Вы находитесь на странице: 1из 2

Al-Bidayah Wan Nihayah, al-Imam al-Jalil al-Hafidz Abi al-Fida' Ismail bin Kathir alQuraisy ad-Dimasyq ( 700-774H)

[Pemerintahan Abu Bakar as-Siddiq R.A. dan Peristiwa-peristiwa Yang Berlaku Dalam
Hari-harinya]

Telah berlalu/tersebar bahawa Rasulullah S.A.W. telah wafat pada hari Isnin pada
waktu Dhuha. Maka manusia/umat menjadi sibuk dengan urusan baiah kepada Abu
Bakar as-Siddiq di Saqifah(Tempat Perlindungan) Bani Sa'idah dan kemudian
(berterusan) dengan baiah 'ammah( scr umum dan terbuka) di masjid pada baki
hari Isnin itu dan awal pagi hari Selasa, sepertimana yang sedia maklum akan
panjangnya(proses pelantikan Khalifah baru). Kemudian mereka memandikan
Rasulullah S.A.W. dan mengkafankannya lalu menunaikan solat ke atasnya dengan
selamat pada baki hari Selasa. Kemudian mereka kebumikan Baginda pada malam
Rabu, sebagaimana yang telah berlalu penerangan yang jelas tentangnya pada
babnya.

: :
:


Telah berkata Muhammad bin Yasar, bahawa az-Zuhri memberitahuku, bahawa Anas
bin Malik telah memberitahunya dengan berkata: " Setelahmana Abu Bakar dibaiah
di Saqifah, keesokkan harinya,(ketika) Abu Bakar duduk di atas mimbar, Umar
berdiri lalu bercakap sebelum Abu Bakar bercakap, lalu beliau bertahmid kepada
Allah dan memuji kelebihannya(Abu Bakar) dan kemudian berkata," Wahai manusia,
sesungguhnya aku telah memberitahu kalian semalam, suatu kata-kata yang
sememangnya tidak terdapat di dalam Kitabullah, dan tidak juga suatu
janji/kepastian yang dijanjikan kepada Rasulullah S.A.W. tetapi sesungguhnya aku
benar-benar berpandangan/yakin bahawa Rasulullah S.A.W. (pasti) akan memimpin
urusan kita(perlantikan Khalifah )."

[ 415 : ] :
;
.
Dia(Umar) berkata: " Telah berlaku akhir-akhir masa kita ini, (Rasulullah berkata)
sesungguhnya telah kekal bersama kalian kitabNya yang dengannyalah(al-Quran)
Rasulullah S.A.W. menyampaikan hidayah. Selama mana kalian berpegang
dengannya, maka selagi itulah Allah akan memberi hidayah kepada kalian seperti
mana kalian telah diberi hidayah. Sesungguhnya Allah telah mengumpulkan
tanggungjawab/urusan kalian di atas dasar kebaikan kalian( -kerana baiknya
mereka maka Allah memberi tanggungjawab pemilihan Khalifah) terhadap sahabat
rapat Rasulullah S.A.W., orang kedua dari dua orang yang dimaksudkan dalam ayat
Iz Huma fi Ghor, maka berdirilah dan berbaiahlah kepadanya."

:




Lalu berbaiahlah manusia/umat kepada Abu Bakar secara terbuka selepas baiah di
Saqifah. Kemudian Abu Bakar pula bercakap. Dia bertahmid dan memujiNya lalu
berkata, " Wahai manusia/umat, sesunguhnya aku telah dipilih menjadi pemimpin
ke atas kalian dan aku bukanlah yang terbaik daripada kalian. Sekiranya aku
melakukan kebaikan maka bantulah aku. Sekiranya aku melakukan keburukan maka
berdirilah(tegur/ambil tindakan) ke atas ku. Bercakap benar itu amanah, berbohong
itu khianat. Orang-orang yang lemah(ditindas) di kalangan kalian, kuat/selamat di
sisiku sehinggalah aku memulangkan haknya kepadanya, insyaAllah. Dan orangorang yang kuat/menindas di kalangan kalian, lemah(tidak selamat) di sisiku
sehinggalah aku mengambil semula hak daripada mereka. Tidaklah sesuatu kaum
itu meninggalkan jihad fi sabilillah melainkan Allah akan menimpakan kehinaan
kepada mereka. Dan tidak tersebarnya kekejian/maksiat dalam sesuatu kaum
melainkan Allah akan menimpakan mereka dengan bala. Taatilah aku selagi mana
aku mentaati Allah dan RasulNya. Dan sekiranya aku bermaksiat kepada Allah dan
RasulNya, maka tidak ada lagi ketaatan kalian kepadaku. Dirikanlah solat ,
mudahan Allah mengurniakan rahmat.
.
Dan ini(hadis) sanadnya sahih.

Вам также может понравиться