Вы находитесь на странице: 1из 2

Menganalisis Sajak- Diari

Lama
A. Baca sajak dengan teliti kemudian
jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Di halaman diari ini aku amati selembar


tulisan,
tentang perjuangan bertitis air mata
mengalir
namun tak sederas darah yang tumpah
Di naungan panji yang megah
kutegakkan cinta dan kasih sayang
anak bertuah bumi merdeka
pada semarak ulang tahun
diulit riang bersalut hiba
Dataran Merdeka menyambut suka
gagah perbarisan anak-anak Malaysia
menghayun langkah menongkah persada
riang di naungan nusa, makmur setiap ketika
sampai bila-bila.
1. Mengapakah penyajak menitis air mata?
A Mengenang jasa-jasa pejuang bangsa.
B Sedih kerana pejuang-pejuang tanah
air telah terkorban
C Kisah yang terdapat dalam diari
sungguh menyayat hati
D Berasa terharu selepas membaca
tentang perjuangan pahlawan negara yang
terkorban
2.
Anak bertuah bumi merdeka
Apakah maksud baris sajak di atas ?
A Masyarakat beruntung kerana negara
bermaruah
B Masyarakat bernasib baik kerana
dunia tidak dijajah
C Rakyat beruntung kerana negara
bebas daripada dijajah
D Rakyat hidup berbahagia kerana dunia
bebas daripada ancaman
3. Semua pernyataan berikut adalah
benar berkenaan bentuk sajak, kecuali
A Sajak ini terdiri daripada dua
perenggan
B Rima akhir rangkap pertama ialah
abcad

C Bilangan baris dalam setiap rangkap


berbeza
D Jumlah perkataan dalam setiap baris
ialah satu hingga tujuh jumlah perkataan
4. Nilai yang terdapat dalam sajak ialah
A nilai berani
B nilai patriotik
C nilai bersyukur
D nilai mengenang jasa
5. Apakah tema sajak ini?
A Semangat cinta kepada negara
B Perjuangan ke arah kemerdekaan
C Penghargaan kepada pejuang-pejuang
tanah air
D Kemeriahan sambutan Hari
Kebangsaan di Dataran Merdeka
B. Isikan tempat-tempat kosong
dengan jawapan yang sesuai
Diari lama, Bendera, Pengorbanan, Tanah
airnya, Negaranya, Dataran Merdeka, Hari
Kebangsaan, Berlinangan
Rangkap 1
Pada helaian a) _______, penyajak
membaca baris-baris ayat tentang
perjuangan para bunga bangsa yang
terkorban. Air matanya b) _______ ketika
membaca catatan tersebut. Kepiluan yang
dirasai penyajak tidak dapat dibandingkan
dengan jasa-jasa dan c) _______ yang telah
mereka curahkan.
Rangkap 2
Di dalam (d) _________ yang berkibar
megah, penyajak menanamkan rasa cinta
kepada negara. Penyajak berasa bertuah
kerana (e) _____________ telah merdeka.
Semasa kemeriahan (f)__________ ,
penyajak berasa gembira berbaur sedih. (g)
__________ yang menjadi tempat sambutan
yang meriah bersemangat patriotik.
Penyajak berharap (h) ____________ makmur
selamanya.

dalam dakapan perpisahan


4 Nilai murni yang diperoleh daripada baris
di atas ialah
A rasional
B kesyukuran
C kasih sayang
D kesederhanaan

Menganalisis Sajak- Hari


Akhir Persekolahan
A. Baca sajak dengan teliti kemudian
jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Ada suara hati,


yang tersisip
di celah buku-buku
ada mata batin
yang mengintip
pesan para guru
ada air jernih
yang tumpah
dalam dakapan perpisahan
ada tangan gatal
yang mengukir
merdeka, kita ke takah dewasa
1 Apakah perasaan penyajak berpisah
dengan orang yang rapat dengannya?
A Sedih
B Gembira
C Tertekan
D Terhibur
2 Mengapakah penyajak menganggap
dirinya sudah "dewasa"?
A Menganggap sudah merdeka
B Telah mendengar pesanan guru
C Sudah menamatkan alam persekolahan
D Berpelukan dengan rakan sebelum
berpisah
3 Frasa mata batin merupakan kiasan
terhadap sesuatu. Penggunaan kiasan yang
kurang jelas ini dipanggil
A simile
B anafora
C aliterasi
D metafora
ada air jernih
yang tumpah

5 Pernyataan yang berikut merupakan


pengajaran yang diperoleh menerusi sajak
"Hari Ahir Persekolahan", kecuali
A kita perlu gigih menuntut ilmu
B kita sewajarnya merdeka di sekolah
C kita hendaklah mendengar nasihat guru
D kita haruslah cekal menghadapi
perpisahan
B. Isikan tempat-tempat kosong
dengan jawapan yang sesuai
menempuh, pesanan, berpisah,gembira
kebebasan, akhir, ilmu, sedih
Pada hari . persekolahan,
dapat dilihat segelintir murid yang masih
membaca buku kerana mereka
mementingkan ..Ada juga
segelintir murid yang teringat akan
. guru manakala segelintir
murid lagi berasa . kerana
mereka akan . dengan rakanrakan serta guru-guru tidak lama lagi.Selain
itu, ada juga segelintir murid yang berasa
. akan peralihan zaman yang
bakal dilalui oleh mereka,iaitu
., disamping mereka juga
akan . alam kedewasaan.

Оценить