Вы находитесь на странице: 1из 9

KHASIAT BUAH-BUAHAN

KHASIAT BUAH NAGA


Secara amnya, pakar sependapat dan mengakui buah naga kaya dengan potasium, ferum,
protein, serat, sodium dan kalsium yang baik untuk kesihatan berbanding buah-buahan lain
yang diimport.

Kajian juga menunjukkan buah ini boleh mencegah kanser usus, selain mencegah kandungan
kolesterol yang tinggi dalam darah dan pada masa sama menurunkan kadar lemak dalam
badan.
Secara keseluruhan, setiap buah naga merah mengandungi protein yang mampu
mengurangkan metabolisma badan dan menjaga kesihatan jantung, serat (mengawal kanser
usus, kencing manis dan diet), karotin (kesihatan mata, menguatkan otak dan menghalang
penyakit), kalsium (menguatkan tulang) dan fosferos (pertumbuhan tisu badan).
Buah naga juga mengandungi :
* zat besi untuk menambah darah
* vitamin B1 (mengawal kepanasan badan)
* vitamin B2 (menambah selera)
* vitamin B3 (menurunkan kadar kolesterol)
* vitamin C (menambah kelicinan, kehalusan kulit serta mencegah jerawat)
Satu lagi fakta menakjubkan ialah berdasarkan kajian terkini, khasiat buah naga tidak terhad
kepada buahnya, tetapi turut wujud pada keseluruhan pokok dan sering dijadikan pencuci
mulut yang lazat.

KHASIAT NANAS
Nanas mengandungi khasiat vitamin A, B1 dan bromelain (digunakan untuk melembutkan
daging). Ia juga mengandungi asid sitrik yang berkesan untuk menghilangkan lemak dan
menguruskan badan.
Buah nanas dimakan atau dibuat jus minuman untuk mencuci tubuh, melawaskan buang air
kecil, merangsang penghadaman, sakit kerongkong, masalah hati dan demam kuning. Air
nanas muda sesuai digunakan untuk rawatan pelbagai penyakit paru-paru dan membunuh
cacing dalam perut. Nanas bagaimanapun tidak sesuai untuk ibu yang mengandung.

Nanas dipercayai mampu boleh merawat barah. Dua molekul daripada nanas menunjukkan
hasil yang baik bagi melawan pertumbuhan barah. Salah satu molekul yang dikenali sebagai
CCS menghalang protein yang dikenali sebagai Ras dan satu lagi yang dikenali sebagai CCZ
mengukuhkan sistem imuniti badan pesakit bagi melawan sel barah. Buah ini mempunyai
kandungan vitamin A, B, dan C yang tinggi.
Buah dan pokok nanas boleh dijadikan sumber komersial asid organik seperti asid askorbik,
asid malik dan asid sitrik. Batang dan buahnya pula boleh digunakan untuk melembutkan
daging. Serabut nanas pula yang diperoleh dari daun nanas boleh dibuat kain yang berkualiti
selalunya boleh didapati di Filipina dan Taipei.
Jus nanas ini bukan sahaja merupakan minuman yang lazat tetapi juga dapat atasi masalah
kekeringan di bahagian bibir dan di bahagian muka. Amalan minum jus nanas, juga berkesan
untuk atasi masalah kencing tidak lawas.
Enzim yang terdapat pada buah nanas boleh meredakan bengkak-bengkak, kuatkan daya
tahan badan serta hapuskan fibrin yang boleh bawa sakit jantung dan strok. Selain itu buah ini
juga melancarkan perjalanan haid serta berkesan dalam mengatasi masalah pencernaan, pundi
kencing, cacing dan kelesuan tubuh badan.

KHASIAT MANGGA
Pokok mangga sederhana besar mencapai ketinggian sehingga 10 - 40 meter. Dahannya
tumbuh secara bebas dan membentuk kanopi yang menyeluruh. Berdaun lebat berwarna
merah ke coklat hingga ke hijau terang bergantung pada klon. Mangga mengeluarkan dua
jenis bunga iaitu bunga hermoprodite dan bunga jantan di hujung tangkai-tangkai yang
dewasa.
Mangga ranum segar mengandungi air sekitar 82 peratus, vitamin C 41 mg dan kalori 73
kalper 100 gram. Manakala, pada setiap 100 gram mangga muda yang masih belum matang,
terkandung air lebih kurang 84 peratus, vitamin C 65 mg dan 65 kal. Tenaga dalam mangga
muda lebih rendah kerana lebih banyak mengandungi zat pati yang akan berubah menjadi
gula dalam proses pematangan. Sebahagian besar tenaga mangga berasal dari karbohidrat
berupa gula yang membuatnya terasa manis. Kandungan gula ini didominasi oleh golongan
sukrosa. Mangga mempunyai lebih kurang 7 - 12 peratus kandungan gula tetapi ada juga
jenis mangga gulanya yang mencapai hingga 16 - 18 peratus.
Mangga juga merupakan sumber beta-karotin, kalsium dan vitamin C. Beta-karotin adalah zat

di dalam tubuh yang akan diubah menjadi vitamin A (zat gizi yang penting untuk fungsi
retina). Beta-karotin (dan vitamin C) juga tergolong dalam anti-oksida, senyawa yang dapat
memberikan perlindungan terhadap kanser kerana dapat meneutralkan radikal bebas.
Radikal bebas adalah molekul-molekul tak stabil yang dihasilkan oleh pelbagai proses kimia
normal tubuh, radiasi matahari atau kosmis, asap rokok dan pengaruh-pengaruh persekitaran
lain. Zat-zat gizi anti-oksida, vitamin C memiliki fungsi menjaga dan memacu kesihatan
pembuluh-pembuluh darah, kesihatan gigi dan gusi. Ia membantu penyerapan zat besi dan
dapat menggelakkan produksi natrosamin iaitu satu zat pemicu kanser.

KHASIAT TEMBIKAI
Buah tembikai atau Citrullus Vulgaris kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium,
zink dan pelbagai jenis galian lain yang bermutu tinggi dalam bidang perubatan.
Tembikai amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala,
penyakit paru-paru dan masalah kulit.
Jus tembikai membekalkan tenaga dan kekuatan di kalangan orang tua serta memulihkan
sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru saja sembuh daripada penyakit atau
menjalani pembedahan.
Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan
kesan-kesan toksik dalam tubuh, selaim kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat
diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu
melancarkan pengaliran darah.
Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula serta mengandungi antioksidan
lycopene, kaya dengan beta karotena yang mampu mencegah pelbagai penyakit terutamanya
kanser.
Tembikai juga kaya dengan kalium (potsium) dimana sekiranya seseorang mengambil
separuh sahaja daripada buah tembikai, dia akan memperoleh lebih kurang 825miligram
kalium.
Fungsi kalium ialah merendahkan tekanan darah dan menghalang kolesterol daripada melekat
dan menyempitkan pembuluh darah arteri.
Tembikai hendaklah diambil sebelum makan berat untuk membersihkan perut dan rasanya
akan menjadi sangat manis terutama pada waktu petang kerana resonan dengan warna merah
di alam.

KHASIAT TEMBIKAI SUSU


Tembikai susu mengandungi pelbagai jenis nutrisi iaitu vitamin vitamin seperti A, B6 dan
C, Folat, Potasium, Zink serta lain lain enzim berkaitan dengan penghadaman. Mengambil
kita vitamin C sahaja, ianya bertindak sebagai antioksida yang mana kita tahu antioksida ini
membantu dalam melindungi tubuh dari penyakit penyakit kronik khususnya kanser. Malah
vitamin C juga membantu dalam meningkatkan sistem imun tubuh dan sekaligus menghalang
tubuh dari dijangkiti selesema dan batuk. Untuk vitamin B6 pula, ianya penting untuk
kesihatan kulit dan sistem peredaran darah tubuh anda.
Selain itu tembikai susu turut merupakan sumber asid folik yang bagus, dimana asid folik ini
bagus untuk ibu yang mengandung dimana ia boleh mencegah kecacatan ketika lahir. Malah
tembikai susu dilihat mempunyai kandungan sodium yang kurang, bebas lemak, bebas
kolestrol dan rendah kalori, oleh itu ianya sedang elok untuk diterapkan dalam menu diet
anda yang ingin mengurangkan berat badan.
Potasium yang terkandung dalam tembikai susu dapat mencegah otot dari mengalami
kekejangan dan membantu dalam mengawal tekanan darah, serta kandungan air tembikai
susu yang banyak akan membantu tubuh anda dari kekurangan air. Untuk rekod, satu
mangkuk kecil tembikai susu hanya mengandungi 60 kalori dan membekalkan vitamin C
yang mencakupi 70% keperluan harian tubuh anda.
Tembikai susu boleh disimpan dalam suhu bilik sehingga 4 hari, manakal jika disimpan ke
dalam peti sejuk ianya boleh bertahan selama 5 hari.

KHASIAT BELIMBING BESI (Averrhoa carambola).


Belimbing kemungkinan berasal dari Sri Lanka atau kepulauan Asia Tenggara terutamanya
Malaysia dan Indonesia.
Buah belimbing besi merupakan sumber vitamin C yang baik, juga zat besi dan zat kapur.

Dalam bahasa Inggeris buah ini disebut sebaga starfruit lantaran bentuknya yang serupa
bintang apabila dihiris melintang.
Di samping sebagai sumber nutrisi yang baik, buah belimbing besi muda juga digunakan
untuk pencegahan bahkan terapi pelbagai macam penyakit, antara lain bermanfaat dalam:
menurunkan tekanan darah tinggi, anti oksida, anti kanser, melancarkan pencernaan,
menurunkan kolestrol dan membersihkan usus.
Pada dinding sel belimbing terdapat pektin yang merupakan bahan pembentuk gel di dalam
usus.Terbentuknya gel tersebut mempunyai pengaruh menurunkan kolestrol. Dalam hal ini
pektin mengikat kolestrol dan asid hempedu dalam usus serta mendorong pengeluarannya.
Air perahan buah belimbing dapat mencegah tekanan darah tinggi agar selalu berada dalam
keadaan yang normal. Penderita tekanan darah tinggi boleh meminum air parutan buah
belimbing setiap dua hari sekali. Caranya buah belimbing yang cukup besar dan sudah
setengah matang diparut halus, kemudian diperah airnya sebanyak satu gelas.Minumlah
setiap pagi hari selama satu bulan.
Dikatakan tekanan darah tinggi akan menjadi normal apabila seseorang itu rajin meminum air
belimbing. Tapi jangan sekali-kali mencampurkan air perahan belimbing dengan gula pasir
atau sirap kerana ia akan menimbulkan kesan yang sebaliknya.
Di India buah belimbing yang masak digunakan untuk menghentikan pendarahan. Sementara
buahnya yang telah kering digunakan untuk mengurangkan demam panas. Buah yang telah
diawet pula digunakan oleh masyarakat India untuk meredakan cirit-birit dan mabuk kerana
pengambilan alkohol berlebihan. Minyak yang diekstrak dari buah dijadikan ubat mengubati
penyakit mata .
Di Negara Brazil pula, pesakit yang mempunyai masalah buah pinggang dan pundi kencing
sering dinasihatkan agar mengambil buah belimbing. Masyarakat negara itu juga percaya
bahawa buah tersebut elok untuk penderita ekzema.
Chinese materia medical ada menyatakan bahawa rebusan buah dan daun belimbing elok
diminum untuk mengatasi masalah muntah-muntah.Daunnya diramas dan diletakkan di atas
dahi untuk menghilangkan sakit kepala. Sementara pucuk dan daun yang dihancurkan
diletakkan di atas cacar dan ringworm.

KHASIAT BETIK

Betik kaya dengan vitamin A (kulit) dan C (isi), juga kalium. Selain itu terdapat kalsium,
besi, tiamin, riboflavin dan niasin dalam betik. Jumlah kalorinya sangat rendah. Nutrien nutrien penting yang terkandung dalam betik, menjadikan tumbuhan ini mempunyai nilainilai perubatan yang tersendiri. Antaranya:

1) Buah.
Selain mengandungi kalium dan magnesium yang sangat tinggi, buah ini juga kaya dengan
karotena, vitamin C, dan flavonoid, sehingga dapat berfungsi memecahkan serat makanan
sisa, sehingga mudah kita untuk membuang air besar. Jika dimakan segar secara rutin, buah
betik sangat bermanfaat untuk mengubati usus yang luka dan mengurangkan panas tubuh
ketika demam.

2) Daun
Bagi yang suka, daun betik sangat enak dibuat sayur dan ulam. Memang rasanya agak pahit
tetapi tengok saja manfaatnya yang luar biasa, seperti mengubati malaria, sakit perut dan
kurang nafsu makan. Caranya: Ambil daun betik segar sebanyak 1-2 tapak tangan, garam
sedikit, dan air suam 1/2 cawan. Campuran ini dipipis atau dikisar, lalu diperah dan diambil
airnya. Diminum sehari satu sehingga tiga hari berturut-turut. Kandungan papain dalam daun
juga amat berkesan untuk melembutkan daging. Masyarakat Mexico menggunakan daun
betik bukan sahaja untuk melembutkan daging, tetapi juga dijadikan ubat untuk asma dan
masalah jantung. Bagaimanapun jika penggunaan daun terlalu banyak ia boleh jadi berbahaya
kerana ia boleh menghasilkan toksik.

3) Biji
Dikatakan amat berkesan untuk megubati masalah cacing dalam perut. Caranya: Jemur biji
betik hingga kering, lalu tumbuk hingga halus. Ambil serbuk ini sebanyak 10 gram dan
didihkan bersama 150ml air, sehingga tinggal kira-kira 75 ml. Minum sekali gus 2 jam
sebelum makan malam.

4) Getah dan akar


Dapat mengubati sakit saluran kencing, masalah cacingan, bahkan digigit ular berbisa. Untuk
ubat cacing,gunakan akar betik kering sebanyak 10 gram, bawang putih 1 gram, dan 100 ml
air. Semua bahan dipotong-potong, kemudian didihkan dengan air selama 15 minit, baru
disaring. Bila perlu, tambahkan air matang sehingga diperoleh hasil saringan 75 ml.
Bahagikan kepada tiga bahagian (25 ml) sekali minum.

Cara yang terbaik untuk menikmati buah betik yang menyegarkan ini adalah dengan cara
memotongnya kepada dua, buangkan biji hitamnya dan potong memanjang.

KHASIAT PISANG
Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi sukrosa, fruktosa dan glukosa yang
digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar
segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang
mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan
buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk
mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam
pemakanan kita seharian.
Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan
jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang
mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh
manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya
membuatkan kita berasa gembira.
PMS:
Lupakan pil-pil hospital makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu
meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.
Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin
dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.
Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi garam rendah,
menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.
Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan,
mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah
pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran
dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).
Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan
tindakan usus kecil dan besar.
Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman
pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu
dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan,
manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.
Panas Jantung:

Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi
rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.
Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah
untuk mengelakkan demam pagi.
Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk
dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat
gigitan nyamuk dengan cara ini.
Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem
saraf anda.
Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada
pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian
mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga
menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah
dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang
stabil. Makanlah pisang.
Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan
organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan
kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.
Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua
fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung
mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang
penyabar (cool).
Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada
cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan
semulajadi yang membaikpulih mud kita.
Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium
dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam
membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.
Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung,
menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita
stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini
dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku The New England Journal of Medicine, mengambil pisang
sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!
Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai
masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit
pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan
menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan
dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali
fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya
dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.
Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, Sebiji pisang
sehari dapat menjauhkan doktor!
PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan
selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil
bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan
dengan kain kering. Menakjubkan!
Perhatian: Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua
pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Вам также может понравиться