Вы находитесь на странице: 1из 2

SURAU AN-NUR

TAMAN KEMUNING,
70450 SEREMBAN,
N. SEMBILAN DARUL KHUSUS
TEL : 013-3947328/013-6836219
Kepada :
Penduduk
Taman Kemuning

Ruj
:
Tarikh :

SAN/MA/005
09 OGOS 2010

Tuan,
SUMBANGAN UNTUK PROGRAM SEPANJANG BULAN RAMADAN DAN
PENAMBAHBAIKKAN SURAU AN-NUR.
Perkara di atas adalah dirujuk.
02.
Sukacita dimaklumkan bahawa AJK Surau AN-Nur, Taman Kemuning telah
bermesyuarat pada 6 Ogos 2010 yang lepas. Mesyuarat tersebut adalah bertujuan untuk
membincangkan dan memutuskan beberapa perkara terutamanya yang berkiatan dengan
perancangan sempena kedatangan bulan Ramadhan. Antara program tersebut adalah :2.1 Sembahyang Tarawih
2.2 Menyediakan bubur lambuk (Setiap hari Isnin dan Jumaat)
2.3 Tadarus Al-Quran (Setiap hari) Kumpulan lelaki (Malam) Kumpulan
perempuan (Pagi/Petang)
2.4 Khatam Al-Quran (Tarikh 25 Ramadhan)
2.5 Berbuka disurau (Setiap Jumaat)
03.
Oleh yang demikian, AJK Surau telah memutuskan untuk memohon sumbangan
setiap rumah RM 10 dan sekiranya ada pihak yang ingin menyumbang lebih daripada itu
adalah dialu-alukan. Sumbangan ini adalah bertujuan untuk menampung segala
perbelanjaan bagi menjalankan program-program di atas.
04.
Sekiranya ada pihak yang sudi menyumbang bahan mentah untuk membuat bubur
lambuk, bolehlah menyerahkan terus kepada AJK Surau yang telah ditetapkan iaitu :
1.
2.
3.

Pn Nurul Aishah Jaafar (No. 291, Jln Kemuning 10) (019-3535026)


Pn. Siti Ibrahim (No. 140, Jln Persiaran) (06-6775831)
Pn. Mariani Ali beralamat (No. 121, Jln Kemuning 3) (019-2484475)

05.
Baru-baru ini pihak surau telah menambah bahagian belakang surau untuk
menampung jemaah wanita. Oleh yang demikian, sumbangan daripada penduduk
amatlah diharapkan bagi menampung sebahagian kos pembinaan yang masih belum dapat
dilunaskan (RM1 600).
Semua sumbangan bolehlah diserahkan terus kepada AJK Surau yang telah ditetapkan
seperti berikut :
1.
2.
3.
4.
5.

Tn Hj Idrris b Ismail (No. 170, Jln Kemuning 4) (013-3947328)


En Mohd Rafid b Mohd Shariff (No. 61, Jln Kemuning 2) (013-3678079)
En Azizan b Zakaria (No. 175, Jln Kemuning 4) (019-3087763)
En Baharudin b Ujang ( No 153, Jln Kemuning 4 ) ( 06-6778415)
En Masnon b Masikon ( No 308, Jln Kemuning ) ( 019-7068050 )

06.
Kehadiran tuan/puan sangat diharapkan agar dapat sama-sama menjayakan semua
program-program yang telah dirancang. Untuk mendapatkan maklumat lanjut bolehlah
berhubung dengan AJK Surau ataupun merujuk kepada papan kenyataan di surau.
Sumbangan dan kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah dialu-alukan dan didahului
dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.

Yang benar,
.
(ZOLHAIRI ABDULLAH)
Setiausaha,
Surau AN-NUR, Tmn Kemuning.

Вам также может понравиться