Вы находитесь на странице: 1из 17

1.

0 PENGENALAN
Semenjak tahun 60-an, program pemulihan di Malaysia telah dilaksanakan bagi membantu
murid-murid sekolah rendah yang menghadapi masalah pembelajaran khususnya yang
menghadapi masalah menguasai kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.
Menurut Khairuddin Mohamad et. al (2013), penguasaan kemahiran asas 3M di peringkat awal
terutama pada tahun 1 adalah amat penting untuk mengatasi Academic Deficit dalam kalangan
murid-murid sekolah rendah daripada berterusan hingga ke sekolah menengah. Maka, program
pemulihan adalah salah satu cara yang paling berkesan bagi mengelakkan Academic Defisit
terus berlaku dalam kalangan murid.
Selain daripada program pemulihan diperkenalkan, program penggayaan juga haruslah
dilaksanakan dalam suatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Dalam bahasa Melayu, strategi
pengajaran berasaskan 5P yang mana satu daripada P tersebut ialah elemen penggayaan.
Program penggayaan yang terdiri daripada pelbagai bentuk dan aktiviti tambahan yang menarik
dan mencabar perlu disediakan oleh guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Dalam hal
ini, guru perlu melaksanakan aktiviti yang bersesuaian dengan kemampuan dan kebolehan
murid-murid.

2.0 PENDIDIKAN PEMULIHAN


2.1 KONSEP

KONSEP

Ab.
Rahman
et. al.
(1997)
Pemulihan
perlu
dilaksanakan
kepada murid
bermasalah
pembelajaran
iaitu mereka
yang
memperoleh
pencapaian di
bawah paras
yang
sepatutnya

Noresah
Baharum
et al.
(2000)

Blair
(1956)

Pemulihan
bermaksud
memulihka,
pengembalian
kepada
keadaan
semula.

Program khas
berbentuk tambahan
untuk memenuhi
keperluan kanakkanak yang
menghadapi
masalah
pembelajaran agar
ketidakupayaan yang
menghalangnya
dapat diatasi.

Ishak
Haron dan
Koh Bon
Boon
(1983)

Pemulihan sebagai
perkhidmatan khas
untuk memenuhi
keperluan kanakkanak yang
menghadapi
masalah
pembelajaran di
sekolah biasa.

Rumusan

P
endidikanpemulihan
pemulihanialah
ialahlanglahlanglahPendidikan
la
ngkahkhusus
khusus yang
yangdijalankan
dijalankan
langkah
u
ntuk m
uridy
angmenghadapi
menghadapi
untuk
murid
yang
m
asalahpembelajaran
pembelajarandalam
dalam
masalah
k
emahiranasas
asas membaca,
membaca, menulis
menulis
kemahiran
d
anm
engira.
dan
mengira.

S
uatua
ktiviti pengajaran
pengajarandan
dan
Suatu
aktiviti
p
embelajaranyang
yangdisediakan
disediakanoleh
olehguru
guru
pembelajaran
a
gar m
uridte
rsebut d
apat menguasai
menguasai
agar
murid
tersebut
dapat
s
esuatukemahiran
kemahiranyang
yangtidak
tidakdapat
dapat
sesuatu
d
ikuasai dengan
denganm
enggunakanstrategi,
strategi,
dikuasai
menggunakan
b
ahan-bahanpelajaran
pelajaranserta
sertaaktiviti
aktiviti
bahan-bahan
a
lternatif yang
yangsesuai
sesuai dengan
denganaspek
aspek
alternatif
k
elemahanm
urid.
kelemahan
murid.

Rajah 2.1 : Konsep Pendidikan Pemulihan

2.2 OBJEKTIF

1. Membantu murid menguasai masalah pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran


tertentu dengan menggunakan pelbagai strategi, kaedah, teknik dan aktiviti
2. Memupuk serta mengembangkan sikap yakin diri dan sikap positif dalam kalangan murid
terhadap pembelajaran
3. Membantu murid mengubah sikap negatif terhadap pembelajaran dan tingkah laku yang
menjejaskan pembelajaran
4. Membolehkan murid menguasai kemahiran-kemahiran tertentu dengan mengikuti
aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan mereka
5. Membolehkan murid mendapat layanan kemudahan belajar yang sesuai dengan
kemampuan dan perkembangan mental individu
6. Membolehkan murid mendapat peluang yang sama dengan melibatkan diri sepenuhnya
dalam aktiviti-aktiviti sosial sama ada di dalam atau di luar bilik darjah
7. Membolehkan murid untuk meneruskan pelajaran mereka dalam sistem persekolahan
biasa atau sekolah khas yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing

Rajah 2.2 : Objektif Pendidikan Pemulihan

2.3 RASIONAL

Falsafah
Pendidikan
Kebangsaanmengembangk
an potensi
individu.

Meningkatkan
penguasaan
kemahiran.
rasional
pemulihan

Mengelakkan
keciciran
dalam
pembelajaran.

Perbezaan
murid
(pengalaman,
minat dan
kebolehan).

Mengatasi
masalah
rendah diri
murid

Rajah 2.3 : Rasional Pendidikan Pemulihan


3.0 PENDIDIKAN PENGGAYAAN
3.1 KONSEP

Kamus Dewan (2007:693) memberikan


takrifan pengayaan sebagai perihal
(usaha, proses dan sebagainya seperti
peluasan perbendaharaan kata).

Ee Ah Meng (1998: 257), program


pengayaan ialah suatu rancangan
pembelajaran yang dibentuk untuk
murid memperoleh pelbagai
pengalaman serta pengetahuan
berdasarkan aktiviti-aktiviti yang sejajar
dengan kebolehan mereka.

KONSEP
Kamarudin Husin (1990) berpendapat
penggayaan merupakan satu
rancangan pembelajaran yang dibentuk
untuk murid-murid memperoleh
pelbagai pengalaman serta
pengetahuan berdasarkan aktivitiaktiviti yang selari dengan kebolehan
mereka.

Menurut konteks KBSR, penggayaan


ialah aktiviti tambahan kepada aktiviti
asas pembelajaran yang dijalankan
sama ada di dalam atau di luar waktu
sekolah.

RUMUSAN

Penggayaan adalah aktiviti-aktiviti tambahan yang dijalankan


sama ada di dalam atau di luar kelas yang mengandungi unsur3.1 : Konsep
Pendidikan
Penggayaan
unsur untukRajah
meluaskan
pengetahuan
dan mengukuhkan
kemahiran yang sedang dipelajari.

3.2 OBJEKTIF

Murid dapat
menggunakan kemahiran
yang telah dikuasai dalam
pembelajaran untuk
pengalaman dan
pengetahuan mereka
dalam pelajaran yang
diajarkan guru.

Murid menjalani aktiviti


pembelajaran yang
menarik dan lebih
mencabar untuk
mempertingkatkan
pencapaian mereka.

Menimbulkan minat murid


untuk pembelajaran
kendiri dan menanam
sikap berdikari.

Melahirkan daya cipta


menerusi pemikiran dan
aktiviti serta
berkeupayaan untuk
menilai hasil kerja sendiri.

Memupuk dan
memperkembang asas
kepimpinan murid.

Menggunakan masa
lapang secara berfaedah
dan memenuhi keperluan
dan bakat.

Meminati dan menguasai


bacaan luas dengan
merujuk pelbagai bahan
dan sumber
pengetahuan.
Rajah 3.2 : Objektif Pendidikan Penggayaan
3.3 RASIONAL

RASIONAL

Memberi peluang kepada setiap individu untuk memperkembangkan dan


memperluaskan pengetahuan mengikut kemampuan mereka.
Membolehkan murid mendapat pengalaman dan pengetahuan yang
berbagai berdasarkan aktivitiyang sesuai dengan kebolehan mereka.
Murid berpeluang menjalankan aktiviti pembelajaran yang lebih mencabar
kebolehan mereka.
Memberi peluang kepada murid menjalankan aktiviti secara aktif.
Memperkembangkan aspke fizikal, emosi, minat, kebolehan daya cipta
dan bakat individu secara menyeluruh.
Rajah 3.3 : Rasional Pendidikan Penggayaan
4.0 MASALAH PENGUASAAN PEMBELAJARAN
4.1 KEMAHIRAN LISAN
4.1.1 KEMAHIRAN MENDENGAR
6

Sukar mengecam
bunyi

Tidak berupaya
mengajuk bunyi

Tidak dapat
bertindak balas
terhadap soalan
mudah yang
didengar

Sukar mengingat
fakta

Sukar memahami
dan mentafsir
maksud

Sukar mentafsir
hubungan antara
penutur dalam
situas komunikasi

Gagal mengikut
aliran idea dalam
perbualan

Lemah ingatan
pendengaran

Gagal mematuhi
arahan

Rajah 4.1.1 : Masalah Penguasaan Pembelajaran dalam Kemahiran Mendengar


4.1.2

KEMAHIRAN BERTUTUR

Kosa kata
terhad

MASALAH
KEMAHIRAN
BERTUTUR

Menggunakan
dialek

Menggunaka
n bahasa
ibunda
Lemah
dalam
kesantunan
berbahasa
Rajah 4.1.1 : Masalah Penguasaan Pembelajaran dalam Kemahiran Bertutur
4.2 KEMAHIRAN MEMBACA

MASALAH KEMAHIRAN

Keliru pada huruf


yang hampir sama.

Keliru pada hurufhuruf besar dan kecil


yang berubah.

Masalah disleksia.

Tidak dapat
membatangkan suku
kata tertutup

Tidak dapat
membatangkan
perkataan dua suku
kata

Membaca secara
berlagu

Bacaan tidak lancar,


tersekat-sekat

Tidak mematuhi
tanda baca

Membaca perkataan
secara terbalik.

Lemah ingatan
penglihatan

Tidak faham
kandungan bahan
yang dibaca

Sukar membuat
hubung kait dan
analisis

Rajah 4.2 : Masalah Penguasaan Pembelajaran dalam Kemahiran Membaca


4.3 KEMAHIRAN MENULIS

Kecondongan
dan bentuk
huruf tidak
tekal

Huruf besar
dan kecil
bercampur
aduk

MASALAH
KEMAHIRA
N
MENULIS

Lemah dalam
penggunaan
tanda baca

Salah ejaan

Kosa kata
terhad
Aliran
pemikiran tidak
lancar
Lupa format
penulisan

Lemah dalam
penyampaian
idea

Rajah 4.3 : Masalah Penguasaan Pembelajaran dalam Kemahiran Menulis

5.0 TUGASAN PBS


5.1 HURAIAN STRATEGI DAN AKTIVITI PENGAJARAN GURU

STRATEGI PENGAJARAN DALAM SESUATU AKTIVITI


Strategi
Strategi
Strategi
Strategi
berpusatkan
berpusatkan
berpusatkan murid berpusatkan guru
bahan
masalah

Strategi kumpulan
kecil, individu dan
rakan sebaya.

Rajah 5.2 : Strategi-strategi pengajaran yang guru gunakan.


Semasa pengalaman berasaskan sekolah (PBS) saya telah membantu guru kelas Tahun Satu
KSSR dalam mengelolakan satu sesi pengajaran pemulihan bagi kelas biasa. Semasa sesi
pengajaran, guru tersebut telah memasukkan semua elemen kemahiran iaitu kemahiran lisan,
tulisan, bacaan dan ejaan. Dalam kelas tersebut terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu
kumpulan pandai, sederhana dan lemah. Golongan lemah ini adalah tergolong dalam murid
pemulihan. Oleh itu, guru tersebut banyak mengaplikasikan pelbagai strategi dalam menjalankan
aktiviti pengajarannya mengikut kesesuaian dengan objektif pengajaran. Menurut Adenan Ayob
dan Khairuddin Mohamad (2012), strategi yang wajar diamalkan oleh guru dalam pengajaran
ialah strategi berpusatkan guru, murid, bahan dan masalah. Daripada pemerhatian saya, guru
tersebut menggunakan semua strategi ini bersesuaian dengan aktiviti yang dijalankan mengikut
rancangan pengajaran harian yang telah disediakan. (Rujuk lampiran 11)
Dalam menggunakan strategi berpusatkan murid, guru berusaha untuk menggalakkan
murid supaya terlibat secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, guru
menjalankan pembelajaran secara koperatif yang mana ia menggalakkan penglibatan aktif dan
menyeluruh dalam kalangan murid semasa sesi P & P. Contohnya, dalam aktiviti bagi langkah
kedua, saya melihat murid-murid yang cerdas, sederhana dan lemah disatukan dalam satu
kumpulan. Guru telah mengagihkan murid-murid kepada beberapa kumpulan yang mana ahlinya
mestilah terdiri daripada murid-murid yang mempunyai kecerdasan pelbagai. Tujuannya ialah
supaya semua murid bekerjasama untuk saling bantu-membantu dalam aktiviti yang akan
dijalankan. Tambahan itu, strategi ini akan meningkatkan tahap sosial dalam kalangan murid
pemulihan dan menggalakkan murid pandai membantu murid pemulihan dalam pelajaran.
Buktinya, semasa aktiviti langkah ke dua dilaksanakan, murid-murid saling bantu-membantu dalam
mencari pasangan suku kata yang sesuai dengan dirinya dan rakannya untuk membentuk suatu
perkataan yang bermakna. Mereka bekerjasama untuk satu matlamat yang sama dan hal ini telah
membantu guru tersebut untuk mewujudkan suatu suasana P & P yang lebih seronok dan
berkesan.
Selain itu, guru ini juga menggunakan strategi pengajaran kumpulan kecil yang mana ia
terdiri daripada murid-murid yang mengalami masalah yang sama. Murid-murid ini ialah dalam
golongan murid pemulihan. Sesi pengajaran pemulihan dalam kelas tersebut dijalankan 20 hingga
30 minit sebelum sesi pengajaran selesai. Guru tersebut telah menjalankan aktiviti pemulihan bagi
9

murid-murid yang lemah manakala murid-murid yang lain membuat latihan mereka. Dalam hal ini,
sebelum sesi pengajaran pemulihan dijalankan, murid-murid yang mengalami masalah yang sama
dikumpulkan dalam satu kumpulan kecil. Contohnya, dalam aktiviti langkah ketiga, guru tersebut
telah mengumpulkan lima orang murid yang mengalami masalah yang sama iaitu dalam mengenal
huruf abjad a hingga z. Guru telah membimbing murid-murid tersebut mengenal huruf-huruf dan
membimbing mereka untuk menulis huruf-huruf tersebut dalam suatu lembaran kerja yang
disediakan. Kemudian secara kumpulan, murid diminta supaya mencantumkan puzzle dari a
hingga z mengikut urutan yang betul. Melalui aktiviti ini, saya juga dapat melihat bahawa guru
bukan sahaja menggunakan strategi kumpulan kecil dalam mengendalikan suatu kelas pemulihan
biasa tetapi juga menerapkan strategi berpusatkan masalah yang mana strategi ini menggalakkan
murid-murid pemulihan untuk berfikir dan saling bantu-membantu menyelesaikan masalah dalam
menyusun puzzle mengikut turutan yang betul.
Seterusnya, guru ini juga menggunakan strategi pengajaran individu yang mana melalui
pengajaran ini, guru akan memberi perhatian kepada seorang murid. Contohnya, semasa guru
tersebut mengajar murid-murid pemulihan, terdapat di kalangan mereka yang sukar faham apa
yang di ajar. Malah, saya perhatikan murid-murid pemulihan dalam kelas tersebut pasif, merendah
diri dan kurang motivasi. Hal ini adalah salah satu masalah yang akan mengganggu suatu proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Oleh itu, apabila

guru tersebut menggunakan

pendekatan secara individu dengan membimbing dan memotivasikan mereka, murid-murid


pemulihan ini lebih terangsang untuk belajar dan ini membolehkan murid lebih cepat faham apa
yang diajar. Strategi pengajaran individu sebenarnya sangat berkesan dalam mengenal pasti
masalah pembelajaran yang dialami oleh seseorang murid tetapi agak mengambil masa yang
lama dan mengakibatkan tumpuan terhadap murid lain berkurang. Walau bagaimanapun, guru
tersebut menguruskan strategi pengajaran dengan baik sekali. Guru tersebut tidak secara terus
menerus menggunakan strategi pengajaran individu tetapi guru itu menggalakkan strategi
pengajaran rakan sebaya. Maksudnya, murid yang cerdas telah diminta oleh guru untuk
membantu rakan-rakannya yang lambat untuk menjalankan aktiviti pemulihan yang dijalankan
guru. Secara tidak langsung, hal ini akan mempercepatkan dan melancarkan sesi P & P supaya
mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan pada hari tersebut.
Dalam strategi berpusatkan guru pula, ia melibatkan peranan guru dalam menguasai dan
mengawal proses pengajaran dan pembelajaran. Semasa sesi mengajar budak pemulihan di kelas
tersebut, guru tersebut menggunakan strategi berpusatkan guru dahulu baru berpusatkan murid.
Contohnya, dalam aktiviti pemulihan langkah ketiga, guru tersebut mengajar murid terlebih dahulu
untuk mengenal dan menulis huruf. Guru itu memastikan semua murid pemulihan faham kemudian
10

memberikan mereka latihan secara berkumpulan iaitu mencantum puzzle untuk membentuk satu
urutan puzzle dari a hingga z dengan betul. Semasa murid-murid pemulihan ini mencantum
puzzle, saya mendapati ada dalam kalangan mereka yang masih keliru antara huruf besar dengan
huruf kecil. Malah, ada juga antara mereka yang tidak boleh membezakan di antara huruf n
dengan u, huruf m dan w dan huruf p dengan q. Maka, dengan aktiviti mencantum puzzle
yang dijalankan, ia akan memudahkan guru untuk mengesan dengan cepat masalah pembelajaran
yang dihadapi oleh murid tersebut. Guru itu juga turut memberikan latihan secara individu iaitu
menulis huruf S dan R sesuai dengan objektif yang guru itu telah tetapkan. Dari apa yang saya
perhatikan, semasa murid-murid pemulihan menulis, mereka mengambil masa yang lama untuk
menyiapkan aktiviti menulis. Maka melalui strategi berpusatkan guru, saya lihat guru tersebut
membimbing murid tersebut untuk menulis dengan betul.
Akhir sekali, guru ini juga menggunakan strategi berpusatkan bahan yang mana guru ini
menekankan penggunaan BBM dalam suatu proses pengajaran dan pembelajaran. Sebelum saya
menjalankan tugasan PBS ini, saya telah digalakkan oleh guru tersebut supaya menggunakan
bahan maujud dalam sesi pengajaran. Maka, saya telah membantu guru tersebut dalam
menyediakan bahan-bahan maujud. Ternyata, penggunaan bahan maujud sangat menarik minat
murid untuk belajar. Contohnya, semasa set induksi, guru tersebut telah meminta beberapa orang
murid untuk ke depan dan mengambil sesuatu di dalam bakul sambil menutup mata untuk meneka
benda apa yang ada di dalam bakul tersebut. Set induksi yang dijalankan guru ini menimbulkan
unsur saspens terhadap murid tersebut dan ini sangat membantu dalam menggalakkan
penglibatan murid dalam sesi pengajaran terutamanya murid-murid pemulihan. Tambahan pula,
guru ini bersifat adil terhadap muridnya. Beliau memberikan layanan sama rata kepada semua
muridnya sama ada murid pandai, sederhana atau lemah. Hal ini serba sedikit meningkatkan
tahap keyakinan dan sifat kendiri dalam diri mereka. Konklusinya, strategi dalam pengajaran
mestilah bijak dan sesuai dengan aktiviti yang akan dijalankan. Semasa aktiviti dijalankan, guru
harus peka dan cakna dalam mengenal pasti masalah pembelajaran murid supaya guru boleh
membuat persediaan mengajar untuk hari seterusnya dan memikirkan strategi lain yang lebih
sesuai dengan murid supaya masalah dalam pembelajaran dapat dikurangkan.
5.2 AKTIVITI-AKTIVITI PENGAJARAN
5.2.1 SET INDUKSI
1.
2.
3.
4.

Murid dipanggil seramai lima orang dan ditutup matanya.


Mereka dikehendaki meneka objek yang diberi secara bergilir.
Murid lain menyatakan betul atau salah.
Murid menampal gambar yang serupa dengan objek yang diteka di papan tulis.

11

Bahan Bantu Mengajar (BBM)


- Kad gambar, kad suku kata, cermin, mancis, biskut, cincin, puzzle dan lembaran kerja.

12

5.2.2 LANGKAH 1
1. Guru membimbing murid untuk menyebut perkataan mengikut suku kata menggunakan kad
suku kata.
2. Murid diminta mengeja dan membaca perkataan berulang kali.

5.2.3 LANGKAH 2
1. Guru membahagikan murid kepada kumpulan, setiap kumpulan terdiri daripada 6 orang dan
dilantik seorang ketua.
2. Ketua kumpulan mencabut undi nombor giliran untuk bermain.
13

3. Setiap ahli kumpulan menggantung kad suku kata pada leher masing-masing.
4. Apabila guru memberi arahan, setiap ahli mencari pasangan bagi membentuk suku kata KVK +
KVK.
5. Permainan dijalankan mengikut giliran.

5.2.4 LANGKAH 3

1.
2.
3.
4.
5.
6.

Guru mengajar huruf A-Z.


Guru membimbing murid menulis huruf.
Murid diminta mencantum puzzle dari a z
Guru mengedarkan lembaran kerja mengikut kebolehan.
Murid menjawab soalan
Murid mencantum huruf ikut urutan.
Murid melengkapkan perkataan dengan suku kata yang diberi berpandukan
gambar.

14

15

5.2.5 PENUTUP
1. Guru menunjukkan gambar dan membimbing murid membina ayat.
2. Guru menunjukkan huruf S, R semula.
Murid menguasai bina ayat guna perkataan KVK + KVK.
Murid belum menguasai latihan eja semula dan latihan di rumah.
Murid belum menguasai huruf S, R beri lembaran kerja dan buat latihan di rumah.

16

17

Вам также может понравиться