You are on page 1of 1

Kek Gulung Kasih

bahan-bahan :

70 g tepung gandum (diayak)


1 sudu besar susu tepung
3 biji telur A
60 g gula kastor
60 ml minyak masak sayuran/minyak jagung
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu kecil ovalette
Pewarna merah, hijau dan kuning

cara-cara :
1.
2.
3.
4.
5.

6.

7.
8.
9.
10.

Panaskan oven 170-180C. Seperti biasa, sediakan loyang swiss roll. Alaskan dengan
baking paper. Sapukan dengan sedikit mentega.
Satukan kesemua bahan di atas (kecuali minyak dan pewarna) di dalam mangkuk
adunan, kemudian putar hingga gebu.
Setelah itu, tuangkan minyak masak/minyak jagung sedikit demi sedikit dan kacau
sebati dengan senduk kayu atau rubber spatula.
Ambil 4 sudu besar untuk setiap adunan yang diwarnakan merah, kuning dan hijau.
Tuangkan adunan yang kosong di dalam loyang pembakar dan ratakan. Kemudian,
tompok-tompokkan adunan merah, hijau dan kuning di atasnya (rujuk gambar di
bawah). Tak perlu ditekan atau diratakan. Tetapi kalau hendak buat corak pun boleh
juga.
Kemudian bakarlah hingga keperangan selama lebih kurang 20 minit. (DJ guna suhu
180C dan bakar kek selama 17 minit sahaja). Kepanasan suhu bergantung pada jenis
oven masing-masing.
Setelah masak, keluarkan terus dari oven dan terbalikkan kek dan sejukkan sebentar.
Kemudian sapukan dengan jem/krim mengikut citarasa sendiri.
Gulung kek dengan kemas.
Bolehlah dipotong dan dihidangkan.