Вы находитесь на странице: 1из 3

Jurnal Mingguan

Jurnal 11
Minggu 11
Ahad 6 Sept 2009
Khamis 10 Sept 2009

Masalah
Sudah minggu kesebelas saya menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Khir
Johari. Pelbagai pengalaman yang telah saya kutip. Pada minggu ini, masalah saya
hanyalah tertumpu kepada ketidak hadiran pelajar akibat daripada terlibat dengan
aktiviti luar dan juga masalah H1N1 yang sedang melanda. Akibat daripada ini, ia
menjejaskan segala aktiviti P&P yang telah dirancang oleh saya pada minggu ini.
Kebanyakaan kelas yang saya mengajar, murid-muridnya tidak hadir. Oleh yang
demikian, penyelaras terpaksa menggabungkan murid dan membentuk 2 kelas
sahaja. Masalah ini berlaku terutamanya pada hari ahad dan khamis. Selain
daripada itu, Penolong Kanan Kelisa iaitu Puan Sharul Bariah telah mengeluarkan
arahan kepada ibu bapa ataupun waris, sekiranya anak mereka demam ataupun
selsema, maka murid tidak dibenarkan hadir ke sekolah. Murid perlu menjalani
rawatan dan hanya akan meneruskan sesi persekolahan setelah murid sembuh
daripada penyakit. Penolong Kanan Kelisa terpaksa mengeluarkan arahan yang
sedemikian

kerana khuatir dengan wabak yang melanda Malaysia

sejak

kebelakangan ini iaitu H1N1. Wabak ini merebak melalui udara dan mudah dijangkiti
oleh kanak-kanak terutamanya kanak-kanak khas di mana kanak-kanak ini
mempunyai sistem imuniti yang lemah. Maka, mereka mudah dijangkiti penyakit ini.
Oleh itu,bagi melindungi murid-murid yang lain, Puan Sharul Bariah terpaksa

Jurnal Mingguan

menghalang murid yang tidak sihat untuk tidak hadir ke sekolah supaya murid lain
tidak dijangkiti penyakit tersebut.

Analisis Masalah
Secara realitinya, sememangnya agak sukar untuk menghalang daripada masalah
ini berlaku, terutamanya masalah pelajar sakit. Keadaan ini menyebabkan proses
P&P menjadi lebih sukar kerana murid tidak hadir ke sekolah dalam tempoh yang
agak lama. Ini menyebabkan perkembangan mereka dalam setiap perkara yang
diajar terbantut. Selain itu juga, keadaan ini menyebabkan mereka mudah terlupa
dengan apa yang diajar pada minggu-minggu lepas. Akibat dari keadaan ini, saya
terpaksa mengambil masa yang telah diperuntukkkan untuk aktiviti lain bagi
mengingat kembali apa yang telah diajar kepada mereka pada minggu-minggu
lepas. Dengan ini, ia menyebabkan P&P yang telah dirancang tidak dapat dijalankan
dengan baik, kerana masa yang telah diperuntukkan telah dikurangkan. Oleh yang
demikian, saya terpaksa bertungkus-lumus untuk mengulagkaji pelajaran yang lepas
supaya murid-murid dapat mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
telah dirancang dengan mudah dan lebih berkesan.

Cadangan
Untuk menghadapi masalah ini, saya telah berbincang dengan guru pembimbing
untuk mengambil satu masa pengajaran dan pembelajaran bagi mengulang kembali
P&P yang telah diajar sebelum ini. Selain itu juga, pada pandangan saya, saya perlu
meningkatkan lagi P&P saya agar menjadi lebih menarik, supaya murid terus
bersemangat untuk datang kesekolah pada keesokan harinya. Selain itu, pemberian
token ekonomi juga, saya bercadang untuk mengubah menu yang lebih menarik
agar mereka lebih tertarik untuk menghadirkan diri kesekolah.
Bagi mengatasi masalah ini juga, saya perlu melakukan beberapa anjakan
paradigma di mana saya perlu memberikan peneguhan kepada murid pada setiap
masa. Ini bermakna peneguhan ataupun ganjaran akan saya berikan kepada murid
setelah tamat proses P&P. Saya juga perlu meningkatkan motivasi murid agar
mereka ingin datang ke sekolah pada setiap hari. Saya juga bercadang untuk

Jurnal Mingguan

memperbanyakkan lagi bahan bantu mengajar agak aktiviti P&P menjadi lebih
menarik. Oleh kerana murid sukakan permainan, maka saya perlu mereka lebih
banyak permainan dalam P&P saya agar murid berasa lebih seronok dan tidak jemu
untuk meneruskan aktiviti P&P. Saya sedar bahawa saya perlu menjadi lebih kreatif
dalam mencipta permainan yang menarik dalam aktiviti P&P. Namun,saya sentiasa
mengingatkan diri bahawa pada permulaan sesuatu perkara, sememagnya kita akan
menghadapi kesukaran dalam mengadaptasikan diri dalam situasi tersebut. Oleh
sebab itulah saya akan sentiasa bersabar dengan segala cabaran dan dugaan yang
datang dan menerima setiap kesukaran sebagai sesuatu yang positif.

Tempoh Penyelesaian
6 September 2009 - 10 September 2009 ( 1minggu)

Tindakan Susulan
Saya telah menyatakan masalah yang saya hadapi kepada rakan sepraktikum saya
bagi meminta cadangan dan nasihat. Segala cadangan dan nasihat terutama dari
rakan sepraktikum amat berguna dalam memotivasikan diri saya bagi meneruskan
praktikum dengan jayanya. Selain itu, saya perlu berbincang dengan guru
pembimbing agar masalah ini dapat dikurangkan walaupun untuk mengatasinya
adalah sukar sama sekali.

Catatan
Melalui masalah yang saya alami ini, maka saya berpengalaman mengalami perkara
yang baru dalam hidup saya. Dengan itu, saya dapat membangunkan diri ke arah
yang lebih baik. Di samping itu juga, dengan pengalaman ini, saya juga boleh
membantu rakan-rakan yang lain yang mungkin mengalami masalah yang sama
dengan saya. Pengalaman yang ditimba tidak akan dilupakan dan pengalaman inilah
yang telah mematangkan diri saya ke arah yang lebih baik. Saya berdoa kepada
Tuhan supaya segala yang saya lakukan akan dipermudahkan oleh NYA dan
supaya praktikum ini akan berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan.

Вам также может понравиться