Вы находитесь на странице: 1из 13

#4.

Muslim Rumahtangga dan Keluarga - Siri II (Di


Ambang Perkahwinan)
January 12th, 2008 | by Abu Saif | 6,534 views | Print | Email |

“Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana


keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah yang
memiliki agama, nescaya sejahteralah hidupnya”

Hadith Nabi SAW yang diulang-ulang sebagai slogan memanifestasikan keinginan


berumahtangga.

Bukan tidak banyak penjelasan tentang hadith ini di pelbagai sumber maklumat yang ada.
Tetapi sering anak muda kecundang dalam mengimbangkan kefahamannya dalam
konteks TEPAT dan JELAS. Selagi mana tidak tepat, selagi itulah jalannya tersasar ke
sana sini. Kehidupan yang tidak ditentukan arahnya, adalah kehidupan yang tidak tentu
arah.

Apa tujuan berumahtangga?

“Begin with the end in mind“, adalah slogan kita untuk menepatkan matlamat kehidupan
dan segenap peringkat perjalanannya.

Soal menentukan matlamat yang tepat, tidaklah begitu susah.


Berkahwin kerana harta? Harta bukan sumber bahagia. Donald Trumph yang kaya raya
itu pun pernah mengeluh dalam temubualnya bersama John C. Maxwell, “aku melihat
ramai orang yang lebih gembira hidupnya dari hidupku. Padaku mereka itulah orang yang
berjaya. Tetapi semua orang mahu menjadi aku”

Harta bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.

Berkahwin kerana keturunan? Keturunan bukan jaminan sumber bahagia. Syarifah hanya
boleh berkahwin dengan Syed? Puteri hanya layak untuk Megat? Atau pantang keturunan
berkahwin dengan ahli muzik bak kata Mak Dara? Soal keturunan bukan penentu mutlak
kerana setiap manusia lahir dengan fitrah yang satu dan murni, lantas setiap mukallaf dan
mukallafah mampu kembali kepada kemurnian itu, biar pun lahir ke dunia tanpa bapa
yang sah sekali pun.

Keturunan bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan


pasangan.

Berkahwin kerana kecantikan? Ahh, yang ini rumit barangkali. Cinta itu dari mata turun
ke hati. Maka mata pemutus pertama. Jika berkenan di mata, mudahlah mata memujuk
hati.

Tetapi selama mana kecantikan menyenangkan kehidupan? Kecantikan, biar secantik


mana pun, akan pudar dengan perjalanan masa. Kecantikan, biar secantik mana sekali
pun, boleh dicabar oleh naluri manusia yang mudah kalah dengan alasan JEMU.

Mahu berkahwin sementara cantik, dan buang selepas cantik dan kacak bergaya itu
dimamah usia?

Cantik bukan sumber bahagia, ia bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam
menentukan pemilihan pasangan.

“Maka pilihlah yang memiliki agama… nescaya sejahtera hidupmu”, pesan Nabi SAW.

Benar sekali, pilihlah yang beragama.

“Maka saya kena kahwin dengan ustazah, saya kena kahwin dengan ustaz!”, kata seorang
pelajar ‘bidang bukan agama’.

PENYAKIT “TIDAK JELAS”

Setelah begitu tepat sekali kita menolak harta, keturunan dan rupa paras sebagai sebab
untuk memilih pasangan, tibalah kita kepada masalah paling besar menguruskan fikiran
tentang perkahwinan, iaitu penyakit “tidak jelas”, apabila tiba kepada soal beragama.

Apakah yang memiliki agama itu mesti seorang yang ustazah atau ustaz?
Maka berkahwin dengan golongan ini, jaminan bahagia. Benarkah begitu?

Di sinilah penting untuk kita bezakan golongan yang TAHU agama, MAHU beragama
dan MAMPU dalam beragama.

Soal mendapatkan ilmu sebagai jalan beragama, adalah prinsip besar di dalam Islam.
Lihat sahaja langkah pertama proses wahyu, ia bermula dengan perintah BACA sebagai
wasilah menggarap pengetahuan.

Tetapi apakah TAHU itu merupakah maksud kita beragama dengan agama Islam ini?
Sejauh mana gred ‘A’ yang digarap dalam subjek “PengeTAHUan Agama Islam”
menjadi bekal dan perisai generasi Muslim dalam beragama?

“Yang memiliki agama” itu lebih luas dari sekadar sempadan tahu agama. Ia adalah soal
MAHU yang menjadikan pengetahuan agama itu dihayati, dan MAMPU dalam erti dia
sentiasa bermujahadah untuk memperbaiki diri.

Maka janganlah disempitkan maksud mencari yang beragama itu hanya pada mereka
yang berlabelkan “jenama TAHU agama” tetapi apa yang lebih penting adalah mereka
yang MAHU dan terbukti pada perbuatan hariannya dia sentiasa berusaha menuju
MAMPU.

Dia mungkin seorang ustazah.

Dia juga mungkin seorang jurutera dan doktor.

Dia mungkin bertudung labuh.

Dia juga mungkin belum bertudung tetapi sentiasa mencari jalan untuk menuju
kesempurnaan kebaikan. Dia seorang yang membuka dirinya untuk dibimbing dan diajar.
Seorang yang ‘teachable“.

HANYA ‘BERAGAMA’?
Ada pula yang menyangka bahawa kebahagiaan rumahtangga itu terletak pada
beragamanya pasangan kita. Soal harta, keturunan dan rupa paras tidak punya sebarang
makna.

Maka jadilah seorang perempuan itu fasih lidahnya tentang agama dan rapi pakaiannya
sebagai isyarat dia beragama, tetapi dia tidak mengetahui nilai harta. Dia boros dan tidak
bijak menguruskan harta rumahtangganya.

Dia nampak elok beragama, malah mungkin seorang pejuang agama, tetapi dia tidak
peduli nilai keturunan dan kekeluargaan. Dia tidak menghargai keluarganya sendiri, tidak
menghargai keluarga suami atau juga keluarga isteri. Padanya, soal keluarga dan
keturunan bukan urusan agama.

Dia bijak dalam memperkatakan tentang agama, tetapi dia menjadikan alasan agama
untuk tidak peduli kepada penampilan diri. Pakaiannya selekeh atas nama agama,
kulitnya tidak dijaga bersih, beralasankan agama. Jika perempuan, dia tidak peduli untuk
mewangikan diri atau bersolek mengemas diri, kerana padanya itu semua bukan
kehendak agama, dan si suami menikahinya bukan kerana itu. Saban hari mukanya
bertepek dengan bedak sejuk dan tubuhnya bersarung baju kelawar. Hambar..

Jika lelaki, dia biarkan diri selekeh dan sentiasa berkemban di dalam kain pelekat dan
baju pagoda, membiarkan bau peluh jantannya tidak berbasuh, kerana semua itu tiada
kena mengena dengan agama.

Jadilah agama, sebagai alasan untuk sebuah rumahtangga itu menjadi rumahtangga
terhodoh, terburuk dan terselekeh… atas nama berkahwin kerana beragama.

PERBINCANGAN BERLANJUTAN

Selepas selesai saya memperkatakan tentang beberapa kunci dan anak kunci berkaitan
dengan cinta dan alam pra perkahwinan, bicara dilanjutkan kepada memperkatakan
tentang beberapa panduan kepada peserta PUISI 2007 tentang persoalan-persoalan DI
AMBANG PERKAHWINAN.

Di ambang perkahwinan, lazimnya bermaksud peringkat seorang lelaki dan perempuan


telah menyatakan persetujuan untuk saling menerima lantas melangkah ke era
pertunangan.

Tetapi nanti dulu.

Jika keluar tengok wayang antara buayafriend dan gelifriend itu tidak sesuai dengan
ajaran Islam, berdating dan pegang sana pegang sini untuk mencuba tidak kena, maka
bagaimanakah kita mencari pasangan?

AGEN MENCARI CINTA


“Ustaz, betulkah saya mendengar bahawa di Ireland sana, adanya kerja-kerja mengatur
perkahwinan dan match making untuk pelajar-pelajar ini?”, tanya seorang guru yang
mengajar di sebuah kolej persediaan pelajar.

“Mereka memaksa pelajar ini berkahwin dengan calon yang ditetapkan”, katanya lagi.

Terkejut juga saya dibuatnya. Terberhenti seketika saya dari mengunyah biskut dan teh
semasa sesi rehat.

“Rasa saya cikgu, perkara ini sangat berkait rapat dengan cara kita melihatnya. Jika kita
melihatnya sebagai suatu yang negatif, maka ia akan kelihatan negatif. Andai dilihat
secara positif, maka ia akan menjadi sesuatu yang positif”, saya cuba memulakan
perkongsian cerita.

“Mungkin cara terbaik untuk saya jawab pertanyaan cikgu itu ialah dengan berkongsi
cerita tentang bagaimana saya sendiri berumahtangga”, saya memberitahunya. Beliau
nampak begitu berminat untuk tahu.

Sebagaimana yang telah saya catatkan di dalam artikel ERTI SEBUAH


PERKAHWINAN YANG DIBINA DI ATAS PERJUANGAN, saya cuba memberikan
gambaran kepada cikgu yang bertanya, bahawa soal pelajar bergaul bebas, keluar masuk
rumah lelaki dan perempuan dan hal-hal yang sebegini memang merisaukan kita semua.

Ia salah dari segi agama.

Ia juga tidak ada kena mengena dengan kecemerlangan akademik dan profesionalisma.

Apa kebaikannya pergaulan bebas di negara yang masih di bumi Tuhan itu?

Maka ramai pelajar yang ada kesedaran Islam, berusaha menjauhkan diri dari pergaulan
bebas. Ini tidak bermakna mereka itu jumud sosial dan tidak tahu cara berinteraksi.
Agama pun tidak menyuruh begitu. Tetapi umumnya pelajar yang menjaga batas-batas
pergaulan ini tidak punya cara untuk mencari cinta.

Walhal lelaki tidak datang menggolek.

Perempuan tidak datang melayang.

Maka sudah tentu dalam keadaan yang jauh dari ibu bapa, tiada sanak saudara, dan
mencegah diri dari bergaul sesuka hati, maka para senior yang menjadi rujukan
kehidupan, dan terbukti berwibawa pada keluarganya yang telah lama dibina, adalah
tempat yang baik untuk meminta bantuan.

Pada ‘orang tengah’ ini, sedikit sebanyak kriterianya diberitahu. Concern ibu bapa,
bahawa anak jangan berkahwin dengan orang yang jauh-jauh misalnya, turut diberitahu,
malah ada juga yang sekadar memberi syarat umum, “baik di pandangan akak dan abang,
baiklah untuk saya, Insya Allah”.

Orang tengah yang dipilih atas sifat wibawa dan amanah yang ada, berperanan untuk
memikirkan calon yang sesuai.

“Saya juga bertemu jodoh dengan cara ini, cikgu”, saya tersenyum.

Keluarga tidak pernah diketepikan

“Saya beritahu kepada sahabat saya, selepas lebih setahun saya tinggal di London,
bahawa saya berhasrat untuk berumahtangga. Maka dengan serba sedikit pengetahuan
sahabat saya ini tentang diri saya, dia berbincang dengan isterinya dan mencadangkan
kepada saya satu dua calon, dengan cara yang sungguh sopan dan bermaruah”, saya
memperincikan perbincangan.

“Begitu juga dengan calon di sebelah perempuan, saya diperkenalkan dengan cara yang
cukup baik, memelihara emosi dan maruah diri dan segal-galanya terserah kepada saya
dan dia untuk berkata YA atau TIDAK”, saya menyambung lagi.

“Tiada paksa-paksa?”, cikgu bertanya kepada saya.

“Tidak ada langsung unsur paksaan. Jika saya atau calon isteri tidak bersetuju, tidak ada
sebab untuk tidak berkata TIDAK”, saya cuba meyakinkannya.

Sama ada namanya Unit Bait Muslim, atau sekadar seorang senior membantu atas
kapasitinya sebagai individu, saya melihatnya sebagai medium yang baik dan sesuai
dengan kehendak agama. Asalkan ia dilakukan dengan penuh integriti, amanah dan niat
membantu kerana Allah. Agar Allah SWT tidak didurhakai dalam usaha mencari.
BERTUNANG

“Ustaz, berapa kali saya boleh sms tunang saya?”, tanya seorang pelajar.

“Berapa kali? Anta nak dalil Quran dan Hadith ke tentang jawapan berapa kali ana nak
beri?”, saya sedikit terlopong.

Jangan sampai mahu bertanyakan saiz cincin tunang pun tidak tahu

Dalam usaha untuk menjaga batas-batas agama, kerana seorang tunang dengan tunangnya
masih tetap warga asing yang ajnabi, kadang-kadang banyak persoalan pelik yang
ditimbulkan.

Soal berapa kali agama membenarkan sms, menunjukkan unsur-unsur robotik dalam
kefahaman pelajar tersebut tentang mengukur komitmennya dalam beragama.

“Bukankah Nabi SAW sudah mengajar kita, bahawa hati ini tenang dengan kebaikan, dan
gelisah terhadap dosa dan kejahatan”, saya menyambung peringatan.

Mintalah fatwa dari hati… di samping hati itu juga pula sentiasa berada dalam nada sedar
yang baik terhadap Allah SWT.

Antara hikmah bertunang ialah untuk saling belajar mengenal, insan baru yang bakal
menjadi teman seumur hidup. Tetapi proses kenal mengenal itu masih dalam keadaan
kedua-duanya adalah pasangan yang belum ada ikatan yang menghalalkan pergaulan.
Maka bijak-bijaklah dalam mengatur.

Telefon, email, sms… tanya khabar.


Cuma bersederhanalah.

Bila hati rasa tidak kena, semacam agak berlebihan dan tersasar dari maksud-maksud
yang maaruf, belajar tekan brek dan kawal stering. Itu sahaja.

Terutamanya ketika menjelang perkahwinan. Banyak perkara yang harus dibincangkan.


Maka berbincanglah… dan kemaskan sistem kawalan diri.

Berbincang tentang syariatullah, berbincang tentang sunnatullah.

SYARIATULLAH

Pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga, mesti berusaha melengkapkan dirinya


tentang pengetahuan berkaitan hukum hakam yang sebelum ini mungkin kurang diberi
perhatian. Khususnya bagi calon suami, anda bakal menjadi pengemudi rumahtangga
nanti.

Hukum hakam tentang munakahat, jangan diabaikan. Bermula dari hal-hal yang berkaitan
dengan akad nikah dan cerai fasakh, pengetahuan harus dikemaskinikan hingga kepada
yang membabitkan lafaz ta’liq yang wujud dalam sistem akad nikah Malaysia, tetapi
tidak di tempat lain.

Selain itu, hukum hakam berkaitan orang perempuan juga perlu ditambah.

Isu tentang haid, kitarannya, beza warna darah haid dan saki baki kotoran di akhir kitaran
(stain) serta implikasi hukumnya, perlu diambil tahu oleh bakal suami.

Antara buku yang boleh dimanfaatkan

Malah baik juga ditambah pengetahuan tentang perkara yang sedikit advance seperti
hukum hakam tentang kehamilan. Hukum ke atas seorang perempuan andai berlaku
keguguran di awal tempoh mengandung dan selepas tempoh mengandung, beza antara
nifas dan istihadhah dalam soal ini, adalah di antara isu-isu perlu diberi perhatian.

Di samping semua itu, soal yang paling penting adalah urusan berkaitan menyusun
kelahiran. Apakah ia dibenarkan oleh Islam, di mana keperluannya, apa beza antara
sistematika kelahiran dengan menghadkan jumlah anak.
“Hal ini jangan dibincang sebagai bahan akademik, sebaliknya kalian harus
mengambilnya sebagai subjek praktikal kehidupan berumahtangga. Bukan lagi untuk
lulus periksa”, saya menyedarkan peserta dari lamunan.

“Isu mengawal kehamilan, maafkan saya jika saya katakan, sering berlaku kehamilan di
luar perancangan. Kemudian ia mencetuskan pelbagai masalah di luar jangkaan dan
semuanya berpunca dari keengganan kita berbincang. Saya tidak bimbangkan hukum
syariatullah, tetapi tuntutan sunnatullah yang tidak dianalisa secara jelas”, perbincangan
disambung.

SUNNATULLAH

Terutamanya bagi pasangan yang mahu mendirikan rumahtangga ketika masih belajar,
keperluan untuk berbincang secara jelas tentang perancangan berkeluarga mesti
dilakukan. Tanggungjawab utamanya ialah pada si lelaki.

“Mungkin bakal isteri tidak berani menimbulkan hal ini. Takut nanti ditempelak suami
bahawa si isteri mahu menolak rezeki dan sebagainya. Maka suamilah yang sebaiknya
mengusahakan perbincangan”, saya memberitahu.

“Apakah dalam keadaan masih belajar, atau lagi setahun nak final, atau bakal menempuh
alam internship /housemanship, isteri bersedia untuk mengandung? Apa implikasinya?
Apa pro dan kontranya… eloklah dibincangkan. Dan jika didapati mengandung pada
situasi seperti ini terlalu berat untuk ditempuh, maka lanjutkan perbincangan kepada
kaedah yang ingin diguna pakai untuk mencegah kehamilan. Ia boleh dicegah dari pihak
lelaki juga di pihak perempuan”, saya meneruskan penjelasan.

“Maafkan saya untuk bercakap tentang hal ini, ya”, saya meminta izin. Nampak
sebahagian peserta seperti tersipu-sipu.

Sedikit sebanyak trend MELUCAHKAN SEKS (yang juga trend popular di kalangan
penceramah kursus pra perkahwinan), menjadikan kita susah untuk bercakap secara
terbuka tentang hal-hal seperti ini. Kesan enggan berbicara, kita dedahkan diri kepada
kesusahan yang tidak perlu.

“Cara yang mungkin lebih efektif, tiada kesan sampingan yang ketara ialah dengan
menggunakan kondom. Tetapi kesan penggunaan kondom kepada apa yang diinginkan
oleh seorang lelaki, perlulah difikirkan. Sebagai persediaan mental”, senang saya
bercakap sejelas ini.

“Penggunaan kondom untuk mencegah kehamilan dalam tempoh tertentu, mungkin lebih
sejahtera berbanding dengan kaedah ‘Azl, iaitu suami melepaskan air maninya di luar
faraj ketika mencapai kemuncak. Ia mungkin kaedah yang memberikan kesan emosi yang
negatif terhadap lelaki malah perempuan. Saya tidak bermaksud mahu memberikan
preference antara yang mana, terpulang. Point utama saya ialah, berbincang!”, saya
membuat penegasan.

“Andaikata pencegahan mahu dilakukan di pihak isteri, maka pilihan-pilihan yang ada
boleh dibincangkan. Penggunaan pil mencegah kehamilan, coil (intra-uterine device),
contraceptive injection, contraceptive implants, contraceptive patch (Evra), adalah di
antara teknik yang ada. Kesan sampingannya juga mesti diambil kira, termasuk
kegemukan yang boleh berlaku ke atas isteri akibat menggunakannya”, saya memesan.

Sepatutnya saya tidak perlu bercakap tentang hal ini kepada peserta kerana sebahagian
besar mereka adalah pelajar perubatan.

Namun apa yang ingin saya tegaskan ialah keperluan mengadakan perbincangan.

Saya sedih melihat pelajar yang berkahwin, terutamanya semasa belajar, apabila mereka
dikejutkan dengan berita kehamilan isteri dalam keadaan tidak mempunyai kesediaan
mental, lantas mencetuskan pelbagai masalah. Bermula dari stress dan kemurungan,
hinggalah membawa kepada masalah kewangan yang serius lagi menjejaskan pelajaran.
Kewangan

Bertitik tolak dari isu tersebut, keperluan mengadakan perbincangan tentang peraturan-
peraturan kewangan, wajar dibincangkan sesama bakal suami dan bakal isteri yang bakal
mendirikan rumahtangga.

Terutamanya beban di pihak lelaki yang terpaksa menyediakan belanja yang besar dalam
urusan perkahwinan. Bincanglah dengan baik untuk berpakat dan mencari penyelesaian.
Jika bakal suami mahu dibantu, berpakatlah secara baik dan jaga maruahnya dengan tidak
mengaibkan ketidakmampuannya mencapai ketetapan yang diputuskan.

Mengumpul…

Meminjam…

Lakukan dengan berhemah dan bijaksana.

Buku-buku dan panduan oleh Azizi Ali, sangat baik untuk dimanfaatkan.

Komunikasi

“Kebimbangan saya lebih bertumpu kepada peraturan komunikasi antara bakal suami dan
isteri. Jangan lupa menumpukan perhatian kepada mempelajari kaedah memahami nature
lelaki dan perempuan. Dan saya yakin anda semua sudah tahu, buku apa yang ingin saya
cadangkan. Betul tak?”, saya bertanya.

Peserta PUISI 2007 ketawa.

“Saya tidak pernah berasa malu untuk menggesa pasangan yang mahu berumahtangga
untuk membaca dan mempraktikkan isi kandungan buku Men Are from Mars, Women
Are from Venus oleh John Gray. Saya tidak rasa susut keIslaman diri ini untuk
mencadangkan antum membacanya kerana ia adalah panduan sunnatullah, pada
mengetahui kaedah berfikir dan berkomunikasi antara suami dan isteri”, saya
menyambung.
“Percayalah, sebahagian besar dari pergaduhan dan krisis rumahtangga, berpunca dari
masalah komunikasi. Isteri yang kuat berleter, dan suami yang lebih suka membatukan
diri, sudah cukup untuk menyalakan neraka yang bakal membinasakan baiti jannati yang
dibina itu. Jangan lupa baca artikel saya, CINTA ANTARA PLANET“, saya
menyelesaikan topik ini.

DARI IDEALISTIK MENUJU REALISTIK


Akhirnya, jangan lupa untuk berbincang secara baik apakah expectation masing-masing
menjelang hari perkahwinan. Jangan pula tiba-tiba pengantin lelaki bersilat pulut
menentang pelamin, kerana tidak berbincang dengan baik untuk persediaan diri.
Semuanya telah saya perkatakan di dalam artikel BIAR MATI ANAK JANGAN MATI
ADAT.

Selamat melangkah ke alam perkahwinan…

ABU SAIF @ www.saifulislam.com


56000 Kuala Lumpur

#4. Muslim Rumahtangga dan Keluarga - Siri I (Di Ambang Perkahwinan) >>
BACA DI SINI

__ERTI HIDUP PADA MEMBERI. Perkongsian anda, biar pun hanya secawan kopi
amat bermakna dalam usaha menampung perjalanan saifulislam.com ini. Terima kasih

Вам также может понравиться