Вы находитесь на странице: 1из 5

Tajuk Artikel : Penerapan Berfikir Kreatif melalui Model KIR-KAT pembelajaran

kolaboratif atas talian dalam kalangan guru pelatih.


Penulis

: Siti Rosnani Mohamad Yusof


Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik,Kuala Lumpur dan
Nor Azan Hj Mat Zin,PHD
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat,Universiti Kebangsaan Malaysia

Penerbit

: Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru,Kementerian Pendidikan Malaysia


Jilid 7,2012.

PENGENALAN

Artikel ini merupakan sebuah penulisan penyelidikan yang telah dilakukan oleh Siti
Rosnani Mohamad Yusof( Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik,Kuala
Lumpur) dan Nor Azan Hj Mat Zin,PHD (Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat,Universiti
Kebangsaan Malaysia) berkaitan dengan tajuk Penerapan Berfikir Kreatif melalui Model
KIR-KAT pembelajaran kolaboratif atas talian dalam kalangan guru pelatih. Penyelidikan
ini telah dilakukan ke atas 59 orang guru pelatih kursus EDU 3111 Pengurusan Makanan Dan
Teknologi-Pendidikan Rendah di sebuah Institut Pendidikan Guru.
Tujuan kajian ini adalah untuk menguji kebolehgunaan model pengetahuan
berasaskan pembelajaran kolaboratif atas talian (model KIR-KAT) dalam menerapkan
kemahiran berfikir kreatif di kalangan guru pelatih.Dalam kajian ini,penulis selaku penyelidik
telah memperkenalkan sebuah model pembelajaran yang berfokus kepada pelajar dalam
menggalakkan

perkongsian

idea,pengalaman

dan

bahan

pembelajaran

kolaboratif-

pengetahuan (e-kolaborasi). Kajian ini dilakukan sehubungan daripada kurangnya perisian


yang dibekalkan ke sekolah-sekolah yang mampu menerapkan elemen berfikir kreatif dan
kritis seperti mana dapatan daripada kajian yang telah dijalankan oleh KPM dan Malaysian
Super Coridor (MSC) pada tahun 2010.Analisis yang dilakukan ke atas 240 buah perisian
kursus telah mendapati bahawa hanya 9 buah perisian sahaja yang mengandungi komponen
berfikir (KPM,2010). Selain itu, kajian yang dijalankan untuk menilai keberkesanan projek epembelajaran juga telah mendapati bahawa tugasan yang diberikan semasa aktiviti
pembelajaran tidak dapat membina pengetahuan kreatif yang kukuh dikalangan pelajar.

e-

Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa elemen kemahiran berfikir kreatif yang
paling

kerap

diadaptasi

semasa

aktiviti

tersebut

adalah

elemen

penjanaan

idea,menghubungkaitkan,membuatinferens,meramalkan,mengitlakkan,menganalogikan,imita
si, inovasi reka cipta dan penyelesaian masalah. Dapatan daripada kajian ini jelas
menunjukkan bahawa pelajar-pelajar telah dapat menerapkan kemahiran kreatif dan inovatif
sehingga tahap ekspresif,produktif dan inovatif. Walaubagaimanapun,pelajar masih kurang
menggunakan kemudahan teknologi maklumat untuk mencari visual, dan maklumat berkaitan
inovasi yang boleh dikongsi bersama-sama.Keterbatasan penerokaan maklumat berkaitan
inovasi telah menjejaskan percambahan idea dalam kalangan pelajar untuk menghasilkan
pemikiran yang lebih tinggi dalam sesuatu bidang.Selain itu,menurut penulis juga implikasi
penilaian kreativiti yang mengkhusus kepada beberapa topik dalam kursus akan
menyebabkan wujudnya keterbatasan kreativiti antara kreativiti berkaitan ilmu pengetahuan
kursus sahaja dan kreativiti berkaitan ilmu secara am.Justeru,penyelidik mencadangkan
supaya kesemua isi kandungan mesej kolaboratif dianalisis dan diklasifikasi tanpa memberi
had kepada kreativiti berkaitan tema-tema kursus sahaja supaya idea-idea pelajar dapat
dikongsi secara meluas dan dapat digunakan di dalam bidang lain.
Kesimpulannya,walaupun tahap penglibatan pelajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran adalah tinggi, namun para pelajar hanya berupaya menerima maklumat dan
mempersembahkannya semula maklumat dengan mendengar,mengulang,menjawab soalan
dan

membaca

maklumat

tambahan

yang

dikumpulkan

melalui

komputer.Permasalahan ini menunjukkan bahawa kaedah penerapan

penggunaan

kemahiran berfikir

kreatif dan kritis masih belum berupaya menerapkan elemen kemahiran berfikir kreatif
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

ISI-ISI PENTING YANG DIKETENGAHKAN

Di dalam artikel ini,penulis menjelaskan maksud pembelajaran kolaboratif berasaskan


komputer iaitu Pembelajaran kolaboratif adalah sebuah aktiviti pembelajaran di mana para
pelajar berinteraksi bersama-sama dalam sebuah komuniti untuk membina pengetahuan yang
bermakna bagi setiap ahli-ahli komuniti yang terlibat.Pembelajaran kolaboratif berasaskan
komputer ini mempunyai kesan positif ke atas pembangunan pembelajaran di mana

ia

melatih pembinaan pengetahuan dan makna,membuat refleksi serta menjadi transformasi


pendidikan(Palloff7Pratt,2005). Melalui kaedah ini pelajar dapat membaca bahan
kursus,menambah idea baru,memberi maklum balas kepada rakan dan menghantar mesej
khusus

kepada

rakan-rakan

dalam

komuniti

pembelajaran

kolaboratif(Mc

Donnell,2000).Oleh itu,pembelajaran kolaboratif ini dapat membantu pelajar membina


pengetahuan bermakna seperti pengetahuan berdaya cipta kreatif dan inovatif melalui
interaksi bersama-sama ahli komuniti.
Di dalam kajian ini,penyelidik telah mengetengahkan beberapa jenis model
pembinaan pengetahuan berdaya cipta kreatif dan inovatif melalui pembelajaran kolaboratif
iaitu Model empat langkah proses kreativiti(Chua 2004),Model Kitaran Kreativiti(Clinton &
Hokansons,2012) dan Adaptasi Model Reka cipta(KPM,2000) yang merupakan model
pembinaan produk reka cipta untuk Pendidikan Teknik dan Vokasional(PTV).Menurut model
ini,terdapat 8 fasa dalam proses penghasilan pengetahuan reka cipta iaitu fasa
pengenalpastian masalah,fasa pencetusan idea,fasa perekaan,fasa pemilihan,fasa perancangan
untuk pengujian,fasa penambahbaikan dan fasa pendokumentasian(KPM,2000).
Dalam pembinaan model pembelajaran ini,kesemua model-model berkaitan
pembinaan pengetahuan dan kreativiti digabungkan untuk membina model pengetahuan
melalui pembelajaran kolaboratif atas talian.Hasil gabungan ini terbentuklah model
pembinaan pengetahuan berdaya cipta kreatif dan inovatif melalui pembelajaran kolaboratif
atas talian(model KIR-KAT) .Model ini mempunyai 13 komponen di mana setiap komponen
mempunyai spesifikasi aktiviti iaitu komponen matlamat,pra perkongsian,perkongsian di fasa
satu,perbincangan di fasa dua,penambahbaikan idea di fasa tiga,pengujian dan penilaian
bersama di fasa empat,persetujuan di fasa lima dan klasifikasi pengetahuan.Sehubungan
itu,sebuah

sistem

Pengurusan

Pembelajaran

Kolaboratif-Pengetahuan(e-kolaborasi)

http://cendekiawann.net/ekolaborasi/ dibangunkan sebagai pelantar aktiviti pembelajaran


kolaboratif atas talian.Alat kajian ini telah disesuaikan dengan keperluan kursus EDU 3111
Pengurusan Makanan dan Teknologi.
Dalam tempoh kajian ini,pelajar

telah menguji model KIR-KAT dengan

menggunakan sistem e-kolaborasi sebagai sistem sokongan pembelajaran di bilik darjah


manakala pensyarah dan pentadbir sistem berperanan sebagai ahli komuniti untuk membantu
pelajar

melaksanakan

aktiviti

pembelajaran

kolaboratif

dengan

memberikan

motivasi,sokongan pembelajaran dan bantuan teknikal.Data analisis isi kandungan mesej dan

maklum balas kolaboratif dikumpulkan daripada blog dan log penggunaan sistem.Mesej dan
maklum balas kolaboratif merupakan unit yang akan dianalisis sebagai tema dan sub tema
pembinaan pengetahuan(Gunawardena& Anderson,1997).Hanya mesej kolaboratif berkaitan
isi kandungan kursus akan dinilai oleh pakar isi kandungan dan setiap mesej telah diberikan
kod dan diasingkan mengikut kategori.Di dalam kajian ini,sebuah jadual kod untuk tujuan
analisis data isi kandungan mesej dan maklum balas kolaboratif dibina dalam jadual(rujuk
salinan artikel) dan sebanyak 15 buah elemen kemahiran berfikir kreatif telah dikumpulkan
daripada kajian literatur sebagai tema pembinaan kod untuk analisis data mesej dan maklum
balas kreatif.

KOMEN DAN PENDAPAT

Pada masa kini,warga pendidikan sedia maklum bahawa Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT) atau High Order Thinking Skills(HOTs) menjadi satu agenda penting negara
yang mesti diterap dalam kalangan murid dan guru. Selaras dengan dasar Tranformasi
Pendidikan Negara, transformasi pentaksiran dilaksanakan seperti yang terkandung dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Pengajaran yang dapat
melibatkan kemahiran berfikir aras tinggi di dalam bilik darjah hanya dapat dilakukan setelah
guru berjaya mewujudkan pembelajaran tumpuan murid dan dapat merancang kerangka
pengajaran dengan mengintegrasikan kemahiran berfikir. Seterusnya guru boleh memikirkan
tentang strategi dan kaedah yang dapat menggalakkan kebolehan kemahiran berfikir.
Justeru,di era kepesatan pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
ini,penggunaan kaedah pembelajaran secara kolaboratif atas talian ini pada saya sangat sesuai
dipraktikkan sebagai satu medium baru penyebaran dan perkongsian ilmu pengetahuan
seterusnya dapat meningkatkan lagi keupayaan murid berfikir secara kreatif dan kritis.
Kaedah pembelajaran secara atas talian ini sebenarnya telah diaplikasikan di luar negara
sebagai satu kaedah mempertingkatkan lagi perkongsian pembelajaran di antara pelajarpelajar di

sesebuah institusi pendidikan mereka.Oleh itu,kaedah pembelajaran secara

kolaboratif atas talian ini sangat sesuai diaplikasikan di institusi-institusi pengajian tinggi di
negara kita bahkan kaedah ini juga perlulah diperluaskan lagi di peringkat sekolah menegah
dan rendah di seluruh negara.Dengan penggunaan kaedah pembelajaran seperti ini,guru-guru

bukan sahaja dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahkan ia juga
dapat meningkatkankan lagi kebolehan murid berinteraksi dan berkongsi maklumat dengan
rakan-rakan yang lain tentang pelbagai perkara yang berkaitan dengan pelajaran.
Justeru,untuk merealisasikan keberkesanan kaedah pembelajaran kolaboratif atas
talian ini,pelbagai pihak haruslah bekerjasama dalam merancang dan

melaksanakan

perubahan ini.Di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia,lebih banyak lagi perisianperisian pembelajaran secara atas talian yang menggalakkan pelajar-pelajar berinteraksi dan
berkongsi maklumat dengan rakan-rakan di sekolah bahkan dengan pelajar-pelajar di seluruh
negara perlulah dihasilkan.Perisian-perisian tersebut perlulah direka dengan aktiviti-aktiviti
yang mencabar dan dapat menggalakkan pelajar-pelajar menggunakan kemahiran berfikir
pada aras tinggi mereka.Di peringkat sekolah pula,pentadbir dan guru-guru perlulah bersedia
untuk berubah mengikut zaman dengan melibatkan diri secara aktif dalam melaksanakan
sesuatu inovasi yang dirancang dan memberikan motivasi serta sokongan kepada pelajarpelajar agar dapat mencapai matlamat yang diinginkan selari dengan perubahan kehendak
pendidikan perdana dan global.Kesimpulannya,kaedah pembelajaran secara atas talian ini
merupakan satu kaedah baru dalam sistem pendidikan dan diharapkan agar ia dapat
membantu negara mencapai hasrat menghasilkan tenaga kerja berkemahiran tinggi suatu hari
nanti.

Вам также может понравиться