Вы находитесь на странице: 1из 3

TEORI PELAZIMAN PAVLOV

Pada awal tahun 1900an, seorang ahli fisiologi Rusia bernama Ivan Pavlov menjalankan
satu siri percubaan secara sistematik dan saintifik dengan tujuan mengkaji bagaimana
pembelajaran berlaku pada sesuatu organisme. Pavlov mengasaskan kajiannya pada hukum
perkaitan (Law of Association) yang di utarakan oleh ahli falsafah Yunani awal seperti Aristotle.
Menurut pendapat ini, sesuatu organisme akan teringat sesuatu kerana sebelum ini organisme
berkenaan telah mengalami sesuatu yang berkaitan. Contohnya, apabila kita melihat sebuah
kereta mewah, kita mungkin membuat andaian pemandu itu adalah seorang kaya atau seorang
terkemuka. Andaian ini bergantung kepada pengalaman kita yang lampau.

Eksperimen Menunjukkan Pelaziman Klasik


Berdasarkan hukum perkaitan ini, Pavlov mencadangkan bahawa proses asas
pembelajaran ialah pembentukan perkaitan antaraRangsangan (R) dan sesuatu Gerak
Balas (G). Pavlov cuba membuktikan teori pembelajaran ini dengan menjalankan kajian ke
atas anjing (lihat peralatan eksperimen di bawah). Dia dapati bahawa apabila anjing melihat
bekas dengan makanan, air liur haiwan itu keluar. Dia membuat kesimpulan bahawa anjing
tersebut telah belajar mengaitkan bekas makanan yang dilihat dengan makanan yang akan
diberikan kelak. Pavlov melanjutkan kajiannya dengan menguji hipotesis bahawa sesuatu
organisme boleh diajar bertindak dengan pemberian sesuatu rangsangan.

Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada kajian Pavlov?

1) Penguasaan (Acquisition)
Penguasaan atau bagaimana organisme mempelajari sesuatu gerak balas atau respons baru
berlaku berperingkat-peringkat. Juga lebih kerap organisme itu mencuba, lebih kukuh
penguasaan berkenaan.

2) Generalisasi (Generalisation)
Dalam eksperimennya, Pavlov juga telah menggunakan bunyi loceng yang berlainan nada,
tetapi anjing itu masih mengeluarkan air liur. Ini menunjukkan bahawa sesuatu organisme yang
telah terlazim dengan dikemukakan sesuatu rangsangan tak terlazim (RTT seperti loceng) juga
akan menghasilkan gerak balas terlazim (GT = keluar air liur) walau pun rangsangan itu
berlainan atau hampir sama (iaitu, nada loceng yang berlainan). Dengan perkataan lain,
organisme itu dapat membuat generalisasi bahawa bunyi yang berlainan atau hampir sama
mungkin diikuti dengan gerak balas (makanan).

3) Diskriminasi (Discrimination)
Pavlov juga dapati bahawa apabila dia menukar nada bunyi loceng, anjing itu masih
mengeluarkan air liur. Bila nada bunyi loceng itu jauh berbeza daripada bunyi loceng yang asal,
anjing berkenaan tidak mengeluarkan air liur. Ini menunjukkan bahawa organisme berkenaan
dapat membezakan atau mendikriminasi antara rangsangan yang dikemukakan dan memilih
untuk tidak bertindak atau bergerak balas. Iaitu, sesuatu organisme berkebolehan untuk
bergerak balas kepada sesuatu rangsangan tetapi tidak kepada rangsangan yang lain.

4) Penghapusan (Extinction)
Sekiranya sesuatu rangsangan terlazim (loceng) tidak diikuti dengan rangsangan tak terlazim
(makanan), lama kelamaan organisme itu tidak akan bergerak balas. Iaitu, gerak balas
berperingkat-peringkat terhapus.

Вам также может понравиться