Вы находитесь на странице: 1из 21

PENDIDIKAN JARAK JAUH

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

TUGASAN 1
(SME 3023)
TREND AND ISSUES IN EDUCATION FOR
MATHEMATIC
PENSYARAH:
MOHD FAIZAL NIZAM LEE BIN ABDULLAH

NAMA

: MOHAMAD SHAHRIL BIN ABDULLAH

KUMPULAN

:UPSI01(A141-PJJ)

MATRIX NO.

: D20112055951

H/P NO.

: 019-9295724

PENDAHULUAN
Seperti yang digariskan dalam Model Ekonomi Baru RMKe-10, negara kita

berusaha untuk berubah daripada negara berpendapatan pertengahan ke arah negara


berpendapatan tinggi. Perubahan ini perlu digerakkan oleh mereka yang berbakat,

khususnya pemimpin dan pekerja yang berpengetahuan disamping input lain seperti

tenaga kerja dan modal. Dalam keadaan persaingan pada peringkat global negara kita
memerlukan warganegara yang berbakat, kompetatif dan sistem pendidikan yang
berdaya saing.

Justeru itu kerajaan menerusi KPM telah merangka suatu tranformasi dalam

sistem pendidikan bagi membolehkan aspirasi negara ke arah negara berpendapatan

tinggi dapat direalisasikan. Aspirasi untuk menjayakan tranformasi sistem pendidikan


terdiri daripada dua aspek, iaitu aspirasi keseluruhan sistem pendidikan dan aspirasi
setiap murid.

ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN


Terdapat lima hasil yang ingin dicapai dalam Pelan Pembangunan Pendidikan,

iaitu; akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Lima aspirasii ini muncul
daripada laporan pendidikan yang pernah dikeluarkan sebelum ini tetapi

kandungannya masih relevan iaitu Laporan Razak (1956), Laporan Jawatankuasa

Kabinet (1979) dan PIPP (2006-2010).Sekolah adalah barisan hadapan dan peringkat
operasi dalam melaksanakan tanggungjawab memastikan lima aspirasi sistem
pendidikan dapat dicapai.
Akses Kepada Kejayaan

Sekolah mempunyai peranan untuk memastikan setiap murid di sekolah

mendapat akses yang sama kepada pendidikan berkualiti, tanpa mengira taraf ekonomi,
kaum atau latar belakang murid bagi membolehkan murid mencapai potensi masing-

masing. Prinsip pendidikan untuk semua, perlu dijadikan asas dalam memastikan akses
dan enrolmen setiap lapisan murid dari peringkat prasekolah ke peringkat sekolah

menengah dapat dipenuhi. Bagi tujuan ini pihak sekolah perlu memberi komitmen demi
memastikan tiada murid yang tercicir dan semua murid memenuhi standard minimum

iaitu sekurang-kurangnya lulus dalam mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa

Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah dan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral pada
akhir tingkatan 5. Tujuannya adalah untuk meletakkan negara kita setanding dengan
negara maju yang lain di samping meningkatkan peratusan murid melanjutkan

pelajaran pada peringkat universiti, kolej, politeknik, vokasional dan program latihan
kemahiran yang berstruktur.

Kualiti Standard Antarabangsa Yang Tinggi.


Aspirasi kedua ini melibatkan peranan sekolah dalam meastikan setiap sekolah

memberikan proses pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid setanding dengan


negara maju yang lain mengikut standard antarabangsa. Langkah ini termasuklah

standard untuk bidang Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris serta kemahiran berfikir
aras tinggi. KPM misalnya telah mensasarkan agar negara berada dalam kelompok

sepertiga teratas dari segi prestasi dalam TIMSS (Trends in Mathematics and Science

Study) dan PISA (Programme For International Student Assessment) dalam tempoh 15
tahun. Oleh itu komitmen guru dan masyarakat yang mendukung sekolah yang tinggi

amatlah diharapkan. Pelaksanaan i-THINK dan Frog VLE perlulah dilaksanakan secara
serius kerana ia adalah kerangka asas yang dapat memenuhi keperluan proses
pembelajaran dan pengajaran berkualiti tinggi.
Ekuiti Untuk Semua Murid

Sekolah perlu memastikan sistem pendidikan yang dilaksanakan berada pada

tahap yang terbaik kepada setiap murid tanpa mengira etnik, tempat atau latar

belakang sosioekonomi. Sekolah perlu meberi peluang kepada setiap murid supaya

jurang yang ada dalam kalangan mereka dapat dirapatkan. Sekolah bertanggungjawab
untuk memastikan setiap murid yang mempunyai pelbagai latarbelakang dan

sosioekonomi di sekolah mendapat hak dan ekuiti yang sama terhadap kemudahan
dalam menyokong pembelajaran dan pembangunan sahsiah mereka. Program

Pendidikan Khas, Kelas Rancanagan Khas dan Program Kawalan yang terdapat

disekolah perlulah diurus dengan berkesan bagi membolehkan murid dibangunkan


mengikut kebolehan dan potensi masing-masing.

Memupuk Perpaduan Dalam Kalangan Murid


Sejak merdeka aspirasi negara yang utama ialah mewujudkan perpaduan dalam

kepelbagaian kaum yang ada. Sesebuah negara yang menghargai kepelbagaian dan

mengutamakan keterangkuman sosial yang unik akan mempamirkan perpaduan yang


lebih kuat. Kajian yang dilakukan oleh OECD pula menunjukkan bahawa perpaduan
yang kuat mempunyai kaita yang rapat dengan rakyat yang sihat, masyarakat yang
selamat dan kadar guna tenaga yang tinggi. Murid menghabiskan masa lebih

seperempat daripada mereka di sekolah semasa mereka berusia 7 hingga 17 tahun,

maka sekolah merupakan medan yang subur untuk pemupukan semangat perpaduan.

Oleh itu sekolah perlu mewujudkan interaksi dalam kalangan murid-murid agar mereka
belajar saling memahami, menerima dan menghargai kepelbagaian. Gerak kerja

kokurikulum perlu dioptimumkan dan dasar 1 murid 1 sukan perlu dimantapkan agar

penerapan nilai dan pengalaman dapat diterapkan ke arah pembinaan identiti nasional
yang seterusnya memupuk perpaduan.
Pelaksanaan Berkecekapan Tinggi

Aspirasi pendidikan nasional yang kelima ialah elemen kecekapan. Kerajaan

menerusi bajet tahunan telah memperuntukan perbelanjaan besar kepada sektor

pendidikan (16%), yang secara jelas menunjukkan komitmen tinggi kerajaan terhadap

pendidikan. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab guru-guru dan warga pendidikan di
sekolah untuk memastikan pulangan dalam bentuk keberhasilan murid

dimaksimumkan untuk setiap ringgit yang dibelanjakan. Pelaksanaan program

pendidikan perlu dibuat secara lebih bertanggungjawab dan menggunakan sumber


yang ada secara cekap, berkesan dan memberi impak yang maksimum.

ENAM ELEMEN ASPIRASI MURID DALAM PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN


MALAYSIA (PPPM)
Adalah menjadi aspirasi KPM untuk memastikan setiap murid mencapai potensi

yang ada pada diri mereka sepenuhnya. Oleh yang demikian setiap pemimpin di
sekolah, guru, ibu bapa dan masyarakat mempunyai peranan penting dalam

memastikan generasi muda ini mencapai aspirasi yang diharapkan. Dalam PPPM,
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan pembangunan murid secara

menyeluruh dan seimbang telah diterjemahkan kepada enam elemen, iaitu penekanan

kepada elemen Pengetahuan dan Kemahiran; membangunkan Pemikiran Kritis, Kreatif


dan Inovatif; Kemahiran Memimpin; Kemahiran Dalam Dwibahasa (Bahasa Malaysia
dan Bahasa Inggeris); Sahsiah dan Nilai serta semangat Identiti Nasional yang kuat.

Setiap elemen ini turut memberi penekanan kepada usaha bagi membolehkan semua
murid memberi sumbangan bermakna terhadap institusi keluarga, masyarakat dan
negara.

Sistem pendidikan Malaysia berhasrat memastikan setiap murid mencapai

potensi sepenuhnya. Setiap pemimpin sekolah, guru, ibu bapa, dan masyarakat

mempunyai peranan penting dalam memastikan generasi muda ini mencapai aspirasi
yang diharapkan. Pelan Pembangunan Pendidikan akan terus menterjemahkan

semangat. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang merencanakan pendidikan seimbang

sebagai asas mencapai aspirasi murid. Perkara ini selari dengan maklum balas daripada
Dialog Nasional. Pelan Pembangunan Pendidikan ini juga mengambil pengajaran

daripada sistem pendidikan berprestasi tinggi bagi membangunkan unsur murni dan

kecekapan tertentu yang diperlukan oleh murid untuk berjaya dan berkembang maju
dalam dunia global yang semakin mencabar. Sehubungan itu, semangat Falsafah

Pendidikan Kebangsaan tentang pendidikan seimbang merangkumi enam elemen

(Ekshibit 2-3). Elemen ini bukan sahaja menekankan kepentingan pengetahuan dan

kemahiran, tetapi juga pembangunan kemahiran pemikiran kritis, kreatif dan inovatif;

kemahiran memimpin; kemahiran dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris; sahsiah
dan nilai serta semangat identiti nasional yang kuat. Elemen ini turut memberi

penekanan kepada usaha bagi membolehkan semua murid memberikan sumbangan


yang bermakna kepada keluarga, masyarakat dan negara.

Pengetahuan
Pada peringkat yang paling asas, adalah menjadi tanggungjawab sekolah untuk

memastikan setiap murid mempunyai keupayaan literasi dan numerasi. Perkara ini

amatlah penting kerana murid perlu mempunyai kemahiran hidup yang asas serta bagi

membolehkan mereka berfungsi secara berkesan dalam masyarakat. Keupayaan dalam


literasi dan numerasi juga membolehkan muird memupuk nilai diri untuk

kesejahteraan diri, masyarakat dan negara. Murid-murid juga perlu dipastikan

menguasai mata pelajaran teras seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik,
Sains dan Sejarah. Murid-murid juga perlu digalakkan untuk menguasi bidang seni,
muzik dan sukan supaya kemahiran dalam bidang ini membolehkan mereka
mengaplikasikan dalam kehidupan.

Dalam pendidikan Matematik secara keseluruhannya, aspirasi pengetahuan ini

boleh di tafsirkan sebagai setiap murid sekurang-kurangnya dapat menguasai asas

matematik seperti nombor, simbol dan sebagainya. Dengan pengetahuan asas yang di
miliki oleh setiap murid iainya dapat membantu murid dalam menguasai dan

mengaplikasikan pengetahuan matematik dalam kehidupan seharian dengan

melakukan langkah-langkah pengiraan dalam menyelesaikan masalah harian yang

rutin. Bagi aras yang lebih tinggi lagi pengetahuan pendidikan matematik yang baik

mampu di aplikasikan oleh setiap murid dalam menyelesaikan masalah harian yang
bukan rutin secara kreatif dan inovatif. Ilmu matematik adalah sangat penting bagi

setiap murid dalam menghadapi kehidupan yang akan datang, penguasaan yang baik
mampu membantu murid untuk melengkapkan diri dalam menghadapi kehidupan
seharian mereka yang semakin mencabar.

Dalam pembelajarn matematik juga pelajar dapat memperolehi pengetahuan

dalam pelbagai kemahiran seperti pengetahuan matematik, pengetahuan menganalisi,

pengetahuan menyelesaikan masalah dan pengetahuan dalam menggunakan teknologi.

Pengetahuan matematik yang pelajar perolehi ialah merujuk kepada keupayaan seperti
berikut;

Menggunakan laras bahasa matematik yang betul dan mengaplikasikan


penaakulan mantik.

Menyatakan idea matematik secara jitu serta membuat, menguji dan


membuktikan konjektur.

Mengekstrak makna dari suatu penulisan matematik dan menggunakan


matematik untuk memperihalkan dunia fizikal.

Dalam konteks pengetahuan menganalisis pula, kemahiran menganalisis merujuk


kepada keupayaan seperti berikut:

Dapat berfikir secara jelas.

Memberi perhatian dan penelitian kepada aspek.

Memanipulasikan idea yang tepat, jitu dan terperinci.

Memahami penaakulan yang kompleks dan mengkonstruk serta


mempertahankan hujah yang logik.

Dari sudut pengetahuan menyelesaikan masalah pula kemahiran menyelesaikan


masalah merujuk kepada keupayaan seperti berikut:

Membentuk permasalahan secara tepat dan mengenal pasti isu utama


permasalahan.

Menyampaikan suatu penyelesaian secara jelas dan mengeksplisitkan


andaian yang dibuat.

Bagi pengetahuan yang terakhir ialah pengetahuan kemahiran menggunakan

teknolgi. Kemahiran menggunakan teknologi merujuk kepada keupayaan

menggunakan dan mengendalikan alat matematik seperti abakus, kalkulator, komputer,


perisian pendidikan, laman web di internet dan pakej pembelajaran untuk membentuk
dan memahami konsep matematik dengan lebih mendalam. Selain itu kemahiran

menggunakan teknologi juga dapat membuat, menguji dan membuktikan konjektur


serta meneroka idea matematik dan menyelesaikan masalah.

Kemampuan Memimpin
Kemampuan bekerja dengan berkesan dan memimpin orang lain adalah penting,

terutamanya dalam dunia yang semakin saling bergantung. Dalam Dialog Nasional,

kepentingan memupuk kepimpinan dan keupayaan bekerja secara berkesan dalam satu

pasukan bagi setiap murid sering dibangkitkan. Sistem pendidikan berusaha membantu
setiap murid mencapai potensi penuh mereka melalui pelibatan sebagai pemimpin,
serta bekerja dalam kumpulan. Dalam konteks sistem pendidikan, kepimpinan
mempunyai empat unsur:

Keusahawanan: mengambil inisiatif untuk mewujudkan dan membangunkan

penyelesaian sendiri, dan bagi tujuan itu sanggup membuat pelaburan daripada

sumber sendiri, serta terdorong untuk memastikan penyelesaian itu dizahirkan;

menghadapi rintangan;

orang lain serta mampu mempengaruhi mereka secara positif; dan

Berdaya tahan: membangunkan cara berfikir yang konstruktif serta mampu

Kecerdasan emosi: berupaya memahami dan bekerja secara berkesan dengan


Keterampilan komunikasi: berupaya memberikan pendapat dan hasrat secara
lisan dan bertulis dengan jelas.

Sekolah perlu menggunakan peluang yang disediakan di dalam bilik darjah

melalui aktiviti berasaskan projek dan kerja kumpulan, aktiviti di luar bilik darjah

melalui sukan, seni, serta aktiviti kokurikulum dalam membangunkan keperibadian

murid. Selain daripada sekolah, pendidikan matematik juga mampu melahirkan pelajar
yang mempunyai daya kepimpinan yang tinggi. Dalam proses pembelajaran dan
pengajaran di dalam kelas, aktiviti yang dilakukan oleh guru didalam kelas akan

memberi kebebasan kepada pelajar untuk menunjukkan kemahiran memimpin di

antara mereka. Selalunya aktiviti di dalam kelas akan melibatkan pembahagian pelajar
kepada beberapa kumpulan, dan setiap kumpulan akan di lantik seorang ketua untuk
memimpin kumpulan mereka melaksanakan aktiviti.

Dalam subjek matematik apa yang sering saya lakukan ialah memilih dikalangan

pelajar yang mempunyai penguasaan yang baik dalam subjek matematik dan pelajar ini
akan dilantik menjadi guru muda yang mana tugas mereka ialah bertindak sebagai

pengajar di dalam kumpulan masing-masing. Peranan guru muda ini ialah memberi

tunjuk ajar dan membimbing ahli kumpulan mereka supaya dapat menguasai subjek
matematik dengan baik. Selain dapat mewujudkan daya kepimpinan di kalangan

mereka, aktiviti ini juga mampu mewujudkan kerjasama secara berkesan dan harmoni
sesama mereka. Mereka mengalas tanggungjawab bersama serta menghormati dan
menghargai sumbangan yang diberikan oleh setiap ahli kumpulan mereka. Mereka

memperolehi kemahiran interpersonal melalui aktiviti kolaboratif dan ini menjadikan


mereka pemimpin dan ahli pasukan yang lebih baik.

Dalam pendidikan matematik juga dapat membantu membentuk peribadi pelajar

dari segi kepimpinan. Pendekatan yang di gunakan oleh guru dalam aktiviti

berkumpulan dalam pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas sedikit sebanyak

telah membentuk daya kepimpinan dalam diri pelajar. Komunikasi juga penting bagi
membentuk daya kepimpinan pelajar, secara umumnya komunikasi secara

tersendirinya akan terbentuk dalam diri pelajar apabila aktiviti berkumpulan di

laksanakan dalam kelas. Ketua kumpulan akan bertindak memberi tunjuk ajar kepada
semua ahli mereka dan ini mewujudkan kemahiran berkomunikasi akan terbentuk.
Kemahiran komunikasi amat penting dalam aspek kepimpinan. Sekiranya tiada

kemahiran komunikasi maka kepimpinan akan gagal. Komunikasi yang berjaya akan

memberi satu kelebihan kepada pelajar iaitu mereka akan mendapat input antara satu
sama lain. Mereka membangunkan sifat rasa ingin tahi semulajadi untuk meneroka
strategi dan idea baru. Mereka mempelajari kemahiran yang diperlukan untuk

menunjukkan inkuiri dan penyelidikan serta menunjukkan sifat berdikari dalam

pembelajaran. Mereka menikmati pengalaman sepanjang hayat secara berterusan.

Kemahiran Dwibahasa
Setiap kanak-kanak menguasai bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan, dan

Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan bahasa komunikasi antarabangsa. Setiap

kanak-kanak juga berpeluang mempelajari bahasa tambahan. Kepelbagaian Malaysia


yang unik dan warisan berbilang budaya memberikan kelebihan daya saing kepada

semua. Oleh itu, dalam jangka masa tertentu, semua murid dari semua kumpulan etnik
dan komuniti digalakkan untuk belajar sekurang-kurangnya tiga bahasa (bahasa

Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa lain seperti bahasa Mandarin, bahasa Tamil, dan

bahasa Arab, serta bahasa ibunda lain seperti bahasa Iban dan bahasa Kadazan Dusun)
bagi membolehkan mereka bekerjasama dan berkomunikasi secara berkesan dengan

rakan dalam kalangan rakyat Malaysia dan juga negara jiran dalam dunia global masa
kini.

Dalam konteks pendidikan matematik, kemahiran dwi bahasa sangat penting

bagi setiap murid dalam mencapai cita-cita. Pembelajaran matematik dapat membantu
murid untuk menguasai bahasa asing selain dari Bahasa Kebangsaan. Dalam

mempelajari ilmu matematik, kebanyakkan sumber rujukan adalah dalam bahasa

inggeris dan sebagainya, maka secara tidak langsung setiap murid perlu menguasai

bahasa inggeris untuk mendalami ilmu pendidikan matematik secara peringkat yang
lebih tinggi. Sumber rujukan seperti, buku rujukan, jurnal, sumber dari internet dan
sebagainya kebanyakkanya adalah dalam bahasa inggeris. Setiap murid yang

mendalami limu matematik selain daripada dapat menguasai ilmu matematik, murid itu
juga dapat menguasai kemahiran dwi bahasa dengan baik. Penguasaan kemahiran dwi
bahasa ini dapat membantu pelajar untuk meneruskan pembelajaran mereka ke

peringkat yang lebih tinggi. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah pimpinan
YB Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein pernah memperkenalkan Dasar Pengajaran dan
Pembelajaran Sains Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), pelaksanaan dasar

tersebut telah berjaya meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar


samada pelajar di kawasan bandar mahupuan kawasan luar bandar. Pembelajaran
matematik dalam bahasa inggeris telah membantu murid untuk meningkatkan

penguasaan berbahasa inggeris serta dapat menyiapkan diri untuk meneruskan


mempelajari ilmu matematik keperingkat yang lebih tinggi dan mampu untuk
menyaingi murid-murid dari negara lain. Oleh kerana banyak rintangan dan

penentangan dari golongan pecinta bahasa yang mahukan penggunaan Bahasa Melayu
dalam pembelajaran subjek Sains dan Matematik maka dasar PPSMI ini telah di

umumkan pemansuhannya secara beperingkat bermula tahun 2012 dan berakhir pada
tahun 2014 di bawah pimpinan YB Tan Sri Muhyiddin Yassin Menteri Pendidikan
Malaysia. Namun dengan pemansuhan Dasar itu ianya tidak memberi kesan yang
mendalam kepada murid.

Dalam pembelajaran matematik di peringkat tinggi, penguasaan bahasa asing

selain Bahasa Kebangsaan amat di perlukan sekali seperti Bahasa Inggeris, Bahasa

Jepun dan sebagainya. Pembelajaran matematik tidak hanya tertumpu pada bidang

matematik sahaja, subjek ini amat penting bagi semua bidang, seperti kejuruteraan,
kedoktoran, pembinaan dan sebagainya. Apabila pembelajaran di peringkat tinggi

penguasaan bahasa asing amat diperlukan, maka dengan itu persediaan peringkat awal
perlu dilakukan agar setiap pelajar akan dapat bersaing dengan pelajar-pelajar asing.
Oleh kerana pembelajaran di peringkat tinggi memerlukan penguasaan bahasa asing
yang baik, maka pelajar akan berusaha diperingkat sekolah lagi untuk menguasai

bahasa inggeris dengan baik termasuklah dalam pembelajaran matematik dengan

menguasai istilah-istilah penting dalam bahasa inggeris. Penggunaan istilah-istilah

dalam subjek matematik kebiasaannya hadir dari bahasa-bahasa asing maka dengan itu
pelajar perlu menghafal dan menguasai istilah-istilah ini. Disini dapat kita lihat

penekanan yang perlu di berikan oleh pelajar untuk menguasai bahasa asing agar
mereka tidak ketinggalan apabila berhadapan dengan cabaran dunia luar.

Apa yang saya maksudkan disini, dalam pendidikan matematik juga dapat

membantu pelajar-pelajar untuk menguasai bahasa-bahasa lain, kerana ilmu

pendidikan matematik ini begitu luas sekali tidak hanya tertumpu kepada bidang

matematik sahaja bahkan ilmu matematik ini di gunakan dalam pelbagai bidang lain
sebagaimana yang telah saya nyatakan di atas.

Etika dan Kerohanian


Sistem pendidikan akan mempersiapkan setiap murid supaya berani

menghadapi cabaran masa depan, menyelesaikan konflik secara aman, membuat

keputusan yang wajar dalam situasi kritikal, dan mempunyai keberanian melakukan

apa yang betul. Penekanan diberikan kepada setiap murid dengan mewujudkan satu set

prinsip, termasuk nilai bersama yang kukuh yang didukung oleh semua rakyat Malaysia:

Kerohanian: mempunyai pegangan agama yang kuat dan mengamalkannya

sebagai asas hidup, serta mendukung standard moral yang tinggi;

perkara yang betul; dan

Integriti: mempunyai keberanian, disiplin, dan semangat untuk melakukan


Tanggungjawab sivik: bertindak untuk kebaikan negara, mengambil berat

terhadap orang lain dan alam sekitar, dan memiliki keupayaan yang mendalam
untuk memberikan sumbangan kepada masyarakat.

Dalam konteks pendidikan Matematik juga dapat melahirkan murid yang

beretika dan berkerohanian. Kaedah dan kemahiran yang di gunakan dalam

pembelajaran matematik dapat memupuk dan melahirkan murid yang mempunyai

sikap yang rajin, kuat berusaha dan tidak mudah berputus asa. Sebagaimana yang kita
maklum pembelajaran matematik ialah suatu pembelajaran yang memerlukan tahap
kesabaran dan pemikiran yang kreatif yang mana setiap murid perlu berfikir untuk

menyelesaikan sesuatu masalah. Tahap kesabaran yang tinggi juga diperlukan dalam

diri setiap murid agar tidak mudah patah semangat dan berputus asa. Setiap murid akan
berusaha untuk memahami sesuatu masalah dan akan menyelesaikanya dengan berfikir
kaedah dan cara yang betul. Apabila melibatkan kelompok pelajar yang ramai, proses

pembelajaran matematik ini akan membantu murid untuk bersikap lebih bekerjasama
antara satu sama lain tanpa mementingkan diri sendiri. Sikap seperti ini akan dapat

melahirkan murid yang suka membantu dan ringan tulang. Untuk melahirkan pelajar
yang mempunyai sikap yang baik dari segi etika dan kerohanian ianya bukan sahaja

datang dari pendidikan islam atau pendidikan moral, bahkan pendidikan matematik
juga mampu untuk membentuk pelajar menjadi seorang pelajar yang beretika dan
berkerohanian.

Selain daripada wujudnya kerjasama dalam pasukan, pendidikan matematik juga

mampu mewujudkan daya kepimpinan dikalangan pelajar dan membimbing rakan

sebaya. Sebagai contohnya, seorang pelajar yang mempunyai penguasaan yang baik

dalam subjek matematik, maka pelajar ini akan di lantik menjadi guru muda di dalam
kelas mereka dan akan membantu guru subjek tersebut untuk mengajar dan

penerangan kepada rakan-rakan lain yang masih kurang menguasai, dan disini akan

wujudnya sikap kepimpinan dan pelajar itu akan menjadi pembimbing kepada rakanrakannya serta akan menjadi teladan kepada rakan sebaya. Dalam Kokurikulum

Standard Sekolah Rendah (KSSR), ada menyatakan pembelajaran matematik ini dapat
mewujudkan pelajar untuk menguasai kemahiran Insaniah iaitu merangkumi

kemahiran ganerik yang melibatkan elemen psikomotor dan efektif yang berkaitan
dengan kemahiran bukan akademik seperti nilai positif, kepimpinan, kerjasama
berpasukan, komunikasi, pembelajaran berterusan , keupayaan berkerja dan persediaan
murid menghadapi dunia pekerjaan kelak.
Pendidikan matematik dapat membentuk keperibadian pelajar. Dalam nilai

peribadi merujuk kepada nilai yang berkait dengan pembentukkan sahsiah dan

keperibadian individu secara jujur, sistematik, bertekad, tekun, dan cekal, kreatif,

berkeyakinan, teliti, pengurus masa yang baik, berdikari, boleh di percayai, cekap,

bertanggungjawab dan berdedikasi. Selain daripada nilai peribadi, nilai interaksi juga
dapat di wujudkan dalam pendidikan matematik. Dalam nilai interaksi ianya berkait

rapat dengan pembentukkan tingkah laku yang baik dalam konteks bilik darjah. Nilai
interaksi ini merujuk kepada nilai yang ditekankan dalam interaksi semasa aktiviti

matematik seperti penghargaan terhadap matematik, kerja berpasukan, perbincangan


dan perkongsian idea, toleransi, adil, fikiran terbuka dan hormat menghormati.

Pendidikan matematik ini dapat membantu pembentukkan jati diri pelajar

semasa didalam kelas dan di luar kelas. Sebagaimana yang telah di nyatakan dalam
falsafah pendidikan negara. Etika dan kerohanian ini perlu diterapkan dalam diri

setiap pelajar tidak kira dalam apa situasi dan keadaan. Penerapan etika kerohanian ini
bukan sahaja dapat di terapkan dalam pendidikan agama islam bahkan dalam semua
subjek lain pendidikan kerohanian ini dapat diterapkan dalam diri pelajar.

Identiti Nasional
Rakyat Malaysia perlu mempunyai perasaan tidak berbelah bahagi tentang

identiti nasional, berpegang teguh dengan prinsip Rukunegara untuk perpaduan dan
masa depan Malaysia. Setiap murid tanpa mengira etnik, kepercayaan, taraf

sosioekonomi atau tempat berbangga menjadi rakyat Malaysia. Pencapaian matlamat

patriotisme ini memerlukan semangat keterangkuman yang diperoleh dengan belajar

memahami perbezaan dan bertolak ansur, menerima dan menghormati orang lain, dan
juga untuk hidup bersama dalam kepelbagaian masyarakat Malaysia. Identiti nasional
juga memerlukan setiap murid memahami sejarah Malaysia, berkongsi pengalaman
dalam dan luar sekolah, dan berkongsi aspirasi untuk masa depan Malaysia.

Bangsa idaman berteraskan hubungan etnik yang harmonis dapat diukur

berpandukan 3 perspektif utama iaitu kenegaraan, kewarganegaraan dan kebangsaan.

Semangat ini perlu ditanam dan dipupuk dalam diri rakyat demi memastikan keutuhan

negara sebagai sebuah kumpulan social dapat ditanam melalui simbol-simbol keutuhan
negara seperti bendera Malaysia, lagu kebangsaan dan Rukun Negara Malaysia.

Malaysia sememangnya terkenal dengan keharmonian penduduk berbilang

kaumnya yang hidup aman dan damai. Kaum yang terdapat di Malaysia ialah Melayu,
Cina, India dan 27 etnik lain Di kawasan Sabah dan Sarawak. Kepelbagaian kaum di
Malaysia ini amat unit di bawah satu kerajaan dan pentadbiran serta dasar yang

menyatupadukan semua rakyat di negara ini untuk kestabilan yang berterusan. Oleh itu,
pelbagai dasar kerajaan telah dan akan dijalankan dalam menjayakan misi negara ini.
Perpaduan merupakan satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan

negara keseluruhannya melalui ideologi negara di mana setiap anggota masyarakat


dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan
bersama dalam kalangan mereka.

Perpaduan memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan dan

kemajuan negara. Sejak, sebelum dan selepas merdeka lagi, kerajaan telah memupuk

semangat perpaduan dalam memakmurkan negara kita. Pelbagai dasar telah dijalankan
untuk mencapai proses perpaduan ini. Tanpa perpaduan, kemajuan negara yang ingin

dicapai untuk Wawasan 2020 tidak mungkin akan menjadi kenyataan kerana kerjasama
diperlukan untuk menjana kemajuan dan mengekalkan perpaduan sedia.

Dasar pendidikan kerajaan yang mentadbir penting dalam membentuk

perpaduan kaum di negara kita. Bermula dengan Laporan Barnes ketika zaman

penjajahan British dahulu sehinggalah ke Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang

dijalankan kini. Berikut merupakan kronologi dasar-dasar pendidikan kerajaan sejak


dahulu, iaitu Pada peringkat permulaan, kerajaan British telah memperkenalkan
Laporan Barnes pada 1950 sebelum negara ini ingin mencapai kemerdekaan.

Tujuannya ialah supaya Tanah Melayu boleh berkerajaan sendiri dengan perpaduan
kaum yang berlaku. Tambahan pula, tentangan kuat komunis pada masa itu

menyebabkan British khuatir kaum-kaum di negara ini akan terpengaruh dengan


komunis sekaligus menyebabkan huru-hara. Persoalan besar yang dihadapi para

pemimpin dan pendidik selepas Perang dunia Kedua ialah mencari formula untuk

melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatupadu, yakni masyarakat majmuk

yang mempunyai keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan
rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai
rakyat Malaysia. Satu cara yang penting untuk mewujudkan perpaduan di dalam
sesebuah negara ialah menerusi pendidikan.

Sistem Pendidikan Negara telah mengalami evolusi penting sejajar dengan

pembangunan dan kemampuan negara. Evolusi pendidikan ini telah melalui lima fasa

berikut, iaitu Zaman Pramerdeka (sebelum 1957), Zaman Pasca Merdeka (1957-1970),
Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), Zaman Dasar Pembangunan Negara (19912000) dan Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-hingga sekarang).

Umum mengetahui bahawa terdapat dua kesan dalam pelaksanaan sistem ini

terhadap pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Kebaikan pertama ia akan

menarik minat pelajar untuk meneroka lebih lanjut pengetahuan sedia ada. Hal ini
berbeza dengan sistem lama yang lebih berjurus kepada buku teks semata- mata.

Dengan sistem ini pelajar dapat mencari sendiri maklumat- maklumat yang dapat

menajamkan pemikiran mereka, menambah ilmu pengetahuan dan mengekalkan asas

perpaduan sedia ada antara pelbagai etnik di Malaysia melalui sistem pendidikan yang
sama.

Sebagai bukti sekolah bestari menggalakkan pengunaan ICT dalam pengajaran.

Oleh hal demikian pelajar dapat meneroka lebih banyak maklumat menggunakan
internet dan bahan- bahan bercetak yang lain. Dalam menjelaskan perkara ini,

Kementerian Pelajaran telah menyediakan prasarana dan kemudahan yang lengkap


bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.
Kemajuan internet dihujung jari ini menjadikan murid pelbagai kaum senang

memperolehi pelbagai maklumat terutamanya yang melibatkan kaum di Malaysia

seperti latar belakang, kebudayaan, adat resam dan keagamaan dengan hanya melayari
internet dan suasana pembelajaran yang sama di Malaysia.

Sebagai contoh sekolah Seri Bintang Utara di Cheras telah dilengkapkan dengan

470 buah komputer yang boleh digunakan oleh warga sekolah bagi sesuatu masa. Hal

ini memudahkan urusan pelajar untuk mencari maklumat tanpa perlu beratur panjang
atau menunggu giliran untuk mencari maklumat terutama pada mereka yang sering

menggunakan waktu rehat persekolahan untuk pergi ke pusat sumber atau meluaskan
masa untuk berehat sambil mencari maklumat. Semua pelajar tanpa mengira kaum
dapat berkongsi maklumat dan kemahiran menerusi ICT dalam sisitem pendidikan

sekolah yang sama. Keadaan ini dapat memupuk semangat perpaduan antara kaum
sejak awal kanak-kanak lagi.

Proses pembelajaran dan pengajaran akan menjadi lebih menarik kerana pelajar

hari ini sudah bersiap sedia dan mempunyai pengetahuan sedia ada yang baik. Hal ini

memudahkan tugas guru dalam menyampaikan maklumat kepada proses pembelajaran


dan pengajaran disekolah. Pembelajaran akan lebih berpusatkan kepada pelajar dan
guru berfungsi sebagai fasilitator semata-mata. Sistem pembelajaran yang

berorientasikan teknologi maklumat menarik minat pelajar untuk meneroka pelbagai

maklumat baru. Kesan kebaikan lain dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam
kelas ialah had tugasan yang terusun dan sistematik kepada tenaga pengajar dalam

mencari pelbagai bahan dan untuk memulakan pengajaran dan pembelajaran. Semua
maklumat tentang kaum, etnik dan akademik senang diperolehi pada bila-bila masa

sahaja. Dengan ini masyarakat berbilang kaum akan lebih memahami budaya kaum lain
untuk saling menghormati.

Kemahiran Berfikir
Kemahiran berfikir telah di tekankan dalam kurikulum sejak tahun 1994 dengan

memperkenalkan Kemahiran Brfikir Kritis dan Kreatif (KBKK). Kemahiran berfikir ini

menekankan kepada pemikiran dari aras rendah hingga aras tinggi. bermula pada tahun
2011 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah di beri penekanan kepada

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Kemahiran berfikir aras tinggi ialah keupayaan
untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan
dan refleksi bagi menyelesaikan masalah. Membuat keputusan, berinovasi dan

berupaya mencipta sesuatu . KBAT adalah merujuk kepada kemahiran mengaplikasi,


menganalisis, menilai dan mencipta

Setiap murid perlu mempunyai semangat ingin tahu, dan belajar cara untuk

terus mendapatkan pengetahuan sepanjang hayat, mampu menghubung kait pelbagai


pengetahuan, dan yang paling penting dalam ekonomi berasaskan pengetahuan ialah

mewujudkan pengetahuan baharu. Setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran


kognitif yang penting:

Pemikiran Kreatif dan Inovatif: kemampuan menginovasi, menjana kemungkinan


baharu, dan mencipta idea atau pengetahuan baharu;

Penyelesaian Masalah dan Penaakulan: keupayaan meramal masalah dan


mendekati isu secara kritis, logik, induktif, dan deduktif bagi mencari

penyelesaian, dan akhirnya membuat keputusan; dan

Keupayaan Belajar: keupayaan memacu pembelajaran sendiri, dengan


kemampuan menghargai nilai pembelajaran sepanjang hayat.

Sejarah membuktikan bahawa sistem pendidikan memerlukan penambahbaikan

bagi membolehkan murid yang kurang mampu mengaplikasi pengetahuan serta berfikir
secara kritis di luar konteks akademik biasa. Sehubungan itu, sistem pendidikan

menjadi lebih penting bagi membantu setiap murid memperoleh kemahiran berfikir.

Sejajar dengan itu kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil
tindakan yang drastik dengan memperkenalkan Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia (PPPM) bagi memperkemaskan lagi sistem pendidikan di Malaysia untuk

bersaing dengan negara-negara lain. Kemahiran berfikir adalah salah satu daripada
enam elemen aspirasi yang telah di gariskan oleh kementerian dalam melahirkan

pelajar yang serba lengkap. Jika dikaitkan kemahiran berfikir dari sudut pendidikan
matematik ianya dapat di lihat dari pelbagai sudut lain.

Dalam konteks pendidikan matematik kemahiran berfikir dapat di tafsirkan

kepada beberapa tahap penguasaan. Kita sedia maklum tidak semua pelajar dapat

menguasai pendidikan matematik ini dengan baik berkesan kerana kita di lahirkan
didunia ini dengan daya pemikiran yang berbeza. Tahap penguasaan kemahiran

berfikir yang paling rendah ialah sekiranya pelajar itu hanya mampu menyatakan
pengetahuan dan kemahiran matematik. Apa yang dimaksudkan disini adalah

pengetahuan yang dimiliki hanyalah asas-asas dalam matematik tanpa melibatkan


operasi pengiraan dan sebagainya. Contoh yang boleh diberikan ialah dalam tajuk

tambah dan tolak, pelajar kategori ini hanya mengetahui maksud apa itu tambah dan
tolak tetatpi apabila melibatkan operasi pengiraan pelajar kategori ini gagal untuk
melaksanakanya.

Kemahiran berfikir bagi tahap pertengahan pula ialah pelajar mampu

menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam situasi berlainan untuk

melaksanakan sesuatu perkara serta boleh mecerakinkan maklumat kepada bahagian


kecil untuk memahami dengan lebih mendalam serta hubung kait antara bahagian

berkenaan. Pelajar yang mempunyai kemahiran berfikir pada tahap pertengahan ini
belum menguasai ilmu pengetahuan matematik dengan baik.

Bagi tahap penguasan paling tinggi sekali dalam kemahiran berfikir ialah pelajar

mampu membuat pertimbangan dan keputusan menggunakan pengetahuan,

pengalaman dan kemahiran serta memberi justifikasi dan juga boleh menghasilkan idea
atau produk atau kaedah yang kreatif dan inovatif tanpa bimbingan dari seseorang.
Pendidikan matematik mampu memberi ketajaman dalam pemikiran setiap

pelajar kerana, dalam penyelesaian sesuatu masalah matematik seseorang pelajar itu
perlu berfikir dan mencari kaedah yang betul dan sesuai untuk di gunakan dalam

penyelesaian masalah. Tahap pemikiran seseorang akan semakin tajam dan matang

sekiranya selalu digunakan, sesuailah dengan pembelajaran matematik yang mampu


untuk melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran berfikir yang baik.

PENUTUP
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) di perkenalkan bertujuan

untuk memperkukuhkan lagi sistem pendidikan negara kita. Kita sedia maklum sisitem
pendidikan negara kita yang ada sebelum ini agak jauh ketinggalan jika di bandingkan

dengan sistem pendidikan dari negara-negara lain. Jika kita lihat dari sudut ujian PISA
yang dijalankan percapaian yang di capai oleh negara kita sangat mengecewakan,

negara kita berada ditahap kumpulan yang paling rendah jika di bandingkan dengan

negara lain bahkan dengan negara Thailand. Berdasarkan kepada Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia yang telah di lancarkan oleh Menteri Pendidikan Tan Sri

Muhyiddin Yassin baru-baru ini telah banyak perubahan dan dasar-dasar baru yang
akan di perkenalkan. Di antaranya ialah enam elemen aspirasi murid telah di

perkenalkan. Enam aspirasi murid itu ialah, pengetahuan, kemahiran berfikir,

kemahiran memimpin, kemahiran dwi bahasa, etika dan kerohanian dan identiti
nasional.

Jika di lihat dari konteks pendidikan matematik, kaedah dan aktiviti

pembelajaran yang dilaksanakan di sekolah dan sebagainya ampu untuk membentuk

pelajar mencapai enam aspirasi yang telah di gariskan itu. Kita jangan lihat pendidikan
matematik ini dari konteks nombor dan pengiraan sahaja, tetapi perlu di luaskan

pandangannya. Kaedah pengiraan, usaha, kerjasama daya pemikiran di gunakan dalam


menyelesaikan sesuatu masalah akan menjadi pegangan bagi setiap pelajar. Bersabar

dalam menyelesaikan sesuatu masalah akan menyebabkan pelajar ini mempunyai sifat
penyabar. Berkerjasama dalam kumpulan dan membantu ahli kumpulan lain akan

melahira pelajar yang mampu memimpin dan berkomunikasi dengan baik. Penggunaan
sumber rujukan seperti buku rujukan, sumber internet, jurnal dan sebagainya yang

ditulis dalam bahasa inggeri akan memberi kelebihan kepada pelajar untuk menguasai
bahasa asing seperti bahasa inggeris dan sebagainya.

Pendidikan memberi kesan secara mendalam kepada aktiviti manusia dalam

semua bidang kerana ia satu proses berterusan dan inovatif yang membantu

membangunkan potensi individu untuk kebaikan dan kemajuan sesebuah negara. Oleh

sebab itu misi pendidikan negara seharusnya meningkatkan potensi seseorang individu,
mengembangkan kebolehan, menganalisis dan memotivasikan keyakinan dan

kebolehan jasmani, rohani dan mental individu yang dunamik,berinisiatif serta


memberikan kebaikan kepada individu dan masyarakat.

Dari segi keadilan sosial, semua individu dari pelbagai kaum dan bangsa harus

diberi peluang pendidikan yang saksama untuk semua rakyat dan bukan untuk sesuatu
golongan yang dianggap elit sahaja. Pendidikan sekarang yang berorientasikan

peperiksaan semata-mata banyak mengorbankan masa hadapan kebanyakan kanakkanak di Malaysia tanpa mengira kaum.

RUJUKAN
BUKU

Abdullah Sani Yahaya (2003). Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Bentong, Pahang:


PTS Pub & Distributor Sdn. Bhd.

Amir Hasan Dawi, 1999, Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan, Quantum Books, Tanjung
Malim.
Dr. Zaid Ahmad, Dr. Ho Hui Ling dll. (2006). Hubungan Etnik di Malaysia. Oxford Fajar
Sdn Bhd: Selangor.
Fadzilah bt Abdullah (1996). Dasar Pendidikan Kebangsaan. Kuala Lumpur: As
Noordeen.

Hussein Hj. Ahmad, 1993, Pendidikan dan Masyarakat, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur.
Kamus Dewan, Edisi ketiga, 1996

Laporan Jawatankuasa Kabinet (1984). Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Kuala


Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Mohd Salleh Lebar, 1998, Pengenalan Ringkas Sosiologi Sekolah dan Pendidikan,
Thinkers Library Sdn. Bhd, Selangor

Shamsul Amri Baharuddin. (2009). Modul Hubungan Etnik. Pusat Penerbitan Universiti:
Kuala Lumpur.
Sheela Abraham (1993). Sejarah Perkembangan Negara. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
Sufean Hussin (2002). Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia. Teori dan Analisis.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Sufean Hussin, 1996, Pendidikan Di Malaysia Sejarah, Sistem dan Falsafah, Dewan
Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Tajul Ariffin Bin Nordin (1993). Perspektif Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Tengku Anuar (1990). Pengetahuan Kenegaraan Malaysia. Kuala Lumpur: Nurin
Enterprise.

Вам также может понравиться