Вы находитесь на странице: 1из 2

Ya Allah Ya Tuhan kami, Tuhan yang menguasai langit dan bumi serta sekelian alam.

Hanya pada Mu sahaja kami


panjangkan kesyukuran di atas segala Rahmat dan Nikmat yang dikurniakan kepada kami.
Ampunkan la dosa dan kesilapan kami, dosa ibu dan bapa kami dan seterusnya dosa muslimin dan muslimat
samada yang masih hidup ataupun yang telah mendahului kami. Jadikan lah kami orang-orang yang sentiasa
dalam peliharaan mu jua.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kami merafakkan rasa syukur ke hadrat Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dalam majlis
perhimpunan bulanan jabatan pendidikan negeri Melaka pada pagi ini.kami juga memohon kehadratMu agar
majlis ini di dalam perlindungan dan keberkatan dari Mu serta berjalan dengan lancar.
Ya Allah Ya faalul lima yurid
Kami sedar dengan sebenar-benar sedar bahawa tugas kami adalah tugas yang mulia dan murni sepanjang
zaman, justeru itu kurniakanlah kepada kami hati yang ikhlas dalam menyempurnakan tanggungjawab yang berat
ini dengan sebaik-baiknya. Lorongkanlah hati kami agar menjadikan seluruh aktiviti dunia pendidikan sebagai
ibadah mengharap rahmat dan redha mu semata-mata.
Ya Allah Ya mudap birul amri
Pada tika dan saat ini, kami hulurkan tangan kehambaan, memohon ihsan dan pimpinan Mu agar Engkau
anugerahkan rasa kasih dan sayang kepada seluruh warga jabatan pendidikan Melaka dan tambahkan la
kecintaan kami kepada segala kebaikan dan jauhkan lah kami kepada segala larangan. Jadikan lah kami dan
pemimpin-pemimpin kami terus berkhidmat dengan penuh istiqamah untuk menabur bakti membangun umat,
masyarakat, bangsa dan agama.

Вам также может понравиться