Вы находитесь на странице: 1из 2

~ Petua Mencuci Hati ~ Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati.

Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara


bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh
pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah


salah satu kaedah yang sungguh berkesan.
Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan
hatiku bersih"

2) Istighafar keatas Nabi Muhammad s.a.w paling


minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu
pelaburan yang mudah dan murah. Disamping
dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah
rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan
semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat - Selain daripada memohon


keampunan, dapat mencuci hati dan
menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati


juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang,
terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah"
sebanyak 3X.

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari -


Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif -


Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri,
merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.
katakan lah "Aku sebenarnya... ... (perkara yang
elok-elok belaka)

7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada


waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata,
katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku,
cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria,
bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian
saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat
dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan
harinya - CUBALAH!!)

8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar


dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak
melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati
kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang


subahat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...


dsb), jangan dengar orang mengumpat.

Вам также может понравиться