Вы находитесь на странице: 1из 2

CABARAN GURU MENGAJAR PELAJAR KV

7. Dari segi beban mengajar tidaklah begitu berat. Pelajar rata-rata berkeupayaan
sederhana dan sekurang-kurangnya sudah terpilih. Jadi, tahap sikap dan disiplin masih
boleh dikawal. Adalah tidak dinafikan masalah tetap wujud tetapi tidak begitu teruk
berbanding yang seperti yang diceritakan oleh rakan-rakan guru saya di sekolah
menengah kebangsaan~Pelajar ponteng, lawan guru, gelaran tidak elok, merosakkan
kenderaan guru dan lain-lain lagi.
8. Disebabkan mereka pelajar berkeupayaan sederhana, maka sikap mereka
kebanyakannya perlu disuap dan ditegur selalu. Cabaran mengajar juga adalah
sederhana kerana pelajar kebiasaannya pasif.

9. Akhir-akhir ini, BPTV telah menaik-taraf semula pendidikan vokasional dengan


menawarkan pengajian peringkat diploma di kolej vokasional. Pada mulanya, masih
terdapat keraguan, kelemahan yang menyebabkan saya tidak begitu optimis dengan
program ini. Namun, lama-kelamaan saya mendapati sistem semakin ditambah-baik
dari masa ke masa. Saya percaya dalam tempoh 4-5 tahun skali gaji pensyarah turut
ditingkatkan bersesuaian dengan program yang ditawarkan. Sehingga kini, telah wujud
perjawatan baru sehingga jawatan Pengarah pada Gred DG52.
10. Selain daripada itu, keadaan sistem kami yang separa sekolah dan separa kolej
mengecualikan kami dari bebanan Penilaian Berasaskan Sekolah, Sistem Analisis
Peperiksaan Sekolah dan bermacam-macam lagi program yang bagi saya perlu
dihapuskan bagi penyesuaian sistem kolej. Sebagai contoh, semakan kehadiran oleh
guru tingkatan.
11. Sistem kolej kami mengikut semester dan kredit jam. Sekarang kami tidak akan lagi
dilibatkan dengan pengawasan SPM dan mungkin juga dikecualikan daripada aktviti
sukan peringkat daerah. Pertandingan hanyalah melibatkan sesama kolej vokasional.
12. Dengan keadaan sekarang, berada di kolej vokasional menjadi pilihan keutamaan
saya. Sekiranya saya berpindah, saya tetap akan memilih kolej vokasional. Saya tidak
akan memilih SBP kerana tuntutan akademik dan jangkaan ibu bapa yang tinggi. Saya

juga tidak akan memilih SMK kerana nisbah guru-murid yang tinggi menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran kurang berkesan.

Вам также может понравиться