Вы находитесь на странице: 1из 28

Latar belakang Abdullah Munsyi

Abdullah Munsyi dilahirkan pada tahun Masihi 1796, bersamaan tahun Hijrah 1211,
di Kampung Masjid atau juga dikenali sebagai Kampung Pali oleh masyarakat Keling.
Beliau merupakan anak bongsu daripada empat adik-beradik seibu sebapa. Ketigatiga abangnya telah meninggal dunia sewaktu masih kecil. Beliau berasal daripada
keturunan India dan Arab. Ayah beliau bernama Abdul Kadir adalah anak tunggal
Muhammad Ibrahim dan Peri Achi. Moyang beliau merupakan seorang yang
berketurunan Arab Yaman (Shellabear, 1947). Abdul Kadir telah mendapat
pendidikan yang sempurna sejak kecil dan pernah memegang jawatan yang penting
iaitu sebagai Syahbandar serta utusan Inggeris kepada negeri-negeri Melayu seperti
Lingga, Riau, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Palembang. Selain itu, Abdul Kadir
juga pernah menjadi jurubahasa dan jurutulis.
Semasa bapanya berniaga di luar negeri Melaka iaitu di Siak, Abdullah
tinggal bersama neneknya Peri Achi yang bertugas sebagai seorang guru besar di
Kampung Pali. Walaupun Abdullah dimanjakan oleh neneknya, beliau dibesarkan
dalam situasi yang mementingkan pelajaran. Hal ini terbukti kerana ketika beliau
berusia tujuh tahun, Abdullah telah diberikan permainan kalam resam dan papan
loh. Oleh itu, beliau lebih cepat pandai menulis dan membaca berbanding dengan
kanak-kanak lain.
Sewaktu kedatangan Stamford Raffles dari Syarikat Hindia Timur ke Melaka,
Abdullah telah diambil sebagai kerani, penterjemah dan jurutulis kepada pihak
Inggeris. Tugas ini dilakukan bersama-sama dengan bapa saudaranya, Ismail Lebai
dan Muhammad Latif. Sikap Abdullah yang dedikasi telah menyebabkan beliau
disegani oleh orang-orang Inggeris. Abdullah telah dilantik menjadi guru bahasa
Melayu kepada askar-askar sepoy Hindustan dan beberapa orang paderi seperti
W.Milne dan C.H. Thomsen manakala beliau pula mempelajari bahasa Inggeris
daripada mereka. Gelaran munsyi diperolehi daripada mereka yang pernah
belajar bahasa Melayu dengannya. Beliau juga bertanggungjawab menterjemahkan
sebahagian kitab Injil ke dalam bahasa Melayu.
Abdullah telah mendirikan rumahtangga dengan seorang wanita
berperanakan India sepertinya ketika berusia 34 tahun. Beliau telah dikurniakan
seorang anak perempuan bernama Siti Lela. Abdullah telah meninggalkan
keluarganya di Melaka untuk meneruskan pekerjaannya di Singapura. Selepas
kematian anak perempuan dan isterinya, beliau membawa anak lelakinya ke
Singapura. Abdullah meninggal dunia pada tahun 1854 di Juddah sewaktu ingin
menunaikan haji.

Peranan dan Sumbangan dalam Penulisan

Abdullah mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang penulisan. Beliau pernah
bekerja sebagai guru bahasa, wartawan, sejarahwan, penterjemah dan sebagainya
(Ismail Yusoff, 2008). Pengkaji sejarah berpendapat bahawa pemisahan antara
Sastera Melayu Lama dengan Sastera Melayu Baru berlaku selepas tahun 1800,
pada abad ke-19 iaitu setelah munculnya karya-karya Abdullah Munsyi yang
membawa unsur-unsur baru dalam Sastera Melayu.
Kejayaan Abdullah dalam bidang penulisan banyak didorong oleh faktor
persekitaran seperti kehidupan keluarga, keadaan sosio-politik selain bakat
semulajadi yang dimilikinya. Sebagai seorang yang lahir dalam keluarga elit yang
mementingkan ilmu, beliau mempunyai imej yang tinggi di mata masyarakat. Hal
ini disebabkan nenek dan ayahnya sangat rapat dengan bidang pendidikan yang
kurang dititikberatkan oleh masyarakat pada zaman tersebut. Corak kehidupan dan
gaya hidup bapanya telah merapatkan hubungannya dengan pihak Inggeris. Hal ini
telah membolehkan Abdullah diberi kesempatan untuk menyertai rombongan ke
Kelantan bagi mendapatkan kembali kapal dagang Singapura yang ditahan pada
1937.
Abdullah Munsyi telah menghasilkan banyak karya yang bermutu seperti Syair
Singapura Terbakar (1830), Dawaiy- Kulub (1838), Kisah Pelayaran Abdullah ke
Kelantan (1938), Kitab Adat Segala Raja-Raja Melayu dalam Segala Negeri (1838),
Hikayat Abdullah bin Abdul Kadir (1849) dan Kisah Pelayaran Abdullah ke Juddah
(1854). Beliau juga menghasilkan karya terjemahan Hikayat Pancatanderan dan
menyunting Sejarah Melayu. Karya-karya beliau ada yang telah diterjemahkan ke
dalam bahasa asing.
Karya-karya yang telah dihasilkan oleh beliau membawa unsur-unsur
pembaharuan dalam lapangan sastera Melayu. Dua buah karya agungnya iaitu
Hikayat Abdullah dan Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan merupakan cerminan
kepada situasi yang berlaku dalam masyarakat. Abdullah melaporkan perkara yang
benar-benar terjadi dan tidak memasukkan unsur khayalan. Hikayat Abdullah yang
berbentuk autobiografi memuatkan pengalaman hidupnya bersama orang-orang
Inggeris dan mengandungi kritikan terhadap orang Melayu, raja-raja Melayu dan
undang-undang Timur yang sebelumnya tidak pernah disentuh oleh golongan
penulis.
Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan pula dapat dianggap sebagai
dokumentasi sejarah yang ditulis berdasarkan pemerhatian semasa. Beliau telah
mengupas aspek politik, ekonomi, sosial dan kebudayaan masyarakat Melayu di
Pahang, Kelantan dan Terengganu. Aspek yang mendapat perhatian di mata beliau
ialah kemunduran orang-orang Melayu, soal pelacuran di Kelantan, kezaliman raja
dan sebagainya.

Beliau berpendapat kemunduran orang-orang Melayu berpunca daripada


sikap raja dan golongan bangsawan yang mengambil kesempatan terhadap
ketaatan rakyat kepada mereka. Di Kelantan, rakyat berfungsi untuk memberi
khidmat kepada raja dan kerabatnya sahaja sehingga tiada masa untuk bekerja.
Malah kadang-kadang harta yang dimiliki oleh mereka turut dirampas oleh raja. Di
Terengganu, beliau mengkritik sistem perhambaan dan adat atau pantang larang
yang dikenakan agar tidak menyamai golongan pemerintah. Namun, beliau berasa
hairan kerana tiada pula adat yang melarang rakyatnya hidup dalam kedaifan dan
kehinaan.

Selain itu, beliau juga lantang mengkritik rakyat di Pahang yang malas bekerja
sehingga keluasan kawasan yang dimiliki tidak dimanfaatkan dengan sebaikbaiknya. Beliau juga berasa hairan kerana tiada guru yang dapat memahami
maksud ayat yang diujarkan oleh mereka. Sikap orang Melayu yang ganjil pada
pandangannya juga turut dikritik. Beliau mengecam orang Melayu yang malas
berusaha, suka bersabung ayam, meletakkan tanggungjawab mencari nafkah di
bahu perempuan dan suka memakan makanan yang tidak berkhasiat seperti
pekasam, tempoyak, ikan asin, jering, petai dan lain-lain.

ahasa Melayu Klasik- Hikayat Abdullah

1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan

Zaman pengunaan bahasa Melayu Klasik melingkungi zaman antara abad ke 14


hingga abad ke 19 Masihi. Zaman permulaannya ditandai dengan prasasti
Terengganu ( Batu Besurat Terengganu ) yang bertarikh pada 702 H. bersamaan
dengan tahun 1303 M. Zaman bahasa Melayu klasik menempuh kemajuan yang
pesat berbanding dengan zaman bahasa Melayu kuno. Pada masa ini
perkembangan ilmu pengetahuan dan kegiatan intelektual dalam bahasa Melayu
mencapai tahap yang tinggi. Pada akhir abad yang ke-16 M, umpamanya, sudah
lahir hasil-hasil karya falsafah tasawwuf dalam bahasa Melayu. Bahkan pada awal
abad ilmu-ilmu agama yang lain khususnya seperti polemik yang dilakukan oleh
Hamzah Fansuri, Syamsudin Pasai, Nurudin Al-Raniri dan Abdul Rauf Singkel.

Kelahiran hasil-hasil karya yang bersifat intelektual ini berpunca daripada pengaruh
Islam yang meresap ke dalam bahasa dan budaya Melayu.

Banyak hasil karya yang berbahasa Melayu yang bersifat falsafah dan agama
setelah wujud pengaruh Islam. Dari sejak itu perkembangan ilmu pengetahuan
terutama tentang agama dan pentadbiran begitu pesat berkembang dalam bahasa
Melayu. Lantara itulah maka bahasa Melayu telah menjadi bahasa utama di Asia
Tenggara untuk urusan pengembangan agama Islam bahkan ia menjadi salah satu
di antara enam bahasa dunia Islam iaitu Arab, Farsi, Turki, Inggeris dan Hindi.

1.2 Definisi Bahasa Melayu Klasik Mengikut Pendapat Sarjana

Istilah Klasik merangkumi makna lama, tradisional dan klasik itu sendiri. Menurut
Holman :
. Belonging to established tradition; used especially to designate the Literature or
culture of Greece and Roman or later literature which partakes of its qualities it
may mean literature that has gained a lasting recognition, or it may mean literature
that exhibits the qualities of classicism. When it is used to describe the attributes of
a literary work it usually impies objectivity in the choice and handling of the theme,
simplicity of style, clarity, restraint, and formal structure.
( Holman, 1972: 99 )
1.3 Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik

Terdapat beberapa ciri khusus bahasa Melayu klasik. Antaranya adalah seperti
berikut ;
Menggunakan tulisan Jawi. Tulisan atau aksara ini dipinjam
daripada bahasa Arab, kemudian ditambah dengan huruf baru seperti pa ( ), nga
( ) , ga ( ) , nya ( ) dan ca ( ) .

Bahasa Melayu klasik telah menerima beberapa fonem Arab : kh ( ) seperti


Khamis, Z ( ) seperti pada zakat, Sy ( ) seperti pada syarat dan lain-lain.

Bahasa Melayu klasik telah menerima pelbagai jenis kosa kata Arab dan Parsi
dalam pelbagai bidang bahasa seperti dalam bidang ilmu kegamaan, undangundang, kesusasteraan, pemerintahan dan pentadbiran, perubatan, falsafah,
tasawuf dan kata-kata umum unstuk bahasa umum.

Sebelum wujud sistem ejaan Jawi pengaruh Melayu, sistem ejaan Arab yang
digunakan itu dengan menggunakan tanda-tanda baris. Contohnya seperti;
( maka )
( dia )

Kemudian tanda-tanda baris itu dihilangkan menjadi;


( maka )
)dia )

Setelah itu baru timbul sistem ejaan pengaruh Melayu. Sistem ini mengandungi dua
tahap. Tahap pertama dengan membubuh huruf saksi ( vokal) dan tahap kedua
dengan membubuh huruf saksi ( vokal ) pada kedua-dua suku kata.

Frasa dan ayat pengaruh Arab terutamanya dalam kitab-kitab klasik Melayu
seperti frasa Ketahuilah olehmu atau pada ayat Sunat berbuka atas tamar dan
lain-lain. Frasa dan ayat bentuk ini wujud hasil daripada terjemahan harfih daripada
teks-teks bahasa Arab.

Unsur-unsur falsafah Islam wujud dalam beberapa banyak tulisan Melayu seperti
dalam bidang Ilmu Kalam, Tasawuf, Ilmu Aqaid al-Iman dan lain-lain. Ini berbeza
dengn bahasa Melayu zaman kuno atau Hindu.

Beberapa genre sastera Islam mula meresap ke dalam bahasa Melayu seperti
syair, nazam, rubai, tasmil, ibarat dan lain-lain.

Pengaruh kesusteraan Islam terutamanya dari Arab dan Farsi banyak didapati
dalam zaman bahasa Melayu klasik seperti cerita-cerita Nabi dan para sahabat,
sastera agama, sastera sejarah, sastera undang-undang dan pemerintahan dan
lain-lain.

1.5 Peranan Bahasa Melayu Klasik

Selain daripada mempunyai ciri-ciri tertentu seperti di atas bahasa Melayu Klasik
juga memberi sumbagan pada zaman kegemilangannya. Antaranya ialah;

i. Kebudayaan
- untuk memperkembangkan sesuatu kebudayaan yang
dimiliki oleh sesuatu bangsa.
ii. Peranan Kemasyarakatan
- sebagai lambang jati diri bangsa dan sebagai alat penyatuan sesuatu bangsa atau
kaum.
iii. Pendidikan
- sebagai alat untuk pengajaran, panduan dan tatacara.
- sebagai alat untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang
agama, kesusesteraan dan perundangan.

2.0 KARYA YANG DIPILIH DAN BIODATA PENULISNYA.


2.1 Hikayat Abdullah

Abdullah Bin Abdul Kadir Munsyi dapat dianggap sebagai bapa kesusasteraan
Melayu moden, berdasarkan karya-karyanya yang terkenal, iaitu Syair Singapura
Terbakar (1830), Kisah Pelayaran Abdullah, Hikayat Abdullah (1849), Dewa-ul-kulub
(1883), dan Kisah Pelayaran Abdullah ke Judah (1920). Beliau membawa perubahan
dalam tema, plot, latar cerita, dan sudut pandangan, yang ketara perbezaannya
dengan karya-karya sastera sebelumnya, walaupun masih dalam gaya bahasa
lama.

Abdullah dilahirkan pada tahun 1796 di kampong Pali, Melaka daripada keluarga
India Muslim keturunan Arab. Sejak kecil lagi Munsyi ini memperlihatkan
keistimewaannya sebagai pelajar yang bijak dan gigih mencari ilmu. Beliau
mempunyai minat yang mendalam mempelajari pelbagai bahasa selain bahasa
Melayu. Beliau dilantik menjadi jurutulis dan penterjemah kepada Raffles dan
pembesar-pembesar Inggeris, menyebabkan hubungannya begitu rapat dan mesra
dengan orang-orang Inggeris. Keadaan ini mempengaruhi pemikiran dan
tindakannya.

Abdullah seorang pemerhati yang teliti terhadap keadaan zamannya. Kritikannya


kepada orang Melayu melalui karya-karyanya terasa sangat pedas. Beliau begitu
lantang mengkritik sikap raja-raja Melayu. Beliau mencuba membuka pemikiran
orang Melayu ke arah kebaikan dan kemajuan secara membandingkannya dengan
orang Inggeris. Sikap berat sebelah inilah yang sering dipersoalkan dalam
perbincangan mengenai ketokohannya.

Abdullah Munsyi meninggal dunia di Jeddah pada tahun 1854 dalam perjalanannya
menunai fardhu haji.

3.0 ANALISIS KANDUNGAN KARYA [ASPEK BUDAYA DAN KEMASYARAKATAN

Karangan Abdullah jauh berbeza dengan karangan orang yang terdahulu


daripadanya atau sezaman dengannya seperti Thufatan-Nafis (1865) karangan Raja
Ali Haji yang berkisar tentang raja-raja.
Pendeta Zaba dalam karangannya Moden Development menyatakan bahawa
kesusasteraan Melayu moden bermula dengan Abdullah bin Abdul Kadir ( Hassan,
1988:236). Kenyataan ini didasarkan daripada karya-karya Abdullah yang tidak lagi
menulis tentang dongeng, alam ghaib dan ajaib. Gagasan utama dalam karyakaryanya ditimba daripada pengamatan, pengalaman dan pengetahuan. Dengan
pemikiran yang kritis semuanya diolah hingga menjadi karya autobiografi yang
penting. Karyanya dicipta sendiri untuk dinikmati oleh masyarakat. Ini adalah ciri
sastera baru yang bersifat individualistik.
Dalam karya autobiografinya memang terlihat ciri-ciri sastera moden seperti
intelek, emosi, imiginasi, dan teknik. Sehubungan dengan itu Zuber Usman (1966:9)
menyebut;

Abdullah ialah pemgarang Melayu yang mula-mula keluar dari kebiasaan lama,
yang melanggar dan memetahkan tradisi yang sudah turun-temurun, yang
memelingkan penanya dari menceritakan kisah-kisah yang ghaib-ghaib atau khayal
ke dunia kenyataan.

Sesebuah karya bukan hanya sebagai bahan hiburan, tetapi juga sebagai bahan
untuk pembaca merenung dan memikir serta mendapatkan panduan dan
pengetahuan daripadanya. Pemikiran yang menyentuh soal-soal masyarakat,
agama, politik, ekonomi dan moral ditimbulkan dan karya-karya Abdullah Munsyi
banyak menyentuh hal-hal tersebut. Contohnya pada halaman 119 Hikayat
Abdullah yang menjelaskan sikap masyarakat Melayu terhadap bahasa Inggeris
pada waktu itu;

Bermula maka adalah telah berpuluh-puluh kali aku ini disuruhkan oleh tuan-tuan
itu memanggil dan mencari anak-anak Melayu, supaya boleh ia belajar dan
mengetahui membaca dan menulis, baik bahasa Melayu baik bahasa Inggeris, maka
oleh sebab bodohnya dan sangka mereka itu nanti dimasukkan Inggeris, tiadalah ia
mau datang, kerana fikiran mereka itu, dengan kekerasan nanti ditangkap
dimasukkan Inggeris: maka beberapa kali sudah aku ingatkan akan mereka itu,
serta memberitahu aku mereka itu, Bahawa sekali-kali tiada Inggeris itu hendak
memasukkan seseorang kedalam agamanya kalau yang empunya diri tiada suka;
melainkan supaya kamu boleh belajar dan mengetahui bahasa kamu dan bahasa
Inggeris kelak, nanti dibelakang bnyak gunanya.

Selain daripada contoh diatas dalam buku yang sama halaman 348, Abdullah
membuat kesimpulan bahawa adat yang diamalkan orang Melayu dikatakan tidak
cerdik dan tidak menambah ilmu kerana tidak mahu membuang karut-marut.
Berbeza dengan adat-adat yang diamalkan orang-orang bukan Melayu yang ditemui
semasa belayar ke Judah. Dia hanya menyebut adapt itu tanpa memberi sebarang
kritikan. Seperti kebiasaan yang dilihatnya (Kassim, (peny.) 1960):

Maka adalah yang pertama menjadikan ajaib kepadaku sebab melihatkan adap
orang dalam negeri itu, tiadalah menjadi aib bagi mereka itu segala perampuan
beratus-ratus dan beribu-ribu semuanya bertelanjang, yakni dengan tiada memakai
baju sekali-kali, kuntal-kantil sahaja susunya, baik yang muda yang tua; iaitu
semuanya perampuan Hindu.

Dia tidak mengkritik perbuatan tersebut, hanya menceritakan apa yang dilihatnya.
Dalam buku yang sama pada halaman 141 pula disebutkan;

Maka adalah adat negeri itu terlalu aib, iaitu tiada berjamban; semua orang pergi
buang air ketepi laut berbnjar-banjar duduk dengan tiada bermalu seorang dengan
seorang.

Abdullah membuat sedikit ulasan bahawa adat ini sesuatu yang aib dan
memalukan. Walaupun persoalan mengutuk dan menganggap bodoh adat dan
kepercayaan orang Melayu tidak banyak dikemukakan tetapi ia memberi kesan
yang jelas kepada pembaca.

Tidak dapat dinafikan bahawa kemajuan-kemajuan barat telah meresap ke dalam


diri Abdullah lantas membuatkan dia mencela budaya Melayu. Oleh itu dalam
karyanya perbandingan antara timur dan barat adalah menjadi persoalan yang
penting dan secara tidak lansung mendedahkan kemunduran-kemunduran orangorang Melayu, antara lain disebabkan oleh kepercayaan dan budaya yang terdapat
dalam masyarakat Melayu itu sendiri.

4.0 ASPEK BAHASA DAN TULISAN


i. Jenis Aksara

Dalam memperkatakan bahasa Melayu Klasik ini tidak dapat seseorang itu
mengimbas kembali teks Melayu lama yang tertulis dalam bentuk puisi, prosa, surat
perdagangan, surat perjanjian, batu bersurat, batu nisan dan sebagainya. Dalam
melihat pada sudut aksara dan sistem ejaan yang digunakan dalam penulisan karya
Hikayat Abdullah pengkaji hanya dapat berpegang kepada ciri-ciri khusus bahasa
Melayu klasik iaitu menggunakan tulisan Jawi. Tulisan atau aksara ini dipinjam
daripada bahasa Arab, kemudian ditambah dengan huruf baru seperti pa ( ), nga
( ) , ga ( ) , nya ( ) dan ca ( ) .Ini beerti tulisan tersebut mesih dalam bentuk
asalnya dengan menggunakan tulisan dan sistem ejaan Jawi. Berikut adalah
beberapa contoh aksara yang digunakan dalam penulisan karya Hikayat Abdullah.

ii. Sistem Ejaan

Sebelum wujud sistem ejaan Jawi pengaruh Melayu, sistem ejaan Arab yang
digunakan itu dengan menggunakan tanda-tanda baris. Contohnya seperti;
( maka)
( dia )
Kemudian tanda-tanda baris itu dihilangkan menjadi;
( maka )
)dia )
Setelah itu baru timbul sistem ejaan pengaruh Melayu. Sistem ini mengandungi dua
tahap. Tahap pertama dengan membubuh huruf saksi ( vokal) dan tahap kedua
dengan membubuh huruf saksi ( vokal ) pada kedua-dua suku kata.
Daripada beberapa contoh aksara asal Hikayat Abdullah diatas dapat dilihat beliau
tidak menggunkan tanda-tanda baris pada tulisannya.

4.1 Aspek bahasa


i. Morfologi

Morfologi adalah bidang yang mengkaji proses pembentukan kata-kata dalam


sesuatu bahasa. Ia meliputi penggolongan perkataan atau kata-kata dalam sesuatu
bahasa. Sebagai contohnya dari aspek imbuhan, penulisan karya Hikayat Abdullah
telahpun menggunakan imbukan meN-. Hal ini dapat diperhatihan pada petikan
karya Hikayat Abdullah seperti dibawah;

Contoh 1

Maka jawabnya, Tuan, sahayalah cakap membawa jalan kepada susunan itu, akan
tetapi tuan sekarang ada penuh kapal-kapal Inggeris pada segenap jajahan tanah
Jawa itu menjaga, tiadalah boleh masuk dan keluar barang perahu atau kapal keci;
dan lagi pula Holanda itu pun terlalu keras kawalnya, serta dengan cemburunya.

( halaman 69)

Contoh 2

Bermula maka adalah telah berpuluh-puluh kali aku ini disuruhkan oleh tuan-tuan
itu memanggil dan mencari anak-anak Melayu, supaya boleh ia belajar dan
mengetahui membaca dan menulis, baik bahasa Melayu baik bahasa Inggeris, maka
oleh sebab bodohnya dan sangka mereka itu nanti dimasukkan Inggeris, tiadalah ia
mau datang, kerana fikiran mereka itu, dengan kekerasan nanti ditangkap
dimasukkan Inggeris: maka beberapa kali sudah aku ingatkan akan mereka itu,
serta memberitahu aku mereka itu, Bahawa sekali-kali tiada Inggeris itu hendak
memasukkan seseorang kedalam agamanya kalau yang empunya diri tiada suka;
melainkan supaya kamu boleh belajar dan mengetahui bahasa kamu dan bahasa
Inggeris kelak, nanti dibelakang bnyak gunanya. (Halaman 119)

Selain daripada aspek penggunaan imbuhan meN-, banyak lagi aspek morfologi
yang terdapat dalam penulisan karya Hikayat Abdullah.

ii. Sintaksis

Daripada pemerhatian yang dibuat adakalanya Abdullah gemar menggunakan ayat


yang panjang-panjang dan menyulitkan pembaca untuk memahaminya. Ayat-ayat
daripada hikayatnya ini boleh dijadikan contoh;

Contoh 1

Maka jikalau sekiranya tiada suluh itu tanganku, dan cermin mata itu kupakai,
nescaya banyak kali sudah aku terperosok ke dalam limbah dan parit yang penuh
pada tiap-tiap lorong dan jalan; seperti kecuali kebanyakan kelakuan orang yang
tiada memegang suluh itu terperosok ia kesana ke mari, jatuh bangun corengcoreng berlumur dengan Lumpur dan orang, dan patah riuk kaki tangannya di
hadapanku.
( halaman 16)

Contoh 2

Maka jawabnya, Tuan, sahayalah cakap membawa jalan kepada susunan itu, akan
tetapi tuan sekarang ada penuh kapal-kapal Inggeris pada segenap jajahan tanah
Jawa itu menjaga, tiadalah boleh masuk dan keluar barang perahu atau kapal keci;
dan lagi pula Holanda itu pun terlalu keras kawalnya, serta dengan cemburunya.
( halaman 69)

Ayat-ayat yang panjang begini mengganggu pemahaman pembaca kerana ada


watunya pembaca terpaksa mengulangi pembacaan. Jelas dari segi bahasa (ayat)
Abdullah masih lagi tidak membawa apa-apa pembaharuan.

iii. Semantik

Secara umum kita berpendapat bahawa makna sesuatu bahasa akan mudah
difahami apabila dalam bentuk ayat. Andaian ini tidak selamanya tepat kerana
kehadiran ayat yang dibina daripada kata dan kelompok kata, dan tidak semuanya
hanya memiliki satu makna. Dalam bahasa Melayu seringkali apa yang kita ucapkan
atau tuliskan tidak serupa dengan pa yang dimaksudkan.

Dapat diperhatikan dalam karya Hikayat Abdullah maksud atau pun perkara yang
disampaikan melalui makna tersurat. Makna tersurat yang dimaksudkan ialah
makna yang diperolehi semata-mata daripada makna yang tertulis atau makna
yang diujarkan sahaja. Dimana dalam penulisannya banyak menyatakan terus atau
secara lansung apa yang hendak disampaikan kepada masyarakat Melayu ketika
itu. Umpamanya ;

Bermula maka adalah telah berpuluh-puluh kali aku ini disuruhkan oleh tuan-tuan
itu memanggil dan mencari anak-anak Melayu, supaya boleh ia belajar dan
mengetahui membaca dan menulis, baik bahasa Melayu baik bahasa Inggeris, maka
oleh sebab bodohnya dan sangka mereka itu nanti dimasukkan Inggeris, tiadalah ia
mau datang, kerana fikiran mereka itu, dengan kekerasan nanti ditangkap
dimasukkan Inggeris: maka beberapa kali sudah aku ingatkan akan mereka itu,

serta memberitahu aku mereka itu, Bahawa sekali-kali tiada Inggeris itu hendak
memasukkan seseorang kedalam agamanya kalau yang empunya diri tiada suka;
melainkan supaya kamu boleh belajar dan mengetahui bahasa kamu dan bahasa
Inggeris kelak, nanti dibelakang bnyak gunanya.

Dari contoh diatas perkara pokok disampaikan secara terus tanpa menggunakan
sebarang simbolik ataupun kiasan.

iv. Kosa Kata


a) Kata asli

Sebagai karya di peringkat awal, Abdullah masih tidak dapat melepaskan


penggunaan kata asli dalam tulisannya. Bukan sahaja bahasa yang digunakan itu
bahasa lama tetapi struktur ayatnya juga masih seperti cerita hikayat. Sebagai
contoh dalam Hikayat Abdullah pada halaman 9 dan 10;

Maka beberapa lamanya dalam hal yang sedemikian, maka datanglah seorang
orang Arab Syaid yang bernama Habib Abdullah, bangsanya Haddad, maka adalah
ia itu aulia, mak sangatlah dipermulia orang akan dia dalam Melaka; maka segala
laki-laki dan perampuan pun pergilah berguru kepadanya darihal perkara agama
Islam. Maka bondaku juga tiada pergi, sentiasa duduk menangis terkenangkan
anak-anaknya yang mati itu. Maka adalah rumahku itu berhadapan dengan rumah
tempat tuan itu tinggal; maka disuruhnya panggil bapaku, diperiksanya akan hal
bondaku itu duduk menangis-nangis. Maka oleh bapaku segala hal anak-anaknya
habis mati itu; maka kata tuan itu, Baiklah, pergi engkau katakan kepada isterimu
janganlah ia menangis, insya-Allah nanti diberi Allah kepadanya seorang anak lakilaki; maka apabila beranak kelak, engkau namakan dengan namaku. Maka
pulanglah bapaku serta mengatakan kepada bondaku akan segala perkataan tuan
itu; maka bondaku pun berhentilah daripada menangis dan dukacita.

Struktur ayat lama ini dikutkan lagi dengan penggunan kata-kata asli seperti
maka, beberapa lamanya, maka adalah, akan dia dan maka apabila. Dalam
Hikayat Abdullah banyak terdapat kata nasihat. Hal ini menunjukkan bahwa
Abdullah masih terikut-ikut struktur penulisan sastera lama. Begitu juga apabila dia
menggunakan pentun dan syair dalam karyanya. Penggunaan perkataan hikayat itu

sendiri membayangkan bahawa Abdullah masih cenderung meneruskan tradisi


penulisan lama.

b) Kata pinjaman

Daripada penelitian yang dibuat dalam penghasilan karya-karya Abdullah Munsyi


banyak menggunakan kata pinjaman Bahasa Inggeris, misalnya dalam Hikayat
Abdullah digunakan diksi character (halaman 5), enjineer (halaman 6), secretaries
governments (halaman 6), electricity (halaman 115), arithmetic (halaman 117),
commission (halaman 165).

Selain daripada penggunaan kata pinjaman Bahasa Inggeris terdapat juga


penggunan kata pinjaman bahasa Arab dalam penulisan karyanya, misalnya
perkataan syaaban (halaman 1), khatib ( halaman 4 ), sayid (halaman 35) dan
banyak lagi.

5.0 Kesimpulan
5.1` Penutup

Abdullah Munsyi menggunakan bentuk laporan dalam membina karya-karyanya. Dia


melaporkan apa saja yang terjadi pada dirinya, yang dilihat dan dialami. Walau
bagaimanpun, dia bukanlah seperti wartawan kerana dia juga mengemukakan
cadangan dan nasihat dalam karya-karyanya. Bentuk penulisan kritikan juga terlihat
dalam karyanya terutama kritik terhadap raja-raja Melayu. Seperti karya cereka,
Abdullah juga menggunakan dialog dalam penceritaan di samping diksi watakwatak bagi menyampaikan maksud atau persoalan yang dikemukakan.

Diteliti karya-karya Abdullah Munsyi, dapat dibuat kesimpulan bahawa Abdullah


telah jauh meninggalkan bentuk penulisan sastera lama. Ini tergambar pada
persoalan atau tema yang dikemukakan, pada plot cerita, perwatakan, latar cerita
dan sudut pandangan. Hanya gaya bahasa yang masih kekal seperti gaya bahasa
sastera lama. Buah tangannya ini boleh dijadikan bahan rujukan dan bahan
dokumentasi yang penting.

Bahasa Melayu Klasik- Hikayat Abdullah


1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Zaman pengunaan bahasa Melayu Klasik melingkungi zaman antara abad ke 14 hingga abad ke
19 Masihi. Zaman permulaannya ditandai dengan prasasti Terengganu ( Batu Besurat
Terengganu ) yang bertarikh pada 702 H. bersamaan dengan tahun 1303 M. Zaman bahasa
Melayu klasik menempuh kemajuan yang pesat berbanding dengan zaman bahasa Melayu kuno.
Pada masa ini perkembangan ilmu pengetahuan dan kegiatan intelektual dalam bahasa Melayu
mencapai tahap yang tinggi. Pada akhir abad yang ke-16 M, umpamanya, sudah lahir hasil-hasil
karya falsafah tasawwuf dalam bahasa Melayu. Bahkan pada awal abad ilmu-ilmu agama yang
lain khususnya seperti polemik yang dilakukan oleh Hamzah Fansuri, Syamsudin Pasai, Nurudin
Al-Raniri dan Abdul Rauf Singkel. Kelahiran hasil-hasil karya yang bersifat intelektual ini
berpunca daripada pengaruh Islam yang meresap ke dalam bahasa dan budaya Melayu.
Banyak hasil karya yang berbahasa Melayu yang bersifat falsafah dan agama setelah wujud
pengaruh Islam. Dari sejak itu perkembangan ilmu pengetahuan terutama tentang agama dan
pentadbiran begitu pesat berkembang dalam bahasa Melayu. Lantara itulah maka bahasa Melayu
telah menjadi bahasa utama di Asia Tenggara untuk urusan pengembangan agama Islam bahkan
ia menjadi salah satu di antara enam bahasa dunia Islam iaitu Arab, Farsi, Turki, Inggeris dan
Hindi.
1.2 Definisi Bahasa Melayu Klasik Mengikut Pendapat Sarjana
Istilah Klasik merangkumi makna lama, tradisional dan klasik itu sendiri. Menurut Holman :
. Belonging to established tradition; used especially to designate the
Literature or culture of Greece and Roman or later literature which partakes
of its qualities it may mean literature that has gained a lasting recognition,
or it may mean literature that exhibits the qualities of classicism. When it is
used to describe the attributes of a literary work it usually impies objectivity
in the choice and handling of the theme, simplicity of style, clarity, restraint,
and formal structure.
( Holman 1972: 99 )
1.3 Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik
Terdapat beberapa ciri khusus bahasa Melayu klasik. Antaranya adalah seperti berikut ;
Menggunakan tulisan Jawi. Tulisan atau aksara ini dipinjam
daripada bahasa Arab, kemudian ditambah dengan huruf baru seperti pa ( ), nga ( ) , ga ( ) ,
nya ( ) dan ca ( ) .
Bahasa Melayu klasik telah menerima beberapa fonem Arab : kh ( ) seperti Khamis, Z ( )
seperti pada zakat, Sy ( ) seperti pada syarat dan lain-lain.
Bahasa Melayu klasik telah menerima pelbagai jenis kosa kata Arab dan Parsi dalam pelbagai
bidang bahasa seperti dalam bidang ilmu kegamaan, undang-undang, kesusasteraan,
pemerintahan dan pentadbiran, perubatan, falsafah, tasawuf dan kata-kata umum unstuk bahasa

umum.
Sebelum wujud sistem ejaan Jawi pengaruh Melayu, sistem ejaan Arab yang digunakan itu
dengan menggunakan tanda-tanda baris. Contohnya seperti;
( maka )

( dia )
Kemudian tanda-tanda baris itu dihilangkan menjadi;
( maka )
)dia )
Setelah itu baru timbul sistem ejaan pengaruh Melayu. Sistem ini mengandungi dua tahap. Tahap
pertama dengan membubuh huruf saksi ( vokal) dan tahap kedua dengan membubuh huruf saksi
( vokal ) pada kedua-dua suku kata.
Frasa dan ayat pengaruh Arab terutamanya dalam kitab-kitab klasik Melayu seperti frasa
Ketahuilah olehmu atau pada ayat Sunat berbuka atas tamar dan lain-lain. Frasa dan ayat
bentuk ini wujud hasil daripada terjemahan harfih daripada teks-teks bahasa Arab.
Unsur-unsur falsafah Islam wujud dalam beberapa banyak tulisan Melayu seperti dalam
bidang Ilmu Kalam, Tasawuf, Ilmu Aqaid al-Iman dan lain-lain. Ini berbeza dengn bahasa
Melayu zaman kuno atau Hindu.
Beberapa genre sastera Islam mula meresap ke dalam bahasa Melayu seperti syair, nazam,
rubai, tasmil, ibarat dan lain-lain.
Pengaruh kesusteraan Islam terutamanya dari Arab dan Farsi banyak didapati dalam zaman
bahasa Melayu klasik seperti cerita-cerita Nabi dan para sahabat, sastera agama, sastera sejarah,
sastera undang-undang dan pemerintahan dan lain-lain.
1.4
1.5 Peranan Bahasa Melayu Klasik
Selain daripada mempunyai ciri-ciri tertentu seperti di atas bahasa Melayu Klasik juga memberi
sumbagan pada zaman kegemilangannya. Antaranya ialah;
i. Kebudayaan
- untuk memperkembangkan sesuatu kebudayaan yang
dimiliki oleh sesuatu bangsa.
ii. Peranan Kemasyarakatan
- sebagai lambang jati diri bangsa dan sebagai alat penyatuan sesuatu bangsa atau kaum.
iii. Pendidikan
- sebagai alat untuk pengajaran, panduan dan tatacara.
- sebagai alat untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang agama, kesusesteraan
dan perundangan.
2.0 KARYA YANG DIPILIH DAN BIODATA PENULISNYA.
2.1 Hikayat Abdullah

Abdullah Bin Abdul Kadir Munsyi dapat dianggap sebagai bapa kesusasteraan Melayu moden,
berdasarkan karya-karyanya yang terkenal, iaitu Syair Singapura Terbakar (1830), Kisah
Pelayaran Abdullah, Hikayat Abdullah (1849), Dewa-ul-kulub (1883), dan Kisah Pelayaran
Abdullah ke Judah (1920). Beliau membawa perubahan dalam tema, plot, latar cerita, dan sudut
pandangan, yang ketara perbezaannya dengan karya-karya sastera sebelumnya, walaupun masih
dalam gaya bahasa lama.
Abdullah dilahirkan pada tahun 1796 di kampong Pali, Melaka daripada keluarga India Muslim
keturunan Arab. Sejak kecil lagi Munsyi ini memperlihatkan keistimewaannya sebagai pelajar
yang bijak dan gigih mencari ilmu. Beliau mempunyai minat yang mendalam mempelajari
pelbagai bahasa selain bahasa Melayu. Beliau dilantik menjadi jurutulis dan penterjemah kepada
Raffles dan pembesar-pembesar Inggeris, menyebabkan hubungannya begitu rapat dan mesra
dengan orang-orang Inggeris. Keadaan ini mempengaruhi pemikiran dan tindakannya.
Abdullah seorang pemerhati yang teliti terhadap keadaan zamannya. Kritikannya kepada orang
Melayu melalui karya-karyanya terasa sangat pedas. Beliau begitu lantang mengkritik sikap rajaraja Melayu. Beliau mencuba membuka pemikiran orang Melayu ke arah kebaikan dan kemajuan
secara membandingkannya dengan orang Inggeris. Sikap berat sebelah inilah yang sering
dipersoalkan dalam perbincangan mengenai ketokohannya.
Abdullah Munsyi meninggal dunia di Jeddah pada tahun 1854 dalam perjalanannya menunai
fardhu haji.
3.0 ANALISIS KANDUNGAN KARYA [ASPEK BUDAYA DAN KEMASYARAKATAN]
Karangan Abdullah jauh berbeza dengan karangan orang yang terdahulu daripadanya atau
sezaman dengannya seperti Thufatan-Nafis (1865) karangan Raja Ali Haji yang berkisar tentang
raja-raja.
Pendeta Zaba dalam karangannya Moden Development menyatakan bahawa kesusasteraan
Melayu moden bermula dengan Abdullah bin Abdul Kadir ( Hassan, 1988:236). Kenyataan ini
didasarkan daripada karya-karya Abdullah yang tidak lagi menulis tentang dongeng, alam ghaib
dan ajaib. Gagasan utama dalam karya-karyanya ditimba daripada pengamatan, pengalaman dan
pengetahuan. Dengan pemikiran yang kritis semuanya diolah hingga menjadi karya autobiografi
yang penting. Karyanya dicipta sendiri untuk dinikmati oleh masyarakat. Ini adalah ciri sastera
baru yang bersifat individualistik.
Dalam karya autobiografinya memang terlihat ciri-ciri sastera moden seperti intelek, emosi,
imiginasi, dan teknik. Sehubungan dengan itu Zuber Usman (1966:9) menyebut;
Abdullah ialah pemgarang Melayu yang mula-mula keluar dari kebiasaan lama, yang melanggar
dan memetahkan tradisi yang sudah turun-temurun, yang memelingkan penanya dari
menceritakan kisah-kisah yang ghaib-ghaib atau khayal ke dunia kenyataan.
Sesebuah karya bukan hanya sebagai bahan hiburan, tetapi juga sebagai bahan untuk pembaca
merenung dan memikir serta mendapatkan panduan dan pengetahuan daripadanya. Pemikiran
yang menyentuh soal-soal masyarakat, agama, politik, ekonomi dan moral ditimbulkan dan
karya-karya Abdullah Munsyi banyak menyentuh hal-hal tersebut. Contohnya pada halaman 119
Hikayat Abdullah yang menjelaskan sikap masyarakat Melayu terhadap bahasa Inggeris pada
waktu itu;

Bermula maka adalah telah berpuluh-puluh kali aku ini disuruhkan oleh tuan-tuan itu memanggil
dan mencari anak-anak Melayu, supaya boleh ia belajar dan mengetahui membaca dan menulis,
baik bahasa Melayu baik bahasa Inggeris, maka oleh sebab bodohnya dan sangka mereka itu
nanti dimasukkan Inggeris, tiadalah ia mau datang, kerana fikiran mereka itu, dengan kekerasan
nanti ditangkap dimasukkan Inggeris: maka beberapa kali sudah aku ingatkan akan mereka itu,
serta memberitahu aku mereka itu, Bahawa sekali-kali tiada Inggeris itu hendak memasukkan
seseorang kedalam agamanya kalau yang empunya diri tiada suka; melainkan supaya kamu boleh
belajar dan mengetahui bahasa kamu dan bahasa Inggeris kelak, nanti dibelakang bnyak
gunanya.
Selain daripada contoh diatas dalam buku yang sama halaman 348, Abdullah membuat
kesimpulan bahawa adat yang diamalkan orang Melayu dikatakan tidak cerdik dan tidak
menambah ilmu kerana tidak mahu membuang karut-marut.
Berbeza dengan adat-adat yang diamalkan orang-orang bukan Melayu yang ditemui semasa
belayar ke Judah. Dia hanya menyebut adapt itu tanpa memberi sebarang kritikan. Seperti
kebiasaan yang dilihatnya (Kassim, (peny.) 1960):
Maka adalah yang pertama menjadikan ajaib kepadaku sebab melihatkan adap orang dalam
negeri itu, tiadalah menjadi aib bagi mereka itu segala perampuan beratus-ratus dan beribu-ribu
semuanya bertelanjang, yakni dengan tiada memakai baju sekali-kali, kuntal-kantil sahaja
susunya, baik yang muda yang tua; iaitu semuanya perampuan Hindu.
Dia tidak mengkritik perbuatan tersebut, hanya menceritakan apa yang dilihatnya. Dalam buku
yang sama pada halaman 141 pula disebutkan;
Maka adalah adat negeri itu terlalu aib, iaitu tiada berjamban; semua orang pergi buang air ketepi
laut berbnjar-banjar duduk dengan tiada bermalu seorang dengan seorang.
Abdullah membuat sedikit ulasan bahawa adat ini sesuatu yang aib dan memalukan. Walaupun
persoalan mengutuk dan menganggap bodoh adat dan kepercayaan orang Melayu tidak banyak
dikemukakan tetapi ia memberi kesan yang jelas kepada pembaca.
Tidak dapat dinafikan bahawa kemajuan-kemajuan barat telah meresap ke dalam diri Abdullah
lantas membuatkan dia mencela budaya Melayu. Oleh itu dalam karyanya perbandingan antara
timur dan barat adalah menjadi persoalan yang penting dan secara tidak lansung mendedahkan
kemunduran-kemunduran orang-orang Melayu, antara lain disebabkan oleh kepercayaan dan
budaya yang terdapat dalam masyarakat Melayu itu sendiri.
4.0 ASPEK BAHASA DAN TULISAN
i. Jenis Aksara
Dalam memperkatakan bahasa Melayu Klasik ini tidak dapat seseorang itu mengimbas kembali
teks Melayu lama yang tertulis dalam bentuk puisi, prosa, surat perdagangan, surat perjanjian,
batu bersurat, batu nisan dan sebagainya. Dalam melihat pada sudut aksara dan sistem ejaan yang
digunakan dalam penulisan karya Hikayat Abdullah pengkaji hanya dapat berpegang kepada ciriciri khusus bahasa Melayu klasik iaitu menggunakan tulisan Jawi. Tulisan atau aksara ini
dipinjam daripada bahasa Arab, kemudian ditambah dengan huruf baru seperti pa ( ), nga ( ) ,

ga ( ) , nya ( ) dan ca ( ) .Ini beerti tulisan tersebut mesih dalam bentuk asalnya dengan
menggunakan tulisan dan sistem ejaan Jawi. Berikut adalah beberapa contoh aksara yang
digunakan dalam penulisan karya Hikayat Abdullah.
ii. Sistem Ejaan
Sebelum wujud sistem ejaan Jawi pengaruh Melayu, sistem ejaan Arab yang digunakan itu
dengan menggunakan tanda-tanda baris. Contohnya seperti;
( maka)

( dia )
Kemudian tanda-tanda baris itu dihilangkan menjadi;
( maka )
)dia )
Setelah itu baru timbul sistem ejaan pengaruh Melayu. Sistem ini mengandungi dua tahap. Tahap
pertama dengan membubuh huruf saksi ( vokal) dan tahap kedua dengan membubuh huruf saksi
( vokal ) pada kedua-dua suku kata.
Daripada beberapa contoh aksara asal Hikayat Abdullah diatas dapat dilihat beliau tidak
menggunkan tanda-tanda baris pada tulisannya.
4.1 Aspek bahasa
i. Morfologi
Morfologi adalah bidang yang mengkaji proses pembentukan kata-kata dalam sesuatu bahasa. Ia
meliputi penggolongan perkataan atau kata-kata dalam sesuatu bahasa. Sebagai contohnya dari
aspek imbuhan, penulisan karya Hikayat Abdullah telahpun menggunakan imbukan meN-. Hal
ini dapat diperhatihan pada petikan karya Hikayat Abdullah seperti dibawah;
Contoh 1
Maka jawabnya, Tuan, sahayalah cakap membawa jalan kepada susunan itu, akan tetapi tuan
sekarang ada penuh kapal-kapal Inggeris pada segenap jajahan tanah Jawa itu menjaga, tiadalah
boleh masuk dan keluar barang perahu atau kapal keci; dan lagi pula Holanda itu pun terlalu
keras kawalnya, serta dengan cemburunya.
( halaman 69)
Contoh 2
Bermula maka adalah telah berpuluh-puluh kali aku ini disuruhkan oleh tuan-tuan itu memanggil
dan mencari anak-anak Melayu, supaya boleh ia belajar dan mengetahui membaca dan menulis,
baik bahasa Melayu baik bahasa Inggeris, maka oleh sebab bodohnya dan sangka mereka itu
nanti dimasukkan Inggeris, tiadalah ia mau datang, kerana fikiran mereka itu, dengan kekerasan
nanti ditangkap dimasukkan Inggeris: maka beberapa kali sudah aku ingatkan akan mereka itu,
serta memberitahu aku mereka itu, Bahawa sekali-kali tiada Inggeris itu hendak memasukkan
seseorang kedalam agamanya kalau yang empunya diri tiada suka; melainkan supaya kamu boleh
belajar dan mengetahui bahasa kamu dan bahasa Inggeris kelak, nanti dibelakang bnyak
gunanya. (Halaman 119)
Selaian daripada aspek penggunaan imbuhan meN-, banyak lagi aspek morfologi yang terdapat
dalam penulisan karya Hiakayat Abdullah.
ii. Sintaksis
Daripada pemerhatian yang dibuat adakalanya Abdullah gemar menggunakan ayat yang panjangpanjang dan menyulitkan pembaca untuk memahaminya. Ayat-ayat daripada hikayatnya ini boleh
dijadikan contoh;

Contoh 1
Maka jikalau sekiranya tiada suluh itu tanganku, dan cermin mata itu kupakai, nescaya banyak
kali sudah aku terperosok ke dalam limbah dan parit yang penuh pada tiap-tiap lorong dan jalan;
seperti kecuali kebanyakan kelakuan orang yang tiada memegang suluh itu terperosok ia kesana
ke mari, jatuh bangun coreng-coreng berlumur dengan Lumpur dan orang, dan patah riuk kaki
tangannya di hadapanku.
( halaman 16)
Contoh 2
Maka jawabnya, Tuan, sahayalah cakap membawa jalan kepada susunan itu, akan tetapi tuan
sekarang ada penuh kapal-kapal Inggeris pada segenap jajahan tanah Jawa itu menjaga, tiadalah
boleh masuk dan keluar barang perahu atau kapal keci; dan lagi pula Holanda itu pun terlalu
keras kawalnya, serta dengan cemburunya.
( halaman 69)
Ayat-ayat yang panjang begini mengganggu pemahaman pembaca kerana ada watunya pembaca
terpaksa mengulangi pembacaan. Jelas dari segi bahasa (ayat) Abdullah masih lagi tidak
membawa apa-apa pembaharuan.
iii. Semantik
Secara umum kita berpendapat bahawa makna sesuatu bahasa akan mudah difahami apabila
dalam bentuk ayat. Andaian ini tidak selamanya tepat kerana kehadiran ayat yang dibina
daripada kata dan kelompok kata, dan tidak semuanya hanya memiliki satu makna. Dalam
bahasa Melayu seringkali apa yang kita ucapkan atau tuliskan tidak serupa dengan pa yang
dimaksudkan.
Dapat diperhatikan dalam karya Hikayat Abdullah maksud atau pun perkara yang disampaikan
melalui makna tersurat. Makna tersurat yang dimaksudkan ialah makna yang diperolehi sematamata daripada makna yang tertulis atau makna yang diujarkan sahaja. Dimana dalam
penulisannya banyak menyatakan terus atau secara lansung apa yang hendak disampaikan
kepada masyarakat Melayu ketika itu. Umpamanya ;
Bermula maka adalah telah berpuluh-puluh kali aku ini disuruhkan oleh tuan-tuan itu memanggil
dan mencari anak-anak Melayu, supaya boleh ia belajar dan mengetahui membaca dan menulis,
baik bahasa Melayu baik bahasa Inggeris, maka oleh sebab bodohnya dan sangka mereka itu
nanti dimasukkan Inggeris, tiadalah ia mau datang, kerana fikiran mereka itu, dengan kekerasan
nanti ditangkap dimasukkan Inggeris: maka beberapa kali sudah aku ingatkan akan mereka itu,
serta memberitahu aku mereka itu, Bahawa sekali-kali tiada Inggeris itu hendak memasukkan
seseorang kedalam agamanya kalau yang empunya diri tiada suka; melainkan supaya kamu boleh
belajar dan mengetahui bahasa kamu dan bahasa Inggeris kelak, nanti dibelakang bnyak
gunanya.
Dari contoh diatas perkara pokok disampaikan secara terus tanpa menggunakan sebarang
simbolik ataupun kiasan.
iv. Kosa Kata
a) Kata asli
Sebagai karya di peringkat awal, Abdullah masih tidak dapat melepaskan penggunaan kata asli

dalam tulisannya. Bukan sahaja bahasa yang digunakan itu bahasa lama tetapi struktur ayatnya
juga masih seperti cerita hikayat. Sebagai contoh dalam Hikayat Abdullah pada halaman 9 dan
10;
Maka beberapa lamanya dalam hal yang sedemikian, maka datanglah seorang orang Arab Syaid
yang bernama Habib Abdullah, bangsanya Haddad, maka adalah ia itu aulia, mak sangatlah
dipermulia orang akan dia dalam Melaka; maka segala laki-laki dan perampuan pun pergilah
berguru kepadanya darihal perkara agama Islam. Maka bondaku juga tiada pergi, sentiasa duduk
menangis terkenangkan anak-anaknya yang mati itu. Maka adalah rumahku itu berhadapan
dengan rumah tempat tuan itu tinggal; maka disuruhnya panggil bapaku, diperiksanya akan hal
bondaku itu duduk menangis-nangis. Maka oleh bapaku segala hal anak-anaknya habis mati itu;
maka kata tuan itu, Baiklah, pergi engkau katakan kepada isterimu janganlah ia menangis,
insya-Allah nanti diberi Allah kepadanya seorang anak laki-laki; maka apabila beranak kelak,
engkau namakan dengan namaku. Maka pulanglah bapaku serta mengatakan kepada bondaku
akan segala perkataan tuan itu; maka bondaku pun berhentilah daripada menangis dan dukacita.
Struktur ayat lama ini dikutkan lagi dengan penggunan kata-kata asli seperti maka, beberapa
lamanya, maka adalah, akan dia dan maka apabila. Dalam Hikayat Abdullah banyak
terdapat kata nasihat. Hal ini menunjukkan bahwa Abdullah masih terikut-ikut struktur penulisan
sastera lama. Begitu juga apabila dia menggunakan pentun dan syair dalam karyanya.
Penggunaan perkataan hikayat itu sendiri membayangkan bahawa Abdullah masih cenderung
meneruskan tradisi penulisan lama.
b) Kata pinjaman
Daripada penelitian yang dibuat dalam penghasilan karya-karya Abdullah Munsyi banyak
menggunakan kata pinjaman Bahasa Inggeris, misalnya dalam Hikayat Abdullah digunakan diksi
character (halaman 5), enjineer (halaman 6), secretaries governments (halaman 6), electricity
(halaman 115), arithmetic (halaman 117), commission (halaman 165).
Selain daripada penggunaan kata pinjaman Bahasa Inggeris terdapat juga penggunan kata
pinjaman bahasa Arab dalam penulisan karyanya, misalnya perkataan syaaban (halaman 1),
khatib ( halaman 4 ), sayid (halaman 35) dan banyak lagi.
5.0 Kesimpulan
5.1` Penutup
Abdullah Munsyi menggunakan bentuk laporan dalam membina karya-karyanya. Dia
melaporkan apa saja yang terjadi pada dirinya, yang dilihat dan dialami. Walau bagaimanpun, dia
bukanlah seperti wartawan kerana dia juga mengemukakan cadangan dan nasihat dalam karyakaryanya. Bentuk penulisan kritikan juga terlihat dalam karyanya terutama kritik terhadap rajaraja Melayu. Seperti karya cereka, Abdullah juga menggunakan dialog dalam penceritaan di
samping diksi watak-watak bagi menyampaikan maksud atau persoalan yang dikemukakan.
Diteliti karya-karya Abdullah Munsyi, dapat dibuat kesimpulan bahawa Abdullah telah jauh
meninggalkan bentuk penulisan sastera lama. Ini tergambar pada persoalan atau tema yang
dikemukakan, pada plot cerita, perwatakan, latar cerita dan sudut pandangan. Hanya gaya bahasa
yang masih kekal seperti gaya bahasa sastera lama. Buah tangannya ini boleh dijadikan bahan
rujukan dan bahan dokumentasi yang penting.

Penggunaan Bahasa Melayu Abdullah Munsyi Yang


Menimbulkan Rasa Kurang Senang Orang Melayu
Catatan Abdullah Kadir Munsyi tentang perihal orang-orang Melayu dalam karya beliau dalam
Hikayat Pelayaran Abdullah kurang disenangi oleh orang-orang Melayu adalah kritikan terhadap
orang-orang patai timur. Malah ada yang mengganggap Abdullah merupakan tali barut Inggeris
yang sengaja memperlekeh dan merendah-rendahkan kemampuan orang Melayu. Penggunaan
bahasa Melayu yang digunakan oleh Abdullah Kadir Munsyi sehingga menimbulkan rasa
kurang senang dikalangan orang-orang Melayu tersebut adalah seperti berikut :
i. Bahasa kesat
Penulis menggunakan bahasa kesat seperti malas, lalai, adat bodoh dan jahat dalam
penulisannya. Ini kerana penulis melihat orang-orang di pantai timur hidup dalam keadaan daif,
miskin, berpakaian compang-camping menyebabkan penulis mentafsirkan bahawa mereka ini
malas serta lalai dalam mencari rezeki sehingga mengakibatkan kehidupan mereka masih di
takuk lama. Selain itu, penulis menyatakan bahawa lelaki-lelaki di situ semuanya malas kerana
yang keluar mencari nafkah manakala orang-orang lelaki leka membaiki senjata, bersabung
ayam, berjudi serta berhibur di malam hari.
ii. Bahasa Melayu
Sejak kedatangan Islam, hampir semua penduduk tanah Melayu telah memeluk Islam.
Ditambah lagi dengan adanya bukti Batu Bersurat di Terengganu. Penulis menyatakan bahawa
masyarakat Melayu ini sejak kecil hingga dewasa telah mempelajari al-Quran, namun
kandungannya tidak difahami. Dalam kalangan masyarakat, mereka tidak menuturkan bahasa
Arab tetapi menuturkan bahasa Melayu dalam perbualan hariannya. Masyarakat tidak berusaha
untuk mencari seorang guru bagi membimbing mereka membaca, menulis dan mengarang
kitab-kitab sebagai panduan hidup masyarakat lain.
iii. Sikap anak-anak raja
Penulis menggambarkan bahawa anak-anak raja di sana sering membuat onar dimana juga
mereka berada bersama-sama rakan-rakan mereka yang bilangannya agak ramai selain
daripada kehidupan mereka yang selalu berjudi, mengutip cukai pada rakyat jelata serta
menyabung ayam. Tambahan pula, mereka sering membuat kacau di sekitar negeri serta di
rumah-rumah rakyat jelata menyebabkan mereka yang takut dibunuh oleh anak-anak raja itu
lalu tunduk menyembah mengabdikan diri menjadi hamba sahayanya. Maka, hamba tersebut
serta seisi keluarga juga akan menjadi hamba kepada raja buat selamanya. Mereka juga
sesuka hati melarikan anak-anak dara yang cantik-cantik yang ada di daerah itu untuk dijadikan
hambanya di istana.

iv. Tidak berpelajaran


Penulis menceritakan bahawa kelemahan Kerajaan Melayu pada masa itu terjadi kerana
bermulanya sikap-sikap anak-anak raja yang teramat jahat. Anak-anak raja ini tidak
menunjukkan contoh teladan yang baik kepada rakyat jelata kerana mereka banyak
menghabiskan masa hanya dengan menyabung ayam dan berjudi sedangkan seharusnya
mereka menimba sebanyak ilmu yang perlu kerana mereka akan menjadi contoh kepada rakyat
jelata. Penulis mengibaratkan bahawa sistem pemerintahan kerajaan ini kelak akan sama
keadaannya seperti di gelanggang sabung ayam.
v. Tempat tinggal
Semasa penulis berjalan melalui rumah-rumah orang Melayu di tepi pantai, penulis melihat
keadaan rumah-rumah mereka. Mereka menjadikan kawasan bawah rumah mereka sebagai
tempat takungan najis serta tempat pengumpulan sampah-sarap sehinggakan penulis terpaksa
menutup hidung ketika melalui kawasan tersebut. Sesungguhnya Allah telah menyuruh kita
menjauhi tempat-tempat dan bau-bau yang sebegitu daripada tempat kediaman kita keran disitu
bermulanya penyakit-penyakit yang akan memudaratkan manusia itu sendiri. Namun begitu,
itulah tempat dan bau-bauan yang disukai orang Melayu sehinggakan mereka tidak
menghiraukan keadaan dibawah rumah mereka. Malah, mereka tidak berusaha untuk
membersihkan kawasan persekitaran rumah serta membakar sampah-sarap di kawasan
kampung mereka. Penduduk di situ mendirikan pondok-pondok buruk yan tidak sesuai dijadikan
tempat tinggal. Mereka beranggapan bahawa kehidupan mereka sudah memadai dan
bertepatan dengan pepatah Melayu rezeki secupak tidak akan menjadi segantang.

Antara penggunaan bahasa Melayu yang menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan orangorang Melayu ialah:
1. Mengkritik golongan bangsawan atau raja
Abdullah telah mengkritik golongan bangsawan atau raja di dalam karyanya kerana beliau menyifatkan
sistem kerajaan yang diamalkan akan memudaratkan masyarakat Melayu. Ini menjadi halangan kepada
peningkatan gejala sosial orang Melayu. Sultan Melayu dianggap sebagai seorang yang mementingkan
diri sendiri dan seorang yang zalim kerana kehendak mereka tidak boleh dilarang jika tidak buruk
padahnya. Ketidakadilan raja-raja Melayu pada ketika itu telah menyekat perkembangan minda dan
pembelajaran orang-orang Melayu. Orang-orang Melayu bukan sahaja tidak dijaga sebagai rakyat
malah diperlakukan seperti haiwan. Orang-orang Melayu sentiasa berada di dalam ketakutan dan
teraniaya dengan tamak haloba raja-raja. Beliau juga menyifatkan betapa hodoh dan bodohnya raja-raja
Melayu pada ketika itu seperti gambaran tentang Sultan Hussin yang dikatakan seorang yang gemuk
dan kuat makan.
2. Kekesalan terhadap sikap orang Melayu yang tidak mahu mempelajari bahasa sendiri.

Pandangan Abdullah Munsyi adalah hasil pergaulannya beliau dengan orang-orang Inggeris di negerinegeri selat. Abdullah dapat melihat perbezaan sikap orang Inggeris dan juga orang Melayu. Menurut
pandangan beliau, orang-orang Melayu harus mempelajari bahasanya sendiri untuk memperoleh
kepandaian agar setaraf dengan bangsa lain yang mempelajari bahasa masing-masing. Ini sebagai
kesedaran kepada bangsa Melayu terhadap peri pentingnya mempelajari bahasa sendiri sebagai
lambang bmaruah dan tamadun bangsa. Di dalam karyanya ada menyatakan beliau merasa hairan
dengan sikap orang Melayu yang tidak sedar akan diri mereka. Mereka masih tinggal dalam kebodohan
mereka kerana tidak mempunyai tempat untuk belajar bahasanya. Mustahil pada akal, adakah orang
yang tidak belajar akan pandai dengan sendirinya? Semua bangsa dalam dunia ini belajar bahasa
masing-masing melainkan orang Melayu.
3. Sikap dan pemikiran terhadap cara hidup orang Melayu
Di dalam karya pelayaran juga turut mencetuskan pandangan terhadap cara hidup orang Melayu. beliau
beranggapan bahawa orang Melayu bermalas-malasan, pengotor dan lalai. Menurutnya rumah-rumah
orang Melayu berselerak, dipenuhi sampah dan kotor malah berbau busuk. Sehingga beliau
menyatakan harimau juga boleh tinggal bersama orang Melayu. Ini menggambarkan suasana rumah
orang melayu pada ketika itu. Beliau juga mendedahkan kemiskinan orang Melayu. Selain itu juga sikap
orang Melayu kelantan ketika pelayarannya menyatakan mereka ini tidak mementingkan kebersihan,
suka berjudi, tidak berilmu pengetahuan. Beliau turut memuji golongan perempuan kalantan yang rajin
bekerja dan mengkritik golongan lelaki yang hanya goyang kaki melepak di kedai kopi. Sikap malas
orang Melayu juga menyebabkan banyak tanah-tanah milik orang Melayu terbiar dan musnah.
4. Mengkritik jenis makanan orang Melayu.
Dalam aspek pemakanan orang Melayu beliau begitu sinis dengan mengatakan perbezaan jenis
makanan yang disukai oleh orang Melayu dan orang Inggeris. Orang Inggeris lebih gemar makan
daging dan minyak sapi manakala orang Melayu suka makanan yang busuk seperti tempoyak, petai
dan jering. Beliau beranggapan bahawa makanan orang Melayu ini kotor dan berbau.

5. Mengkrtik terhadap kepercayaan orang Melayu


Abdullah Munsyi tidak bersetuju dengan kepercayaan orang Melayu yang terlalu percaya kepada
perkara-perkara yang tahyul. Beliau beranggapan perkara itu karut dan kolot. Ia tidak sewajarnya diikuti
kerana kepercayaan itu akan menjadi halangan untuk kemajuan bangsa Melayu. Orang Melayu juga
turut terikat dengan perkara-perkara tahyul dan tidak dapat bergerak dengan bebas. Ini dapat dilihat
melalui penentangannya terhadap adat menjual anak yang diamalkan oleh orang Melayu pada ketika
itu.
6. Pemikirannya terhadap orang-orang Inggeris/ barat.
Abdullah Munsyi amat mengagumi orang-orang Inggeris yang dikatakan membawa pengetahuan dan
kemajuan. Sikap rajin dan keilmuan orang Inggeris menjadi perhatian beliau. Beliau turut memuji Sir
Stamford Raffles yang dikatakan mempunyai keperibadian mulia yang tidak ada pada pembesar
Melayu. Malah beliau turut menggambarkan raja-raja Melayu sebagai tidak berilmu dan sering berebut
kuasa. Ini sangat menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu pada ketika itu. Sindiran yang sangat
pedas terhadap orang-orang Melayu dan juga Raja-raja Melayu. Jika difikirkan beliau telah memberi
sindiran yang bernas kerana akibat kebodohan serta perebutan kuasa Raja-raja Melayu telah
memudaratkan rakyat. Jadi akibat daripada peperangan dan gila kuasa itu telah menjadikan Tanah

Melayu dengan mudah dijajah oleh kuasa-kuasa Eropah.


Kesimpulannya, Munsyi Abdullah membuat kritikan pedas kerana mahu menegur kelemahan orang
Melayu, sikap malas mereka, kurangnya ilmu pengetahuan dalam kalangan mereka dan cara hidup
orang Melayu. Melalui kritikan beliau dapat memberi kesedaran kepada orang Melayu yang masih lena
dibuai mimpi dan merasakan sudah memadai apa yang mereka ada. Abdullah cuba menerapkan
perubahan dalam masyarakat Melayu dengan cara yang kasar malah beliau dianggap sebagai
melakukan kesalahan besar. Beliau mengharapkan perubahan dalam kehidupan orang-orang Melayu.
Beliau pernah berkata
Jika orang Melayu mahu menjadi bangsa yang besar, orang Melayu mesti mempelajari dan me
melihara secermatnya bahasa Melayu, disamping menerima serta menambah pengetahuan baharu.
Tegasnya, pemikiran Abdullah ini boleh menjadi iktibar untuk orang-orang Melayu membuka minda dan
cara pemikiran mereka.

Sejarah Melayu dan Hikayat Abdullah

Tugasan Empat ; Ulasan Kitab Sulalatus SalatinSulalatus Salatin yang juga dikenali
sebagai Sejarah Melayu merupakan kitab hasilkepengarangan Tun Sri Lanang. Karya ini
menceritakan zaman kesultanan Melayumelaka yang dikatakan dibawa dari Goa. Goa yang
selama ini dianggap di India,sebenarnya merupakan suatu tempat yang terletak di Sulawesi
Indonesia. Karya ini telahdikarang oleh Tun Sri Lanang ketika beliau menjadi Bendahara
Paduka Johor antaratahun 1580 hingga 1615. Tun Sri Lanang telah dilahirkan di Bukit Seluyut,
Johor padatahun 1565. Sulalatus Salatin mengandungi 15 bab. Permulaan bab dibincangkan
dengan juraiketurunan raja Melaka sehingga pembentukan Melaka ataupun sesudah
pembukaanMelaka. Pembahagian perbincangan Sulalatus Salatin terbahagi kepada 2 bahagian
,iaitusebelum pembukaan kota Melaka [ mengandungi 4 bab] dan selepas pembukaan
kotaMelaka [ mengandungi 11 bab ] Karya Sejarah Melayu ini mempunyai banyak versi.
Namun, pembentang padahari tersebut tidak memberitahu secara jelas versi kitab yang dirujuk
mereka untukpembentangan pada hari tersebut. Tiada dijelaskan juga mengenai perbezaan
perbezaanantara versi Kitab Sejarah Melayu yang lain. Berdasarkan pembentangan yang lalu,
dapatsaya rumuskan bahawa karya agung ini mengutarakan pelbagai falsafah dan etika
didalamnya. Pada hari pembentangan, para pembentang telah mengutarakan tujuh
falsafah,iaitu ketaatan kepada pemerintah, keadilan, waad, nilai dan etika, adat, keberanian,
dankekuasaan. Dalam karya ini, falsafah ketaatan dirujuk kepada beberapa orang tokoh
yangdisebut dalam karya ini, antaranya ialah Demang Lebar Daun, Hang Tuah,
BendaharaPaduka Raja, Hang Nadim dan Bendahara Seri Maharaja. Demang Lebar Daun
seorangyang taat apabila membenarkan puterinya berkahwin dengan Seri Tribuana. Hang
Tuahpula terlalu taat kepada sultan sehinggakan rela menerima hukuman bunuh dari sultan 15
16. setelah difitnah berkelakuan sumbang dengan dayang. Hang Tuah rela dihukum
biarpunbeliau tidak bersalah. Baginda Paduka Raja dikatakan taat kepada sultan apabila akur

dan tidakmemprotes apabila anaknya, Tun Besar dibunuh oleh anak sultan apabila bola
sepakraganya terkena destar anakanda sultan lalu terjatuh ke tanah. Berpegang kepada
prinsipadat Melayu tidak perbah derhaka maka Baginda Paduka Raja menerima
perkaratersebut meskipun anaknya mati dibunuh. Kesimpulan yang dapat dibuat dari falsafah
ketaatan ini, konsep ketaatan yangdiamalkan terlalu keterlaluan dan terlalu mengagung
agungkan sultan biarpun tindakansultan tersebut adalah salah dan melampau. Namun, saya
berasa agak keliru keranaBaginda Seri Maharaja dikatakan seorang yang taat kepada sultan.
Hal ini kerana,keengganan beliau mempersembahkan puterinya kepada Sultan Mahmud
telahmenunjukkan ciri penderhakaan kepada sultan. Bendahara Seri Maharaja berpeluanguntuk
membantah hukuman bunuh yang dijatuhkan ke atas beliau sekeluarga. Beliauketika itu dalam
posisi sangat kukuh dari segi politik dan ekonomi sebaliknya beliaumelarang para pengikutnya
daripada memberontak. Mungkin peristiwa ini menabalkanbeliau sebagai seorang yang taat
kepada sultan. Falsafah kedua yang dibentangkan adalah Waad. Waad merupakan kontrak
sosialdi antara Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba. Jika waad ini dilanggar, maka
pelbagaibencana akan menimpa seperti menghidapi penyakit kerdal. Oleh itu, wujudnya
perkaratulah dan daulat. Saya melihat waad ini sebagai suatu kontrak atau perjanjian di
antaragolongan pemerintah dan rakyat. Terkandung pelbagai perjanjian yang bertimbal
balik.Contohnya, rakyat tidak boleh menderhaka kepada raja dan raja juga tidak
bolehmenzalimi rakyat. Rakyat tidak boleh menderhaka dan perlu taat kepada raja. Perjanjianini
dapat membuatkan rakyat tunduk patuh kepada raja da sekiranya tidak patuh, merekaakan
ditimpa bencana. 16
17. Falsafah ketiga yang diutarakan ialah falsafah keadilan. Contohnya, SultanMuzaffar
Syah wujudkan undang undang untuk mengelakkan menteri melakukankesilapan. Ganjaran
kepada kesilapan adalah hukuman. Dalam kitab ini, tidak banyakyang ditonjolkan mengenai
sikap raja yang adil. Ketidakadilan raja juga denganberaninya ditonjolkan oleh Tun Sri Lanang.
Beliau patut dipuji kerana tidak hanyamenceritakan kebaikan sahaja, malah turut menceritakan
kezaliman raja terhadap rakyatdan pembesar pembesarnya. Terdapat banyak peristiwa yang
mempamerkanketidakadilan raja. Falsafah keempat yang ditonjolkan telah dalam
pembentangan adalah falsafahadat. Adat merupakan peraturan yang diamalkan sejak turun
temurun. Adat perludipatuhi. Dalam Kitab ini terdapat banyak adat Melayu yang diamalkan oleh
golongandiraja dan golongan rakyat. Ada antaranya masih digunapakai dan ada juga di
antaranyadiubahsuai supaya sesuai dengan peredaran masa. Falsafah kelima yang ditunjukkan
adalah falsafah kekuasaan. Kitab ini terlalubanyak menceritakan kekuasaan raja. Raja sangat
berpengaruh dari segala sudut. Rajaberkuasa menitahkan apa sahaja kepada rakyat da rakyat
perlu menunaikannya jika tidakmahu dihukum. Saya melihat, kuasa raja sebagai kuasa mutlak
terlalu banyak menindasgolongan rakyat. Kandungan kitab ini mempamerkan sikap raja yang
kejam dan sanggupberbuat apa sahaja demi mendapatkan sesuatu. Raja pada zaman dahulu
terlalu berkuasasehingga bertindak zalim di luar batas kemanusiaan. Justeru, tidak hairanlah
mengaparakyat begitu patuh kepada raja biarpun diperlakukan dengan buruk rupa. 17
18. Falsafah keenam yang ditonjolkan dalam pembentangan ialah
keberanian.Keberanian raja merujuk kepada keberaniannya menjajah da mentakluk negeri lain
untukmeluaskan pengaruh jajahannya. Dalam kitab ini, turut diceritakan mengenai
sikapkeberanian yang ditonjolkan oleh golongan rakyat biasa seperti badang. Kitab ini
banyakmenonjolkan ketokohan keberanian Hang Tuah. Hang Tuah digambarkan
sebagaiseseorang yang sangat hebat. Perkara ini seperti sengaja ditonjolkan untuk
menunjukkankehebatan orang Melayu pada waktu tersebut. Falsafah ketujuh yang ditonjolkan
ketika pembentangan adalah nilai dan etika.Etika dan nilai yang digarap dalam kitab ini diwarisi
rakyat. Selain itu, kitab ini jugamenggariskan tugas tugas raja dan pembesar dan peranan
peranan rakyat. Raja jugasebagai bayangan tuhan atau payung kepada rakyat. Justeru, taat
dan setia perluditumpahkan kepada raja sepenuhnya.Kesimpulannya, secara keseluruhan

dapat dilihat betapa karya agung ini bersifat sejagatdan menyeluruh. Namun, terdapat unsur
unsur mitos yang seakan akan tidak masukakal di dalam kitab ini. Kekuasaan yang
ditonjolkan oleh raja secara melampau dan jugakezaliman raja menunjukkan betapa tidak
adilnya raja pada suatu ketika dahulu. Dalamkitab ini juga ditonjolkan secara melampau
ketaatan kepada raja. Justeru, pepatah adatMelayu tidak menderhaka begitu terserap dalam
masyarakat Melayu pada suatu ketikadahulu. 18
19. Tugasan lima : Ulasan Hikayat Abdullah.Hikayat Abdullah merupakan biografi atau
penceritaan pengalaman hidup MunsyiAbdullah atau nama sebenarnya Abdullah Bin Abdul
Kadir. Hikayat ini mengandungisegala hal yang berlaku pada diri Munsyi Abdullah dan
masyarakat selat pada masapemerintahan Inggeris dan peralihan kuasa Inggeris kepada
Belanda di Melaka. Hikayatini merupakan dokumentasi sejarah yang berlatar belakangkan
peristiwa peristiwa yangberlaku pada abad ke -19 yang diceritakan mengikut perspektif beliau
yang hidup padazaman tersebut.. Turut diceritakan dalam hikayat ini mengenai kisah
pembukaanSingapura dan pembangaunannya pada awal abad ke -19. Dalam hikayat ini,
MunsyiAbdullah telah mengkritik gaya hidup da kepercayaan masyarakat yang berbilang
kaumdi Melaka pada masa itu yang terdiri daripada empat kapitan, iaitu Keling, Cina,
Nasrani,dan Melayu. Masyarakat pada zaman tersebut begitu taksub dengan kepercayaan
tahyulterutamanya masyarakat Melayu yang begitu mempercayai penanggal dan
polong.Perkara ini diceritakan dengan teliti tentang asal usul makhluk makhluk ini serta
carauntuk membunuhnya. Dalam hikayat ini, beberapa kali Munsyi Abdullah
menyatakankebencian beliau terhadap kepercayaaan karut-marut masyarakat Melayu pada
ketika itu. Hikayat ini boleh dikatakan sebagai dokumentasi Abdullah. Munsyi Abdullahtelah
telah membawa pembaca bertemu dengan tokoh tokoh sejarah seperti Farquhar,Lord Minto
dan Crawford. Hikayat ini telah menceritakan peribadi mereka mengikutpandangan Munsyi
Abdullah yang berdampingan dengan mereka. Tokoh tokoh inidigambarkan sebagai baik dan
disanjungi oleh Munsyi Abdullah. Pembentang tidakmengulas lebih lanjut apakah kebaikan
kebaikan tokoh yang dilakukan terhadapMunsyi Abdullah sehinggakan tokoh yang kita anggap
mereka jahat tetapi disanjungtinggi oleh Munsyi Abdullah. 19
20. Penceritaan hikayat ini jelas menunjukkan Munsyi Abdullah seorang yang
gigihmenuntut ilmu. Munsyi Abdullah berketurunan peranakan Arab India yang
berjayamenguasai bahasa Melayu , bahasa Tamil, Hindustan, Inggeris dan Cina.
Penguasaanbeberapa bahasa ini menunjukkan kegigihan Munsyi Abdullah mempelajari
bahasa.Munsyi Abdullah juga mengkritik sikap masyarakat Melayu yang malas
mempelajaribahasa Melayu. Perkara ini membuktikan betapa Munsyi Abdullah melakukan
pelbagaikritikan sosial dalam hikayatnya. Dalam pembentangan yang dilakukan, pembentang
telah mengemukakan limafalsafah yang terkandung dalam Hikayat Abdullah, iaitu falsafah
ketuhanan, keadilan,kebenaran dan keindahan. Falsafah ketuhanan yang dibentangkan oleh
pembentangmengenai kebencian karut dan tahyul masyarakat Melayu yang membelakangkan
kuasaAllah S.w.t. Abdullah berfikiran rasional dan realistikdan tidak mempercayai bomoh,dukun
dan pawang. Beliau juga mengkritik kepercayaan orang Melayu yang tidakmempercayai ilmu
falak dan tidak mempercayai bahawa bumi ini bulat. Beliau jugamengkritik orang Melayu yang
mempercayai peristiwa gerhana bulan disebabkan bulandimakan oleh Rauf (ular). Musnsyi
Abdullah menyeru masyarakat supaya memandangsesuatu itu secara rasional dan berpegang
kepada kuasa Allah. Perkara ini membuktikan,daalm karya ini Munsyi Abdullah amat
menekankan aspek ketuhanan dalam karyanya. Falsafah kedua yang dikemukakan oleh
pembentang ialah falsafah keadilan.Falsafah keadilan yang dikemukakan adalah berkaitan
dengan kes Syed Yasin, keskezaliman Sultan, keadilan Farquha yang sedia membantu
golongan bawahan yangkesusahan. Pada hari tersebut, pembentang tidak pula mengutarakan
pertikaian MunsyiAbdullah mengenai konsep perbezaan taraf dalam amalan dalam sistem
masyarakatMelayu. Beliau menyeru dan menuntut kesamarataan dalam gagasannya yang

terkandungdalam karya. Falsafah ketiga yang dikemukakan oleh pembentang ialah falsafah
kebenaran.Munsyi Abdullah menyatakan perkara kebenaran dalam hikayatnya. Apa
yangdiceritakan merupakan perkara yang betul betul berlaku dan diamalkan sehingga ke hari
20
21. ini seperti kepercayaan tahyul oleh masyarakat Melayu. Ketika
pembentangmembentangkan falsafah ini, tidak begitu jelas diterangkan mengenai falsafah
kebenaranyang dimaksudkan oleh kumpulan pembentang. Falsafah keempat yang diutarakan
oleh pembentang ialah falsafah keindahan.Keindahan yang dimaksudkan dari segi bahasa,
adat dan pemikiran yang diutarakandalam hikayat. Hikayat Abdullah membawa perubahan
tema, plot, dan jalan cerita sepertikarya karya yang ditulis dalam zamannya. Beliau telah
menjadikan pengalaman beliausebagai bahan penulisan. Perkara ini menjadikan karya beliau
bersifat realiti dan tidakdiselitkan dengan cerita cerita dogeng seperti karya karya lain yang
ditulis dalamzamannya. Beliau menyelitkan pantun, syair dan kiasan untuk menyampai kan
sesuatupemikirannya. Selain itu, terdapat banyak kosa kata baharu dan penggunaan teknik
dialogdalam karya ini. Boleh dikatakan bahawa hikayat ini sebagai permulaan karya
Melayumoden yang boleh diibaratkan seangkatan ASAS 50 yang lahir seratus tahun
selepaskelahiran hikayat ini. Jelas menunjukkan pemikiran Munsyi Abdullah tidak dibatasi
olehmasa. Falsafah terakhir yang dibentangkan ialah falsfah etika yang terkandung
dalamhikayat ini. Undang undang Singapura dikatakan sebagai hasil kebijaksanaan
Raffles.Pembentang juga mengatakan falsafah etika ini dikaitkan dengan penceritaan kisah
TuanBangoor yang begitu mementingkan nilai kebersihan. Adat menggunakan keris
jugadikatakan sebagai falsafah etika yang diutarakan dalam karya ini oleh pembentang.
Namun, terdapat lagi falsafah lain yang tidak dibincangkan oleh pembentang.Contohnya seperti
falsafah pemikiran. Tidak dibincangkan mengenai pemikiran MunsyiAbdullah yang jauh ke
depan dan bersifat revolusioner. Beliau juga dianggap sebagaitokoh yang menerajui
perkembangan sastera moden di tanah Melayu pada ketika itu.Selain itu, perlu juga ditelusuri
betapa Munsyi Abdullah ini begitu teruja dan terpegundengan orang asing yang menjajah Tanah
Melayu pada ketika itu.Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia. 21

Вам также может понравиться