Вы находитесь на странице: 1из 3

ADAT PERKAHWINAN KAUM CINA

Merisik
Adat merisik dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang
dihajati. Masyarakat Cina terlalu mengambil berat tentang nama ,
keturunan, peribadi, watak dan tingkah laku si gadis. Ciri-ciri ini penting
untuk mewujudkan perkahwinan yang berkekalan. Cara merisik
terpulang kepada ibu bapa kerana pada lazimnya ibu bapa pihak lelaki
akan menanyakan kenalan dan rakan taulan yang kenal dengan
keluarga si gadis.

Pinangan
Ketika ibu bapa seorang anak lelaki menentukan bakal menantu
perempuan, mereka akan mencari tukang risik yang kerjanya adalah
untuk mengurangkan konflik kepentingan serta rasa malu ketika
membincangkan kemungkinan perkahwinan antara dua buah keluarga
yang biasanya tidak rapat atau langsung dikenali.

Pembandingan Hari Jadi


Jika keluarga bakal menantu perempuan tidak membantah terhadap
pinangan, tukang risik akan membandingkan hari jadi pasangan
tersebut. Jika pasangan itu adalah sesuai menurut astrologi Cina,
mereka akan meneruskan ke langkah yang berikut.

Harga pengantin perempuan (Hadiah Pertunangan)


Keluarga anak lelaki akan mengatur tukang risik untuk menyampaikan
harga pengantin perempuan (hadiah pertunangan), termasuk surat
pertunangan) kepada keluarga bakal pengantin perempuan.

Penyampaian Hadiah Perkahwinan


Hadiah perkahwinan berbeza-berbeza, bergantung kepada adat resam
tempatan serta kekayaan keluarga. Makanan dan makanan istimewa
merupakan hadiah yang biasa.

Pemilihan Hari Perkahwinan


Takwim Cina akan dirujuk untuk menetapkan hari yang bertuah.

Upacara Perkahwinan
Upacara terakhir ialah upacara perkahwinan sebenar yang menjadikan
pengantin perempuan dan pengantin lelaki sebagai suami isteri, dan
terdiri daripada beberapa bahagian yang teliti:

Perarakan Perkahwinan
Perarakan perkahwinan dari rumah pengantin perempuan bergerak ke
rumah pengantin lelaki. Perarakan itu terdiri daripada sebuah tandu
pengantin perempuan, sebuah pancaragam tradisional, sepasukan
pengapit pengantin perempuan (jika ada), serta hantaran kahwin
pengantin perempuan dalam bentuk wang.

Penyambutan Pengantin Perempuan


Perarakan perkahwinan berhenti di hadapan pintu rumah pengantin
lelaki. Terdapat upacara-upacara tertentu yang dipatuhi untuk
menyambut pengantin perempuan dan ahli-ahli perarakan ke dalam
rumah pengantin lelaki. Upacara-upacara tersebut berbeza-beza dari
tempat ke tempat.

Upacara Perkahwinan Sebenar


Sepadan dengan melafazkan ikrar perkahwinan di Barat, pasangan akan
memberi penghormatan-penghormatan kepada Syurga dan Bumi, ibu
bapa pengantin lelaki, serta antara satu sama lain.

Jamuan Perkahwinan
Dalam masyarakat Cina, jamuan perkahwinan dikenali sebagai x-ju
yang secara harfiahnya bermaksud "wain kegembiraan" dan kekadang
adalah jauh lebih penting daripada majlis perkahwinan pada dirinya.
Adanya juga upacara-upacara seperti menuang wain atau teh untuk ibu
bapa, pasangan, dan para tetamu.

Вам также может понравиться