Вы находитесь на странице: 1из 22

1.

Pengenalan
Dalam kemahiran berbahasa, ia meliputi beberapa kemahiran yang
sedia ada seperti kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran
membaca dan kemahiran menulis. Empat kemahiran ini sangat
diperlukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) agar P
& P dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan terhadap pelajar
sejajar dengan pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
Objektif

Sukatan

Penguasaan

Pelajaran

terhadap

Bahasa

kemahiran

Melayu

secara

Sekolah

luas

Rendah.

adalah

suatu

kewajiban atau kelebihan agar tidak memberi impak kepada


kemahiran-kemahiran bahasa yang lain. Fungsi-fungsi Kemahiran
Bernilai Tambah dapat dikuasai dengan mengaplikasikan KBT dalam
aktiviti P & P. Pengulasan berkaitan KBT dijelaskan dengan terperinci
dan beberapa KBT diaplikasikan.
2.0

Kemahiran Berbahasa
Kemahiran
berbahasa

merangkumi

kemahiran-kemahiran

semulajadi seseorang yang bergantung kepada peningkatan aras


penguasaan
kemahiran

seseorang
berbahasa

individu.
yang

baik

Individu

yang

menguasai

mampu

menjalani

proses

Pembelajaran dan Pengajaran dengan lebih baik. Kemahirankemahiran ini perlu dikuasai oleh seseorang agar dapat memahami
fungsi sebenar sesuatu kemahiran dalam kehidupan seharian.
2.1

Kemahiran Mendengar
Kemahiran
mendengar

merupakan

kemahiran

yang

menggunakan deria telinga untuk mendengar dan memahami


sesuatu ujaran yang diujarkan melalui lambang-lambang
bunyi

yang

difahami.

Terdapat

tiga

asas

kemahiran

mendengar yang penting iaitu mendengar, memahami dan


menilai. Menurut pendapat Chuah (1987) , beliau menyatakan
bahawa dengar adalah satu proses fisiologi yang melibatkan
sistem saraf pendengaran di otak tetapi mendengar adalah
satu proses yang lebih aktif, iaitu proses yang melibatkan
bidang psikologi. Mendengar merupakan kemasukan input
bahasa

atau

bukan

bahasa
1

melalui

alat

pendengaran

manusia, iaitu telinga. Kemahiran ini merujuk kepada seni


mendengar dan memahami perkara yang dipertuturkan oleh
penutur.
Dalam penguasaan kemahiran mendengar, terdapat tiga
peringkat yang perlu dikesan dan dilalui. Peringkat pertama
ialah peringkat permulaan. Dalam peringkat permulaan,
seorang

pendengar

akan

cuba

untuk

mengecam

dan

mengajuk bunyi-bunyi di persekitaran. Pada peringkat ini juga


pendengar akan memilih bunyi-bunyi yang kasar atau yang
indah untuk didengar dan akan menjalankan perintah yang
diarah

oleh

orang

lain.

Seterusnya

ialah

peringkat

pertengahan yang meliputi kemahiran mnegecam bunyi-bunyi


dan mengingat fakta atau butiran secara terperinci. Seorang
pendengar pada peringkat ini juga mampu mengenal sikap
dan perasaan seorang yang bercakap kepadanya. Dan dalam
peringkat terakhir pula iaitu peringkat maju, pendengar
mampu mengenal isi-isi penting, fungsi-fungsi tekanan dan
cuba mencari jalan penyelesaian berdasarkan maklumat yang
disampaikan oleh penutur.
Secara umumnya, komunikasi lisan melibatkan dua
proses, iaitu penghasilan dan penerimaan mesej. Proses
pertama berlaku melalui pertuturan,manakala proses kedua
berlaku melalui pendengaran. Proses mendengar berlaku
secara berperingkat iaitu terbahagi kepada empat peringkat
proses mendengar. Proses ini ialah mendengar deretan bunyi
bahasa. Proses seseorang individu yang mendengar bunyi dari
unsur-unsur luar yang sengaja dihasilkan dengan maksud
tertentu. Telinga kita berupaya untuk mendengar segala bunyi
yang terdapat di persekitaran kita tanpa had. Namun, dalam
mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa ini, proses yang
diperlukan ialah melalui ujaran bahasa daripada penutur
sahaja. Terdapat pelbagai bunyi yang tidak bermakna kepada
kita, antaranya ialah bunyi-bunyi bising kenderaan, muzik
yang terlalu kuat dan jentera pembinaan yang membingitkan.
2

Kemahiran mendengar teridir daripada beebrapa proses,


antaranya ialah memahami bunyi bahasa. Ia merupakan
proses mendengar sesuatu bunyi dan dikaitkan dengan
maksud tertentu. Penutur akan mengujarkan deretan bunyi
bahasa yang bermakna untuk sesuatu tujuan,misalnya untuk
bertanya atau memaklumkan sesuatu.Proses ini berlaku
apabila deretan bunyi didengar dan diikuti dengan tingkah
laku

tertentu

dari

penutur,pendengar

akan

menghubungkaitkan tingkah laku tersebut dengan deretan


bunyi

tersebut.

Seterusnya

ialah

menilai

bunyi

yang

diperdengarkan. Dalam proses ini, pendengar akan menguasai


makna

beberapa

deretan

bunyi.

Pendengar

mampu

memahami persamaan erti dan kelainan makna antara satu


deretan bunyi dengan deretan bunyi lain. Misalnya, bunyi
yang

menggunakan

intonasi

yang

tinggi

lagi

keras

menandakan perasaan marah. Bunyi yang berintonasi lemah


melambangkan tanda manja, sedih, simpati dan sebagainya.
Pendek kata, pendengar yang baik akan faham dan mengerti
maksud setiap ujaran yang dilafazkan. Dan juga, proses
bertindak terhadap bunyi merupakan proses yang melibatkan
suatu tindakan selepas mendengar ujaran yang diterima
daripada penutur. Proses ini juga akan berjaya jika pendengar
telah melalui ketiga-tiga proses tadi. Dalam proses ini,
pendengar akan membuat rumusan dan keputusan selepas
menerima arahan melalui deretan bunyi bahasa yang telah
dilafazkan oleh penutur dalam proses sebelumnya.
Secara amnya kemahiran mendengar terdiri daripada
dua jenis mendengar iaitu, mendengar secara intensif dan
mendengar secara ekstensif. Ada juga jenis-jenis dalaman
yang sesuai dalam kemahiran mendengar ini, antaranya ialah
kemahiran mendengar aktif, dan kemahiran mendengar pasif.
Berikut merupakan huraian yang lebih terperinci mengenai
setiap jenis kemahiran mendengar. Manakala mendengar
secara intensif dilakukan melalui latihan dan aktiviti yang
3

formal yang biasanya dilaksanakan di bawah kelolaan dan


pengawasan guru dan ia boleh dibahagikan kepada dua jenis.
Pertama ia menekankan kepada latihan yang berpusatkan
kepada

kefahaman

menekankan

makna

kepada

secara

latihan

terperinci.

mendengar

Kedua,

bahasa

ia

yang

dituturkan.Seterusnya ialah mendengar secara ekstensif. Ia


merupakan latihan yang dijalankan setelah murid-murid dapat
menguasai
bertujuan

kemahiran
untuk

mendengar

meluaskan

secara

penguasaan

intensif
bahasa

yang
secara

keseluruhan dan tidak lagi tertumpu kepada pengukuhan


struktur tatabahasa. Kemahiran mendengar aktif merupakan
kemahiran yang

melibatkan kedua-dua belah pihak iaitu

penutur dan pendengar. Masing-masing berperanan secara


aktif

semasa

sesi

perbualan

tersebut.

Semasa

aktiviti

mendengar aktif, seseorang itu boleh mencelah dengan


mengemukakan soalan tambahan bagi mencari penjelasan,
pengulangan ataupun mengucapkan semula. Jadi, seseorang
tidaklah merasa tidak dilibatkan semasa perbualan. Mereka
berpeluang

mempraktikkan

mendengar

secara

interaktif

melalui perbualan dalam kelas biasa yang dapat membantu


penguasaan

kemahiran

itu.

Dan

yang

terakhir

ialah

mendengar secara pasif iaitu tidak melibatkan tindak balas


secara

langsung

oleh

pendengar.

Mendengar

jenis

ini

dipanggil juga sebagai mendengar secara tidak interaktif.


Secara ringkasnya, pendengar tidak berupaya mengambil
bahagian dalam mewujudkan hubungan dua hala seperli
mendengar kuliah, radio, menonton televisyen, filem ataupun
siaran langsung.
2.2 Kemahiran Bertutur
Kemahiran bertutur merupakan kebolehan manusia mengeluarkan
buah fikiran, menyampaikan pendapat, meluahkan perasaan dan
kehendak hati dengan menggunakan lambang-lambang bunyi serta

intonasi yang sesuai dengan maksud ujaran serta penggunaan kosa


kata yang sesuai.
Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan kemahiran
yang berkait rapat dengan sesuatu proses komunikasi dua hala.
Menurut

pendapat

Nor

Aina

Dani

(2007),

kemahiran

lisan

merupakan kemahiran menyebut dan membunyikan bunyi-bunyi


bahasa dengan pengujaran kata-kata atau ayat dalam intonasi,
nada ,jeda serta helaan yang betul. Unsur-unsur ilmu linguistik yang
dinamakan suprapenggalan ini merupakan aspek yang nyata dan
penting dalam lisan. Rajah berikut merupakan peringkat dan aspek
yang tedapat dalam kemahiran bertutur;
menyoal untuk mendapatkan maklumat
mengajuk perkataan yang didengar
menyoal soalan mudah
memberi arahan mudah

memberi ucapan pendek dan mudah


memberi komen secara mudah
membuat ulasan, meberi pendapat atau pandangan secara mudah
membuat deskripsi tentang sesuatu objek

menerangkan proses, kejadian, prosedur dan langkah


melibatkan diri dalam pertandingan drama atau lakonan
mendeklamasi puisi
bertanya untuk mendapatkan maklumat

peringkat
awal

Rajah 1.0 : Peringkat Kemahiran Bertutur


2.2.1 Aspek

peringkat
pertengahan
peringkat
maju

Aspek Bukan
Linguistik

Aspek Linguistik

kelancaran:
merujuk kepada keupayaan
murid bertutur dengan kemas
dan teratur

sebutan:
melafazkan bunyi-bunyi
bahasa yang bermakna.Setiap
ungkapan dapat diujarkan
dengan jelas dan tepat.

pergerakan tubuh:
bahasa tubuh yang berlaku
tanpa menggunakan bunyibunyi bahasa

tekanan:
merujuk kepada bunyi kata yang
diujarkan lebih lantang daripada
yang lain.

kefasihan:
merujuk kepada keupayaan
murid bertutur dengan petah
dan lancar

jeda:
persendian yang berunsur
untuk memisahkan elemenelemen linguistik seperti
perkataan,rangkai kata atau
ayat.

bahasa isyarat:
bahasa yang menggunakan
gerakan tangan dan bibir
bagi menyampaikan mesej

mora:
Panjang atau pendek kadar
sesuatu bunyi yang diucapkan

Rajah 1.2: Aspek Kemahiran Bertutur


2.3

Kemahiran Membaca
Kemahiran membaca merupakan salah satu kemahiran yang
penting dalam kemahiran bahasa dalam proses pengajaran
dan pembelajaran bahasa. Kemahiran membaca merujuk
kepada keupayaan seseorang membaca dengan sebutan,
intonasi, jeda dan kelancaran yang betul.

Penekanan perlu

diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai


bahan ilmu dan sastera secara kritis dengan menggunakan
pelbagai teknik bacaan. Teknik membaca yang betul mampu
meningkatkan

pemahaman

bacaan

seseorang

dalam

mendapatkan maklumat.
Membaca dapat ditakrifkan sebagai suatu aktiviti atau
perlakuan yang dijalankan untuk medapatkan maklumat
berdasarkan maklumat bercetakan lambang-lambang bahasa.
Pumfrey (1977)

berpendapat membaca bukanlah hanya

setakat bersifat mekanik,

iaitu membunyikan huruf-huruf

yang dicetak dan menjawab soalan yang dibaca. Membaca


merupakan satu proses pemikiran yang dibina. Maksudnya,
6

dengan membaca seseorang mampu untuk menilai dan


mengkritik apa yang dibaca dengan tepat .
Dalam kemahiran membaca, terdapat enam peringkat
yang perlu diambil perhatian bagi menguasai kemahiran
membaca dengan baik. Peringkat-peringkat ini ialah peringkat
kesediaan membaca, prabacaan, bacaan secara mekanis,
membaca dan memahami, bacaan intensif dan bacaan
ekstensif. Pada peringkat kesediaan membaca, peringkat
kefahaman ini bergantung kepada beberapa faktor. Antaranya
ialah faktor kematangan mental dan juga gangguan fizikal.
Gangguan

yang

menimbulkan

berlaku

masalah

pada
dapat

faktor

tersebut

perkembangan

mampu

membaca

seseorang. Peringkat ini merupakan peringkat yang penting


dalam proses peringkat penguasaan kemahiran membaca.
Pada peringkat prabacaan pula, pengalaman ditekankan
dengan mengenal dan mengecam sebelum membaca huruf.
Latihan membaca seperti membaca dari kiri ke kanan dapat
dijalankan dalam peringkat ini. Seterusnya ialah dalam
peringkat

membaca

secara

mekanis

iaiitu

membunyikan huruf, suku kata dan perkataan.


peringkat

ini,

suku

kata

terbuka

dibatangkan dengan lancar.


Dalam peringkat membaca

dan
dan

tertutup
memahami

dapat
Dalam
dapat
pula,

penekanan terhadap pemahaman maklumat yang dibaca


adalah penting bagi memperoleh maklumat dengan baik dan
bukan sekadar membaca secara pasif sahaja. Di samping itu
juga, pemahaman dapat membantu untuk mendapatkan lebih
banyak kosa kata yang terkandung dalam bahan bacaan.
Peringkat bacaan intensif pula memebri penekanan terhadap
penelitian. Peringkat bacaan ini selalunya dilakukan terhadap
bacaan yang kurang dari empat muka surat iaitu dengan
membaca secara teliti dengan mengumpul isi tersirat dan
tersurat. Dan peringkat yang terakhir ialah peringkat bacaan
ekstensif iaitu membaca dengan meluas yang menggunakan
7

masa yang singkat. Membaca secara ekstensif melibatkan


membuat tinjauan, membaca sekilas dan membaca dangkal.
Biasanya aktiviti peringkat ini bermula dengan meneliti
judul,senarai kandungan dan indeks-indeks bahan bacaan.
Dalam kemahiran membaca, terdapat beberapa teknik-teknik
yang sesuai diamalkan dalam amalan membaca. Antaranya
ialah teknik KWLH,teknik SQ3R dan teknik Skimming and
Scanning. Teknik KWLH bermaksud singkatan bagi K adalah
know, Apa yang ingin diketahui?, huruf W pula ialah want,
Apa yang hendak diketahui?, huruf L ialah learned, Apa yang
telah diketahui? Dan huruf H ialah how, Bagaimana untuk
mendapatkan maklumat tambahan. Perkara yang jelas dari
penerangan tersebut ialah suatu teknik membaca kritis yang
mengingat dahulu perkara yang perlu diketahui dengan
membayang

sesuatu

yang

ingin

diketahui.

Perkara

ini

menekankan melakukan pembacaan terhadap bahan yang


ingin dibaca sahaja iaitu topic pilihan. Teknik pembacaan akan
membolehkan pelajar mengaitkan pengetahuan yang sedia
ada dengan apa yang dibaca menentukan apa yang telah
diperoleh dari pembacaannya, dan menentukan apakh lagi
bahan yang perlu dibaca sekiranya ingin mendapat maklumat
tambahan.
Bagi teknik SQ3R pula merupakan

teknik membaca

kritis yang telah diperkenalkan oleh Robinson (1961). Ia


merupakan

satu

kaedah

membaca

yang

memerlukan

seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat


dalam suatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu
diselesaikan. SQ3R adalah singkatan bagi S survey

tinjau,

Q question soal/Tanya, R read baca, R recite

imbas

kembali atau nyatakan secara lisan, R review baca semula,


Survey tinjau.
mendapatkan

Ia

merupakan

gambaran

langkah

keseluruhan

membaca

tentang

apa

untuk
yang

terkandung di dalam bahan yang dibaca. Ini dilakukan dengan


meneliti tajuk besar, tajuk-tajuk kecil, gambar-gambar atau
8

ilustrasi, lakaran grafik, membaca perenggan pengenalan, dan


perenggan terakhir di bahagian-bahagian buku atau teks.
Teknik skimming dan scanning
sesuai digunakan
untuk pembacaan bahan yang ringkas seperti sesuatu petikan
mahu pun bahan bacaan yang lebih panjang seperti buku,
jurnal dan majalah. Scanning ialah pembacaan cepat untuk
mendapat maklumat yang khusus dan bukan untuk mendapat
gambaran keseluruhan sesuatu bahan bacaan. Pembacaan
cara ini boleh melangkau bahagian-bahagian tertentu yang
difikirkan kurang penting. Ketika kita membaca, kita akan
menggerakkan mata kita dari atas ke bawah dengan pantas
mengikut muka surat petikan yang dibaca sambil menberi
tumpuan kepada maklumat yang dicari. Oleh yang demikian,
pembacaan cara ini adakah lebih cepat daripada pembacaan
cara skimming.
2.4

Kemahiran Menulis
Kemahiran menulis merupakan suatu kemahiran yang penting
dalam

kemahiran

bahasa

yang

memerlukan

gaya

dan

penguasaan seseorang untuk maju dan berjaya. Kemahiran


menulis secara khusus dikaitkan dengan proses penyaluran
ilmu, idea atau maklumat secara bersistem yang mengambil
kira aspek tujuan menulis, penggunaan bahasa, audiens dan
gaya penulisan supaya dapat menggambarkan keadaan, alam
dan kehidupan secara lebih menyeluruh.
Don Bryne (1979) menyatakan bahawa simbol grafik
semasa menulis ialah penggunaan huruf-huruf atau gabungan
huruf-huruf yang berkaitan dengan lambang bunyi yang kita
buat semasa kita bercakap. Kemahiran menulis merujuk
kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, dan
mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang
berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi
yang dilalui.
Dalam peringkat kemahiran menulis, terdapat tiga
peringkat yang perlu dilalui iaitu peringkat pramenulis,
9

peringkat

mekanis

dan

peringkat

pelahiran.

Peringkat

Pramenulis lebih kepada penyediaan murid dengan aktiviti


menulis sebelum mereka dapat menulis huruf dengan kemas
dan betul. Latihan otot tangan dan jari serta kordinasi tangan
dan

mata

diberikan

kepada

murid.

Manakala,

dalam

peringkat mekanis iaitu selepas murid-murid melalui peringkat


pramenulis, mereka akan melangkah ke peringkat mekanis.
Pada

peringkat

ini,

murid

diajar

menguasai

kemahiran

membentuk huruf besar dan kecil dalam abjad. Seterusnya


menguasai kemahiran menulis huruf, suku kata, perkataan
dan ayat. Dan pada peringkat pelahiran iaitu peringkat
terakhir, pada peringkat ini murid-murid sudah menguasai
pelbagai kemahiran seperti kemahiran mendengar, bertutur
membaca dan mengeja. Murid-murid sudah boleh menulis
pelbagai jenis karangan dan memulakan pengajaran menulis
pada peringkat ini dengan jenis-jenis penulisan terkawal,
berpandu, separa terkawal,dan separa berpandu. Kemudian
dapat didedahkan dengan penulisan bebas dan kreatif.
Kemahiran menulis terdiri daripada beberapa jenis
menulis yang berbeza. Terdapat lima jenis yang dapat
dikelaskan dalam kemahiran menulis, iaitu jenis terkawal,
separa terkawal, berpandu, separa berpandu dan bebas.
a) Terkawal
Karangan yang disediakan oleh guru. Penggunaan
bahasa dan isi yang terdapat dalam Karangan
Terkawal ditentukan oleh guru, bertujuan untuk
mengurangkan kesilapan dalam penulisan.Karangan
ini dapat membantu murid mengeluarkan idea tanpa
diganggu oleh kesilapan penggunaan bahasa
b) Separa Terkawal
Karangan Separa Terkawal ialah karangan yang
disediakan oleh guru, tetapi murid diberi peluang
untuk menggunakan daya pemikiran mereka bagi
10

membuat pemilihan perkataan sesuai dengan tajuk


yang disediakan.
c) Berpandu
Dalam kemahiran ini, guru-guru memberi panduan
kepada murid-murid agar dapat membantu muridmurid untuk menulis dengan baik. Beberapa panduan
menulis diberikan dan akan ditiru oleh murid-murid.
d) Separa berpandu
Muridmurid akan

menerima

sedikit

maklumat

daripada guru untuk menjalankan tugasan yang


diberikan. Guru tidak akan memberi panduan penuh
kepada muri agar mereka dapat berfikir sedikit demi
sedikit bagi membantu perkembangan penulisan
mereka.
e) Bebas
Kemahiran ini memberi ruang kepada murid untuk
mengembangkan gaya penulisan dengan melahirkan
idea-idea yang terdapat dalam fikiran mereka. Ideaidea ini akan dikeluarkan melalui penulisan secara
bebas dengan menggunakan ayat dan perkataan
yang sesuai bagi mereka.
Jenis karangan ini memberi kebebasan kepada murid
untuk melahirkan idea tentang sesuatu tajuk yang
disediakan dengan menggunakan perkataan sendiri.
3.0

Kemahiran Bernilai Tambah


Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) ialah kemahiran yang dapat
digunakan dalam setiap sesi pengajaran. Penggunaan kemahiran
memberi kelebihan kepada guru untuk mempelbagaikan aktiviti
pengajaran dan melaksanakan aktiviti pengajaran secara berkesan.
Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah terdapat
tujuh

cadangan

melaksanakan

kemahiran

dalam

bilik

bernilai
darjah.

tambah
KBT

lebih

untuk

guru

menekankan

penglibatan murid-murid agar mampu mengharungi kehidupan


realiti di luar bilik darjah. Setiap kemahiran bernilai tambah itu boleh
11

dilaksanakan dalam Rancangan Pengajaran Harian seorang guru


secara solo dalam kelas.
3.1

Jenis-jenis Kemahiran Bernilai Tambah


3.1.1 Kemahiran Berfikir
Kemahiran
berfikir
merupakan
kemahiran

yang

memerlukan seseorang individu untuk menggunakan


akal fikiran bagi membuat keputusan dan andaian.
Pusat

Perkembangan

Kurikulum

(2002)

yang

merumuskan pendapat Mayer (1977 dan 1991) dan


Fraenkel (1980) merumuskan Kemahiran Berfikir sebagai
proses menggunakan minda sama ada untuk mencari
makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat
pertimbangan

dan

keputusan

atau

menyelesaikan

masalah. Kemahiran berfikir secara kreatif, kritis dan


menaakul merupakan antara kemahiran berfikir yang
dapat dikategorikan dalam perlakuan berfikir seharian.
Kemahiran berfikir secara kreatif merupakan kemahiran
mencerna

dan

menghasilkan

idea

baharu

yang

mementingkan keindahan. Ia melibatkan penghasilan


bentuk baharu, pengolahan bahasa yang indah, teknik
penyampaian yang menarik, dan sudut pandangan yang
tidak berlandaskan kebiasaan.
Manakala bagi kemahiran berfikir secara kritis
pula

lebih

kepada

membuat

analisis,

membuat

penilaian, membuat sintesis, membuat kritikan dan


menilai kemunasabahan sesuatu idea. Dalam proses
membuat penilaian itu akan melibatkan penyesuaian
dengan beberapa aspek atau elemen. Mengkritik karya
kesusasteraan akan melibat penggunaan teori kajian
sastera sebagai kayu pengukurnya. Menilai tingkah-laku
manusia akan melibatkan aspek sosio-budaya bangsa
berkenaan sebagai kayu pengukurannya.
Seterusnya pula ialah kemahiran menaakul yang
menekankan kemahiran membuat pertimbangan secara
12

logik dan rasional terhadap beberapa contoh sebelum


membuat

kesimpulan.

Terdapat

penaakulan

secara

induktif iaitu berasaskan beberapa contoh kemudian


membuat kesimpulan dan penaakulan deduktif adalah
mengemukakan
beberapa

rumusan

contoh

dan

untuk

kemudian

membuktikan

memberi
kebenaran

rumusan tersebut.
3.1.2 Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Kemahiran
Teknologi
Maklumat dan Komunikasi
merupakan suatu kemahiran yang baharu dalam dunia
pendidikan

pada

zaman

20-an.

Kemahiran

ini

merupakan kemahiran yang perlu dikuasai oleh guruguru pada masa kini berikutan penggunaan yang
meluas dalam dunia pendidikan pada masa akan
datang.
Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
bermaksud kebolehan, keupayaan menggunakan alatalat ICT dalam pengajaran dan pembelajaran secara
berfikrah, terancang, kesesuaian, dan berkesan.
Kemahiran ini bertujuan untuk meningkatkan
kecekapan pengajaran dan keberkesanan pembelajaran.
Kemahiran ICT perlu diaplikasikan supaya murid dapat
menggunakannya

untuk

tujuan

mendapatkan

maklumat, memproses maklumat, dan menghantar


maklumat. Kemahiran ICT bukan sahaja kemampuan
aplikasi komputer atau internet, malahan juga radio
kaset,

televisyen

teknologi.
(2001)

dan

Menurut

penggunaan

sebagainya

Pusat
ICT

yang

Perkembangan
dalam

bersifat
Kurikulum

pengajaran

dan

pembelajaran dapat diaplikasikan dari aspek pengajaran


dan aspek pembelajaran yang berkesan.
3.1.3 Kecerdasan Pelbagai
Kemahiran
Kecerdasan

Pelbagai

(KKP)

merujuk

kebolehan murid menyelesaikan masalah yang dihadapi


13

dalam kehidupan sebenar. Dengan adanya kepelbagaian


kemahiran

murid

mampu

menjana

idea

untuk

memajukan lapangan diceburi. KKP mampu melahirkan


murid

aktif

kerana

dengan

adanya

kepelbagaian

kemahiran menyebabkan murid berani menawarkan


khidmat bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya.
Pusat perkembangan Kurikulum (2001c) mencadangkan
lapan jenis kecerdasan pelbagai yang sesuai diterapkan
dalam

pengajaran

dan

pembelajaran

murid.

KKP

mempunyai pelbagai komponen atau jenis kecerdasan


yang dapat diserap dalam aktiviti P&P di dalam kelas.
Jenis-jenis kecerdasan dapat dirujuk pada Jadual 1.

Jenis

Huraian

kecerdasan
Verbal

Kebolehan

Linguistik

berkesan

yang

menggunakan

dalam

lisan

dan

kata-kata

penulisan,

secara

termasuklah

kebolehan mengingat maklumat, meyakinkan orang lain,


Logik

serta bercakap tentang bahasa itu sendiri.


Kebolehan menggunakan nombor secara berkesan dan

Matematiik

bijak

berhujah,

termasuklah

memahami

kelompok

nombor asas, prinsip sebab dan akibat serta kebolehan


Visual

menjangka.
Kebolehan mengesan
ruang,

warna

dan

dan

menggambarkan

garisan,

termasuklah

bentuk,

kebolehan

mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik.


Kinestetik

Kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea,


perasaan
kemahiran

Muzik

dan

meyelesaikan

fizikal

seperti

masalah,
koordinasi,

termasuklah
keanjalan,

kepantasan dan keseimbangan.


Kebolehan mengesan irama dan lagu, termasuklah
kebolehan mengenal lagu mudah serta membezakan dan
mengubah rentak dan tempo dalam melodi dengan
mudah.
14

Interperson

Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta

al

hasrat orang lain. Kecerdasan ini juga merupakan


kemahiran bertindak secara berkesan terhadap orang
lain

secara

praktikal,

seperti

menggalakkan

murid

Intraperson

menyertai sesuatu projek.


Kebolehan memahami tentang diri sendiri dari segi

al

kekuatan, kelemahan, kehendak dan juga termasuk


kemahiran seseorang membezakan diri sendiri dengan
orang

lain.

Kecerdasan

ini

membantu

individu

menangani perasaan, beradap sopan, serta mengawal


Naturalis

kemarahan atau kesedihan diri.


Kebolehan mengenali dan mengklasifikasi

tumbuh-

tumbuhan, galian, dan binatang. Kecerdasan ini juga


merupakan kebolehan untuk mengenali artifak budaya
dari segi pakaian dan makanan.
Jadual 1.0 : Jenis-jenis Kecerdasan Pelbagai
3.1.4 Pembelajaran Konstruktivisme
Menurut McBrien & Brandt, dan M. Briner yang dipetik
oleh

Pusat

Perkembangan

Konstruktivisme
berdasarkan

ialah

satu

kurikulum

pendekatan

penyelidikan

(2001e).
pengajaran

dengan

membina

pengetahuan baharu atau konsep baharu secara aktif.


Murid

dapat

membina

sesuatu

atau

pengetahuan

dengan menguji idea baharu dan idea sedia ada. Mereka


boleh mencipta satu makna baharu atau objek baharu.
Tentunya untuk membina sesuatu yang baharu akan
memerlukan sesuatu yang sedia ada. Fokus intipati
dalam konstruktivisme ialah membina sesuatu yang
baharu sama ada yang dibina itu objek, konsep,
penulisan

dan

sebagainya.

Konstruktivisme

dapat

membina pemahaman dan pengetahuan baharu. Aspek


pengajaran

dan

melaksanakan.
Pembelajaran

pembelajaran

yang

boleh

Konstruktivisme

ialah

dengan

mengkonsepsikan idea. Antara contoh aktiviti yang


15

boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran


ialah membina takrif atau definisi. Aktiviti menganalisis
boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran
ialah membina rumusan maklumat atau data-data,
mengkategorikan

maklumat atau

data

berdasarkan

kriteria tertentu, dan sebagainya. Seterusnya ialah


aktiviti penghasilan yang boleh diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran dengan membina objekobjek seperti kenderaan atau rumah masa depan, dan
sebagainya.Dan yang terakhir ialah melalui pengolahan
hipotesis atau tesis yang boleh diaplikasikan dalam
pengajaran

dan

pembelajaran

dengan

membuat

kesimpulan karangan atau idea perbincangan, membina


hipotesis
4.0

dan

ramalan.

Pengaplikasian Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) dalam


Aktivti Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) Bahasa Melayu
Sekolah Rendah.
4.1 Kemahiran Berfikir
Murid-murid diberi peluang untuk berfikir dalam proses P&P
dijalankan. Peluang ini membantu murid-murid agar sentiasa
berdikari meningkatkan pengetahuan mereka di samping
mendapat curahan ilmu yang diberikan oleh guru. Aktiviti
yang dapat dijalankan dalam proses P & P di kelas ialah;
Langkah 1: Guru meminta murid-murid membuka buku teks
yang mengandungi cerita donggeng bertajuk Pak Kadok.
Langkah 2: Guru memberi arahan kepada murid-murid untuk
membaca setiap perenggan cerita secara berselang seli oleh
murid-murid mengikut urutan abjad nama murid.
Langkah 3: Selepas selesai membaca, guru akan memilih
beberapa orang murid atau secara sukarela untuk menjawab
soalan berkaitan certia tersebut.

16

Langkah

4:

Guru

bertanyakan

murid

tentang

nilai-nilai

masyarakat yang wujud pada zaman cerita Pak Kadok


tersebut.
Langkah

5:Guru bertanyakan kepada murid-murid tentang

nilai-nilai atau sikap yang perlu diamalkan oleh seorang


manusia.
Dalam

aktiviti

kemahiran

berfikir

seperti

yang

dijalankan, murid-murid mampu berfikir secara kritis dan


membanding

beza.

Secara

kritis,

murid-murid

dapat

mengkritik atau menilai tingkah laku Pak Kadok yang zalim


sikapnya. Nilai-nilai sosial masyarakat dlam cerita dapat
dikesan dengan mudah dan dijelaskan oleh murid-murid.
Murid-murid juga dapat membanding beza

nilai-nilai yang

baik dan buruk yang seharusnya seorang manusia perlu


amalkan dan tidak amalakan.
4.2

Kemahiran Berteknologi Maklumat dan Komunikasi


Dalam proses P & P yang berkesan, kemahiran berteknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) adalah sangat perlu bagi
mengubah minat muri-murid agar tidak sentiasa bosan
dengan

kemahiran-kemahiran

lain.

Penggunaan

Bahan

Sumber Mengajar (BSM) yang berkesan mampu menarik


minat murid-murid untuk terus memberi tumpuan yang
sepenuhnya dalam proses P & P. Penggunaan ICT dalam
aktiviti P & P dapat dijalankan seperti berikut;
Langkah 1: Guru menayangkan video berkaitan dengan buahbuahan yang bertajuk Buah-buahan Tempatan.
Langkah 2:Guru memberi penjelasan tentang kepentingan dan
kelebihan buah-buahan di negera Malaysia.
Langkah 3: Murid-murid diminta menamakan jenis buahbuahan yang ditayangkan oleh guru menggunakan gambar
visual.
17

Langkah 4:Guru menjelaskan dan menghuraikan tentang


penjodoh bilangan bahasa Melayu.
Langkah 5:Guru meminta murid-murid membuat padanan
penjodoh bilangan yang sesuai bagi bilangan buah-buahan
secara sukarela.
Langkah 6: Guru memberi penghargaan kepada murid-murid
yang sukarela menjawab soalan tersebut.
Melalui kemahiran ICT tersebut, aktiviti-aktiviti dapat
dijalankan dengan mudah dan dapat menarik perhatian muridmurid untuk terus memberi tumpuan dalam proses P & P di
dalam kelas. Penggunaan paparan video menjadi medium
yang mampu menarik perhatian murid-murid. Murid-murid
diberi peluang untuk memadankan penjodoh bilangan yang
sesuai dengan visual buah-buahan secara sukarela kerana ia
merupakan proses pengenalan bagi tajuk penjodoh bilangan.
Murid-murid
membuat

mampu
logik

berfikir

bilangan

secara

menaakul

buah-buahan

dengan

berbekalkan

penerangan yang diterangkan oleh guru. Dalam aktiviti ini


juga

wujudnya

kemahiran

Kecerdasan

Pelbagai

secara

Kecerdasan Logik-Matematik apabila murid-murid mengira


bilangan buah-buahan yang sesuai dengan penjodoh bilangan.
4.3

Kecerdasan Pelbagai
Melalui kemahiran kecedarsan pelbagai, terdapat banyak
aktiviti yang dapat dijalankan dengan menggunakan jenisjenis yang berbeza dalam kemahiran kecerdasan pelbagai.
Kemahiran ini mampu menjadi modus operandi yang berkesan
sebagai aktiviti yang menghiburkan dan menarik minat muridmurid agar tidak bosan dan leka dalam kelas semasa proses P
& P dijalankan.
Langkah 1: Guru memperceritakan cerita Keluarga Bahagia
Langkah 2:Guru meminta murid-murid membaca petikan
secara beramai-ramai dengan santun dan jelas.
18

Langkah 3: Guru meminta murid-murid menghasilkan empat


kumpulan.
Langkah 4: Guru memberi soalan:
Kumpulan 1 dan 2: Membuat rumusan atau ringkasan tentang
cerita tersebut.
Kumpulan 3 dan 4: Mengesan nilai-nilai murni yang terdapat
dalam cerita.
Langkah 5: Setiap kumpulan diminta menyelesaikan tugasan
yang diberikan.
Langkah 6: Wakil setiap kumpulan akan diminta untuk
membentangkan tugasan yang diberikan.
Dalam aktiviti tersebut, guru telah menekankan kemahiran
berfikir

terhadap

murid-murid.

Kemahiran

menyelesaikan

masalah dapat diaplikasikan apabila guru memberi soalan


yang perlu dijawab dalam kumpulan. Kemahiran Kecerdasan
Pelbagai juga dapat diaplikasikan apabila guru meminta
murid-murid

untuk

membaca

petikan

cerita

Keluarga

Bahagia dengan melafazkan setiap ayat dengan kesantunan


yang sesuai.
Dalam aktiviti ini juga dapat dikesan bahawa wujudnya
pembelajaran
berikut

secara

berlaku

kontekstual.

secara

kontekstual

Pembelajaran
apabila

seperti

murid-murid

bekerjasama mengadaptasikan pengalaman hidup mereka


untuk menjawab soalan atau tugasan yang diberikan oleh
guru

berkaitan

nilai-nilai

positif

yang

diamalkan

dalam

kehidupan mereka.
4.4

Pembelajaran Konstruktivisme
Aktiviti dalam kemahiran pembelajaran

konstruktivisme

mementingkan penglahiran idealogi baharu dari pendapat


murid-murid. Namun, pada tahap sekolah rendah murid-murid
hanya mampu meluahkan pandangan mahupun sesuatu yang
baharu dalam pengalaman hidup mereka. Aktiviti melalui
19

pembelajaran konstruktivisme menekankan aktiviti P & P yang


dapat

mencungkil

pendapat

atau

idea

murid

berkaitan

sesuatu yang baharu. Antara aktiviti yang dapat dijalankan


ialah;
Langkah 1: Guru mengarah murid-murid untuk menghasilkan
empat kumpulan.
Langkah 2: Guru memberi beberapa benda dan alat untuk
menjalankan aktiviti.
Langkah

3:

Guru

meminta

setiap

kumpulan

untuk

menghasilkan sebuah kereta dan rumah idaman kumpulan


mereka.
Langkah 4: Wakil setiap kumpulan akan membentangkan hasil
kerja mereka.
Dalam

aktiviti

ini,

murid-murid

diberi

ruang

untuk

bekerjasama berfikir tentang kereta dan rumah idaman


mereka.

Murid-murid

akan

membuat

keputusan

yang

muktamad kerana setiap seorang mempunyai cita rasa yang


berbeza. Mereka perlu membentuk sebuah model kereta dan
rumah yang dipersetujui oleh setiap ahli kumpulan. Kemahiran
berfikir secara kritis dan kreatif akan timbul dalam proses
pembinaan

model-model

ini.

Dalam

aktiviti

ini

juga,

Kemahiran Kajian Masa Depan juga timbul apabila muridmurid berfikir menghadap masa depan mereka. Mereka
memilih dan mengidam kereta dan rumah idaman mereka
pada masa akan datang apabila mereka sudah bekerja.
Secara kiritis murid-murid memberi komentar terhadap
citarasa rakan mereka yang berbeza. Dalam pembelajaran
konstruktivisme secara penghasilan dan kreatif pula ialah
dalam menghasilkan rekabentuk kereta dan rumah. Wakil
pembentang akan menjelaskan rumusan atau dapatan idea
terkumpul kepada rakan-rakan mereka yang lain tentang
rekabentuk kereta dan rumah.
20

Rumusannya,

Kemahiran

Bernilai

Tambah

(KBT)

merupakan

kemahiran yang positif dijalankan dalam pelaksanaan aktivitiaktiviti P & P di dalam kelas. Kemahiran-kemahiran yang berasakan
didikan pelbagai mampu membantu murid-murid untuk terus
mengikuti proses P & P yang berkesan. Guru yang prihatin terhadap
perkembangan
menggunakan

tahap
KBT

pembelajaran
sebagai

asas

murid-murid

sentiasa

pengajaran

berkesan.

Pengaplikasian KBT yang berkesan adalah amat dititikberatkan agar


mampu menarik minat murid-murid.
5.0

Rumusan
Dalam tugasan ini, penekanan terhadap huraian dan penjelasan
tentang Kemahiran Berbahasa dan Kemahiran Bernilai Tambah
memberi ruang kepada seorang guru untuk membuat kajian
terhadap tugasan tersebut. Ini sekaligus menjadi suatu langkah
untuk ilmu pengetahuan disebar dan dipindah kepada guru pelatih
dan murid-murid yang akan menerima dan mengadaptasikannya
kelak.

Kemahiran

mendengar,

Berbahasa

kemahiran

yang

bertutur,

mengandungi

kemahiran

kemahiran

membaca

dan

kemahiran menulis adalah antara kemahiran yang penting dalam


proses P&P dijalankan. Penguasaan yang mendalam terhadap
kemahiran-kemahiran ini dapat membantu guru pelatih untuk
mengadaptasikan kemahiran berbahasa tersebut dalam Rancangan
Pengajara Harian mereka.
Melalui perolehan pengetahuan dalam Kemahiran Bernilai
Tambah pula, guru pelatih dapat didedahkan kepada kemahirankemahiran yang sesuai dan mempunyai standard pengajaran dalam
proses P&P. Kepentingan tujuh komponen kemahiran tersebut
menjadikan pengawalan aktiviti-aktiviti P&P berkesan. Antara tujuh
KBT

yang

ditekankan

ialah

merupakan

kemahiran

berfikir,

kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar


cara belajar, kemahiran kajian masa depan, kemahiran kecerdasan
pelbagai, kemahiran pembelajaran kontekstual, dan kemahiran
pembelajaran

konstruktivisme.
21

Ketujuh-tujuh

komponen

ini

memainkan

peranan

tersendiri

dalam

penyediaan

Rancangan

Pengajaran Harian kelak. Oleh yang demikian, kedua-dua Kemahiran


Berbahasa dan Kemahiran Bernilai Tambah merupakan kemahiran
yang penting kepada seorang guru untuk menjalankan aktiviti P&P
dengan lebih berkesan.

22

Вам также может понравиться

  • Teori 8
    Teori 8
    Документ20 страниц
    Teori 8
    mrsayman
    Оценок пока нет
  • Rancangan Pengajaran Harian
    Rancangan Pengajaran Harian
    Документ5 страниц
    Rancangan Pengajaran Harian
    Eden Mozake
    Оценок пока нет
  • Latihan Kata Hubung 2
    Latihan Kata Hubung 2
    Документ1 страница
    Latihan Kata Hubung 2
    mrsayman
    Оценок пока нет
  • RPH Bahasa Malaysia Kata Hubung
    RPH Bahasa Malaysia Kata Hubung
    Документ7 страниц
    RPH Bahasa Malaysia Kata Hubung
    Candy Chi
    Оценок пока нет
  • Rancangan Pengajaran Harian
    Rancangan Pengajaran Harian
    Документ5 страниц
    Rancangan Pengajaran Harian
    Eden Mozake
    Оценок пока нет
  • Pengenalan: Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-Kanak Edu 3107
    Pengenalan: Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-Kanak Edu 3107
    Документ16 страниц
    Pengenalan: Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-Kanak Edu 3107
    Muhammad Bin Basri
    Оценок пока нет
  • Petak
    Petak
    Документ3 страницы
    Petak
    mrsayman
    Оценок пока нет
  • Esei Teori Kaunseling & Psikoterapi
    Esei Teori Kaunseling & Psikoterapi
    Документ14 страниц
    Esei Teori Kaunseling & Psikoterapi
    Nur Iman Khalid
    100% (1)
  • Rekod Instrumen Matematik
    Rekod Instrumen Matematik
    Документ5 страниц
    Rekod Instrumen Matematik
    mrsayman
    Оценок пока нет
  • Rphwek 131201010444 Phpapp02
    Rphwek 131201010444 Phpapp02
    Документ5 страниц
    Rphwek 131201010444 Phpapp02
    mrsayman
    Оценок пока нет
  • Rancanganpengajaranhariankssrdidikhibur 130306205714 Phpapp01
    Rancanganpengajaranhariankssrdidikhibur 130306205714 Phpapp01
    Документ6 страниц
    Rancanganpengajaranhariankssrdidikhibur 130306205714 Phpapp01
    sitifadhliah
    Оценок пока нет
  • Air Ais Daun Sauh
    Air Ais Daun Sauh
    Документ3 страницы
    Air Ais Daun Sauh
    mrsayman
    Оценок пока нет
  • Petak
    Petak
    Документ3 страницы
    Petak
    mrsayman
    Оценок пока нет
  • Rekod Instrumen Matematik
    Rekod Instrumen Matematik
    Документ5 страниц
    Rekod Instrumen Matematik
    mrsayman
    Оценок пока нет
  • Edit Ujian Diagnostik
    Edit Ujian Diagnostik
    Документ7 страниц
    Edit Ujian Diagnostik
    mrsayman
    Оценок пока нет
  • RPH BM Perdana Didik Hibur
    RPH BM Perdana Didik Hibur
    Документ11 страниц
    RPH BM Perdana Didik Hibur
    mrsayman
    Оценок пока нет
  • MT 21-50
    MT 21-50
    Документ25 страниц
    MT 21-50
    mrsayman
    Оценок пока нет
  • RPH BM Selasa
    RPH BM Selasa
    Документ5 страниц
    RPH BM Selasa
    mrsayman
    Оценок пока нет
  • Bab 9 Susunan Ayat
    Bab 9 Susunan Ayat
    Документ8 страниц
    Bab 9 Susunan Ayat
    Aku Insan Biasa
    Оценок пока нет
  • KVKK 4d
    KVKK 4d
    Документ5 страниц
    KVKK 4d
    mrsayman
    Оценок пока нет
  • Arang
    Arang
    Документ5 страниц
    Arang
    mrsayman
    Оценок пока нет
  • Nama 1
    Nama 1
    Документ1 страница
    Nama 1
    mrsayman
    Оценок пока нет
  • KataSendiNama
    KataSendiNama
    Документ5 страниц
    KataSendiNama
    miszja29
    Оценок пока нет
  • KataSendiNama
    KataSendiNama
    Документ5 страниц
    KataSendiNama
    miszja29
    Оценок пока нет
  • Ikrar
    Ikrar
    Документ1 страница
    Ikrar
    ajai1001
    Оценок пока нет
  • Transitif Xtrans
    Transitif Xtrans
    Документ2 страницы
    Transitif Xtrans
    mrsayman
    Оценок пока нет
  • Muka Depan Big Fasa 6
    Muka Depan Big Fasa 6
    Документ1 страница
    Muka Depan Big Fasa 6
    mrsayman
    Оценок пока нет
  • Bercerita
    Bercerita
    Документ12 страниц
    Bercerita
    mrsayman
    Оценок пока нет
  • Iklan
    Iklan
    Документ27 страниц
    Iklan
    mrsayman
    Оценок пока нет
  • RPH KSSR BM Tahun 2
    RPH KSSR BM Tahun 2
    Документ5 страниц
    RPH KSSR BM Tahun 2
    mrsayman
    Оценок пока нет