Вы находитесь на странице: 1из 7

Wanita Hari Ini

    Bagaimana dengan imanmu hari ini? Semoga Allah senantiasa melimpahkan nur
iman ke dalam kalbumu.Sesungguhnya Allah telah menciptakanmu dengan sifat-
sifat yang sempurna.Tiada cacat celanya.Dikau dikurniakan dengan sifat lemah
lembut,kasih sayang,sifat keibuan,sensitif dan sifat malu. Itulah anugerah Allah SWT
kepadamu sebenarnya.
    Islam sangat menitikberatkan kaum hawa. Dijaga supaya maruah mu tidak
tergadai dan ciri-ciri kewanitaan mu terpelihara.Firman Allah SWT yang brmaksud:
"Wahai Nabi,katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-
isteri orang mukmin, 'Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya keseluruh tubuh
mereka'. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu
mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang."
(Al-Ahzab:59)
"Katakanlah kepada wanita yang beriman : "Hendaklah mereka menahan
pendangannya ,dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka
menampakkan perhiasannya ,kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan
hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya ,dan jangan lah
menampakkan perhiasannya,kecuali kepada suami mereka ,atau ayah merka,
atau ayah suami mereka..." (An-Nuur: 31)
    Begitulah Allah telah memfardhukan hijab untuk memelihara kaum wanita dan
mengawasi kesucian mereka dari pandangan-pandangan yang tidak sihat, dan jiwa-
jiwa yang sakit. Juga bertujuan untuk membezakan mereka dengan perempuan kafir
yang suka bertabarruj. "Tabarruj itu apa ye?"....Barang kali itulah yang terdetik di hati
kecilmu...
    Tabarruj ialah memperlihatkan kecantikan dan mempamerkan perhiasan
diri.Sikap ini biasanya dilihat dari solekan ,hiasan rambut yang menarik ,bau-bauan
minyak wangi ,serta perbuatan-perbuatan lain yang tujuannya untuk memikat hati
serta menarik perhatian selain dari suami sebagai tabarruj jahiliyyah.
Firman Allah SWT :".....dan janganlah kamu berhias dan bertingkahlaku seperti
orang-orang jahiliah dahulu..." (Al-Ahzab:33)
    Ingin ku ingatkan kepadamu juga..Sabda Rasulullah SAW: Wanita yang
memakai wangi-wangian,kemudian keluar dan melewati suatu kaum(laki-laki
ajnabi(asing) agar mereka mencium harum baunya,maka ia adalah perempuan
zina. dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah berzina. (HR Ahmad,
Tabarani, Baihaqi, dan Al-Hakim)
    Islam menegah tabarruj dan perbuatan menunjuk anggota-anggota yang
menimbulkan fitnah.Untuk memelihara kehormatan dan mengawasi kesucian mu.
Itulah Sebenarnya harga diri mu ,kehormatan dan kezucian...Begitulah Allah
memuliakan kaum mu dengan dengan jaket keselamatan ini.
    Sesungguhnya...muslimah yang berhijab itu...menunjukkan kebanggaan dan
izzah (kemuliaan) sebagai pemeluk Deenullah...menunjukkan kesungguhan dan
ketaatan sebagai hamba-Nya ..menunjukkkan penjagaan terhadap kehormatan dan
kesucian dirinya.
    Tidakkah kamu rasa sayang kepada Islam dan imanmu?
Sanggupkah kamu membiarkan dirimu menjadi bahan tontonan lelaki yang tidak
beriman? Peliharalah dirimu dengan sebaik-baiknya supaya tidak disentuh api
neraka.
"Hai orang-orang yang beriman masuklah kamu ke dalam Islam secara
keseluruhannya, dan jangan lah kamu turut langkah-langkah syaitan.
Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu." (Al-Baqarah: 208) 
Sayangilah dirimu sebagaimana Allah menyayangi dirimu

*berhijab:Menutup aurat dari pandangan yang haram mengikut syariat.

PENTARBIAHAN WANITA MENURUT ISLAM

    Sesungguhnya kejadian dan penciptaan wanita adalah seiring dengan penciptaan
kaum lelaki. Masing-masing berperanan sebagai Hamba dan Khalifah Allah di atas
muka bumi ini. Di dalam Al-Quran, penekanan langsung tentang pentarbiyahan
wanita adalah begitu banyak sekali, sehingga terdapat satu surah khusus untuk
wanita yang dikenali sebagai Surah Al-Nisa'. Maka , sewajarnyalah setiap individu
Muslimat menjadikan Al-Quran sebagai pedoman dalam menjalani kehidupan
seharia, agar mereka sentiasa mendapat keredhaan dari Allah Swt.

Firman Allah, Surah Al-Ahzab : ayat 35 yang bermaksud : "Sesungguhnya lelaki dan
perempuan Islam, lelaki dan perempuan yang beriman, lelaki dan perempuan yang
sabar, lelaki dan perempuan yang merendah diri (kepada Allah), lelaki dan
perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak
menyebut nama Allah, maka, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya
keampunan dan pahala yang besar".

    Sabda Rasulullah Saw. yang bermaksud " (Bab Ciri-ciri Isteri Solehah( " Sebaik-
baik perempuan ialah apabila kamu memandangnya, ia membahagiakan kamu, dan
apabila kamu menyuruhnya, dia akan mematuhi kamu, dan apabila kamu keluar
(tiada di sininya) dia akan memelihara harta kamu dan dirinya sendiri".

Sifat-sifat yang membawa ke arah pembentukan peribadi Muslimah yang bertaqwa


menurut Al-Quran:-

1) Keimanan yang Jelas dan Teguh :


Menjadikan Islam sebagai satu cara hidup serta beriltizam penuh dengannya.
Memelihara diri daripada perkara-perkara yang dimurkai Allah serta sentiasa
mendorong diri kepada sesuatu yang diredhai Allah Swt.

2) Istiqamah (konsisten) dalam ketaatan :


Teguh pendirian dalam usaha memantapkan iman seta menghindari sifat
Mazmumah dan menyuburkan sifat Mahmudah. Menjauhi pengaruh dan unsur asing
yang enyimpang lagi menyesatkan. Berperanan penuh; tanggungjawap sebagai
anak, isteri, ibu dan pendokong gerakan islam.

3) Jujur dan Benar dalam Amalan :


Mampu akui kesilapan diri dan cintakan sesuatu yang Haq (kebenaran). Tidak
menzalimi diri, sahabat mahupun lawan; bencikan kezaliman serta sebarang unsur
penindasan.

4) Memiliki Kesabaran yang tinggi :


Sabar dalam urusan dakwah fi sabilillah (menyeru yang ma'ruf dan mencegah yang
munkar) sentiasa bermujahadah dan berkorban dalam membina kesabaran
khususnya apabila ditimpa kesusahan.

5) Khusyu' dan Wara' :


Sebagai bukti atau tanda bagi hati yang disirami Nur Rabbani; melahirkan
ketenangan di jiwa dan sentiasa merendahkan diri (tawadhu'), sentiasa ingat dan
sedar akan pandangan serta pemerhatian Allah tertumpu kepada dirinya.
Memelihara dan menjauhi diri dari tempat dan suasana yang boleh menimbulkan
fitnah serta mencemarkan maruah dirinya.
Sebagai isteri; sentiasa ingatkan suami agar mencari rezeki yang halal untuk ahli
keluarganya agar terhindar dari sumber yang haram dan syubhat.

6) Sedia Berkorban dan banyak bersedekah :


Berkorban dalam memperbaiki diri, mendidik anak-anak dan keluarga serta demi
kepentingan umat Islam seluruhnya. KIsah tauladan : seorang tokoh wanita Mithali
(contoh), Affra' bt Ubaid, telah merelakan tiga orang anak kesayangannya berjuang
dan syahid bersama-sama Rasulullah Saw dalam menegakkan Islam.

7) Menguasai Nafsu dan Sering Berpuasa :


Sentiasa tekun dan bersungguh-sungguh mengikuti program kerohanian dan Ilmiah
untuk jinakkan nafsu serta menguatkan lagi daya penguasaan Aqal. Sentiasa
mengingati ancaman-ancaman dan azab Allah Swt di akhirat : sebagaimana dalam
surah Al-Haqqah : ayat 30-37.

8) Menjaga kehormatan diri dan Maruah wanita Islam :


Menutup aurat dan menjauhi pergaulan bebas tanpa batasan.

9) Banyakkan Mengingati Allah Swt :


Membiasakan diri dengan berzikrullah, membaca Al-Quran serta memelihara lidah
dari suatu yang sia-sia dan maksiat kepada Allah Swt. Melatih jiwa dan hati untuk
lebih sensitif dalam urusan amar ma'ruf dan nahi munkar; jauhi perkara yang batil
dan ragu-ragu. Amalkan wieid harian, tasbih, sikir, tahmid, takbir dll. Banyakkan
Muhasabah kepada Allah atas apa yang dilakukan.

10) Berilmu dan Bijaksana :


Memahamii keutamaan dan kelebihan menuntut Ilmu serta kedudukan orang yang
berilmu. Mewajibkan diri untuk sentiasa ikuti tamrin, Usrah, Program-program
tarbiyyah dan muzakarah bagi melahirkan kebijaksanaan dalam beramal. Wanita
solehah bijaksana dalam bergaul, melayan suami, mendidik anak-anak serta pandai
membahagi-bahagikan masa dia antara tugas terhadap suami, keluarga dan
masyarakat.

BERBAHAGIALAH KEPADA MEREKA YANG ISTIMRAR MEMPERBAIKI


DIRINYA  

 
 RENUNGAN BAGI MUSLIMAH

Wanita yang taat berkhidmat pada suaminya akan tertutup pintu neraka dan terbuka
tujuh pintu syurga.
Masuklah ke mana-mana pintu yang ia sukainya dengan tanpa hisab.
Rasulullah SAW bersabda:Wanita ,apabila ia solat lima waktu ,puasa sebulan
Ramadhan, memelihara kehirmatannya seta taat akan seuminya,nanti diakhirat nanti
dikatakan padanya maka masuklah dari mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki.

Rasulullah SAW bersabda:Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan


ialah wanita (isteri) yang solehah. Rasulullah SAW bersabda: Mana-mana
perempuan yang memakai bau-bauan, kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki
ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan
tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.

Rasulullah SAW bersabda:Perempuan itu aurat maka apabila ia keluar


mendongaklah syaitan memandang akan dia.

Rasulullah SAW bersabda:Wanita yang meminta suaminya menceraikannya


dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syara', Haramlah baginya bau syurga.

Rasulullah SAW bersabda:Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat
perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (Mas kahwin).

Rasulullah SAW bersabda:Wanita yang tinggal dirumah bersama anak-anaknya


akan tinggal bersama ku di dalam syurga.

Rasulullah SAW bersabda:Apabila seseorang wanita mengandu janin dalam


rahimnya maka beristighfarlah para malaikat untuknya. ALLAH mencatatkan baginya
setiap hari seribu kebajikan dan menghapuskan baginya seribu kejahatan.

Rasulullah SAW bersabda:Apabila seorang wanita mulai sakit hendak bersalin


maka ALLAH mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan ALLAH
(perang sabil).

Rasulullah SAW bersabda:Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan


berhias (bukan untuk suaminya dan mahramnya) adalah seumpama gelap gelita
pada hari Qiamat ,tiada nur baginya.
Syeikh Adullah bin Abdul Rahim Al-Pattani menulis dalam kitabnya MUHIMMAH
"Derhaka seorang perempuan yang keluar dari rumahnya kepada majlis ilmu yang
bukan fardhu ain. Wajiblah atasnya keluar supaya belajar ia akan segala fardu ain
dan haram atas suaminya menegah isteri jika ia (suami) tidak mampu mengajarnya.
Jika ia ada ilmu nescaya wajib atasnya mengajar akan isterinya itu maka ketika itu
(suaminya mampu mengajar isterinya akan fardu ain) haramlah keluar perempuan
itu dari rumahnya lagi derhaka ia".

3 TANDA; PEREMPUAN YANG BERKAT

Perempuan yang cepat kahwin


Perempuan yang banyak anak
Perempuan yang baik maruah dan akhlaknya

Rasulullah S.A.W bersabda : Wahai kaum wanita! Apakah kamu tidak senang?
Jika perempuan itu sedang hamil hasil dari suami yang menyukainya (kerana
berbakti kepadanya), maka ia akan mendapat pahala sebanding orang yang
berpuasa serta berperang untuk membela agama Allah.
Dan jika ia merasa sakit ketika akan melahirkan anak, maka ahli (penduduk) langit
dan ahli bumi tidak mengetahui rahsia kebahagiaan yang tersimpan di dalam
hatinya.
Dan jika ia melahirkan anak, maka tidak lah satu titispun dari air susunya kecuali ia
mendapat pahala satu amal kebajikan pada tiap titisan dan tiap hisapan.
Dan jika ia kurang tidur kerana melayani anak pada waktu malam dari,maka ia
mendapat pahala sebanding dengan pahala memerdekakan tujuh puluh hamba
dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
PERKARA WAJIB BAGI ISTERI

1. Sentiasa malu terhadap suaminya.


2. Menutup penglihatannya dihadapan suami

3. Mentaati perintah suaminya

4. Diam ketika suaminya sedang berbicara

5. Berdiri ketika suaminya datang dan ketika keluar

6. Menyodorkan dirinya ketika hendak tidur kepada suaminya

7. Memakai wangi-wangian

8. Memelihara mulutnya dengan wangian

9. Memelihara kehormatan diri dan harta suaminya ketika ketiadaanya

10. Menghormati keluarga suami dan kaum kerabatnya

11. Merasa puas jika diberi sedikit oleh suami

12. Tidak mengelak dari melayan suaminya

13. Tidak boleh berpuasa sunat tanpa izin suaminya

14. Tidak boleh keluar rumah tanpa keizinan suaminya

15. Sentiasa berhias didepan suaminya

Tiga Orang yang tidak diterima solat nya oleh Allah dan tidak diangkat amal
kebajikan mereka : Budak yang lari dari tuannya (hingga dia kembali) ,isteri yang
dimurkai suami (hingga dia rela),Orang yang mabuk (hingga dia sedar).....

Вам также может понравиться