Вы находитесь на странице: 1из 7

Wanita - Pencetus Kemuliaan Ummah

Nahmaduhu wa nusalli a'la rosullihilkarim

Banyak penciptaan Allah adalah berpasangan.


Langit pasangannya bumi, syurga neraka, siang malam, senang susah,
sihat sakit. Allah juga menciptakan manusia yakni Allah ciptakan lelaki dan
pasangannya wanita.

Tiada wanita tiada lelaki, kecuali Adam a.s tanpa ibu. Itupun Adam a.s,
Allah jadikan pasangannya adalah Hawa, ibu kpd seluruh manusia.

Hadrat Muhammad Mustafa s.a.w dihantar oleh Allah kepada manusia


bukan hanya kpd lelaki bahkan kepada wanita jua. Dia, penutup dan
penghulu Nabi dihantar utk mengajar kpd lelaki dan juga dihantar kpd
wanita.

Begitu juga ummatnya, sebagaimana sahabat dihantar membawa manusia


kpd Allah, Sahabiah juga tidak kurang drpd itu, mereka mendakwahkan
manusia kpd Allah. Hadrat Umar mendapat hidayat drpd adik
perempuannya yg bernama Fatimah, Hadrat Uthman r.a dari pada ibu
saudaranya bernama Sa'adah. kata Uthman 'bila aku pulang kerumah
kulihat ibuku Sa'adah sedang duduk-duduk dan bila ia melihat akan aku,
dia pun mendakwahkan aku kpd Islam, kemudian aku berjumpa dengan
Abu Bakr dan Abu Bakr kata apa yg diberitahu oleh makcikku ibu benar
dan aku memeluk islam ditangan Nabi s.a.w'

Ikramah anak Abu Jahal masuk islam dari isterinya Hendon. Amr bin Al As
melalui dakwah makciknya. Ummu Sharif pula yakni wanita yg meminum
air dari timba yg turun dari langit, Mekah jadi kelam kabut kerana mereka
lihat ramai wanita quraish masuk Islam, bila disiasat ini gara-gara beliau
menjalankan dakwah dan dia ditangkap. Sumaiyah wanita pertama syahid.
Khatijah isteri Nabi, pembantu setia Nabi s.a.w dlm kerja dakwah, dia jatuh
miskin hingga harta semuanya habis dibelanjakan utk kerja dakwah. Masa
mati hanya sehelai kain dibadan, sampai Jibril bertanya kpd Nabi s.a.w ,
'Siapa wanita ini , Ya Muhammad?', (padahal dia tau tapi semata nak
muliakan, dia bertanya lagi). Kenapa dia jadi begini? Kata Nabi , 'Ini
Khatijah, isteri aku, dia jadi begini kerana kerja dakwah.' Jibril beri tau Allah
kirim salam kpdnya dan sebut namanya. Menanggis Khatijah mendengar
berita ini.

Semasa Nabi hijrah semua puteri Baginda turut hijrah dan ini termasuk
Zainab dan beliau wafat asbab kena tombak sewaktu berhijrah. Apabila
Nabi s.a.w menderita kelaparan semua isteri, anak , menantu dan cucu
Baginda juga menderita kelaparan asbab kerja ini

Jadi ibu-ibu, kita dah dengar cerita ini. Nabi dah tunjuk bagaimana caranya
org lelaki buat usaha dakwah dan Nabi juga telah tunjukkan bagaimana org
wanita buat kerja dakwah.
Semua ummat nabi kena libatkan diri dlm kerja dakwah ini. Sapa yang
ambil kerja nie dia akan dimuliakan. Termasuk lelaki dan wanita. Kata Nabi,
'Wanita yg soleh lebih baik dari 70 lelaki soleh, dan wanita jahat lebih jahat
dari 1000 lelaki jahat. '

Utk naikkan iman lelaki kena buat dakwah, begitu juga bagi wanita, tertib
yg sama, mereka juga perlu buat dakwah. Tiap-tiap hari mau tingkatkan
keimanan dgn cara dakwah. 25 org setiap hari. Wanita berdakwah dlm
suasana rumah. Suasana rumah dibentuk oleh wanita , baik wanita itu
baiklah suasana rumah. Wanita dan anak-anak sentiasa ada dirumah, dan
anak-anak lebih dekat dengan ibu mereka. Sifat ibu biasanya lembut dan
sifat bapa pula tegas. Tetapi dgn ini suasana rumah terbentuk bila
keduanya ada agama. Kalau keduanya lembut takjadi, begitu juga kalau
keduanya keras tak jugak jadi.
Sibapa biasa cakap apa pasal tak buat itu, tak buat ini. Ibu pula lembut beri
makan, pakaikan baju dan mandikan anak-anak. Tapi kalau takder agama
dlm kelembutan dia akan beri tau anaknya, 'Ayah kamu nie asyik-asyik
keluar ajer, bukan nak jaga anak isteri, tak bawak makan angin. Jika, bila
anak sentiasa dengar ini maka anak mula benci pada bapa mereka dan
membesar dgn cara itu. Kesannya anak akan benci dgn usaha dakwah.
Sebaliknya jika ibu menyokong kerja dakwah, dgn berkata, 'ayah kamu
keluar membantu agama Allah, ayah kamu tu baik kerana beri masa utk
agama Allah', maka rumah tangga akan harmoni. Mereka membesar dgn
menghormati dan menyayangi bapa mereka, bila mereka dewasa, mereka
akan buat usaha dakwah dan cinta dgn usaha ini.

Kerja utama wanita umat ini adalah mewujudkan suasana iman dlm rumah.
Utk wujudkan ini tak perlu jadi alimah atau jadi lulusan Universiti Al-Azhar.
Setiap wanita boleh wujudkan suasana iman ini.

Bagaimana nak wujudkan suasan iman ini, sentiasalah berkata-kata pasal


iman dlm rumah dlm bahasa yg paling mudah difahami, Bercakaplah ikut
tahap yg difahami oleh anak-anak kita ikut usia mereka. Kita boleh
bercakap tentang 3 perkara.

1. Apa saja yg dilihat oleh anak-anak, kena beritahu mereka ini ciptaan
Allah. Gunung -ganang, lautan, langit, Kapal-terbang yg terbang diudara,
logamnya dibuat oleh Allah. Juruterbangnya dibuat oleh Allah. Asuh lidah
mereka utk biasakan bercakap kebesaran Allah.

2. Beritau rumah , kediaman ini semuanya adalah pemberian Allah, apa saja
dlm rumah itu adalah bukan pemberian ayah, tapi Allah. Bila ayah bawa
balik gula-gula, siibu kena tanya kpd anak-anak sapa yg beri gula-gula,
maka anak akan jawab ayah yg beri. Ibu kena beritahu perkara sebenarnya
bahawa bukan ayah yg beri tapi Allah. Anak mungkin akan cakap lagi ayah
yang beri, ibu kena cakap lagi bukan ayah yg beri tapi Allah, sehinggalah
melekat dlm hati anak.

Lepas makan ajar anak baca doa utk mensyukuri nikamt makan yg
diberikan Allah. Bukan mak dan yah yg beri makan tapi Allah yg beri.
Begitu juga bila bangun tidur dan tidur, kena ajar doa pada anak dan beri
tau bukan ibu yg tidur dan bangunkan tapi Allah. Dlm segala hal kita cakap
Allah. Fikiran dan hati anak-anak kena disemai spt ini. Bahawa Allah Maha
Pemberi dan Pemelihara.

3. Bila anak nak sesuatu mereka minta dgn ibu mereka. Ibu kena ajar
mereka, ' Mintalah dengan Allah.' Bila anak dtg beri tau mak saya nak kasut
baru. Beri tau dia Allah yang beri kasut lama, Allah juga yg beri kasut baru.
Beri tau dia, 'Sayang sekarang pergi ambil wuduk, solat hajat 2 rakaat
minta dgn Allah.' Kena ajar mereka hingga ini jadi kebiasaan.

Begitu juga,bila anak demam. Apa kita buat? Kalau kita terus pergi klinik,
iman anak akan terkesan. Anak akan fikir bila saya sakit ayah akan bawa
saya jumpa doktor. Minta tolong dgn doktor. Buat spt diatas beritau anak
ambil wudu dan solat dan doa, mak dan ayah pun akan bersolat dan doa
supaya Allah sembuhkan. Inilah contoh yg baik. Bila beri sedekah Allah
akan hilangkan kesusahan kita. Boleh ambil duit, tapi sedekahkan kpd fakir
miskin. Kalau boleh suruh anak kita yang sedekahkan Kemudian barulah
jumpa doktor dan minta ubat utk adik. Bukan ubat menyembuhkan tapi
Allah.

Suasan iman akan menerbitkan suasana utk bersolat. Masuk 7 tahun anak-
anak dah patut solat. Ini apa yg berlaku masa tu, kita suruh dia main-main
bila dah 11 atau 12 tahun baru nak suruh, payahlah. Ketika 7 tahun patut
diajar bersolat spt yg ditunjuk Nabi. Disamping tu amal lain pun perlu
diasuh cara solat yg betul , berwuduk, berzikir, membaca quran. Dan juga
berpuasa.

Ibu-ibu perlu solat diawal-waktu. Walaupun kita berkeadaan sibuk, usaha


utk sembahyang diawal waktu. Tajamkan doa dengan perbanyakkannya.
Bangun tengah-malam utk buat doa khusus. 'Ya Allah, berilah sipolan
hidayat, pilehlah saya keluar dijalan Allah, Kuatkanlah masjid kami,
keluarkanlah jemaah sempurna dari masjid kami utk dihantar keseluruh
alam. Ya Allah perkuatkanlah usaha wanita ditempat kami dan seluruh
alam.' Hari-hari mau doa dan harap dgn Allah. Istiqamah dlm solat tahajud,
ini wajib bagi dai Allah. Cahaya dlm kubur. Kalau tidak kubur kita gelap
nanti.

Begitu juga zikir, tasbihat 300 x pagi dan petang juga perlu utk wujudkan
suasan iman dlm rumah.Setiap wanita kena kerjakan setiap hari duduk
mengadap qiblat. Perlu tilawah quran hari-hari Ajarkan juga anak-anak spt
itu. Ajar anak-anak membaca quran dgn bertajwid. Atau hantar kpd guru yg
pandai. Galakan mereka mentilawah quran dan jadi hafiz. Kalau tak boleh,
ajarkan surah lazim yg dibaca dlm solat. Ini tanggung-jawab ibubapa.

Begitu juga sebelum dan selepas suatu kerja ibu perlu amalkan doa
masnon dan ajar kpd anak-anak. Tangan sibuk berkerja tapi lidah basah
dgn zikir. Suami pergi kerja, anak pergi sekolah, maka ibu boleh mulakan
zikr dgn Allah. Masa kosong terluang perlu diisi dgn zikir.

Bacaan hadis perlu dibuat setiap hari. Dgn ini seolah Nabi masuk rumah
kita dan rahmat akan mencurah masuk. Malaikat akan bertindan sampai
kearash Allah mendengar hadis dlm rumah . Bila rumah ada suasana iman
dan takwa maka syaitan akan lari dan malaikat akan masuk. Anak akan
mudah dibentuk dgn sifat takwa malaikat. . Semua ahli rumah kena ada fikir
bahawa menyampaikan agama kpd seluruh manusia adalah tanggung-
jawab saya.

Bacaan hadis kena dibuat dgn istiqamah dirumah utk wujudkan suasana
ghairah kpd amal agama. Buat dgn istiqamah, walaupun bila kita balik
kampong atau ketempat lain, kena dilakukan, hari-hari. Dgn ini iman akan
jadi mantap . Bila iman dah terpahat dlm hati maka ibu-ibu dan anak akan
mula menanya kpd bapa tentang agama itu dan ini. Jika usaha atas iman
wujud dlm rumah maka keinginan utk melaksanakan perintah Allah akan
ada.

Dirumah wanita kena buat dakwah. Dakwah anak, saudara perempuan, adik
lelaki dan wanita, semua mahram mereka boleh dakwah. Sediakan lelaki
dan wanita buat kerja dakwah. Tak perlu keluar rumah utk berdakwah.
Hanya lelaki sahaja keluar rumah. Baru iman meningkat.

Jaga kehormatan diri, suami dan rumah-tangga. Taat perintah suami.


Elakkan dari bercakap sia-sia. Penuhi masa dgn dakwah. Jangan
membazir.
 
Hidup dengan sederhana, Saidina Uthman kaya, tapi beliau hidup
sederhana. Baru boleh beri pengorbanan utk agama lebih. Diri, harta dan
masa bukan milek kita tapi milek Allah. Satu ketika seorg jumpa nabi, nak
bantuan, nabi kata jumpa Uthman, org itu pergi, sampai dekat rumah dia
dengar Uthman sedang memarahi Isterinya kerana membesarkan cahaya
lampu rumah. Bila besar cahaya , lebih minyak digunakan. Dia kata macam
ini, bagaimana nak beri bantuan, kembali jumpa nabi. Nabi cakap pergi
sekali lagi, dia jumpa dan hasilnya, tanpa ragu-ragu dan banyak soal
Uthman berinya wang. Contohilah kehidupan spt ini. Sahabat hidup sendiri
disederhanakan asalkan hak umat dapat disempurnakan.

Wanita yang sediakan peralatan utk suami keluar jln Allah akan masuk
syurga 500 tahun dahulu daripada suami mereka yg keluar.

Sekian. Wallahualam...

Вам также может понравиться