You are on page 1of 6

PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka,
penyakit ditakrifkan sebagai sesuatu yang menyebabkan badan menjadi sakit atau
yang mengganggu kesihatan. Penyakit juga dimaksudkan dengan sesuatu yang
menyebabkan keburukan, kepincangan hidup dan lain-lain yang merebak, ataupun
sesuatu yang menyusahkan. Kanser pula bermaksud penyakit barah yang mana
barah dimaksudkan sejenis bisul yang bernanah ataupun ketumbuhan yang
berbahayapada kulit atau pada tisu di dalam tubuh yang disebabkan oleh
pertumbuhan sel yang tidak mengikut kadar yang normal. Pertumbuhan ini mungkin
terjadi disebabkan oleh pengaruh bahan-bahan karsinogen seperti bahan-bahan
kimia dan virus. Barah juga ditafsirkan sebagai sesuatu keadaan, perkara,
perkembangan atau lai-lain yang sangat buruk pengaruh atau akibatnya dan boleh
merebak dan menular. Jadi, dapatlah disimpulkan bahawa penyakit kanser ini
bermaksud sesuatu yang buruk yang dihidapi oleh seseorang kerana terjadinya
pertumbuhan sel yang tidak mengikut kadar normal.
Penyakit kanser yang juga dikenali sebagai malignant neoplasm mengikut
bahasa perubatan diklasifikasikan sebagai satu kumpulan penyakit yang mana
sekumpulan sel dalam badan tumbuh tanpa kawalan dan menyebabkan berlakunya
pertumbuhan sel yang tidak diingini oleh badan. Penyakit kanser boleh merebak
keseluruh badan. Kita ambil contoh, seseorang yang menghidap penyakit kanser
paru-paru, juga akan menghidap kanser yang lain seperti kanser hati sekiranya tiada
rawatan yang pantas dilakukan ke atasnya. Hal inilah yang membezakan penyakit
kanser dengan tumor yang bermaksud gumpalan sel abnormal atau berpenyakit
yang tumbuh dan membengkak pada badan manusia. Penyakit kanser selalunya
boleh berjangkit ke seluruh badan pesakit manakala tumor tidak. Sebaliknya, tumor
hanya akan menjadi semakin membesar tanpa melibatkan anggota badan yang lain.
Menurut Majlis Kanser Nasional (MAKNA) kanser merupakan nama penyakit
yang diberi oleh mereka kepada sekumpulan penyakit yang lain yang dianggarkan
sebanyak 210 penyakit yang berkaitan dengannya. Kanser boleh menyerang manamana organ yang menjadi sebahagian daripada badan manusia. Penyakit kanser
yang selalu menyerang lelaki ialah kanser paru-paru, nasopharynx, kolon,
leukaemia, rektum dan prostat, manakala kanser yang selalu menyerang kaum

wanita ialah kanser payudara, serviks, kolon, ovari dan juga leukaemia dan kanser
paru-paru merupakan kanser yang jarang dihidapi oleh golongan wanita.
Terdapat tiga jenis penyakit kanser yang biasa iaitu yang pertama, dikenali
sebagai carcinomas. Kanser jenis ini biasanya sering berlaku di bahagian tisu badan
yang di bahagian tisu yang selalu dibahagi-bahagikan contohnya sel-sel yang
melindungi dan membahagikan bahagian badan manusia termasuk kulit, kolon,
payudara dan hati yang mana penyakit kanser jenis ini merupakan penyakit kanser
yang paling selalu ditemui. Jenis penyakit kanser yang kedua pula dikenali sebagai
sarcomas, iaitu kanser yang berlaku di kawasan tisu yang lambat berkembang dan
juga di tisu otak. Manakala, jenis terakhir ialah kanser leukaemia yang menyerang
tisu yang menghasilkan sel-sel darah.
Sel kanser merupakan sel yang tidak normal. Sel-sel ini akan terus
menghasilkan sel-sel yang lain tanpa kawalan. Oleh hal yang demikian, akan
wujudlah lebihan-lebihan tisu badan yang juga dikenali sebagai tumor. Tumor yang
tidak berbahaya dan juga tumor yang berbahaya. Tumor yang tidak berbahaya tidak
dikira sebagai kanser kerana tumor jenis ini tidak merebak dan boleh dibuang
melalui pembedahan yang dijalankan. Peluang bagi penghidap penyakit tumor ini
untuk meneruskan kehidupan amat cerah sekiranya dikesan dengan lebih awal dan
melakukan pembedahan untuk membuang tumor dengan seberapa segera.
Manakala, tumor yang berbahaya inilah yang dikenali sebagai kanser kerana tumor
jenis ini boleh merebak ke tisu-tisu yang berkaitan dengan tisu yang dijangkiti
kanser. Sel-sel kanser juga boleh menjangkiti darah daripada tumor berbahaya yang
tumbuh dalam badan manusia tersebut kepada saluran darah dan sistem limpa.
Dengan cara inilah sel-sel kanser merebak kerana darah mengalir ke segenap
penjuru badan. Kanser yang merebak ini juga dipanggil sebagai metastasis dalam
bahasa perubatannya.
Mutakhir ini, penyakit kanser semakin merebak di kalangan masyarakat di
seluruh negara amnya dan Malaysia secara khususnya. Hakikatnya, sudah terang
lagi bersuluh, penyakit ini merupakan penyakit yang kedua menyumbang kepada
kematian selepas penyakit jantung. Penyakit ini boleh menyerang sesiapa sahaja
tanpa mengira bangsa, agama dan status. Dianggarkan lebih daripada 45, 000 kes
penyakit kanser yang baru dilaporkan setiap tahun di Malaysia. Selalunya,

penghidap kanser akan mudah berputus asa. Bagi mereka, tiada apa yang berguna
selepas digelar penghidap penyakit kanser ini. Hal ini kerana, selalunya penyakit
kanser sukar untuk diubati. Namun begitu, jika sekiranya dikesan lebih awal,
peluang untuk meneruskan kehidupan adalah lebih cerah. Harapan juga tidak pudar
begitu sahaja kerana 30 peratus hingga 50 peratus penyakit kanser boleh dicegah
sekiranya langkah-langkah pencegahan dilakukan lebih awal.
Menurut statistik yang diberi, penyakit kanser yang berlaku pada tahun 2003
hingga 2005 di Semenanjung Malaysia rata-rata penghidapnya ialah daripada
golongan wanita. Daripada jumlah 67,792 kes yang dilaporkan, terdapat 38,196
penghidap wanita iaitu sebanyak 56.3 peratus dan selebihnya merupakan pesakit
lelaki. Berdasarkan statistik juga, penghidap penyakit kanser payudara merupakan
kes yang tertinggi di antara kes-kes kanser yang lain. Kes kanser kedua tertinggi
ialah kanser usus besar, diikuti kanser paru-paru dan kanser serviks. Leukaemia
menduduki kes kelima tertinggi dan seterusnya diikuti kanser nasopharynx, kanser
limfa, kanser perut, kanser pundi prostat dan diakhiri dengan kanser jenis lain
daripada yang dinyatakan.
Kanser payudara merupakan kanser yang paling biasa ditemui dan sering
dideritai oleh kaum wanita dan merupakan penyebab nombor satu kematian mereka.
Bukan itu sahaja, insiden ini juga merupakan yang tertinggi di negara Eropah Utara
dan Amerika Utara. Pada tahun 2000, terdapat 1,050,346 kes dilaporkan dengan
372,969 kematian akibat kanser payudara di seluruh dunia. Insiden in mempunyai
julat purata daripada 95 bagi setiap 100,000 di negara maju dan 20 bagi 100,000 di
negara membangun. Variasi ini dikatakan berpunca daripada perbezaan dalam saiz
badan, diet, sifat revolusi reproduktif seperti umur haid bermula, bilangan anak,
umur melahirkan anak pertama, dan umur pada putus haid. Insiden juga bergantung
pada bangsa, lebih tinggi di kalangan wanita berkulit putih berbanding wanita kulit
hitam,mereka yang keturunan Sepanyol dan orang Asia di Amerika Syarikat.
Menurut sumber maklumat,setiap 3 minit seorang wanita akan disahkan menghidap
penyakit kanser payudara di Amerika Syarikat. Manakala, setiap 11 minit seorang
wanita disahkan meninggal dunia akibat penyakit yang sama. Maka, dapatlah
dibuktikan bahawa sesungguhnya kanser ini merupakan pembunuh utama untuk
kaum wanita khususnya.

Kanser paru-paru pula merupakan penyebab utama yang menyumbang


kepada kematian peghidap kanser di Malaysia. Telah dibuktikan bahawa 95 peratus
daripada penderita penyakit kanser paru-paru ini meninggal dunia di antara 5 tahun
dalam proses rawatan dan 90 peratus daripada kes ini berpunca daripada kegiatan
merokok. Namun begitu, risiko bagi bukan perokok juga amat besar kerana mereka
terdedah dengan asap rokok daripada para perokok tegar,
Manakala, kanser serviks pula merupakan kanser yang kedua paling tinggi
kejadiannya dalam kalangan wanita di Malaysia. Kejadiannya semakin meningkat
setiap tahun. Jika tidak dikesan dan dirawat dari awal, kanser ini boleh membawa
maut. Leukaemia pula merupakan sejenis penyakit darah yang dikenali sebagai
kanser darah. Hal ini berlaku berpunca daripada penumbuhan sel darah putih yang
terlalu banyak dan memakan sel darah merah. Penyakit ini juga boleh membawa
maut sekiranya tidak mendapat rawatan pakar.
Sememangnya, penyakit kanser merupakan penyakit yang amat berbahaya.
Oleh yang demikian, kita hendaklah mengambil langkah-langkah tertentu untuk
mengelakkan diri daripada menjadi salah seorang penderita sakit kanser ini. Bak
kata pepatah, mencegah lebih baik daripada merawat.Namun, kanser bukanlah satu
alasan mengapa kita tidak mahu berusaha untuk hidup sekiranya kita salah seorang
daripada kita menghidapi penyakit ini. Dengan teknologi yang canggih sekarang
sudah

tentu setiap penyakit mempunyai rawatannya.

sesungguhnya usaha itu tangga kejayaan.

Berusahalah

kerana

KEMAHIRAN BERFIKIR
LAPORAN PENYAKIT KANSER

Disediakan oleh :
- Nasriah husna binti mohd fathil(900519-01-59320)
- NUR FARHANA BINTI OMAR (900504-11-5420)
- JASMINE LOW HUI JEAN ( 901231-01-5364)
- ZAHIDAH BINTI MD YUSSOF (900407-06-5134)
- NABIHAH BINTI ABD MANAF (900815-11-5698)
NAMA PENSYARAH :
PUAN ZALINA BINTI MUHAMAD
TARIKH HANTAR :
24 APRIL 2009

REFLEKSI
Oleh : Zahidah binti Md Yussof

Saya berasa amat bersyukur kerana selepas segala kekangan yang dilalui
akhirnya saya dan rakan-rakan berjaya menyiapkan laporan ini dengan jayanya.
Kami sememangnya tidak mempunyai masa yang banyak dalam menyiapkan
laporan ini kerana terlalu sibuk dengan hari sukan yang akhirnya sudah berlalu dan
juga kerja kursus yang lain yang secara kebetulan diberi pada hari yang sama.
Namun begitu, saya berasa amat gembira dalam menyiapkan laporan ini kerana
secara tidak langsung saya dapat belajar bahaya kanser dan juga cara-cara
mengatasinya. Saya juga dapat menambah ilmu saya tentang kanser.
Semasa membuat laporan ini, saya sering teringat akan arwah emak saudara
saya yang juga meninggal dunia akibat kanser payudara. Ayah saya sering
menceritakan bahawa semasa hayatnya, beliau sangat menderita penyakit itu dan
sesungguhnya datuk, nenek dan adik-beradiknya yang lain sangat sedih melihat
keadaan beliau dan mereka tidak sanggup melihatnya lebih merana.
Laporan ini amat menginsafkan saya dan menyedarkan saya tentang
bahayanya kanser. Oleh hal yang demikian, saya akan mendidik diri saya untuk
menjaga kesihatan bagi mencegah daripada memperoleh penyakit pembunuh kedua
ini.
Akhir kalam, saya berasa amat bersyukur kerana dapat menyiapkan laporan
ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada ahli kumpulan saya kerana sanggup
bersengkang mata dan berbincang sedalam-dalamnya dalam usaha menyiapkan
tugasan ini. Tidak dilupakan pensyaraha pembimbing Puan Zalina sendiri yang
banyak memberi panduan dalam melaksanakan tugasan ini.