Вы находитесь на странице: 1из 22

i.

Menyediakan kaedah penilaian untuk kemahiran lisan,kemahiran membaca dan


kemahiran menulis bagi murid tahap dua sekolah rendah.

1) Kemahiran membaca
Kemahiran membaca merupakan salah satu daripada empat kemahiran bahasa yang
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kemahiran membaca adalah
lanjutan daripada kemahiran-kemahiran asas seperti mendengar dan bertutur. Melalui
pembacaan, seseorang itu mampu menimba ilmu pengetahuan yang tidak dapat diperolehi
menerusi pengalaman-pengalaman biasa yang lain.
Proses membaca memerlukan seseorang itu menterjemahkan kembali lambanglambang bertulis kepada lambang-lambang bunyi yang hendak disampaikan oleh
penulisnya. Membaca berbeza daripada mendengar kerana membaca melibatkan keduadua aktiviti verbal dan literasi secara serentak. Apabila kita membaca kita akan
menghuraikan bahan bercetak kepada pertuturan dan pada masa yang sama kita akan
menghuraikan pertuturan itu kepada pemikiran.
Menurut Leferre (1973), membaca merupakan satu proses yang berkait rapat dengan
bahasa, iaitu membaca sebagai a language related process. Menurut Cohen (1990),
membaca memerlukan kemahiran mentafsir serta pemikiran yang tinggi untuk memahami
makna daripada teks yang bercetak. Membaca juga merupakan proses kemahiran yang
aktif bagi mengintepretasikan makna dan mendapatkan pengetahuan daripada bahasa
tulisan dan visual. Tiga konsep asas membaca yang pernah digunakan ialah:

membunyikan perkataan demi perkataan


pengenalpastian perkataan demi perkataan dan memperoleh maknanya
memberikan makna kepada teks yang dibaca serta memahami teks tersebut

1.1

Kaedah penilaian bagi kemahiran membaca

Kaedah penilaian dan kemahiran membaca merupakan salah satu aspek yang penting dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Kaedah penilaian selalunya digunakan
oleh guru bagi mengenalpasti kebolehan murid dalam kemahiran membaca. Kemahiran
membaca ini membolehkan seseorang guru menentukan bahawa seseorang murid
memerlukan aktiviti pemulihan atau pengayaan. Terdapat pelbagai kaedah penilaian dalam
kemahiran membaca iaitu kaedah penilaian bacaan mekanis, kaedah penilaian membaca dan
memahami dan seterusnya.
Pada peringkat bacaan mekanis, Guru perlu menilai murid bahawa murid-murid tersebut
mampu membunyikan huruf, suku kata, perkataan, frasa dan ayat-ayat mudah. Selain itu, guru
juga perlu menilai bahawa murid-murid tersebut boleh membatang perkataan yang
mengandungi suku kata terbuka dan tertutup. Dalam kaedah penilaian bacaan mekanis guru
perlu menilai murid kemampuan pelajar membaca secara kuat dengan menyuarakan tulisan
dengan sebutan yang jelas dan terang.
Guru boleh menjalankan beberapa aktiviti yang membolehkan guru menilai kemampuan para
pelajar dalam kemahiran membaca. Pertama sekali, guru memberikan satu petikan dalam satu
masa khas untuk bacaan, sesuai dengan kebolehan dan umur murid. Selepas murid habis
membaca, guru perlu bersoal jawab dan membantu murid dengan perkataan yang susah sama
ada dari segi sebutan dan makna perkataan itu. Seterusnya, guru perlu membaca tersebut
sebagai contoh dan murid akan mengikut bacaan guru. Setelah membaca secara kumpulan,
guru akan membimbing murid membaca secara individu dan guru akan bersoal jawab dengan
murid tentang isi bacaan untuk menguji kefahaman murid.
Penilaian bacaan mekanis yang boleh dijalankan ialah bacaan kuat dengan menggunakan kad
imbasan yang mengandungi suku kata, frasa dan ayat. Contoh kad adalah seperti yang di
bawah.

1. Tunjuk dan sebut suku kata di bawah dengan betul

ka

ru

sa

to

li

bu

ma

ju

2. Tunjuk dan sebut perkataan di bawah dengan betul.

lor

lori

duri

monyet

durian

kereta

tetamu

3. Tunjuk dan baca ayat di bawah dengan betul.

Kucing minum susu


Ali dan Abu bermain guli
Ah Chong mewakili sekolah dalam pertandingan
deklamasi sajak
Dato Nicol David pemain skuash terkenal di dunia

Selain daripada kaedah penilaian dengan penggunaan bacaan mekanis, guru juga boleh
menggunakan kaedah penilaian membaca dan memahami. Pada tahap bacaan ini guru perlu
menilai bahawa para pelajar telah mengumpul maklumat daripada apa yang mereka baca,
menilai sesuatu dengan sepenuhnya tentang bahan yang dibaca. Dalam penilaian membaca
dan memhami juga guru harus menilai murid penguasaan mereka terhadap kosa kata.
Apabila guru menjalankan penilaian membaca dan memahami, guru harus menitikberatkan
peringkat umur dan kecenderungan murid. Guru tidak hanya mementingkan sebutan suara
dan kelancaran sahaja tetapi mestilah menyediakan soalan-soalan yang mudah untuk menguji
kefahaman.
Guru boleh menjalankan beberapa aktiviti bagi menguji penilaian membaca dan memahami.
Pertama sekali. guru boleh mengedarkan sebuah petikan kepada semua murid untuk
membaca. Setelah murid membaca petikan tersebut, guru perlu mengedarkan kertas soalan

berdasarkan petikan tersebut. Guru perlu memberi masa yang secukupnya untuk murid-murid
bagi mereka dapat menyelesaian soalan-soalan tersebut. Selepas itu, guru harus menjalankan
aktiviti bersoal jawab dengan murid-murid. Contoh aktiviti yang boleh diberikan oleh guru ialah:

Baca petikan dan jawab soalan yang dikemukakan

Pada hari Ahad yang lalu, Badariah mengikut ibunya pergi ke pasar malam. Suasana di
sana sangat meriah. Di sana, terdapat pelbagai jenis barang jualan seperti sayur-sayuran,
buah-buahan, barang-barang keperluan dan pakaian.
Badariah leka memerhatikan suasana dan gelagat pengunjung di pasar malam. Ibu
membeli seekor ikan parang, sekilo ikan selar dan seekor ayam kampung. Selain daripada itu,
ibu juga membeli sebiji tembikai dan selonggok buah limau madu.
Selepas selesai membeli, Badariah membantu ibunya membawa barang-barang
tersebut. Badariah dan ibunya pulang ke rumah dengan menaiki teksi. Badariah berasa
gembira kerana dapat pergi ke pasar malam dan membantu ibunya.

Jawab soalan-soalan berikut.


1. Bilakah Badariah mengikut ibunya ke pasar malam?
2. Bagaimanakah suasana di pasar malam?
3. Apakah yang dijual di pasar malam?
4. Sebutkan apa yang dibeli oleh ibu Badariah?
5. Mengapakah Badariah berasa gembira?

1. Kemahiran menulis
Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikan menulis ialah mencatat kata-kata dengan huruf
dan memakai pena seperti kalam,kapur, pensel dan lain-lain. Di samping itu, menulis juga
bermaksud melahirkan perasaan (fikiran dan lain-lain) dengan catatan yang memakai huruf,
membuat surat atau mengarang.
Kemahiran menulis mempunyai tujuan yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa Melayu. Kemahiran menulis membina asas menulis yang kukuh untuk membolehkan
kanak-kanak menulis dengan baik, cekap dan pantas. Kemahiran menulis juga membolehkan
kanak-kanak mengeja perkataan-perkataan dengan pantas dan menyusun ayat-ayat dengan
betul dan boleh difahami oleh pembaca. Selain itu, kemahiran menulis juga membolehkan
kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan dengan sempurna dalam bentuk tulisan.
Ann Raimes (1983) telah mengemukakan tiga fungsi kemahiran menulis melalui bukunya
Techniques In Teaching Writing, iaitu :
1. Merangsang dan memahirkan tatabahasa, idea, perbendaharaan kata dan perasaan.
2. Memberi peluang kepada pelajar untuk menerokai bidang bahasa.
3. Memperluaskan pengatahuan, melahirkan idea, dan mnggunakan seluruh anggota mekanis
(mata, tangan, akal dan lain-lain) untuk merangsang pembelajaran.

2.1 Instrumen penilaian kemahiran menulis


1. (a) Tuliskan huruf kecil yang disebut oleh guru

1.(b) Tuliskan huruf besar yang disebut oleh guru

2. Tuliskan suku kata KV yang disebut oleh guru

2. Tuliskan perkataan yang disebut oleh guru.

3. Pilih dan tuliskan perkataan yang betul pada gambar yang diberi

mentol

lima

betik

kek

akar

telefon

kunci

cincin

sikat

baldi

cendawan

pokok

4. Susun dan tulis huruf agar menjadi perkataan yang betul berdasarkan gambar.

kian
ldiab

umila

awlkaer

elpisra

almilra

5. Pilih dan tuliskan perkataan yang betul pada gambar yang diberi.

kuiz

buih

suis

kuih

biola

tuala

kuala

buaya

piano

piala

6. Isikan tempat kosong dengan perkataan yang betul berdasarkan gambar.

menendang

menonton

bermain

berkebun

menghantar

larian

Datuk sedang

televisyen

Rahman mewakili daerah dalam


acara

Kanak-kanak

papan

gelungsur.

Atan rajin membantu ayah dan ibunya

Gunalan
pintu gol.

bola ke arah

7. Baca petikan dan jawab soalan-soalan berikut.

Di Malaysia terdapat pelbagai jenis permainan. Antaranya bola sepak,


badminton dan sepak takraw. Bola sepak merupakan permainan yang paling
digemari. Bola sepak dimainkan di padang.
Permainan ini memerlukan sebelas orang pemain dalam satu pasukan.
Seorang pengadil dan dua orang penjaga garisan ditugaskan untuk mengadili
permainan ini. Pasukan yang menjaringkan gol terbanyak dikira sebagai
pemenang.
Jawab soalan-soalan yang berikut.
1. Apakah permainan yang paling digemari di Malaysia?
Permainan yang paling digemari di Malaysia ialah
2. Di manakah permainan bola sepak dimainkan
Permainan bola sepak dimainkan
3. Siapakah yang mengadili permainan bola sepak?

4. Pasukan manakah yang ditentukan sebagai pemenang?

3. Kemahiran lisan

Kemahiran lisan terbahagi kepada iaitu kemahiran mendengar dan juga kemahiran
bertutur. Kemahiran mendengar boleh ditafsirkan sebagai keupayaan murid untuk mendengar
dengan teliti dan dapat memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi serta dapat
memberi tindak balas. Manakala kemahiran bertutur pula ialah keupayaan murid untuk berbual
untuk menjalinkan hubungan dan menambahkan kenalan, menyampaikan dan menerima
perkara-perkara penting seperti maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kritis dan
kreatif dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan dan beradab.
Kemahiran bertutur ialah kemahiran menyebut dan membunyikan bunyi-bunyi bahasa
dengan pengujaran kata-kata atau ayat dalam intonasi, nada (tekanan suara), jedaserta
helaan yang betul. Bagi setengah-setengah bahasa, perubahan kepada unsur-unsur ini akan
melibatkan perbezaan maksud atau makna. Mengenal pasti intonasi yang berbeza-beza ini
amat penting bagi mewujudkan suasana pertuturan yang baik, licin dan lancar. Oleh itu aspek
ini juga perlu diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Kemahiran mendengar adalah satu cara penting dalam mempelajari sesuatu
bahasa.Kemahiran

melibatkan

kemahiran

menerima

maklumat

secara

lisan.

Tanpa

mempunyai kemahiran mendengar yang baik akan menyebabkan seseorang kanak-kanak itu
tidakakan dapat untuk menguasai kemahiran berbahasa yang lain dengan baik lagi. Untukitu
guru perlulah menyediakan beberapa aktiviti yang dapat memperkukuhkan kemahiran
mendengar kanak-kanak.

3.1 Instrumen penilaian kemahiran lisan

1. Mendengar, mengecam, mengajuk bunyi dalam persekitaran dengan teliti dan betul.

Meow Meow

Woof woof

Broom broom

Pon Pon

2. Mendengar, memahami, menyebut dan mengeja perkataan yang mengandungi empat


atau lima suku kata dengan betul dan tepat.

perpustakaan

samudera

kenderaan

tatabahasa
jurutera

3. Mendengar, memahami dan menyebut frasa dan ayat tunggal dengan betul dan tepat.

Kucing makan nasi

Rumah itu berwarna biru

Saya sayang akan ayah saya

Rahman menonton televisyen

4. Mendengar, memahami dan memberikan respon secara lisan atau gerak laku
berdasarkan arahan, pesanan dan pertanyaan dengan betul.

Hentak kaki
Tolong bawa beg masing-masing.
Di manakah rumah kamu?
Jangan bising!

5. Ceritakan tentang sesuatu perkara dengan menggunakan ayat tunggal berdasarkan


tajuk yang diberi.

Rumah saya
Haiwan peliharaan saya

Keluarga saya

6. Mendengar dan menyanyi mengikut irama muzik tersebut.


Kalau rasa gembira tepuk tangan...(2x)
Kalau rasa gembira dan ingin menunjuknya
Kalau rasa gembira tepuk tangan

Kalau rasa gembira hentak kaki...(2x)


Kalau rasa gembira dan ingin menunjuknya
Kalau rasa gembira hentak kaki

Kalau rasa gembira petik jari...(2x)


Kalau rasa gembira dan ingin menunjuknya
Kalau rasa gembira petik jari

Kalau rasa gembira pukul peha...(2x)


Kalau rasa gembira dan ingin menunjuknya
Kalau rasa gembira pukul peha

Kalau rasa gembira sebut HURRAY...(2x)


Kalau rasa gembira dan ingin menunjuknya
Kalau rasa gembira sebut HURRAY

ii. Memperincikan kekekuatan setiap bahan serta rasional pemilihan bahan


tersebut.
1) Kemahiran membaca
Kemahiran membaca dan memahami adalah kemahiran yang saling melengkapi. Walau
bagaimanapun, kemahiran membaca mesti diajar mengikut peringkat-peringkatnya supaya
penguasaannya memperlihatkan satu perkembangan yang meningkat. Dalam instrumen
penilaian, saya telah menyediakan aktiviti yang mudah kepada yang sukar. Oleh itu,
pelajar dapat menguasai kemahiran membaca dengan.
Prabacaan merupakan salah satu aspek yang agak penting dalam instrumen penilaian.
Saya telah meyediakan latihan prabacaan dalam instrumen penilaian saya. Latihan
prabacaan meliputi kemahiran pengamatan, pendengaran, aktiviti koordinasi psikomotor.
Saya telah memulakan latihan prabacaan saya dengan latihan mengenal huruf-huruf kecil
dan besar. Saya telah menggunakan aktiviti prabacaan ini untuk didedahkan kepada
aktiviti-aktiviti yang boleh mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan
dan pendengaran. Aktiviti ini juga dapat membantu pelajar pemulihan tahun 4 untuk
mengenal abjad-abjad dengan lebih jelas.
Selain prabacaan, saya juga telah menyediakan latihan menyebut suku kata dan
perkataan. Saya telah menyedikan latihan ini kerana membolehkan murid-murid mengenal
dan menyebut suku kata dengan betul. Melalui latihan ini juga murid dapat mengenal pasti
perbezaan antara bunyi suku kata. Contohnya, murid dapat mengenal pasti e-taling dan epepet. Latihan ini juga dapat membatangkan perkataan yang mengandungi suku kata
tertutup dan terbuka. Latihan ini membolehkan pelajar mengenal dan menyebut suku kata
dengan menggunakan intonasi yang betul.
Kefahaman merupakan pelengkap kepada keperluan bacaan. Tanpa kefahaman terhadap
apa yang dibaca

perlakuan bacaan itu tidak bermakna. Saya telah menyediakan

instrumen penilaian dengan menggunakan ayat-ayat tunggal. Melalui aktiviti ini pelajar dapt
membaca dan memahami apa yang mereka dengan jelas. Selain itu, pelajar juga dapat
membaca ayat-ayat tunngal dengan menggunakan intonasi yang betul. Pada tahap bacaan
dan kefahaman ini membolehkan murid keupayaan untuk mengumpul maklumat dan
makna daripada apa yang dibaca dan mentafsir dan menilai sesuatu dengan sepenuhnya
tentang apa yang dibaca.
Saya juga menyediakan instrumen penilaian dengan menggunakan petikan. Pelajar akan
membaca petikan dan menjawab soalan-soalan yang diberikan berdasarkan petikan
tersebut. Melalui ini pelajar dapat membaca cepat dengan cara mengutip maklumat secara
sepintas lalu bagi mendapatkan idea penting. Ini membolehkan pelajar membaca banyak
bahan dalam jangka masa yang singkat dan hanya memerlukan maklumat untuk
menjawab soalan-soalan yang diberikan.
2) Kemahiran menulis

Kemahiran menulis diajar kepada pelajar agar mereka dapat merakamkan apa sahaja
perkara yang didengar, dilihat atau dialami dalam bentuk grafik iaitu tulisan. Dalam masa
yang sama, pelajar juga dapat menggunakan kemahiran berfikir dengan sebaik mungkin.
Kombinasi yang melibatkan minda, mata, telinga dan jari ini akan menghasilkan kemahiran
menulis yang sistematik.
Pratulisan merupakan salah satu aspek yang penting dalam instrument penilaian. Pada
peringkat ini, pelajar-pelajar dilatih untuk menulis huruf kecil dan besar dengan kemas dan
jelas. Aktiviti ini juga membolehkan pelajar-pelajar dapat mengenal dan menulis huruf-huruf
kecil dan besar dengan lebih jelas. Akhirnya, pelajar akan dapat menuliskan huruf-huruf
untuk membentuk perkataan, dan seterusnya ayat. Secara umumnya, latihan-latihan yang
boleh digunakan pada peringkat awalan instrumen penilaian murid tahun 4.
Selain pratulisan, instrumen penilaian yang saya sediakan membolehkan pelajar menulis
suku kata KV yang disebut oleh guru. Pelajar dilatih untuk menulis suku kata seperti bu,sa
dan na. Ini membolehkan murid-murid lebih memahami suku kata berbanding dengan
hanya membaca. Selepas menulis suku kata, pelajar dapat menulis perkataan yang
disebut oleh pelajar. Dalam aktiviti ini, pelajar dapat menguasai kemahiran membentuk
huruf, suku kata dan perkataan dengan kemas dan betul.
Saya juga menyediakan aktiviti pilih dan tulis perkataan berdasarkan gambar yang diberi.
Saya telah menyediakan perkataan-perkataan dan gambar-gambar di bawah. Pelajarpelajar perlu menulis perkataan sesuai berdasarkan gambar yang diberi. Ini akan
meningkatkan kemahiran melihat dan menulis para pelajar. Mereka juga dapat mengenal
objek sekaligus meningkatkan kemahiran ejaan para pelajar.
Susun dan tulis perkataan berdasarkan gambar yang dipilih merupakan salah satu aktiviti
yang disediakan oleh saya. Pelajar-pelajar akan melihat objek dan akan susun dan tulis
perkataan dengan betul. Saya telah menyediakan aktiviti ini untuk mengukuhkan
kemahiran pelajar dari segi ejaan. Ejaan amat penting untuk para pelajar supaya membina
perkataan dengan betul seterusnya ayat yang betul. Melalui aktiviti ini juga, saya dapat
memperkembangkan kemahiran suku kata mereka dengan betul dan jelas. Ini dapat
mengelakkan kesalahan bahasa dalam kalangan para pelajar tahun 4.
Aktiviti yang terakhir yang saya sediakan ialah baca petikan dan jawab soalan-soalan
berdasarkan petikan tersebut. Di samping meningkatkan kemahiran membaca, murid juga
dapat meningkatkan kemahiran menulis ayat. Aktiviti ini dapat memperkembangkan
kemahiran murid untuk mengenalpasti isi penting dari petikan dan menulisnya dalam
bentuk ayat. Murid dapat menulis jawapan dengan ayat yang betul berdasarkan soalansoalan yang diberi. Ini membolehkan pelajar-pelajar mengenalpasti dan menulis isi-isi
penting dalam sesuatu petikan.
3) Kemahiran lisan

Kemahiran lisan merupakan kemahiran mendengar dan bertutur melibatkan kemahiran


memperoleh, membuat taakulan, memproses dan kemudian menyampaikan maklumat:
bertutur dengan menggunakan kaedah sebutan (intonasi) yang tepat, betul dan berkesan.
Selain itu, kemahiran mendengar dan bertutur juga bermakna keupayaan seseorang
menyebut frasa dan ayat-ayat yang dibentuknya dengan menggunakan intonasi yang betul
dan membuat hentian mengikut unit-unit makna yang sesuai.
Sebagai aktiviti pralisan, saya telah menyediakan aktiviti mendengar, mengecam dan
mengajuk bunyi dalam persekitaran dengan betul. Aktiviti ini membolehkan kemahiran
mendengar pelajar dipertingkatkan. Ini juga membolehkan pelajar-pelajar mengajuk
semula apa yang didengari oleh mereka seterusnya mengenalpasti sumber bunyi yang
didengar dan menamakannya.
Selain itu, saya juga telah menyediakan aktiviti mendengar, memahami, menyebut dan
mengeja perkataan yang mengandungi empat atau lima suku kata dengan betul dan tepat.
Melalui ini murid akan meningkatkan kemahiran mendengar perkataan dan seterusnya
menyebutnya berdasrkan suku kata dengan betul. Melalui ini murid akan menyebut setiap
suku kata dengan betul seterusnya membolehkan mereka menyebut perkataan dengan
sebutan yang betul.
Aktiviti seterusnya akan memerlukan murid-murid mendengar, memahami dan memberikan
respon secara lisan atau gerak laku berdasarkan arahan, pesanan dan pertanyaan dengan
betul. Dalam aktiviti ini murid akan diberi arahan oleh guru dan murid akan memberikan
respon secara lisan dan juga gerak balas fizikal. Aktiviti ini akan menjana kemahiran
mendengar arahan di kalangan dan seterusnya membuat gerak balas berdasarkan arahan
yang diberi. Sebagai contoh apabila mendengar arahan hentak kaki murid akan terus
menghentak kaki. Melalui ini murid dapat dilatih untuk bergerak berpandukan arahan yang
didengar
Aktiviti menyanyi lagu semula lagu yang didengar juga dapat meningkatkan kemahiran
lisan di kalangan murid. Dalam aktiviti ini murd akan diberi peluang untuk mendengar lagu
Kalau rasa gembira yang dimainkan di radio. Kemudian murid akan cuba menyanyi
semula lagu yang didengar dengan mengikut irama muzik dari radio. Di samping memberi
keseronokan aktiviti ini dapat meningkatkan serta mengembangkan kemahiran mendengar
di kalangan murid. Aktiviti menyanyi ini akan mengajar murid untuk mendengar irama
muzik dan menyanyi mengikut alunan muzik. Melalui nyanyian juga murid akan
meningkatkan kemahiran bertutur dengan menyebut seni kata lagu.

Jelaskan pandangan dan refleksi anda terhadap pengajaran kemahiran bahasa dalam
meningkatkan kemahiran berbahasa murid.

Salam sejahtera saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan kerja kursus pengajaran
kemahiran Bahasa Melayu. Saya Shamini a/p Ramadas sangat berbesar hati kerana tugasan
yang diberikan telah berjaya disempurnakan. Melalui refleksi ini, saya ingin memberikan
pandangan terhadap pengajaran kemahiran bahasa dalam meningkatkan kemahiran
berbahasa murid.
Dalam pengajaran kemahiran bahasa, guru perlu membantu murid-murid menguasai
kemahiran bahasa yang telah diajarkan di dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran di
kelas supaya murid-murid dapat menguasai kemahiran yang diajarkan. Guru perlu memastikan
semua murid mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan oleh guru dan tiada murid
yang ketinggalan atau tercicir dalam menguasai kemahiran bahasa yang telah diajarkan.
Selepas guru mengesan murid-murid yang tidak menguasai kemahiran bahasa yang diajarkan
melalui penilaian formatif, saya berpendapat guru perlu menjalankan aktiviti pemulihan kepada
murid yang berkenaan manakala guru juga perlu menjalankan aktiviti pengayaan bagi murid
yang menguasai kemahiran bahasa.
Guru perlu menjalankan pengajaran kepada murid-murid dengan teknik dan menggunakan
bahan bantu belajar yang sesuai dengan keupayaan murid bagi mereka menguasai kemahiran
bahasa yang diajarkan. Dengan tindakan seperti ini, guru dapat membantu murid dalam
menguasai hasil pembelajaran tersebut dengan lebih baik, jelas, dan betul. Dengan ini, saya
berpendapat murid akan menguasai kemahiran bahasa yang diajar secara langsung dan
segera. Saya juga berpendapat bahawa guru boleh membuat pengajaran secara individu
selepas kelas dijalankan atau pada suatu masa yang ditetapkan supaya lebih banyak masa
dapat digunakan untuk membantu murid yang bermasalah dalam kemahiran bahasa yang
diajar. Ini membolehkan setiap murid dapat meningkatkan kemahiran berbahasa.
Penguasaan kemahiran membaca adalah sangat penting dalam kemahiran berbahasa. Bagi
meningkatkan kemahiran berbahasa, guru perlu memastikan murid dapat membaca dengan
lancar, sebutan yang betul, intonasi yang sesuai dan mengikut tanda baca yang betul. Saya
berpendapat, guru perlu mengadakan aktiviti untuk murid seperti membaca perkataanperkataan atau beberapa ayat yang disediakan oleh guru. Pengajaran ini boleh dijalankan
secara individu atau berpasangan. Selain itu, guru juga boleh menggunakan soalan-soalan
yang memandu murid untuk mengesan maklumat penting dalam sesuatu perenggan. Dengan
aktiviti berfokus seperti ini, murid dibimbing cara mengesan isi penting atau maklumat yang
betul tentang petikan. Guru juga boleh membantu murid mengesan maklumat dengan cara
membantu murid mengesan ayat topik dalam perenggan.
Kemahiran menulis merupakan aspek yang penting dalam kemahiran berbahasa. Bagi
meningkatkan kemahiran menulis, guru perlu memastikan penguasaan kemahiran tulisan
mekanis murid adalah baik terlebih dahulu supaya murid tidak bermasalah untuk menguasai
penulisan produktif. Contohnya, guru boleh membetulkan tulisan mekanis yang tidak betul
dengan meminta murid menulis menggunakan buku garis tiga. Bagi murid yang bermasalah

dalam menulis perkataan dengan betul, guru boleh menjalankan aktiviti imlak atau
melengkapkan ayat dengan perkataan yang betul.
Kemahiran lisan juga merupakan salah satu aspek dalam kemahiran berbahasa. Guru perlu
menjalankan aktiviti kemahiran lisan untuk para pelajar bagi meningkatkan kemahiran
berbahasa murid. Semasa guru menjalankan aktiviti kemahiran lisan dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran di kelas, saya berpendapat guru perlu mengesan dengan jelas dan tepat
murid-murid yang berjaya menguasai dan yang tidak atau kurang menguasai kemahiran
tersebut. Saya berpendapat, guru perlu membuat penilaian yang tepat mengikut kriteria dan
ciri-ciri yang betul bagi setiap aktiviti lisan yang diajarkan apabila murid membuat
persembahan. Bagi meningkatkan kemahiran berbahasa murid, guru boleh menyediakan
gambar bersiri dan meminta murid bercerita berdasarkan gambar tersebut. Cara lain, guru
boleh menggunakan rajah atau carta alir, dan kad perkataan dan meminta murid bercerita
berdasarkan kad perkataan dan carta alir cerita.
Tugasan ini secara jujurnya, menjadikan saya lebih semangat untuk mempelajari lebih banyak
kemahiran dan pengetahuan tentang kemahiran berbahasa daripada pensyarah. Tugasan ini
mendorong saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti di sekolah nanti. Saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung untuk menyiapkan tugasan ini. Akhir sekali saya sangat berpuas hati kerana dapat
menghantar tugasan pada tarikh yang telah ditetapkan. Terima kasih.

Вам также может понравиться