai sesuatu di antara teologi (ilmu ketuhanan
dan agama) dan sains (sains-sains fizik dan kemanusian). Falsafah adalah sesuatu yang terletak di antara
sains dan teologi.

Falsafah merupakan susunan ayat yang digunakan secara jelas tentang sesuatu pegangan. Falsafah akan
mempengaruhi secara keseluruhan terhadap prinsip, teori dan cara kerja dalam sesuatu aktiviti. Ciri-ciri
falsafah yang baik:
Falsafah mempunyai susunan ayat yang jelas.
Falsafah bukan menekankan kepada teori tetapi lebih kepada aktiviti.
Falsafah menekankan kepada prinsip menjelaskan.

Falsafah yang baik tidak bergantung kepada jumlah ayat tetapi kepada keupayaan memberi
penerangan.
Falsafah seharusnya memberi panduan yang tepat.

Bucher (1979) menyatakan bahawa falsafah adalah sesuatu yang diasaskan dari objektif yang mampu
memberikan kefahaman, pengertian dan suatu tafsiran terhadap sesuatu prinsip dan konsep. Objektif
utama yang digariskan dalam PJ adalah bertujuan untuk mencapai matlamat kandungan pelajaran yang
merangkumi kesemua aspek domain pembelajaran.

Falsafah yang menepati kehendak pembelajaran akan berupaya membantu guru memahami semua
tugasan secara menyeluruh bukannya secara berasing-asing. Ini bermakna melalui falsafah secara tidak
langsung akan berupaya membantu guru supaya memahami peranannya yang telah ditetapkan. Dengan
kata lain juga falsafah juga boleh diibaratkan sebagai petunjuk arah dan mampu membantu guru
menghasilkan rumusan serta mampu membentuk matlamat secara tersusun dan berterusan.

Zeigler (1962) berpendapat falsafah dapat membantu guru memahamidan menghayati tanggungjawab
pengajarannya dengan lebih menyeluruh. Ini dapat membantu menimbulkan kesedaran kepada guru
untuk menumpukan peranannya melalui perancangan yang berlandaskan kepada objektif pengajaran
yang sepatutnya.

Matlamat dan Objektif

Menurut Bucher dan Wuest (1987) penetapan matlamat dan objektif dalam Pendidikan Jasmani dapat
membantu matapelajaran ini dalam aspek-aspek seperti berikut:
1. Memahami apa yang hendak dilakukan.
2. Membantu dalam menghasilkan keputusan yang lebih bermakna ketika berhadapan dengan masalah.
3. Memahami dengan lebih mendalam mengenai nilai Pendidikan Jasmani.
4. Memahami sumbangan Pendidikan Jasmani kepada masyarakat.
5. Menjelaskan tugas guru Pendidikan Jasmani kepada masyarakat.
6. Menghargai dan mengambilberat pencapaian murid melalui penglibatan mereka di dalam program di
bawah penjagaan mereka.
Aktiviti Pendidikan Jasmani yang dilaksanakan di sekolah adalah merupakan aktiviti yang terancang dan
berupaya memberi ruang persekitaran yang baik bagi membantu murid menghayati kepentingan

kecergasan dan penjagaan kesihatan. Oleh ynag demikian guru perlu sentiasa memahami matlamat
utama Pendidikan Jasmani iaitu:

ktiviti
(Pusat Perkembangan Kurikulum,1999)

Seiring dengan matlamatnya guru perlu memahami objektif utama Pendidikan Jasmani yang digariskan
seperti berikut:

1. Mempertingkat dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan


perlakuan motor;
2. Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri;
3. Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian;
4. Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal
5. Membentuk sahsiah dan disiplin diri; dan
6. Membuat keputusan bijak dalam kehidupan
(Sukatan Pelajaran Rendah Menengah, Pendidikan Jasmani, 1999)

Berdasarkan objektif Pendidikan Jasmani yang secara umumnya bertujuan untuk mencapai tahap
kecergasan dan menguasai kemahiran sukan. Menurut Seefeldt dan Vogel (1986) persoalan mengenai
objektif ini telah memberi tumpuan khusus kepada hubungan antara amalan kesihatan dengan
kecergasan fizikal dan kemahiran motor sebagai satu kaedah yang mampu mengawal penyakit dalam
kehidupan seharian. Oleh yang demikian dapat dirumuskan bahawa falsafah digunakan sebagai panduan
dan penggerak dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Objektif dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk menghasilkan insan yang
seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi dan sosial maka melalui Pendidikan Jasmani kesemua aspek
ini boleh dicapai. Ini adalah berdasarkan keperluan dan inspirasi yang telah dinyatakan di dalam Buku
Panduan Guru Pendidikan Jasmani Kesihatan (1988) Kementerian Pendidikan Malaysia.

Memahami Konsep Dan Definisi Pendidikan Jasmani

sebelum kita nak ngajar PJ kita kena faham ni dulu.....


Pendidikan Jasmani adalah merupakan satu proses pembelajaran yang menyeluruh yang merangkumi
semua aspek domain seperti psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan emosi. Melalui Pendidikan Jasmani,
pelajar akan diberi ruang untuk mencuba dan mengalami sendiri pengalaman semua aktiviti fizikal yang
dijalaninya. (Pettifor, dalam Wee Eng Hoe, 2005).
Pendidikan Jasmani berupaya menyediakan kanak-kanak untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif
melalui penyediaan skop pengalaman pembelajaran yang berturutan serta rapi. Secara ringkasnya,
Pendidikan Jasmani adalah merupakan satu bentuk pembelajaran yang holistik serta berupaya
membangunkan pelajar dari pelbagai aspek dan dapat menghasilkan kejayaan kepada satu kumpulan
pelajar dari pelbagai aspek dan dapat menghasilkan kejayaan kepada satu kumpulan pelajar (Colfer,
1986). Pendekatan dalam Pendidikan Jasmani masa kini tertumpu antaranya kepada nilai perkembangan
kemahiran dan kecergasan jasmani serta menjadi pemangkin terhadap tabiat sosial yang murni.
Pendidikan Jasmani juga berperanan membangun serta membina aspek kognitif murid melalui aktivitiaktiviti penerokaan, penyelesaian masalah dan kemahiran berfikir. Di sini kita dapat lihat dengan jelas
bahawa subjek ini merupakan satu keperluan bagi membina perkembangan keseluruhan kanak-kanak
dari segi jasmani, emosi, rohani,intelek mahupun sosial.
Kerelevanan Pendidikan Jasmani untuk diajar di sekolah juga disebabkan subjek ini memiliki kesepaduan
di antara domain psikomotor dan domain kognitif. Kesepaduan ini adalah seiring dengan penerapan nilai
murni yang bermatlamat menghasilkan insan yang menyeluruh dan seimbang dalam satu masyarakat
yang dinamik dan progresif (Asiah Abu Samah, 1993).
Aspek Psikomotor
Aspek psikomotor memberi tumpuan kepada perihal kuantiti pergerakan yang mampu
dipamerkan.Aspek ini melibatkan beberapa prinsip asas seperti kekuatan, kelenturan, daya tahan
kardiovaskular dan otot, ketangkasan, kepantasan serta kelajuan. Di dalam subjek Pendidikan Jasmani
suaian, aspek ini perlu difokus selepas pelajar melepas tahap minimum aspek fizikal dan psikomotor.
Weston (1979) menyatakan bahawa kurikulum yang dihasilkan adadalah program yang dirancang untuk
kepentingan pelajar dan mengambil kira semua faktor utama seperti keperluan pelajar dan sekolah
sebagai matlamat utama. Bucher (1979) berpendapat bahawa pelajaran Pendidikan Jasmani mampu
untuk membuahkan hasil yang berkesan kepada pelajar melalui proses pembelajaran yang telah
digariskan dalam suatu kurikulum bagi memenuhi keperluan pelajar.
Raddick (1982) pula berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani adalah sebahagian daripada pendidikan
seseorang yang menggunakan aktiviti fizikal sebagai medium pendidikan., ia menekankan tentang
pembentukan sikap, pengetahuan dan kemahiran yang berhubung dengan kesihatan, kecergasan dan
rekreasi dengan cara yang unik sehingga cara hidup dan kualiti seseorang ditingkatkan. Pukal KBSM
(1992) mendefinisikan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) bertujugan untuk menjadikan
pelajar lebih sihat, cergas dan produktif. Ketiga-tiga unsur ini dapat dilakukan melalui pemupukan dan
penerapan nilai, sikap, pengetahuan dan amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian.
Pendidikan Jasmani adalah mata pelajaran yang menekankan kepada proses pembelajaran dan
pengajaran melalui aktiviti fizikal yang menyumbang ke arah pertumbuhan mental, fizikal, emosi dan
soail (Teng Boon Tong, 2001).

Dapat disimpulkan bahawa Pendidikan Jasmani adalah mata pelajaran yang memberi penekanan
terhadap proses pengajaran dan pembelajaran melalui aktiviti fizikal yang menyumbang ke arah
pertumbuhan mental, fizikal, sosial dan emosi. Subjek ini juga bertujuan untuk menjadikan pelajar lebih
sihat, cergas dan produktif melalui pemupukan nilai, sikap, pengetahuan serta amalan kesihatan dan
kecergasan dalam kehidupan seharian.
Aspek Kognitif
Pembangunan kognitif melibatkan pengumpulan pengetahuan dan keupayaan berfikir serta memahami.
Pembangunan kognitif juga melibatkan rangsangan pemikiran yang terdiri daripada elemen kreativiti,
penyelidikan, perkaitan, kebolehan, pengamatan dan pengukuhan. Pengetahuan dalam aktiviti
pendidikan luar misalnya dapat menjadikan pendidikan luar dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Contohnya sebelum mengikuti pendidikan luar, pelajar perlu mempelajari cara melaksanakan sesuatu
aktiviti yang hendak dilakukan dari segi teknik dan disiplin. Kefahaman dan penghayatan cara atau
teknik melaksanakan aktiviti pendidikan luar membawa kepada pelaksanaan aktiviti dengan lebih cekap
dan berkesan.
Pengetahuan tentang aktiviti-aktiviti seperti permainan padang, permainan gelanggang, olahraga serta
rekreasi juga penting bagi menjadikan aktiviti yang diceburi itu menarik, berfaedah dan bermakna. Hasil
yang baik akan diperolehi bukan saja memberi kekuatan fizikal malah harus memberi kekuatan kognitif.
Kecekapan pelajar untuk memahami sesuatu teknik, peraturan ataupun disiplin serta melakukan
keputusan untuk menghasilkan pergerakan yang sesuai dan kerjasama dengan rakan sepasukan melalui
persefahaman yang baik adalah kunci utama penerapan aspek kognitif dalam Pendidikan Jasmani.
Aspek Afektif
Matlamat utama yang diingini dalam semua program Pendidikan Jasmani pada umumnya tertumpu
kepada perkembangan individu dan kemahiran bersosial. Perkembangan individu melibatkan sikap,
emosi, apresiasi dan nilai serta pembentukan sahsiah. Kemahiran bersosial pula melibatkan interaksi
dan corak komunikasi dengan orang lain. Pendidikan Jasmani memberi sumbangan terhadap
perkembangan sikap dan konsep kendiri kerana hubungan akan terjalin ketika melakukan aktiviti secara
berpasukan.
Pendidikan Jasmani juga perlu menekankan nilai yang baik seperti tolong-menolong, menghargai
sumbangan, kepentingan menjaga kesihatan fizikal, menghomati orang lain dan pemimpin serta
bekerjasama dalam kumpulan dalam aktiviti. Emosi adalah suatu elemen yang penting dalam
perkembangan kanak-kanak melalui penglibatan bersama rakan sebaya. Aktiviti Pendidikan Jasmani
dapat membentuk emosi yang stabil di kalangan pesertanya. Pendidikan Jasmani adalah suatu medium
yang dapat membantu dalam pembangunan sosial. Seorang murid yang pada mulanya jenis pemalu dan
tidak pandai bergaul dengan rakan-rakan, akan menjadi seorang yang periang serta dapat menjalinkan
persahabatan dengan rakan lain sekiranya aktiviti yang dilakukan dapat memenuhi kepuasannya ketika
terlibat dalam suatu aktiviti. Sebagai kesimpulan, Pendidikan Jasmani membantu individu menyesuaikan
diri dengan keadaan dan ahli masyarakat. Melalui kepimpinan yang sempurna dan teratur oleh guru
subjek akan menjadikan Pendidikan Jasmani sebagai wahana penting untuk mencapai matlamat sosial.

Pengenalan : Definisi dan Konsep Pendidikan Jasmani

Pendidikan melalui jasmani di mana banyak daripada objektif pendidikan dicapai menerusi aktivitiaktiviti jasmani yang melibatkan otot-otot dan sendi. Ia merupakan program kegiatan fizikal yang
berpusatkan sekolah di mana kemahiran dalam sukan, tarian dan latihan lazimnya diajar dan dilatih. Ada
pula definisi yang mengatakan pendidikan jasmani meliputi aktiviti-aktiviti tersebut yang bukan
berpusatkan sekolah, misalnya yang diadakan oleh pusat komuniti, persatuan belia dan sebagainya.
Komponen utamanya adalah aktiviti-aktiviti tertentu yang direka untuk pembelajaran.

Namun secara menyeluruh Pendidikan Jasmani adalah proses pendidikan yang memanfaatkan aktiviti
jasmani yang direncanakan secara sistematik bertujuan untuk mengembangkan dan meningkatkan
individu secara organik, neuromuskuler, perseptual, kognitif, dan emosional, dalam kerangka sistem
pendidikan kebangsaan. Pada dasarnya pendidikan jasmani merupakan bahagian integral dari sistem
pendidikan secara keseluruhan. Bertujuan untuk mengembangkan kesihatan, kesegaran jasmani,
penampilan berfikir secara kreatif dan kritis, stabiliti emosi, keterampilan dalam bersosial, tindakan dan
tingkah laku moral melalui aktiviti jasmani.

Pettior (1999) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani menyediakan kanak-kanak untuk mengamalkan
hidup aktif dan sihat dengan menyediakan skop pengalaman-pengalaman pembelajaran yang rapi dan
berturutan. Beliau menegaskan bahawa pengalaman tersebut seharusnya dapat meningkatkan
pembangunan dan penguasaan kemahiran motor, kecergasan dan pengetahuan berasaskan kesihatan
dalam menjadi aktif dan mengapresiasikan faedah aktiviti fizikal.

Pendidikan Jasmani meliputi satu bidang yang sangat luas dan tidak hanya terbatas kepada pengalaman
dalam pengajaran dan pembelajaran semata-mata yang diperoleh daripada kegiatan di padang sekolah
sahaja. Tetapi boleh dikatakan bahawa kegiatan yang tersusun dan melibatkan usaha jasmani dan
mempunyai unsur-unsur pendidikan dapat digolongkan dalam bidang Pendidikan Jasmani.

Fokus Pendidikan Jasmani tidak hanya tertumpu pada aktiviti fizikal tanpa melibatkan sebarang
penglibatan emosi dan sosial. Dalam memenuhi perkembangan naluri kanak-kanak yang suka dengan
keseronokan maka pendekatan permainan yang dikembangkan oleh Bunker and Thorpe (1982)
meletakkan murid berada dalam situasi permainan yang sebenar yang mana taktik, membuat
keputusan, penyelesaian masalah dan kemahiran turut dikembangkan dalam masa yang sama. Banyak
kajian yang berkaitan turut dikembangkan antaranya ialah Game Sense (den Duyn, 1997), Games for
Understanding (Bunker & Thorpe, 1982), Play Practice (Launder, 2001) dan Games Concept Approach
(Wright, Fry, McNeil, Tan, Tan & Schemp, 2001, cited in Light 2003).

Oleh itu, Pendidikan Jasmani seharusnya membekalkan ruang untuk membentuk kanak-kanak yang
mantap secara menyeluruh (whole child) yang mengambil kira pembangunan aspek-aspek psikomotor,
kognitif dan afektif.

Pengenalan Pendidikan Jasmani

Apa yang anda faham dengan pendidikan jasmani?


i . Konsep / Definisi
-Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui
aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor;
pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik; memperoleh
pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal Jenny (1961) dan Williams
(1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan
matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial.
-Proses pembelajaran yang menyeluruh yang merangkumi aspek psikomotor, kognitif, afektif, sosial
dan emosi. Pelajar akan diberi peluang untuk mencuba semua aktiviti fizikal.
(Pettifor, 2005)

ii. Objektif
-Bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviiti fizikal dan amalan
kecergasan. Pembelajaran dilakukan dengan mengutamakan tiga perkara utama :Kognitif Mengetahui
dan memahami akan aspek kecergasan dan boleh diamalkan dalam kehidupan seharian
-Untuk memahami apa yang hendak dilakukan
-Untuk memahami dengan lebih mendalam tentang nilai pendidikan jasmani iaitu sumbangannya
terhadap masyarakat
-Membuat keputusan yang bermakna bila menghapi sesuatu isu dan masalah.
-Menjelaskan tugas mereka kepada masyarakat
-Mengetahui dan menghargai pencapaian peserta melalui penglibatan didalam program.

iii. Matlamat Pendidikan Jasmani


-Membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan,
dan mengamalkan gaya hidup sihat
-melahirkan pelajar yang cergas dan produktif

iv. Sejarah pendidikan jasmani

- Perkembangan pendidikan jasmani di Malaysia dibahagikan kepada tiga peringkat yang besar:
1. Sistem pendidikan asal, iaitu system pendidikan yang telah ada sebelum kedatangan pengaruh Barat.
2. Zaman penjajahan menghasilkan pendidikan yang formal yang telah menghasilkan pertumbuhan
sekolah-sekolah Inggeris, Melayu, Cina dan India. Zaman ini berlanjutan hingga Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan.
3. Zaman pendidikan moden, iaitu zaman selepas medeka.

-Sebelum datangnya pengaruh pendidikan Barat, sistem pendidikan merupakan sistem yang tidak formal
seperti kelas-kelas agama dan al-Quran, kelas kesenian dan pertukangan. Sistem ini tidak memberatkan
ciri-ciri pendidikan secara formal. Oleh itu, tidak ada langsung pendidikan jasmani.

-Sistem pendidikan yang formal diperkenalkan di negara ini selepas kedatangan Inggeris di negeri-negeri
Selat. Ini adalah usaha penganjur Kristian dan Kompeni Inggeris. Sekolah yang pertama didirikan di
Tanah Melayu ialah Penang Free School yang ditubuhkan dalam tahun 1816. Usaha mendirikan sekolah
ini dibuat oleh Rev. R.S Hutching. Sekolah itu ialah dibawah pengelolaan Kompeni Inggeris. Pendidikan
jasmani tidak dijalankan lagi.

-Sehingga tahun-tahun 1920-an masih belum ada sistem dan sukatan pelajaran yang formal walaupun
pelajaran pendidikan jasmani mula diajar secara tidak formal. Keutamaan diberi kepada aktiviti
senaman, latihan kawat dan permainan yang membawa pengaruh penjajahan Inggeris. Tahun 1924
dilantik seorang pengusaha pendidikan jasmani untuk negeri-negeri Selat.

-Sungguhpun begitu, sukatan pelajaran pendidikan jasmani belum tersusun. Guru-guru yang tidak
pernah menerima latihan pendidikan jasmani ditugaskan mengajar pelajaran itu. Tahun-tahun 1930-an
barulah usaha rancangan pendidikan jasmani untuk sekolah-sekolah dimulakan. Sukatan pelajaran itu
merupakan asas untuk pelajaran pendidikan jasmani di Tanah Melayu. Ia berdasarkan kepada sukatan
pelajaran Latihan Fizikal untuk sekolah-sekolah Inggeris di England, yang mana telah diperkenalkan
dalam tahun 1933. Siri buku-buku Jefferson, How To Teach Physical Training dijadikan asas sukatan
pelajaran Pendidikan Jasmani. J.W Jefferson yang dilantik sebagai penguasa pendidikan jasmani dalam
tahun 1932, telah melancarkan rancangan latihan guru pendidikan jasmani ke seluruh negara. Kursuskursus dalam perkhidmatan diadakan di seluruh negara. Tahun 1946-48, suatu sukatan yang formal
untuk sekolah-sekolah rendah dan menengah. Sukatan ini diterbitkan oleh Maktab Perguruan Sultan
Idris, (MPSI) Tanjung Malim (kini Universiti Pendidikan Sultan Idris). Sistem latihan guru pendidikan
jasmani dilancarkan secara berperingkat-peringkat, iaitu dari peringkat 1 hingga peringkat 4.

-Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu menunjukkan pengaruh penjajahan Inggeris dalam


perkembangan pendidikan jasmani. Gimnastik, sukan dan rentakrama merupakan bahagian program-

program yang terdapat di sekolah-sekolah rendah, sementara di sekolah-sekolah menengah, Inggeris


memajukan satu program yang serupa dengan yang terdapat di negara-negara Asia di bawah British
Komanwel. Bola sepak, bola keranjang, berenang d tenis adalah popular tetapi permainan badminton
paling popular. Pada tahun 1952 guru-guru tempatan mula dihantar ke luar negara untuk meluaskan
pengetahuan mengenai pendidikan jasmani. Setahun kemudian, Pendidikan Jasmani dimasukkan
sebagai satu mata pelajaran bagi kursus asas dan pilihan utama di Kirby.

-Kemudian diadakan pula kursus pendidikan dan kesihatan di Kirby dan Brinsford, England. Tahun 1955,
Jawatan Penguasa Pendidikan Jasmani diambil oleh anak tempatan iaitu, En. Teoh Teik Lee. Pada tahun
1958, bahagian Penguasa Pendidikan Jasmani dipindahkan kepada Bahagian Nazir Sekolah-sekolah dan
juga disatukan dengan Bahagian Latihan Guru. Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani IPSI dikekalkan
dalam tahun 1950-an dengan beberapa penyesuaian dan pindaan.

-Pada tahun 1960, B.E Chamber diganti oleh E.D Clay sebagai Nazir Sekolah-sekolah Persekutuan,
Bahagian Pendidikan Jasmani. Sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dikaji semula dan wujudlah
sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan pada tahun 1966.
Kursus tambahan, satu tahun Pendidikan Jasmani diadakan di Maktab Perguruan Ilmu Khas pada tahun
1960. Kemudian, diikuti dengan kursus tambahan untuk guru-guru perempuan dalam tahun 1961. Pada
tahun 1971, sukatan pelajaran disemak semula,kemudiaanya sukatan itu dikeluarkan dalam 2 bahasa
iaitu Melayu dan Inggeris. Sukatan ini lebih dinamik dan berkesan kerana memberatkan kepada
kesan,pergerakan dan kemahiran. Dimasukkan juga aspek-aspek moden seperti tarian moden atau
tarian pendidikan dan gimnastik untuk perempuan.

Вам также может понравиться