Вы находитесь на странице: 1из 24

Bab 3

Etika Keusahawanan
1. Fahami konsep etika & amalannya dlm biz
2. Kenal pasti hubungan etika dlm proses membuat
keputusan
3. Kenal pasti contoh2 perbuatan tidak beretika yg &
implikasi nya
3. Mengaplikasikan kod etika dlm biz
PENGENALAN
 Kita sering didedahkan dgn berbagai berita
berkaitan perlakuan u’wan yg tak beretika
dlm aktiviti biz mereka di media2 massa.
 Kita dapati peruntukan undang2 perniagaan
sahaja tak cukup utk bendung amalan2
tidak baik, tak beretika yg boleh
menjejaskan manusia, penggunaan sumber
& a.sekitar.
PENGENALAN
 Etika sering dibelakangkan bila u’wan
berdepan dgn isu keuntungan, merebut
peluang & menghadapi persaingan. Ada yg
menipu pelanggan dgn mengguna bahan yg
kurang selamat utk meraih untung yg lebih
besar.
 Peraduan gores & menang, menyembunyi
maklumat, penipuan, penetapan harga
kontrak, rasuah & pembuangan sisa toksik
secara sembarangan adalah di antara
perbuatan tidak beretika di dlm biz.
Etika?
 Secara umumnya etika menyediakan
peraturan asas atau had perlakuan utk
menjalankan sebarang aktiviti dlm bentuk yg
boleh diterima (Kuratko & Hodgetts, 2004).
Etika merangkumi “satu set prinsip2 yg
memperihalkan tatacara perlakuan yg
menerangkan apa yg baik & tidak baik dan
apa yg betul & salah di samping
menggariskan tanggungjawab & obligasi
moral.
Etika?
 Etika perniagaan adalah “perlakuan atau
tingkah laku & moral dlm situasi perniagaan.
Ia melibatkan apa yg patut atau tidak,
boleh atau tidak, perlu atau tidak yg
dipraktikkan dlm pengendalian perniagaan
baik dari pembangunan produk mahupun
pelaksanaan perkhidmatan”
- Hisrich & Peters (2002) -
Isu2 dlm Etika
 Konflik seringkali timbul dlm melaksanakan
perlakuan beretika dlm dunia biz kerana
perkara2 berikut:
 1. Terdapat berbagai pihak yg
berkepentingan baik di dlm atau diluar
perniagaan dari kalangan pekerja,
pembiaya, pelanggan, pembekal, kerajaan
tempatan, masyarakat sekitar & mereka yg
berinteraksi & saling mempengaruhi.
Isu2 dlm Etika
 2. Masyarakat kini berdepan dgn perubahan
yg pesat dari segi nilai2 yg pernah dipegang
tetapi berubah selaras dgn perubahan
masyarakat yg mengamalkannya. Apa yg
dianggap tidak beretika dahulu telah
diterima kerana telah diamalkan secara
berleluasa pada masa kini.
Etika dlm membuat keputusan
 Perkara2 yg perlu dipertimbangkan u’wan apabila
membuat keputusan (supaya beretika):-
 Bagaimana anda melihat masalah tersebut jika anda
berada di pihak yg menerima akibat dari keputusan
berkenaan – sakit? teraniaya? rugi?
 Kpd siapa & kpd apa anda memberikan ketaatan
anda secara individu atau secara ahli perniagaan
dlm membuat keputusan berkenaan- pelabur? diri
anda sendiri?
Etika dlm membuat keputusan
 Apakah matlamat semasa membuat keputusan
tersebut – keuntungan? kebajikan?
 Bagaimanakah keadaan hasil dari pelaksanaan
keputusan tersebut – keuntungan kpd pemegang
saham? kesukaran kpd pekerja? a.sekitar
tercemar? pesaing terpaksa disingkirkan dgn cara
yg tidak baik?
 Siapakah yg menerima akibat dari keputusan &
tindakan anda?
Etika dlm membuat keputusan
 Bolehkah anda berbincang dgn pihak terbabit
sebelum membuat keputusan – cari penyelesaian
“menang-menang” utk tindakan anda selepas
keputusan dilaksana?
 Adakah keputusan tersebut akan mempengaruhi
kesihatan pekerja yg menghasilkan produk
tersebut?
 Adakah bahan yg digunakan boleh menimbulkan
masalah kpd pelanggan (kerugian/kecederaan?)
 Adakah terdapat pengurangan bahan tertentu yg
boleh membahayakan nyawa pengguna/pekerja yg
terlibat dlm proses pengeluaran tersebut
CONTOH2 & IMPLIKASI PERBUATAN
TIDAK BERETIKA
 Menipu pelanggan - guna bahan yg
kurang selamat utk raih untung lebih
besar. Akibatnya pengguna mengalami
masalah kesihatan yg boleh mengancam
nyawa mereka. Contoh - pemasaran pil
menguruskan badan yg menyebabkan
kerosakan kpd organ hati pesakit.
CONTOH2 & IMPLIKASI PERBUATAN
TIDAK BERETIKA
 Rasuah - beri suapan dlm bentuk wang atau
keistimewaan tertentu dgn syarat mereka yg
menerima rasuah akan memenuhi permintaan pemberi
rasuah. Rasuah kini dijadikan sebagai cara merebut
peluang. Ini mengakibatkan kos meningkat tetapi
kualiti barangan tidak setara. Contoh: bangunan
roboh sering dikaitkan dgn rasuah di mana kualiti
bahan yg digunakan diturunkan utk menampung kos
membayar rasuah. Kesannya - kerugian bukan sahaja
kpd harta tetapi kadangkala melibatkan nyawa
manusia.
CONTOH2 & IMPLIKASI PERBUATAN
TIDAK BERETIKA
 Menikam rakan dari belakang, curi
maklumat & berbohong demi menjatuhkan
pesaing. Ada di antara u’wan yg
memberikan alasan bahawa keputusan &
perbuatannya betul hanya kerana ianya
menguntungkan pemegang saham
syarikatnya tetapi tidak menjaga
kepentingan kebajikan pekerja umpamanya
dlm meningkatkan pengeluaran.
CONTOH2 & IMPLIKASI PERBUATAN
TIDAK BERETIKA
 Buang sisa pengeluaran berbahaya ke alam
sekitar (menanamnya di mana saja yg
difikirkan sesuai/membuangnya ke sungai -
cemari hidupan & kebersihan sungai). Ada
di antara sisa toksik mencemari penduduk
melalui bau/kesan penyakit mendadak.
Tetapi ada yg tidak dikesan segera & ambil
masa bertahun lamanya utk menimbulkan
penyakit kronik kpd generasi kemudian.
CONTOH2 & IMPLIKASI PERBUATAN
TIDAK BERETIKA
 Guna tenaga buruh dari kalangan kanak2
dlm suasana tempat kerja yg sesak & tidak
bersih (ianya juga menyalahi undang2 buruh
dari segi penggunaan buruh kanak2)
Penindasan seumpama ini akan
menyebabkan kanak2 ini mengalami
penyakit bila mereka meningkat dewasa.
GARIS PANDUAN DLM MENENTUKAN
PERLAKUAN BERETIKA
 EQUALITY KESAMAAN - Mengiktiraf hak2 semua ahli
masyarakat & memperlihatkan prinsip keadilan
berteraskan Perlembagaan Malaysia
 TRUTH KEBENARAN - Membuat dakwaan adil & boleh
dipertahankan, menggunakan perakuan yg bertauliah
& berusaha utk memberi khidmat kpd semua yg
membeli & mengguna keluaran/ perkhidmatan.
 HONESTY KEJUJURAN - Mendukung prinsip keadilan
& mengawasi tindak tunduk yg berniat &
berkeupayaan mengelirukan semua pelanggan.
GARIS PANDUAN DLM MENENTUKAN
PERLAKUAN BERETIKA
 INTEGRITY KEUTUHAN - Berusaha melayan
pelanggan/pengguna dgn jujur, menghindarkan dari
tindak tanduk mengambil kesempatan terhadap
kejahilan & kelemahan manusia serta harus mematuhi
undang2 dari segi teknikal sahaja.
 COOPERATION KERJASAMA - Menyokong kewujudan
sistem pasaran sihat melalui kerjasama di antara
pelanggan/pengguna, semua bentuk perniagaan &
profesion yg berkenaan & semua orang perseorangan
yg akan menikmati faedah dari sistem pasaran beretika,
terbuka & bebas.
GARIS PANDUAN DLM MENENTUKAN
PERLAKUAN BERETIKA
 SELF REGULATION KAWALAN DALAMAN -
Menghormati semua komitmen termasuk
semua jaminan/waranti yg ditawarkan,
mempastikan supaya
barangan/perkhidmatan tidak merbahaya
dari segi kesihatan atau keselamatan dgn
memberi amaran secukupnya & mencari
penyelesaian dgn adil & cepat mana2
pertikaian yg berlaku melalui pendekatan
kawalan dalaman ini.
ETIKA & TANGGUNGJAWAB
SOSIAL
 Perlakuan beretika juga berkait dgn t/jawab sosial
sesebuah biz. Jika sekiranya t/jawab sosial sebuah biz
itu kuat dgn sendirinya mereka tidak akan
berkompromi dgn perbuatan tak beretika. T/jawab
sosial ialah obligasi2 sesebuah biz terhadap
masyarakat (Kuratko & Hodgetts, 2004). Pelaksanaan
t/jawab sosial ini dijalankan kerana menghargai
sokongan dari pihak yg berkepentingan di sekeliling
mereka. T/jawab sosial menghasilkan impak
keseluruhan yg positif kpd persekitaran di mana
sesebuah biz beroperasi.
ETIKA & T/JAWAB SOSIAL
 Di antara langkah yg boleh dilakukan utk
memastikan t/jawab sosial dapat
dilaksanakan oleh syarikat ialah:
 1. Penetapan matlamat - Apakah yg anda &
syarikat anda ingin capai ? Adakah anda
akan memasuki pasaran baru?
Memperkenalkan produk baru ?
Meningkatkan imej syarikat anda?
ETIKA & T/JAWAB SOSIAL
 2. Tentukan apakah usaha murni yg ingin
disertai. Kaitkan usaha ini dgn produk yg
dikeluarkan. Contoh- penglibatan Syarikat
Faiza dgn program Bersama Mu di TV3 atau
Sendayu Tinggi Industries Sdn Bhd dgn
program kecantikan Anggun Ayu di TV3.
Melalui program ini ditonjolkan komitmen
syarikat berkenaan membantu golongan yg
memerlukan selain membangun &
mempromosi produk keluaran mereka.
ETIKA & T/JAWAB SOSIAL
3. Pilih sebuah pertubuhan bukan kerajaan
utk bekerjasama. Pastikan NGO berkenaan
aktif, lokasinya tidak jauh dari biz anda &
bersedia utk bekerjasama dgn anda.
Contohnya MK Land di bawah Yayasan
EMKAY bekerjasama dgn Yayasan Sultanah
Bahiyah dlm menyediakan bangunan bagi
rawatan pesakit buah pinggang iaitu Pusat
Rawatan Hemodialisis di Alor Star.
ETIKA & T/JAWAB SOSIAL
4.Bentuk satu program & usulkan kpd NGO
berkenaan atau pertimbangkan usul dari NGO yg
bekerjasama dgn biz anda. Pastikan program
tersebut mempunyai kaedah pengukuran
kejayaannya bagi memastikan usaha ini boleh capai
matlamat & bersifat berterusan.
5. Berbincang dgn NGO berkenaan supaya
matlamat kedua2 pihak seiringan
 6. Libatkan k/tangan - galak & sediakan ruang utk
mereka terlibat dlm aktiviti tersebut.
ETIKA & T/JAWAB SOSIAL
7. Libatkan pelanggan dlm usaha murni anda.
Contoh- jika anda menjual alatan sukan, galakkan
pelanggan menghantar barang sukan mereka yg
lama utk diberi kpd rumah anak yatim & kerana
usaha mereka, anda berikan diskaun terhadap
pembelian alat sukan baru mereka. Atau
nyatakan kpd mereka bahawa setiap ringgit yg di
belanjakan di kedai anda, beberapa peratus
didermakan utk pembangunan golongan tidak
berbasib baik.

Вам также может понравиться