Вы находитесь на странице: 1из 16

FAKULTI:

PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL

PROGRAM:
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (KEPUJIAN) PENDIDIKAN AWAL
KANAK-KANAK

KURSUS:
ECS 2123 BIMBINGAN DAN KAUNSELING

TAKE HOME TEST

NAMA

: SYAZWANI ASHIQIN BINTI ABD RAZAK

NO.MATRIK

: 4133010251

KUMPULAN

: KOHORT 7 GROUP 1

NAMA PENSYARAH

: DAUT BIN YUSUP

1.Apa yang anda faham dengan kaunseling kelompok, kaunseling bimbingan dan
kaunseling psikoterapi?

Kaunseling merupakan satu proses pembetulan diri untuk berkembang secara biasa dengan
pertolongan pakar dan dapat pula menerima pengalaman yang belum pernah dilaui supaya dapat
disesuaikan dengan diri seseorang. Terdapat tiga jenis kaunseling iaitu kaunseling kelompok,
bimbingan dan psikoterapi.

Kaunseling kelompok merupakan satu pendekatan dinamik dan berkesan bagi kaunselor yang
terlatih dalam proses membantu klien dalam menyelesaikan masalah yang sama dalam satu
masa, dan isu permasalahan yang dihadapi adalah isu yang normal. Kaunseling kelompok juga
dinamakan sebagai suatu hubungan antara seorang individu dengan individu lain dalam satu
kelompok yang menfokuskan aspek permasalah yang sama dalam konteks tingkahlaku dan
terdapat penglibatan fungsi- fungsi terapi atau pemulihan. Pemilihan ahli-ahlinya adalah
berbentuk sukarela. Menurut salah seorang tokoh kaunseling iaitu Carl Rogers (1970), beliau
mendefinisikan kaunseling kelompok sebagai orientasi permasalahan dan proses pemulihan
dalam usaha merasionalkan seseorang mengikut kehendak ramai. Selain itu, kaunseling
kelompok juga merupakan salah satu proses membantu seseorang klien menyesuaikan diri
dengan hal sehariannya dari aspek tingkah laku, perhubungan peribadi, nilai diri, sikap serta
permilihan kerjaya yang bersesuaian dengan kemahiran yang dimiliki oleh individu berkenaan.

Manakala kaunseling bimbingan pula bermaksud proses professional yang sistematik bagi
menolong individu melalui prosuder pendidikan, dan membuat interpretasi untuk memahami
ciri-ciri dan potensinya sendiri dengan lebih baik lagi, serta untuk menghubungkan dirinya
dengan lebih baik lagi dengan keperluan, dan peluang sosial mengikut nilai-nilai sosial dan
moral. Disamping itu, fokus bimbingan haruslah individu, bukannya masalah yang dihadapi oleh
individu itu semata-mata. Fokus bimbingan ialah individu tersebut, bukan masalahnya. Tujuan
bimbingan ialah untuk meningkatkan perkembangan individu tersebut untuk arahan kendiri.
Secara ringkasnya kaunseling bimbingan ini adalah cara untuk membantu individu itu
memahami diri dan dunia mereka sendiri.

Kaunseling psikoterapi pula ialah merupakan proses membantu individu yang mempunyai
masalah psikologi yang serius dan intrapersonal. Kebiasaannya proses psikoterapi mengambil
masa yang lebih lama. Contohnya seorang individu mempunyai masalah hati, kehilangan orang
yang paling disayangi. Individu tersebut menjadi murung, tidak bercakap dan asyik berkurung
dalam bilik. Masalah seperti ini memerlukan proses psikoterapi kerana berkaitan dengan masalah
jiwa yang agak berat untuk dipulihkan.

2. Apa yang anda faham dengan kemahiran teknik kesenyapan (silence technique)

Sebagai seorang kaunselor yang professional, terdapat beberapa kemahiran yang perlu dikuasai
iaitu kemahiran membina hubungan, kemahiran memberi perhatian, kemahiran mendengar
dengan aktif, kemahiran dorongan minima, kemahiran menyoal iaitu soalan terbuka dan tertutup,
kemahiran menjawab, kemahiran memparafrasa, kemahiran kesenyapan, kemahiran refleksi,
kemahiran kemahiran konfran, kemahiran minta penjelasan, kemahiran membuat interpretasi dan
juga kemahiran merumus.

Kemahiran kesenyapan ataupun silence technique bermaksud kaunselor perlu bijak ketika sesi
kaunseling berlangsung. Kaunselor perlu tahu bila masa yang tepat untuk bercakap ketika klien
sedang bercerita. Sekiranya klien terdiam dalam jangka masa yang lama , kaunselor perlu bijak
untuk memulakan semula. Kaunselor perlu menanyakan soalan yang sesuai dengan keadaan
klien tersebut. Kesenyapan merupakan sesuatu perkara yang baik, kerana ia membuka ruang
kepada kaunselor dan klien memikirkan sesuatu sama ada tindakan ataupun hujah yang
diperlukan bagi memikirkan jalan penyelesaian untuk permasalahan tersebut. Ia juga dapat
memberi ruang kepada klien untuk bertenang sebelum menyambung semula cerita yang
dikongsi.

3. Apa yang anda faham dengan kemahiran soalan tertutup dan terbuka.

Kemahiran menyoal merupakan teknik yang paling banyak digunakan dalam sesi kaunseling.
Ianya kerana kemahiran ini merupakan cara yang paling mudah untuk mendapatkan maklumat
tentang klien. Soalan yang ditanya oleh kaunselor kepada klien selalunya kan terjawab. Oleh itu
mudah bagi kaunselor untuk membantu klien tersebut untuk mengatasi masalah yang dihadapi.

Kemahiran menyoal dalam kaunseling terbahagi kepada dua iaitu kemahiran soalan tertutup dan
terbuka. Soalan tertutup merupakan soalan yang mempunyai jawapan yang khusus. Soalan yang
lebih spesifik, yang lebih terperinci dan terhad kepada beberapa perkataan sahaja kerana
memerlukan satu jawapan sahaja. Contohnya, awak sihat hari ini ? Adakah awak ke sekolah hari
semalam ? Tujuan soalan tertutup ini adalah untuk mendapat kepastian sesuatu fakta dan
maklumat yang khusus. Selain itu, soalan tertutup ini mengehadkan klien daripada tidak berhenti
bercakap dan bercerita. Ia juga bertujuan untuk membantu kaunselor berfikir sejenak tentang
teknik dan kaedah yang perlu digunakan agar sesuai dengan masalah yang dihadapi klien.

Manakala soalan terbuka pula adalah bertujuan menjemput perbincangan, penjelasan dan huraian
yang panjang lebar. Ia tidak memerlukan jawapan yang khusus. Soalan terbuka ini dapat
menimbulkan rasa selesa pada diri klien dan rasa diterima. Matlamat bertanyakan soalan terbuka
adalah untuk menggalakkan penerokaan dan pengembangan kepada perkara yang sedang
dirundingkan. Selain itu, soalan terbuka dapat memberi ruang kepada klien untuk meluahkan
perasaannya mengikut cara tersendiri. Oleh itu klien lebih dapat mengawal perundingan. Soalan
terbuka juga membolehkan klien memberi maklumat tanpa menimbulkan rasa defensif dan
membolehkan klien mengeluarkan pendapat sendiri.

5. Kemurungan dan kaedah pemulihan.

Kemurungan adalah kesedihan. Kesedihan adalah emosi normal bila seseorang menghadapi
peristiwa yang tidak menggembirakan. Kemurungan boleh menjadi penyakit jika terlalu serius
atau terlalu lama hingga menjejaskan keupayaan seseorang menjalani aktiviti harian.
Kemurungan adalah sesuatu yang biasa berlaku. Kemurungan menyebabkan seseorang itu lebih
berkemungkinan mengalami kemalangan. Kemurungan memberi kesan terhadap keyakinan dan
merendahkan jati diri seseorang. Ia mengurangkan keupayaan seseorang untuk melaksanakan
tanggungjawabnya.

Tanda-tanda individu yang mengalami kemurungan ialah mengalami perubahan perasaan sedih
yang berpanjangan melebihi dua minggu. Selain itu , individu tersebut turut mengalami
gangguan terhadap fungsi kognitif seperti berasa putus asa, tidak mempunyai harapan,berasa
bersalah, tidak berharga, tidak bermaya,fikiran ingin membunuh diri, hilang keseronokan dan
hilang tumpuan dalam melakukan sesuatu. Individu yang mengalami kemurungan juga akan
hilang selera untuk makan, lemah tidak bermaya, terlampau ikutkan perasaan dan sentiasa
berfikiran negatif.

Individu yang mengalami masalah ini perlu diberikan rawatan psikoterapi iaitu perlu menjalani
beberapa proses pemulihan. Terdapat beberapa terapi yang perlu dijalani iaitu.
Pharmacotherapy, terdapat banyak ubat-ubatan anti kemurungan pada masa sekarang. Ubatubatan ini membantu merubah perasaan dan membuatkan seseorang itu lebih bersedia menerima
lain-lain rawatan. Selain itu, terapi Psychological Ianya meliputi psikoterapi dan kaunseling
untuk membuatkan seseorang itu memahami dirinya dan menemui kemahiran dalam
menyelesaikan masalah bagi mengatasi tekanan yang dihadapinya. Kemudian, Terapi Kognitif,
terapi ini membantu mengubah cara pemikiran dan menerima peristiwa yang berlaku di
sekelilingnya dan membantu mencapai pemahaman yang lebih baik terhadap maksud kejadian
itu kepadanya dan meminimakan kesan disebalik kejadian itu.

Terapi Berkumpulan ,ianya melibatkan perjumpaan satu kumpulan orang yang mempunyai
masalah yang sama seperti pesakit yang mengalami kemurungan, duduk bersama berbincang
pengalaman, kesukaran dan cara mereka mengatasi masalah tersebut. Akhir sekali ialah Terapi
Electro-Convulsive Cara ini boleh dilakukan kepada mereka yang tidak menunjukkan sebarang
perubahan selepas dos yang sesuai dan tempoh rawatan ubat anti kemurungan. Ia juga boleh
digunakan bila perubahan segera diperlukan contohnya dalam situasi mengancam nyawa atau
dalam masa selepasbersalin dimana bayi memerlukan penyusuan dan penjagaan ibu dan bagi
pesakit yang tahap pemikiran membunuh diri yang tinggi.

Manakala pemulihan pula ialah ,setelah tanda-tanda penyakit dapat dikawal dengan mengambil
ubat secara teratur, satu plan pemulihan yang lengkap dan komprehensif harus diatur supaya
pesakit dapat kembali berfungsi di dalam masyarakat seperti sediakala. Setiap Jabatan psikiatri di
setiap hospital-hospital besar seluruh negara mempunyai unit pemulihan carakerja dengan
kakitangan terlatih bagi membantu anda pulih sepenuhnya dari penyakit anda. Sebahagian
daripada pusat-pusat kesihatan sudah dilengkapi dengan unit pemulihan psikososial di dalam
komuniti bagi membantu pesakit pulih dari penyakit dan mengembalikan keyakinan diri untuk
berkerja dan berinteraksi dengan masyarakat.

6. Proses kaunseling mempunyai 7 fasa. Terangkan.

Proses kaunseling bermula dengan fasa pertama, prasesi iaitu kaunselor perlu sedar tentang
klien yang datang ke sesi kaunseling iaitu sama ada secara sukarela, dirujuk dan rela dan dirujuk
dan tidak rela.Apabila klien datang untuk temu janji, kaunselor perlu mengumpul maklumat atau
mendapatkan profil ringkas dari klien untuk memudahkan kaunselor membentuk hubungan yang
diperolehi terlebih dahulu akan membantu kaunselor dari segi penyediaan mental.
Fasa kedua pula ialah membina hubungan. Membina perhubungan merupakan langkah yang
paling awal dalam sesi kaunseling. Tujuannya adalah untuk membina perhubungan yang mesra,
saling mempercayai dan rasa selamat antara kaunselor dan klien supaya klien sedia berbincang.
Tahap ini termasuklah memberi perangsang kepada klien agar sentiasa tenang dengan
memberikan tanggapan pertama yang positif. Kaunselor mesti membina suasana sekeliling dan
tingkah laku yang meyakinkan dan menunjukkan kemesraan. Dalam kemahiran ini terdapat
beberapa sub kemahiran asas seperti membina suasana alam sekeliling, suasana terapeutik,
ruang untuk berkomunikasi, penampilan diri, ekspresi muka, kontak mata, pergerakan tangan
dan kaki, nada suara, senyuman dan akhir sekali cara cara duduk dalam kaunseling.
Fasa ketiga pula iaitu meneroka dan menganalisis masalah. Bahagian penerokaan ini adalah
penting dalam proses kaunseling. Penerokaan perlu dilakukan dengan teliti. Memang benar,
masalah klien perlu diterokai dan dianalisis dengan lebih objektif. Semasa menoraka masalah
klien, kaunselor tidak boleh mengabaikan diri klien kerana klien dan masalahnya adalah berkait
rapat. Sukar bagi kaunselor untuk memahami masalah klien tanpa mengenali siapa klien itu
sebenarnya. Adalah menjadi tugas kaunselor untuk membantu klien mengenali dirinya.
Kekusutan yang dialami oleh klien banyak berpunca dari kekaburan tentang siapa diri klien itu
yang sebenarnya. Penerokaan yang dilakukan dari segi ke sesi perlu bergerak dari permukaan
kepada tahap yang lebih mendalam. Ini kerana manusia adalah kompleks dan sukar untuk
memahaminya dalam jangka masa pendek. Kompleksiti masalah berkait rapat dengan
kompleksiti manusia. Lagi kompleksiti manusia itu, lagi kompleks masalahnya. Kaunselor perlu
sedar bahawa klien memiliki banyak maklumat tentang dirinya. Penerokaan yang teliti akan
memberi peluang kepada kaunselor untuk mengumpul maklumat tentang klien. Kaunselor akan
mengalami kerumitan jika dia tidak mempunyai banyak maklumat tentang klien.

Fasa keempat ,mengenal pasti punca masalah. Klien perlu mengenal pasti punca masalahnya.
Intervensi atau proses intervensi sukar dijalankan sekiranya klien tidak pasti tentang masalah
yang dihadapinya. Adalah sukar bagi kaunselor dan klien untuk menentukan matlamat
kaunseling buat diri klien jika klien kabur tentangpunca masalahnya. Selepas klien mengenal
pasti masalahnya, barulah kaunselor dan klien boleh memfokus kepada pembentukan matlamat
kaunseling untuk klien. Matlamat kaunseling adalah penting untuk menentukan hala tuju proses
kaunseling atau destinasi untuk klien. Klien sering mengalami kekeliruan antara punca utama
masalah dan punca sampingan masalah. Tidak mustahil bagi klien untuk mengandaikan punca

sampingan masalah. Apabila ia berlaku, klien membazir tenaga dengan memfokus kepada
perkara yang remeh-temeh.
Pembentukan matlamat kaunseling merupakan perkara yang perlu diberi perhatian selepas
kaunselor dan klien mengenalpasti masalah. Matlamat kaunseling akan menjadi panduan kepada
kaunselor untuk mencari fokus dalam proses kaunselin. Matlamat kaunseling akan membuka
perbincangan antara kaunselor dan klien. Seterusnya, perbincangan ini akan mambantu klien
memilih jalan yang paling sesuai untuk dirinya.

Fasa kelima, mengambil tindakan. Pilihan atau alternatif yang telah dipilih perlu disusuli dengan
tindakan. Dalam proses kaunseling, kaunselor perlu menerokai tindakan-tindakan yang bakal
diambil oleh klien untuk memastikan klien benar-benar tahu apa yang akan dilakukan. Kejayaan
klien akan dimanifestasikan oelh tindakannya. Klien belum berjaya jika dia masih berada pada
tahap ingin bertindak tetapi masih tidak bertindak.

Fasa keenam menamatkan sesi. Semua sesi kaunseling perlu ditamatkan. Ia dibuat semasa setiap
sesi atau setelah satu permasalahan dapat diuruskan. Ada beberapaa elemen yang perlu diambil
kira semasa membuat keputusan untuk menamatkan sesi atau proses kaunseling. Kaunselor perlu
menilai kemajuan atau perkembangan diri klien. Di antara kejayaan sesuatu kaunseling ialah
apabila klien membuat keputusan dan tanggungjawab keatas keputusannya. Ini bermakna
sekiranya keputusan yang diambil tidak menghasilkan sesuatu yang positif, klien
bertanggungjawab dan mempu mengatasi masalah yang timbul. Lazimnya, klien membawa
beberapa masalah ke sesi kaunseling. Apa yang penting ialah kaunselor memfokuskan kepada
masalah utama yang sering dan senantiasa menganggu klien. Tidak bermakna setiap masalah
yang dibawa oleh klien perlu diterokai. Jika sesi atau proses kaunseling berjaya, klien sudah
mampu mengatasi rangkaian masalah yang lain. Elemen penting ialah klien memeliki kesedaran,
ilmu pengetahuan atau kebijaksanaan dan kemahiran untuk mengatasi.

Fasa ketujuh ,Susulan. Dalam proses kaunseling, ada sesetengah kes yang , memerlukan
khidmat susulan. Lazimnya, ia melibatkan kes dadah atau pemulihan akhlak di mana kemajuan
diri klien perlu dipantau dengan rapi oleh kaunselor. Apabila klien telah menunjukkan kemajuan
diri dan kaunselor berpuas hati dengan kemajuan tersebut, kedatangan klien untuk khidmat
susulan bolehlah dijarakkan. Apabila klien telah menunjukkan kemajuan diri yang paling baik,
kaunselor perlu menamatkan khidmat susulan ini. Ini bermakna klien mampu berdikari dan tidak
membahayakan diri sendiri atau orang lain.

7. Perbezaan kaunselor dan psikoterapi. Bincangkan.

Kaunselor

Psikoterapi

Kaunselor, seorang yang profesional dan Psikoterapis, Terapis, Seorang yang


terlatih dalam bidang berkenaan
profesional dan terlatih dalam bidang
berkenaan

Menguasai kemahiran menyoal, kemahiran


berkomunikasi,
kemahiran
melakukan
dorongan minima, kemahiran memparafrasa,
kemahiran membuat klarifikasi, kemahiran
membina hubungan, kemahiran meneroka,
kemahiran berempati, kemahiran menghadapi
kesenyapan, kemahiran mengetahui teori dan
teknik-teknik kaunseling.

Merawat pesakit menggunakan kaedah


psikologi disamping ubat-ubatan, klien yang
menghadapi
masalah
yang
serius,
berlandaskan etika, mempunyai proses, teori
sebagai
garis
panduan
pelaksanaan,
menggunakan
kemahiran-kemahiran
kaunseling

Menggunakan beberapa jenis pendekatan iaitu Membantu pesakit mengenali dan memahami
pendekatan krisis, pemulihan, pencegahan masalah yang menyebabkan kecelaruan jiwa
dan perkembangan. Kaunseling juga melihat yang sedang mereka alami
dan
menitikberatkan
kepada
bidang
psikososial, kognitif, afektif, fizikal, seksual,
vokasional dan kerjaya. Dalam menjalankan
sesi kaunseling terdapat juga beberapa proses,
teknik dan kemahiran yang digunakan
berdasarkan
kepada
teori-teori
yang
diperkenalkan oleh pelopor-pelopor barat

Menggunakan dadah dan ubat-ubatan untuk


merawat dan meredakan penyakit mental di
samping menjalankan penyelidikan dalam
bidang tersebut dengan menggunakan kaedah
psikoterapi

8. Nyatakan konsep A-B-C-D-E dalam pendekatan RET.

Merujuk kepada pendekatan teori ini adalah Terapi A-B-C-D-E yang mana merupakan suatu
teori yang mempunyai kelainan dengan teori-teori yang lain terutamanya Teori Psikoanalisis,
Teori Pemusatan Insan, Gestalt dan lain-lain lagi. Ini disebabkan oleh teori ini mementingkan
tiga aspek utama iaitu kognitif, emosi dan aspek tingkah laku. Teori ini memberi penekanan
kepada pemikiran, penganalisaan, penilaian, perlakuan dan membuat keputusan. Pendekatan
teori ini bercorak deduktif atau mengajar, mengarah dan mengutamakan kepada pemikiran
daripada kepercayaan yang tidak rasional.

A ialah penggerak pengalaman activating experience atau peristiwa, faktor sikap atau tingkah
laku yang dialami oleh seseorang. Misalnya gagal dalam ujian. Ataupun contoh lain Seseorang
yang mengalami kesedihan selepas diceraikan oleh suaminya. Kesedihan terjadi bukan kerana
penceraian yang menyebabkan kesdihan tetapi kepercayaan individu itu tentang kegagalan
kerana ditolak atau kehilangan pasangannya.

B ialah sistem kepercayaan yang dianuti oleh seseorang persons belief system. Misalnya, saya
tidak kelihatan cantik atau hodoh .

C ialah akibat consequence iaitu hasil daripada penilaian oleh B akan A dan ditafsirkannya.
Misalnya, sentiasa keadaan muram dan tidak bersemangat.

D ialah kaedah-kaedah untuk berhujah, mengajar, mencabar dan memperbetulkan sistem


kepercayaan yang tidak rasional yang menyebabkan individu itu mengalami suatu reaksi emosi
yang tidak rasional. Misalnya, Saya tidak mahu kamu yang menyebabkan saya mengalami
kerugian besar dalam hidup saya.

E ialah menjadi normal dan mempunyai sistem kepercayaan dan penilaian yang rasional dan
positif. Misalnya Saya rasa gembira.

9. Berikan halangan-halangan komunikasi dalam kaunseling

Terdapat lima halangan dalam komunikasi interpersonal iaitu halangan fizikal, halangan
psikologikal, halangan persekitaran, halangan social dan halangan bahasa. Halangan fizikal
merupakan benda-benda fizikal yang menganggu proses komunikasi seperti tempat perjumpaan
yang tidak selesa, bunyi telefon ataupun bunyi laluan keretapi akan menyebabkan maklumat
yang penting terhilang. Contohnya, keadaan bilik kaunseling yang terlalu panas atau sejuk akan
menyebabkan kaunselor dan klien berasa tidak selesa lalu menghalang keberkesanan proses
kaunseling.

Halangan persekitaran merujuk kepada aktiviti-aktiviti sekeliling mempengaruhi corak dan


kemahiran interpersonal dalam proses kaunseling. Sebagai contoh, persekitaran yang bising
mempengaruhi proses bimbingan dan kaunseling dijalankan dengan berkesan. Tambahan pula,
persekitaran yang menggalak tingkah laku sosial pasif, persekitaran di mana murid-murid
disuruh membuat kerja sekolah yang terlalu sukar juga mengakibatkan halangan proses
komunikasi yang berkesan.

Kaunselor juga perlu mengambil berat keperluan sosial dan corak komunikasi yang berlainan
terhadap kumpulan sosial yang berlainan kerana mereka mempunyai adat, peraturan,
kepercayaan, latar belakang dan pendidikan yang berbeza. Justeru itu, kaunselor perlu
menghormati, memuji budaya dan peka kepada adat resam klien-kliennya yang berbeza dengan
menggunakan perkataan, ekspresi yang tepat supaya halangan sosial dapat dielakkan.

Kelancaran bahasa sangat penting semasa dalam sesi bimbingan dan kaunseling. Jika seseorang
kaunselor tidak mengamalkan kelancaran bahasa, kliennya mungkin berasa kekeliruan ataupun
maklumat tidak disampaikan dengan jelas. Ini akan menjadi salah satu halangan komunikasi
semasa dalam proses bimbingan dan kaunseling.

10. Kelompok homogen dan hetrogen. Jelaskan.

Kelompok homogen bermaksud struktur sosial di mana unsur-unsur didalamnya mempunyai


pengaruh yang sama terhadap dunia luar. Golongan homogen juga boleh diklasifikasikan dalam
struktur minat yang sama seperti hobi dalam melakukan sesuatu. Dalam kaunseling kelompok
homogen bermaksud sekumpulan individu yang mempunyai masalah yang sama dengan individu
yang lain. Oleh itu kaunselor boleh menjalankan sesi terapi berkumpulan mengikut homogen
permasalahan yang sama. Contohnya permasalahan tentang isu pembelajaran. Permasalahan ini
kebiasaanya dihadapi lebih dari 3 orang pelajar.

Kelompok heterogen pula bermaksud struktur sosial yang unsur-unsur di dalamnya tidak
mempunyai kedudukan yang sama dalam memberi pengaruh ke dalam dan ke luar. Dalam
lingkungan kaunseling, kelompok heterogen merupakan individu yang mempunyai permasalahan
yang berbeza-beza. Oleh itu kaunselor perlu menjalankan sesi kaunseling individu kepada
individu yang memerlukan.

Kaunselor perlu bijak dalam menganalisis jenis kelompok individu supaya mudah bagi kaunselor
memilih teknik dan kemahiran yang manakah yang perlu digunakan dalam menjalankan sesi
kaunseling dengan lancar.

11. Terangkan teori pemusatan klien.

Teori pemusatan klien berasaskan konsep psikologi kemanusiaan. Rogers (1942) membuat
andaian bahawa manusia ialah individu yang boleh dipercayai, mempunyai potensi untuk
memahami diri mereka sendiri dan menyelesaikan masalah sendiri tanpa campur tangan daripada
ahli terapi. Mereka boleh menggalakkan perkembangan diri mereka jika mereka menjalani
hubungan teraputik yang khusus. Pada peringkat awal lagi Rogers menekankan pentingnya sikap
dan ciri-ciri yang perlu dimiliki oleh seorang ahli terapi dan hubungan antara klien dengan ahli
terapi yang berkualiti sebagai asas penting bagi menentukan kejayaan dan keberkesanan proses
kaunseling yang teraputik. Seterusnya, beliau menegaskan bahawa perkara lain yang perlu
dimiliki oleh ahli terapi ialah pengetahuan daripada aspek teori dan penguasaan teknik yang
teraputik.

Teori ini adalah tentang pandangan mengenai sifat manusia. Beliau telah memperkenalkan teori
umum bahawa kepercayaan asas tentang kebolehan klien untuk bergerak ke hadapan dalam
keadaan yang membina jika terdapat suasana yang menggalakkan perkembangan. Beliau percaya
bahawa jika seseorang itu mendapati teras dan kekuatan dalam dirinya maka orang tersebut dapat
menemui kepercayaan di dalam diri. Ini merupakan tumpuan utama cirri-ciri positif di dalam
diri. Terdapat tiga sifat, iaitu .Kongruens (Keikhlasan dan ketulenan) ,Penerimaan tanpa syarat
(sedia menerima dan mengambil berat),Empati (kebolehan menyelami secara mendalam
perasaan orang lain.

Keikhlasan diri dan kongruens


Sikap kongruens merupakan sikap yang paling penting. Kongruens bermaksud hubungan ahli
terapi dan ahli klien yang tulen semasa sesi kaunseling dan bersungguh-sungguh mahu memberi
tumpuan kepada masalah yang dihadapi. Ahli terapi perlu mempunyai sifat ikhlas dan tidak
berpura-pura. - Ahli terapi yang kongruen mampu untuk meluahkan perasaan secara sukarela dan
ikhlas sama ada perasaan marah, kecewa, dan sebagainya tetapi tidak terlalu keterlaluan.

Penerimaan tanpa syarat.


Sikap ini dapat menentukan rasa selesa pada diri klien. Diri klien dapat diterima oleh ahli terapi
dengan sebenar-benarnya sama ada baik atau buruk tanpa mengenakan syarat. Sikap peka dan
ambil berat tentang masalah yang diluahkan oleh klien memberi peluang kepada klien untuk

bebas meluahkan perasaannya. - Semakin mendalam perasaan ambil berat, penerimaan nilai
terhadap klien maka peluang perubahan pada diri klien semakin baik.

Empati .

Ahli terapi hendaklah berusaha keras untuk merasai pengalaman secara subjektif .Empati ini
dapat menggambarkan bahawa ahli terapi dapat memahami perasaan klien dan seolah-olah dia
juga merasakan apa yang dirasai oleh klien.Hasil empati akan menjadikan klien lebih yakin
kepada diri sendiri.Langkah-langkah empati ahli terapi kepada klien adalah :
i.

Memberi perhatian dan menghargai pengalaman kepada klien

ii.

Pengalaman klien diproses secara kognitif dan fizikal

iii.

Melihat pengalaman lampau klien dari sudut yang baru

iv.

Membaiki pandangan klien

v.

Memberi keyakinan kepada klien dalam membuat keputusan di masa depan

12. Terangkan teori RET.

RET dikenali sebagai Terapi A-B-C yang mana merupakan suatu teori yang mempunyai kelainan
dengan teori-teori yang lain terutamanya Teori Psikoanalisis, Teori Pemusatan Insan, Gestalt dan
lain-lain lagi. Ini disebabkan oleh teori ini mementingkan tiga aspek utama iaitu kognitif, emosi
dan aspek tingkah laku. Teori ini memberi penekanan kepada pemikiran, penganalisaan,
penilaian, perlakuan dan membuat keputusan. Pendekatan teori ini bercorak deduktif atau
mengajar, mengarah dan mengutamakan kepada pemikiran daripada kepercayaan yang tidak
rasional. Terapi ini yakin bahawa setiap individu mempunyai sistem kepercayaan yang tidak
rasional. Kepercayaan ini perlu dicabar dan diperbetulkan supaya dapat mewujudkan sistem
kepercayaan yang baik dan rasional.

Dalam konteks ini ia merupakan satu sistem pendidikan semula yang mengajar individu untuk
melihat semula sistem kepercayaan yang membuatkan dirinya menderita dengan menggantikan
semula dengan satu set kepercayaan yang membawa kesejahteraan dan kebahagiaan pada diri
seseorang individu dan seterusnya kepada orang yang signifikan dengannya. Prinsip terapi RET
boleh digunakan kepada masalah semasa, masalah yang lain dalam kehidupan dan juga masalah
yang mungkin dihadapi pada masa akan datang. Fokus prinsip ini adalah kepada pemikiran dan
tindakan, bukan hanya mengikut perasaan. Terapi ini dianggap sebagai satu proses pembelajaran
kerana fungsi kaunselor yang berbagai-bagai. Kadang kala kaunselor bertindak sebagai seorang
guru, yang memberi tugasan kepada pelajar iaitu klien dalam konteks terapi ini.

Terapi ini yakin bahawa setiap individu mempunyai sistem kepercayaan yang tidak rasional.
Kepercayaan ini perlu dicabar dan diperbetulkan supaya dapat mewujudkan sistem kepercayaan
yang baik dan rasional. Dalam konteks ini ia merupakan satu sistem pendidikan semula yang
mengajar individu untuk melihat semula sistem kepercayaan yang membuatkan dirinya
menderita dengan menggantikan semula dengan satu set kepercayaan yang membawa
kesejahteraan dan kebahagiaan pada diri seseorang individu dan seterusnya kepada orang yang
signifikan dengannya.

Prinsip terapi RET boleh digunakan kepada masalah semasa, masalah yang lain dalam kehidupan
dan juga masalah yang mungkin dihadapi pada masa akan datang. Fokus prinsip ini adalah
kepada pemikiran dan tindakan, bukan hanya mengikut perasaan. Terapi ini dianggap sebagai
satu proses pembelajaran kerana fungsi kaunselor yang berbagai-bagai. Kadang kala kaunselor

bertindak sebagai seorang guru, yang memberi tugasan kepada pelajar iaitu klien dalam konteks
terapi ini.

Вам также может понравиться