Вы находитесь на странице: 1из 2

APLIKASI

KAEDAH CSL PMR


KARANGAN BAHAN RANGSANGAN
Lihat rajah di bawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan sungai kepada manusia.
Panjang huraian hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan

Sumber
bekalan air

KEPENTINGAN
SUNGAI KEPADA
MANUSIA

Jalan
pengangkutan

Aktiviti rekreasi
dan pelancongan

Tugasan
Tema
Kata kunci

:
:
:

kepentingan sungai kepada manusia


sungai
kepentingan

PENDAHULUAN
Ayat 1:
Belakangan ini, isu yang berkaitan dengan.............................................................(sebutkan
TEMA
tema) kerap kali menjadi topik perbincangan hangat di negara kita.
Ayat 2 :
Persoalannya, apakah...........................(salin selepas perkataan tentang dalam soalan) dan
TUGASAN
berakhir dengan tanda soal (?)
Belakangan ini, isu yang berkaitan dengan sungai kerap kali menjadi topik perbincangan hangat di
negara kita. Persoalannya, apakah kepentingan sungai kepada manusia?
ISI PERTAMA
(ISI)
Ayat 1
(HURAIAN + CONTOH
Ayat 2

ISI KEDUA
(ISI + CONTOH)
Ayat 1
(HURAIAN)
Ayat 2
ISI KETIGA
(ISI + HURAIAN)
Ayat 1
(CONTOH)
Ayat 2

Pada pendapat saya, KATA KUNCInya + ialah + ISI 1


Pada pendapat saya, salah satu kepentingannya ialah sumber bekalan air.
Hal ini dikatakan demikian kerana + Isi + Contoh
Hal ini dikatakan demikian kerana bekalan air daripada sungai digunakan untuk
minuman, membasuh pakaian dan sebagainya.

PENANDA WACANA + ISI + CONTOH + juga merupakan + TUGASAN


Selain itu, aktiviti rekreasi dan pelancongan seperti berakit, berkhemah dan lainlain juga merupakan kepentingan sungai kepada manusia.
Dengan ini + HURAIAN
Dengan ini, sungai menjadi tempat untuk mereka beriadah.

KATA KUNCI + yang berikutnya ialah + ISI + HURAIAN


Kepentingan sungai kepada manusia yang berikutnya ialah jalan pengangkutan
terutama di kawasan pedalaman yang tiada kemudahan jalan raya.
Sebagai contoh, + CONTOH
Sebagai contoh, manusia menggunakan rakit, perahu, dan bot sebagai alat
pengangkutan yang utama.

KESIMPULAN
Rumus
Saranan +
Harapan

Ayat 1

Kesimpulannya, + sasaran + mestilah berusaha untuk meningkatkan/menangani +


Tema + agar + Harapan + Peribahasa
Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk menjaga kebersihan sungai
agar khazanah yang berharga ini sentiasa terpulihara untuk generasi yang akan
datang.

Karangan Lengkap:

Belakangan ini, isu yang berkaitan dengan sungai kerap kali menjadi topik
perbincangan hangat di negara kita. Persoalannya, apakah kepentingan sungai kepada
manusia?
Pada pendapat saya, kepentingannya ialah sumber bekalan air. Hal ini dikatakan
demikian kerana bekalan air daripada sungai digunakan untuk minuman, membasuh
pakaian dan sebagainya.
Selain itu, aktiviti rekreasi dan pelancongan seperti berakit, berkhemah dan lain-lain
juga merupakan kepentingan sungai kepada manusia. Dengan ini, sungai menjadi tempat
untuk mereka beriadah.
Kepentingan sungai kepada manusia yang berikutnya ialah jalan pengangkutan
terutama di kawasan pedalaman yang tiada kemudahan jalan raya. Sebagai contoh, manusia
menggunakan rakit, perahu, dan bot sebagai alat pengangkutan yang utama.
Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk menjaga kebersihan sungai
agar khazanah yang berharga ini sentiasa terpulihara untuk generasi yang akan datang.
(119 patah perkataan)

Вам также может понравиться