Академический Документы
Профессиональный Документы
Культура Документы
Kita mesti tanya sebab2 mengapa kerajaan mahukan lebih banyak wang dalam kantong
mereka? GST menambahkan antara 22 hingga 33 billion setahun kepada kantong.
Kepada seorang ekonomis, ini suatu perkara yang merunsingkan. Sebab konsentrasi kuasa
wang yang banyak dalam tangan kerajaan. Prinisp nya ialah, wang rakyat lebih selamat
dalam tangan rakyat sendiri dari meletakkan wang tersebut dalam tangan orang lain.
Rekod kerajaan macam mana? Rekod kerajaan sejak 1998 ialah belanja lebih dari
pendapatan. Budaya belanja berhemah tidak ada dalam kamus kerajaan kita. Hutang
kerajaan dari sudut peratusan GDP sudah hampir 55% ceiling. Ceiling ini ditetapkan oleh
akta pinjaman dan akta pendanaan kerajaan 1983.
Bukan artbitrary.
Bab yang arbiitrary ialah ceiling ini sudah ditukar 3 kali sejak 2003. Semasa itu sabahat
saya dari Rompn menteri kewangan 2 menetapkan ia pada 40%. Kemudian masuk Noor
Mohd yaakob taruh pada tahap 45%. Sekarang Husni Hanazliah menetapkan pada 55%.
Maka bab arbitrary ialah pada bahagian menukar sesuka hati.
Berbalik kepada perkara yang dirunsingkan oleh ekonomis apabila banyak wang berada
dalam tangan kerajaan. Mengikut lapuran kastam, ianya menambah 22 billion setahun.
Kajian lain menunjuukan 33 billion. Beza beza ini diterangkan oleh keberkesanan
pengutipan cukai GST. Kalau efisyen, maka lebh banyak, kalau pihak kerajaan kautim
dengan syarikat besar yang sudah biasa tidak mahu bayar atau lari dari cukai, maka kurang
lah hasil cukai GST.
Apabila cukai GST dilaknakan, kerajaan akan mempunyai bayak dana. Matlamat
mengurangkan deficit akan dilupakan. Dengan wang yang lebih, kita dengar sendiri dari
ahli2 BN, kita akan dapat bantu rakyat. kita boleh pindahkan wang dari yang kaya kepada
yang memerlukan. Hujjah sebegini memang menarik dan popular. Tapi duit syiling itu ada
dua permukaaan. Konsentrasi wang yang banyak memang boleh di gunakan untuk perkara
yang berfaedah kepada rakyat, tapi boleh juga digunakan untuk pembaziran.
Ini yang menakutkan dari sudut ekonomi- pembaziran. Ianya akan menjauhkan lagi
objektif mengurangkan deficit. Sebab kerajaan ada rekod yang buruk dalam perkara ini.
Kita boleh buat jejambat overhead RM50 juta, kta hendak belanja RM340 juta. Kita boleh
beli AFV pada harga pasaran RM3.5juta seunit kita belanja hampir RM8 billion untuk 257
biji yakni RM30juta se unit. Kita boleh beli helicopter yang harga pasaran RM85juta/unit,
kita beli 12 unit pada harga RM193 juta seunit. Kita plan nak bina PV pada RM350juta
seunit, kita pilih nak buat 6 buah LCS pada harga RM1.5billion seunit.
Ini yang menakutkan mana2 ahli ekonomi. Pembaziran dan penggunaan wang yang tidak
optimal.
Ahli2 BN boleh kata- itu belum lagi terjadi. Tapi rekod kerajaan yang ada sekarang,
menunjukkan bahawa kebaranglkalian terjadi demikian lebih tinggi dari keberangkalian
tidak melakukan nya. kita akan menyeberangi jambatan bila tiba masa nya. sayang sekali
jambatan menghubungi financial discipline dan financial prudence sudah dibakar lama.