Вы находитесь на странице: 1из 6

Usul

: Malaysia Kini Sudah Maju

Pihak

: Pembangkang

Isi Perdebatan (cadangan):


1. Malaysia masih belum layak diiktiraf sebagai negara maju.
Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan walaupun
pendapatan Malaysia hampir menyamai negara maju tetapi pengalaman dan kemahiran rakyat
masih seperti negara membangun.
Tambah beliau lagi, Malaysia mungkin tidak dapat mencapai status negara maju menjelang
2020 jika hanya menekankan untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi tetapi
ketinggalan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan.

Malaysia masih mempunyai status negara membangun.


Kadar kemiskinan masih di tahap yang tinggi.
Pendapatan per-kapita masih rendah.
Infrastruktur masih banyak kekurangan.

2. Pembangunan Malaysia masih di tahap rendah dalam kalangan negara Asean.

Malaysia masih ketinggalan daripada segi pembangunan teknologi berbanding negara


Singapura dan Thailand.
Malaysia masih ketinggalan dalam aspek pendidikan berbanding negara Singapura,
Thailand dan Indonesia. Universiti Kebangsaan Singapura menduduki tangga ke-24
dunia dan pertama di Asia. Universiti Malaya pula hanya menduduki tangga ke-167
dunia dan ke-32 dia Asia.
Ekonomi Malaysia masih ketinggalan dengan Singapura, Thailand, Indonesia dan
Vietnam.

3. Mentaliti rakyat Malaysia rendah.

Rakyat Malaysia malas berusaha.


Bukan minda kelas pertama.
Bukti: berapa ramai anak muda yang menyambung pelajaran dan berapa ramai yang
tidak belajar atau bekerja?
Rakyat makan gaji.
Rakyat Malaysia masih ketinggalan dalam pelbagai aspek.

4. Pucuk pimpinan tertentu tidak telus dalam membangunkan negara.

Gejala rasuah
Penyalahgunaan kuasa.
Pemimpin tidak berjiwa rakyat.
Masing-masing kuasa politik saling menjatuhkan antara satu sama lain.
Mengabaikan tujuan sebenar sebagai pemimpin.

5. Malaysia bangsa pengguna, bukan bangsa pencipta.

Tidak ramai cerdik pandai di negara ini yang mampu menghasilkan produk penting.
Tidak ramai yang pakar dalam bidang kejuruteraan, automobil, arkitek dan sebagainya.
Rakyat kita hanya tahu mengguna produk luar sahaja dan menghabiskan duit sendiri.

6. Malaysia kaya sumber alam tetapi miskin pembangunan ekonomi.

Bekalan air mentah dijual ke Singapura dan dibeli semula sebagai air bersih dengan
harga yang tinggi.
Ladang kelapa sawit, getah dan sebagainya dimonopoli syarikat asing.

7. Bidang perubatan: Malaysia belum capai nisbah negara maju.

Nisbah doktor bagi negara maju adalah 1:400.


Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Hilmi Yahaya berkata, nisbah bagi sehingga
tahun lalu adalah 1:758.
Malaysia masih lagi kekurangan tenaga pakar perubatan.
Malaysia masih mengambil tenaga pakar daripada negara maju yang lain.
Jika Malaysia sudah maju, mengapa hal ini masih lagi berlaku?

8. Bidang Pendidikan: Pelajar Malaysia tidak diikhtiraf Universiti Harvard, Universiti terbaik
dunia.

Sejak tahun 1985 hingga 2010, sekurang-kurangnya ada seorang yang berjaya diterima
masuk. Namun tahun-tahun seterusnya menyaksikan permohonan pelajar cemerlang
Malaysia ditolak.

Universiti terulung Malaysia, Universiti Malaya menduduki tangga ke-167, jatuh 11 anak
tangga berbanding di kedudukan ke-156 pada tahun lepas.
Universiti Kebangsaan Malaysia menduduki tangga ke-269 berbanding tangga ke-261
tahun lepas.
Universiti Sains Malaysia ke-355 (356), Universiti Putra Malaysia ke-411-420 (360),
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ke-501-550 (401) dan Universiti Teknologi Mara
ke-701 (601).

9. Bidang Ekonomi: Jatuh naik.

Niaga ringgit Malaysia seringkali mengalami kejatuhan dan ditutup rendah pagi ini.
Ekonomi Malaysia merosot. Kenyataan ini disebut sendiri oleh Gabenor Bank Negara
Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Aziz.

APAKAH yang dimaksudkan dengan Wawasan 2020? Tanya pada pelajar sekolah, anda akan
lihat sebuah lukisan di mana ada kereta terbang dan bangunan pencakar langit dan kereta api
berkelajuan tinggi.
Tanya pada PEMANDU, jawapan yang diperolehi adalah pendapatan per kapita RM45,000
setahun, RM1.5 trilion pendapatan kasar negara dan ekonomi berpendapatan tinggi.
Bilakah Wawasan 2020 boleh dicapai? Tanya pada pencetus wawasan ini, Tun Dr Mahathir
Mohamad - berkemungkinan besar ia tidak akan capai status negara maju menjelang tahun
2020.

Tanya pada Menteri PEMANDU, Datuk Seri Idris Jala, Malaysia akan menjadi negara
berpendapatan tinggi seawal 2018.
Apakah yang menyebabkan perbezaan ini? Jawapannya adalah yang pertama berkisar
mengenai kemajuan dari segi sains dan teknologi manakala yang kedua menumpu soal
pendapatan tinggi semata-mata. Dalam bahasa mudah, ia adalah pertembungan di antara
negara maju dan negara berpendapatan tinggi.
Untuk memahami perkara ini, sila lihat contoh berikut:
Qatar mempunyai pendapatan per kapita paling tinggi di dunia dengan purata setiap rakyatnya
memperolehi RM330,000 setahun. Manakala Brunei adalah negara kelima tertinggi pendapatan
per kapitanya dengan RM160,000 setahun. Kedua-dua negara ini lebih kaya berbanding
Jerman, Amerika Syarikat, Jepun dan Norway.
Adakah bermakna kedua-dua negara ini adalah negara maju dan lebih maju daripada negaranegara tersebut?
Tidak dinafikan negara yang maju adalah negara yang rakyatnya berpendapatan tinggi. Tetapi
negara yang berpendapatan tinggi tidak semestinya merupakan negara yang maju.
Adakah Malaysia sedang menuju ke arah negara maju atau sedang menjadi negara
berpendapatan tinggi?
Sebagai permulaan, kerajaan Malaysia begitu jelas bahawa ekonomi Malaysia sedang
terperangkap di dalam ekonomi berpendapatan sederhana tinggi atau lebih popular disebut
sebagai middle income trap. Untuk mengatasi sindrom ini, kerajaan telah membelanjakan
RM7.2 bilion bagi mendapatkan khidmat para konsultan.
Segala macam program dengan pelbagai akronim seperti ETP, GTP, MKRA, NKRA, NKEA
diwujudkan. Kita diberitahu semenjak 2009, pendapatan per kapita telah meningkat sebanyak
42%. Secara puratanya, rakyat Malaysia telah menjadi RM3,000 lebih kaya dalam empat tahun
kebelakangan ini. Sebanyak 196 projek di bawah NKEA akan menyumbang sebanyak RM144
bilion kepada negara menjelang 2020.

Noktah sebentar.
Adakah ini bermakna Malaysia sebuah negara yang kaya dan berpendapatan tinggi?
Jawapannya Ya.
Adakah ini bermakna ekonomi Malaysia mula menjadi sebuah ekonomi berasaskan teknologi
tinggi dan pekerja berkemahiran tinggi?
Tidak semestinya.

Adakah ini bermakna Malaysia sedang menjadi sebuah negara maju?


Tidak.
Hakikatnya ekonomi Malaysia masih lagi ketagih terhadap tenaga buruh yang murah terutama
tenaga buruh asing. Sebuah syarikat tekstil terbesar di Malaysia mempunyai ratusan pekerja
asing untuk memotong, menjahit dan membungkus kain yang seterusnya dijual pada harga
yang murah di kedai-kedai di seluruh negara. Amalan ini turut diguna pakai oleh ribuan Industri
Kecil dan Sederhana (IKS) di Malaysia.
Malaysia juga masih terlalu bergantung untuk merangsang ekonomi dengan projek-projek
hartanah dan infrastruktur. Berapa banyak projek raksasa city centre yang dilancarkan hanya
di Kuala Lumpur sejak kebelakangan ini?
Setiap pembangunan pelbagai guna (mix-development) sahaja mempunyai ribuan unit
kediaman, ruang pejabat dan ratusan ribu kaki persegi pusat membeli-belah. Ini tidak dicampur
lagi dengan kepesatan pembangunan hartanah di Johor Baharu.
Memang benar, projek-projek ini mewujudkan peluang pekerjaan, memberikan kontrak kepada
pembekal bahan, kontraktor dan seterusnya menyumbang kepada pendapatan kerajaan. Tetapi
apakah teknologi tinggi yang diperolehi daripada kesemua projek ini? Paling penting, apakah
kesan berganda (multiplier effect) selepas projek-projek hartanah dan infrastruktur ini siap?
Kesemua projek ini sememangnya menjadikan syarikat-syarikat Malaysia (khususnya pemaju
hartanah dan bank) lebih kaya. Fakta bahawa 10 orang terkaya di Malaysia adalah 12% lebih
kaya berbanding dengan 10 orang terkaya di Singapura menunjukkan bahawa tidak susah
untuk menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi.
Kita wujudkan dua tiga orang bilionaire dan kekayaan mereka dicampur bersama dan
dibahagikan dengan kesemua rakyat Malaysia - hasilnya sudah pastilah pendapatan per kapita
negara meningkat.
Ini sebenarnya menjelaskan mengapa negara-negara dolar petrol seperti Qatar, Brunei, Kuwait
dan Bahrain dikatakan sebagai negara yang berpendapatan tinggi. Ia hanya kerana hasil
minyak. Dari segi teknologi dan struktur ekonomi? Mereka tidak maju.

Kurang dari lima tahun, kita akan sampai ke tahun 2020, tahun yang sepatutnya kita mencapai
Wawasan 2020.
Kita boleh menjadi negara kaya dan berpendapatan tinggi dengan cepat. Syarikat-syarikat akan
menjadi lebih kaya. Kerajaan juga pastilah menjadi kaya hasil daripada cukai yang dikutip. Lagi
tiga tahun, pendapatan per kapita negara akan menjadi RM45,000 setahun.

Tetapi adakah ini yang kita impikan sewaktu melukis lukisan Wawasan 2020 di bangku sekolah?
Tanpa mempunyai ekonomi yang berasaskan teknologi tinggi dan pengetahuan, kita tidak boleh
mendakwa bahawa kita sudah maju. Hakikatnya tidak ada satu pun produk buatan Malaysia
yang benar-benar berkelas dunia.
Kita pernah dan sedang cuba dengan Proton. Malangnya ramai yang tidak melihat projek kereta
nasional ini sebagai usaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju.
Kita tidak ada sebuah syarikat global di mana produknya diperlukan oleh satu per lima daripada
populasi dunia seperti Samsung.
Kita juga tidak ada sebuah syarikat IT yang pendapatannya 10 kali ganda berbanding dengan
syarikat terbesar negara kita, Petronas.
Kita masih jauh dalam menghasilkan filem yang ditonton oleh 300 juta manusia seperti
Transformers. Walaupun mempunyai kemahiran bertukang dan sumber asli, kita gagal
mewujudkan syarikat perabot yang bertapak di 43 buah negara seperti IKEA.
Hakikatnya, perjalanan Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju, masih jauh, lebih jauh
daripada tahun 2020.
Malaysia berada di persimpangan. Adakah kita ingin menjadi sebuah negara yang kaya tetapi
tidak maju atau negara yang maju tetapi mengambil masa yang lama, perubahan yang
menyakitkan dan usaha yang berterusan? Tanya pada diri.

Вам также может понравиться