Вы находитесь на странице: 1из 5

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Perak Aman Jaya

Yang Berbahagia Cik Izziantee Binti Izahan


Penolong Pegawai Daerah, Pejabat Daerah & Tanah Selama

Yang Berusaha En. Roslan Bin Wan Teh


Yang Dipertua PIBG SK Rantau Panjang,

Yang Berusaha barisan Penolong Kanan SK Rantau Panjang,

Yang Berusaha barisan guru dan kakitangan SK Rantau Panjang selaku Jawatankuasa
Kerja Hari Anugerah Kecemerlangan 2014,

Seterusnya tuan-tuan dan puan-puan serta para pelajar yang cemerlang sekalian.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Pengerusi Majlis.

1. Alhamdulilah bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah
kurnia-Nya jua, kita semua dapat bersama-sama berada dalam

Majlis Hari

Anugerah Cemerlang SK Rantau Panjang bagi tahun 2014 yang penuh


bermakna ini. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada jentera jawatankuasa
kerja SK Rantau Panjang kerana berjaya menganjurkan program yang amat
bermakna pada hari ini sebagai memberi pengikhtirafan dan penghargaan
kepada anak-anak didik yang mendapat pencapaian yang cemerlang pada tahun
ini. Doa saya semoga penglibatan dan komitmen semua pihak sepanjang
program ini akan sentiasa mendapat manfaat, berkat dan rahmat di sisi-Nya.

2. Terlebih dahulu saya dengan ini mengalu-alukan kehadiran semua tetamu, ibu
bapa serta penjaga murid-murid SK Rantau Panjang dalam majlis yang amat
bermakna ini. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan saya titipkan buat Cik
Izziantee Binti Izahan, Penolong Pegawai Daerah, Pejabat Daerah & Tanah
Selama

kerana sudi bersama- sama hadir dalam majlis ini seterusnya akan

merasmikan majlis yang cukup istimewa pada hari ini. Kesudian puan untuk
sama-sama memeriahkan majlis pada hari ini amat bermakna kepada seluruh
warga SK Rantau Panjang.

Tuan-tuan dan puan-puan,

3. Sesungguhnya kita amat bersyukur

kerana hari ini merupakan hari yang

bersejarah dan amat bermakna bagi kita apabila anak-anak kita diberi anugerah
atas kecemerlangan pencapaian akademik mereka. Acara tahunan

ini

menunjukkan bahawa setiap usaha pasti akan membuahkan hasil dan


sewajarnya diberi pengiktirafan. Tahniah dan syabas kepada anak-anak didik
yang berjaya. Maka, di kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan tahniah
kepada semua murid-murid SK Rantau Panjang yang akan menerima hadiah
dan anugerah pada hari ini. Sesungguhnya majlis pada hari ini merupakan satu
usaha bagi memberi penghargaan dan pengikhtirafan kepada pelajar-pelajar
pendidikan khas yang amat istimewa ini. Semoga pengikhtirafan ini akan menjadi
pemangkin kepada anak-anak ini untuk terus maju di masa hadapan.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian

4. Setiap kejayaan pastinya memerlukan tenaga penggerak yang hebat. Di sebalik


kejayaan anak-anak kita pada hari ini pastinya terdapat insan yang
bertanggungjawab di atas segalanya usaha dan komitmen yang digembelingkan
bagi memastikan kejayaan dapat dikecapi oleh anak-anak didik kita pada hari ini.
Insan yang telah banyak berkorban masa, tenaga, dan wang ringgit serta
menjadi ibu bapa kedua untuk anak-anak kita di sekolah dalam usaha
2

merealisasikan memastikan kecermalangan menjadi milik anak-anak kita.


Sesungguhnya tidak akan ada yang mampu membalas segala jasa dan
pengorbanan insan yang bergelar guru yang tidak jemu berusaha demi anakanak didik tercinta.

Hadirin yang di hormati sekalian

5. Di sebalik peranan yang dimainkan oleh pihak sekolah amnya dan para guru
khasnya

dalam usaha ke arah kemenjadian anak-anak istimewa ini, tidak

dinafikan peranan ibu bapa dan waris juga merupakan salah satu tunjang
terpenting dalam usaha ini. Kolabarasi para ibu bapa bersama pihak sekolah
sewajarnya

dikukuhkan

lagi

dengan

meningkatkan

usahasama

dalam

melakarkan kejayaan anak-anak istimewa kita. Hasil pemuafakatan jitu yang


terbina antara pihak sekolah dengan ibu bapa inilah yang membawa kepada
kejayaan anak-anak kita pada hari ini.

6. Sesungguhnya, dalam usaha merealisasikan cita-cita ke arah wawasan negara,


kita dihadapkan dengan pelbagai cabaran dalam menerajui generasi masa kini
serta cabaran dalam dunia pendidikan yang semakin rencam. Namun kita
seharusnya tidak goyah dengan cabaran dan rintangan ini. Justeru, sebagai ibu
bapa kita perlulah mengorbankan masa dan tenaga, malah wang ringgit dalam
merencana perancangan yang lebih strategik bersama pihak sekolah bagi
mencari jalan penyelesaian, agar dapat membentuk yang cemerlang, gemilang
dan terbilang seiringnya pembangunan dan kemodenan negara khususnya
seterusnya sehala dengan kepesatan dunia amnya.

Sidang hadirin sekalian,

7. Dalam memastikan kejayaan dan kemenjadian murid di kalangan anak-anak di


hadapan kita ini dapat dicapai, aspek prasarana dan persekitaran pembelajaran
yang kondusif menjadi antara faktor utama yang perlu diberi perhatian.
Alhamdulillah sehingga ke hari ini ada saja pihak yang sudi sama-sama
berusaha meningkatkan aspek prasarana dan persekitaran sekolah dengan
memberi sumbangan dalam berbagai bentuk. Namun, masih terdapat lomponglompong kekurangan pada prasarana dan persekitaran sekolah yang masih perlu
diberi perhatian untuk diperbaiki dan dinaiktarafkan. Justeru, dalam kesempatan
ini saya ingin memohon sekiranya ada pihak yang sudi memberi sumbangan
terhadap usaha-usaha kami dalam menaiktaraf prasarana dan persekitaran
sekolah ini.

Sidang hadirin yang saya hormati sekalian,

8. Antara yang menjadi impian dan hasrat kami ialah, yang pertamanya kami
berhasrat untuk membina sebuah pentas di tapak perhimpunan bagi memberi
suasana yang lebih berkesan semasa menjalankan perhimpunan mingguan dan
aktiviti-aktiviti lain di tapak perhimpunan SK Rantau Panjang. Keduanya, pihak
sekolah juga berhasrat membina sebuah garaj tambahan untuk kegunaan parkir
kenderaan para guru dan kakitangan. Selain daripada digunakan sebagai
ruangan parkir, garaj yang dibina nanti juga akan dapat digunakan untuk
menjalankan aktiviti-aktiviti murid yang bersesuaian contohnya semasa aktiviti
perkhemahan, hari keusahawanan dan sebagainya. Yang ketiga, kami juga
berhasrat untuk membina laluan pejalan kaki berbumbung yang menghubungkan
bangunan utama dengan bangunan di bahagian tengah yang menempatkan
kelas Tahun 1, Tahun 2 dan Bilik Akses. Laluan berbumbung ini diharapkan
dapat menyelesaikan masalah pergerakan guru dan pelajar terutamanya
sewaktu hari hujan. Laluan berbumbung ini juga diharapkan dapat meningkatkan
4

lagi keselamatan dan keselesaan murid-murid SK Rantau Panjang secara


amnya. Saya mewakili pihak warga SK Rantau Panjang mengharapkan agar
impian dan hasrat kami ini akan mendapat perhatian daripada pihak-pihak yang
sudi memberi bantuan dan sumbangan agar impian ini akan menjadi kenyataan
pada suatu hari nanti. Semoga dengan peningkatan prasarana dan persekitaran
sekolah, akan dapat meningkatkan pencapaian murid-murid SK Rantau Panjang
kesan daripada suasana pembelajaran yang lebih selesa dan kondusif

Sidang hadirin yang saya hormati sekalian,

9. Berdasarkan apa yang telah kita kecapi dan perolehi pada hari ini, besarlah
harapan saya agar ibu bapa dan guru-guru serta semua pihak dapat bergabung
tenaga bagi memastikan kejayaan anak-anak kita agar mampu menghadapi
kehidupan mendatang sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang
seimbang dan produktif. Tanpa kolaborasi yang kukuh di antara semua pihak,
apa yang kita miliki pada hari ini mungkin tidak dapat diurus dan digunakan
semaksima

mungkin.

Tanpa

pelaksanaan

yang

mantap,

usaha

untuk

membangunkan modal insan yang cemerlang dan berjaya mungkin tidak dapat
kita capai. Jadi, marilah kita sama-sama berganding bahu dan menggembeling
tenaga dalam mencapai hasrat yang murni ini.

10. Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan syabas kepada semua pihak atas
komitmen yang ditunjukkan. Kejayaan anak-anak kita pada hari ini adalah simbol
kerjasama, permuafakatan dan interaksi yang dijalinkan antara guru, kakitangan
sekolah, ibu bapa dan semua pihak. Mudah-mudahan semangat dan komitmen
yang tinggi akan dapat ditingkatkan lagi supaya SK Rantau Panjang akan
mencapai kejayaan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang di masa-masa yang
akan datang.

Sekian,

Wabillahi

Taufiq

Wal

Hidayah

Wassalamualaikum

Warahmatullahi

Wabarakatuh..
5

Вам также может понравиться