Вы находитесь на странице: 1из 4

1.

0 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Bahasa ialah nurani mengikut Lyons (1994). Bahasa tidak diperoleh secara semula jadi tetapi
tumbuh atau menjadi matang secara organik. Kamus Linguistik (1997), mentakrifkan
pemerolehan bahasa sebagai proses pembelajaran bahasa daripada satu aspek hingga
keseluruhannya.
Mangantar Simunjuntak (1987) berpendapat bahawa pemerolehan bahasa ialah proses yang
berlaku di dalam otak seseorang kanak-kanak sewaktu memperoleh bahasa ibundanya.
Menurut E.R. Guthrie dalam bukunya The Psychology of Learning (1935), beliau
menyatakan bahawa pembelajaran berlaku apabila terdapatnya rangsangan yang diikuti dengan
tindak balas.
Kanak-kanak selalunya memperolehi atau mempelajari bahasa secara berperingkat sejak
daripada bayi lagi. Pembelajaran tersebut boleh dilihat berlaku sama ada secara sedar atau tidak
sedar dan tidak perlu diajarkan. Kanak-kanak yang terdedah pada bahasa akan sendirinya
mempunyai keupayaan untuk memperolehi bahasa.

1.2 Latar belakang kajian pemerolehan bahasa


Terdapat pelbagai pandangan dalam kalangan ahli bahasa tentang pemerolehan bahasa.
Namun, teori yang amat penting dikenalpasti dalam pemerolehan bahasa bagi kanak-kanak ialah
teori behavioris dan teori mentalis.
Teori Behavioriuris adalah berasaskan pemerolehan bahasa pertama oleh kanakkanak. Teori ini juga dikenali sebagai teori mekanis. Teori ini dipelopori oleh B. F. Skinner.
Beliau mengemukakan pandangan bahawa pemerolehan bahasa adalah berdasarkan pelaziman
operan, iaitu rangsangan yang diasaskan kepada ganjaran atau peneguhan.
B.F. Skinner

mengatakan bahawa pembelajaran itu berlaku sekiranya terdapat

rangsangan dan tindak balas yang berulangan. Skinner menekankan asas pengukuhan dalam

teorinya. Pengukuhan ini dianggap sebagai asas dalam proses pembelajaran. Pengukuhan itu
berlaku apabila lakuan itu diberi balasan dengan hadiah. Biasanya kanak-kanak belajar bahasa
secara tidak formal melalui proses peniruan daripada ahli keluarganya, khususnya daripada ibu
bapanya. Dalam hal ini, ibu bapa menjdai model bahasa bagi anak-anak mereka. Kanak-kanak
menguasai bunyi-bunyi dan menyebut perkataan yang telah didengar oleh mereka secara
berulang kali sehingga mereka dapat melafazkannya dengan betul.
Mengikut teori ini, bahasa terjadi hasil daripada operasi rangsangan dan gerak balas
yang bergantung pada ciri-ciri naluri manusia. Justeru, bahasa ialah proses peri laku yang
berdasarkan operasi rangsangan dan tindak balas.
Manakala Chomsky pula beranggapan bahawa manusia sudah mempunyai kebolehan
untuk memperolehi sistem perhubungan yang dipakai oleh manusia , iaitu bahasa sejak
dilahirkan. Kebolehan ini dipanggil Jentera Penguasaan Bahasa ( Chomsky, 1965). Kanak-kanak
yang terdedah kepada sesuatu bahasa itu mempunyai keupayaan yang semulajadi untuk merumus
dan membentuk hokum nahu bahasa tersebut. Ini bermakna, sekiranya tidak ada pendedahan,
maka penguasaan bahasa juga tidak akan berlaku.
Menurut teori mentalis yang dipelopori oleh Chomsky, pemerolehan bahasa dikenal
pasti sebagai proses pemikiran yang melibatkan aktiviti mental. Teori ini juga dikenal sebagai
teori kognitif yang menjelaskan bahawa bahasa sebagai pengetahuan yang dihasilkan melalui
proses dalam otak. Oleh itu, bahasa adalah aktiviti mental yang merupakan kebolehan semula
jadi manusia.
E.H. Lenneberg (1967) pula menyatakan pemerolehan bahasa memang berlaku apabila
semua kanak-kanak yang sihat dan normal mula bercakap dan bertutur pada peringkat umur yang
agak sama. Pemerolehan bahasa mengikut tokoh ini berlaku bergantung kepada sesuatu jadual
biologi dan bukan terbit daripada rangsangan yang datang daripada lingkungan. Misalnya anak
yang lahir daripada ibu dan bapa yang pekak dan bisu tentu sekali tidak mempunyai lingkungan
bahasa, tetapi mereka juga akan mula belajar bertutur pada peringkat umur yang sama denga
kanak-kanak lain.
Lenneberg turut membezakan antara kemahiran memahami dan bertutur. Dia menyatakan
kebolehan memahami bukan hanya wujud sebelum kebolehan bertutur tetapi sebenarnya lebih

dasar dan mudah. Selain itu, mereka berpendapat bahawa manusia mempunyai pengetahuan dan
prestasi bahasa yang mengutamakan proses berfikir berbanding dengan perlakuan manusia.
Justeru, golongan mentalis berpendapat bahawa seseorang kanak-kanak menggunakan
keupayaan yang sedia ada pada mereka untuk merumus dan membentuk ayat mengikut sistem
bahasa yang mereka peroleh.

1.3 Objektif Kajian


1.3.1 Mengenal pasti faktor pemerolehan dalam kalangan bahasa kanak-kanak
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi
pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak. Faktor-faktor ini dilihat daripada segi faktor
persekitaran dan latar belakang pendidikan keluarga kanak-kanak tersebut. Penglahiran bahasa
ini adalah amat penting untuk diketahui supaya proses komunikasi seharian berjalan dengan
lancar. Oleh yang demikian, faktor latar belakang keluarga memainkan peranan yang penting
untuk memastikan pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak dapat berjalan dengan
lancar dan berkesan. Dalam kajian ini, latar belakang keluarga akan dilihat dari sudut kelas
sosial dan ekonomi, penjaga kepada kanak-kanak tersebut sama ada ibu bapa kanak-kanak
tersebut atau saudara-maranya seperti nenek, datuk, bapa saudara dan sebagainya.
Selain itu, faktor pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak juga akan dilihat dari
segi persekitaran tempat tinggal. Persekitaran tempat tinggal adalah penyumbang utama kepada
pemerolehan bahasa yang berkesan dan baik. Tempat tinggal adalah cerminan kepada proses
perjalanan kehidupan seseorang. Persekitaran tempat tinggal ini dapat dilihat sama ada kanakkanak tersebut berada di kawasan bandar atau pun kawasan luar bandar. Dalam kajian yang
dijalankan, kawasan bandar dipilih sebagai lokasi kajian pemerolehan bahasa dalam kalangan
kanak-kanak.

1.3.2. Mengenal pasti perkaitan antara keupayaan daya ingatan dengan


pemerolehan bahasa
Daya ingatan sangat berkait rapat dengan bahasa. Dalam kehidupan seharian, manusia
melakukan segala aktiviti bahasa adalah kerana daya ingatan yang terdapat dalam diri kita.
Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti pencapaian pemerolehan bahasa berdasarkan
daya ingatan yang kukuh dalam kalangan kanak-kanak berdasarkan kepada faktor umur. Kanakkanak dikatakan mudah memperoleh sesuatu berdasarkan kepada pemerhatian dan pengalaman
yang dilalui dalam kehidupan mereka seharian.

1.3.3 Mengenal pasti perkataan yang sering digunakan oleh kanak-kanak pada
peringkat awal pemerolehan bahasa
Kajian yang dijalankan ini juga bertujuan untuk mengenal pasti perkatan-perkataan yang sering
digunakan oleh kanak-kanak pada peringkat awal pemerolehan bahasa. Lazimnya, kanak-kanak
akan mengulangi dan menggunakan perkataan yang mudah diingat oleh mereka serta yang sering
didengar ketika bersama-sama orang yang berada di sekeliling mereka. Walaupun kadang kala
perkataan tersebut janggal dan tidak difahami, kanak-kanak tersebut akan menggunakan
perkataan yang sering digunakan oleh orang yang berada di sekelilingnya. Justeru, adalah amat
penting penjaga kanak-kanak menggunakan bahasa yang baik dan betul dalam percakapan di
hadapan kanak-kanak pada peringkat awal pemerolehan bahasa.

1.4 Definisi operasional

Вам также может понравиться