Вы находитесь на странице: 1из 58

MAHKAMAH

PERUSAHAAN (MP)

PENDAHULUAN

Apabila berlaku sesuatu PP antara


majikan dan pekerja, MP adalah jalan
yang terakhir yang digunakan untuk
menyelesaikannya. Bukan itu sahaja
MP juga digunakan untuk rujukan
bagi menyelesaikan masalah yang
berbangkit yang berkaitan dengan
sesuatu award dan Per.K oleh KS
pekerja, KS majikan, KPPP dan MSM.
MAHKAMAH PERUSAHA

MP diwujudkan berdasarkan kepada


statut/akta parliamen (APP 1967).
MP adalah mahkamah yang dilantik di
bawah Bahagian VII dan termasuklah,
melainkan jika terdapat maksud yang
berlawanan, mana-mana Mahkamah
di bawah seksyen 22 yang ditubuhkan
bagi maksud mengendalikan apa-apa
pertikaian perdagangan atau perkara
yang diirujukkkan kepadanya, dan
mana-mana bahagian daripadanya.
(seksyen 2, APP 1967)
MAHKAMAH PERUSAHA

KEAHLIAN MP

Sesuatu MP hendaklah terdiri


daripada:
a) seorang Presiden yang dilantik oleh
Yang di-Pertuana Agong (YDPA); dan
b) satu panel yang mewakili majikanmajikan dan satu penal yang mewakili
pekerja-pekerja yang dilantik oleh
Menteri Sumber Manusia (MSM).
(seksyen 21(1), APP 1967)
MAHKAMAH PERUSAHA

Perlantikan panel-panel tersebut


adalah berdasarkan rundingan MSM
dengan pertubuhan-pertubuhan yang
mewakili majikan dan pekerja.

MAHKAMAH PERUSAHA

Apabila Presiden tiada atau tidak


berupaya untuk melaksanakan
tugasnya kerana sakit, YDPA dibenarkan
melantik orang yang lain untuk
menjalankan tugas dan fungsi Presiden.
Perlantikan ini tidak menghalang
Presiden daripada menjalankan tugastugas yang telah ditetap oleh undangundang seperti menyelesaikan
pembicaraan dan menentukan apa-apa
PP. (seksyen 21(2), APP 1967)
MAHKAMAH PERUSAHA

Segala perlantikan hendaklah di wartakan


dan dinyatakan sekali terma-terma dan
syarat-syarat perlantikan. (seksyen 21(3),
APP 1967)
Bagi melayakkan seseorang dilantik
sebagai Presiden MP, beliau hendaklah
samada seorang peguam bela dan
peguam cara atau seorang ahli
perkhidmatan kehakiman dan
perundangan Persekutuan atau Negeri
yang telah berkhidmat selama lebih dari
tujuh tahun dalam profession masingmasing. (seksyen 23A, APP 1967)
MAHKAMAH PERUSAHA

PENAL MP

MP, apabila hendak mengendalikan


sesuatu PP, hendaklah terdiri daripada
Presiden dan dua orang panel, satu dari
pihak majikan dan satu lagi dari pihak
pekerja. (seksyen 22(1), APP 1967)
Walaubagaimanapun Presiden boleh
bersidang bersendirian untuk
mendengar rujukan yang dibuat oleh
MSM tentang
MAHKAMAH PERUSAHA

representasi terhadap pemecatan oleh


seseorang pekerja yang terlibat.
(seksyen 22(5), APP 1967)
Apabila panel yang dipilih tidak dapat
hadir atau tidak upaya untuk terus
hadir dalam apa-apa prosiding atau
terhenti daripada menjadi panel,
Presiden bolehlah memilih ahli lain
daripada panel berkenaan untuk
mengisi kekosongan. (seksyen 22(2),
APP 1967)
MAHKAMAH PERUSAHA

Apabila terdapat bahagian-bahagian MP,


mengikut, MP boleh bersidang dalam dua
atau lebih persidangan dengan Pengerusi
yang sama atau berlainan. (seksyen 23(1),
APP 1967)
Perlantikan mana-mana Pengerusi, adalah
dibuat oleh YDPA melalui pemberitahuan
Warta. (seksyen 23(2), APP 1967)

MAHKAMAH PERUSAHA

10

Kelayakan Pengerusi adalah sama


seperti Presiden MP iaitu beliau
hendaklah samada seorang peguam
bela dan peguam cara atau seorang
ahli perkhidmatan kehakiman dan
perundangan Persekutuan atau Negeri
yang telah berkhidmat selama lebih
dari tujuh tahun dalam profession
masing-masing. (seksyen 23A(1), APP
1967)
MAHKAMAH PERUSAHA

11

Mahkamah Tinggi (MT) telah mengarahkan


perlantikan Pengerusi MP dibatalkan kerana
beliau tidak layak memegang jawatan
tersebut disebabkan beliau tidak
mempunyai pengalaman tujuh tahun yang
aktif sebagai seorang peguam bela dan
peguam cara. Oleh itu peruntukan seksyen
23A hendaklah diambil kira. (All-Malayan
Estates Staff Union (Amesu) v. N.
Rajasegaran, Court orders appointment
revoked, The Star Online, 3rd. November
2004) ***Kes ini telah dirayu ke Mahkamah
Rayuan (MR).
MAHKAMAH PERUSAHA

12

MR telah mengenepikan perintahperintah MT dan membenarkan rayuan.


i) Kelayakan untuk perlantikan
Pengerusi MP telah digariskan dengan
jelas oleh s. 23A(1), APP. Tiada suatu
apapun, sama ada di dalam s. 23A(1)
khususnya atau di dalam Akta Profesion
Undang-undang (APU) amnya yang
menyatakan bahawa seorang calon
harus terlebih dahulu beramal secara
aktif sebelum ianya layak dilantik
sebagai Pengerusi. Definisi
MAHKAMAH PERUSAHA

13

peguambela dan peguamcara seperti


yang dikehendai s. 23A(1) adalah
peguambela dan peguamcara MT yang
diterima masuk dan didaftar di bawah
APU atau di bawah mana-mana undangundang bertulis sebelum APU mula
berkuatkuasa.
ii) s. 23A(1) digubal khusus untuk tujuan
yang khas, iaitu untuk memperuntukkan
syarat-syarat hilang kelayakan bagi
Presiden dan Pengerusi-pengerusi MP.
MAHKAMAH PERUSAHA

14

Oleh yang demikian, perkataan-perkataan


yang digunakan oleh s. 23A(1) yang
digubal oleh penggubal hendaklah
diambil kira. Jika Parlimen memang
berniat untuk menjadikan orang-orang
yang layak dilantik sebagai Pengerusi
adalah orang-orang yang mempunyai
pengalaman beramal selama tujuh tahun
sekurang-kurangnya, penggubal tentulah
akan menggunakan perkataan-perkataan
lain
MAHKAMAH PERUSAHA

15

apabila menggubal seksyen ini. Oleh hal


yang demikian, perayu adalah orang
yang layak untuk dilantik sebagai
Pengerusi MP kerana beliau adalah
seorang peguambela dan peguamcara
selama tujuh tahun sebelum
perlantikannya. Lagipun beliau
mempunyai pengalaman yang luas
dalam hal-hal berkaitan dengan buruh
dan prhubungan perusahaan. (per Nik
Hashim HMR, Rajasegaran VN Rajah &
Ors v. All Malayan Estates Staff Union
(AMESU) [2005] 3 CLJ 860)
MAHKAMAH PERUSAHA

16

Persidangan mana-mana bahagian


hendaklah terdiri daripada Pengerusi
dan dua ahli panel yang dilantik oleh
Presiden, iaitu satu dari pihak
majikan dan satu lagi dari pihak
pekerja. (seksyen 23(3), APP 1967)

MAHKAMAH PERUSAHA

17

BIDANG KUASA MP

Bidang kuasa MP telah kita


bincangkan sepintas lalu semasa
kita bincangkan perkara-perkara
yang berkaitan tentang KS, PK,
Per.K, PP, dan TP. Oleh itu sebagai
ulangan boleh kita katakan
bahawa bidang kuasa MP adalah
seperti berikut:
MAHKAMAH PERUSAHA

18

Mendengar kes pemecatan yang tidak


munasabah terhadap pekerja (seksyen
20(3), APP 1967)
Mendengar PP yang melibatkan
perdamaian yang dirujuk oleh MSM
(seksyen 26(1), APP 1967)
Mendengar perkara-perkara yang
berbangkit mengenai award dan Per.K.
(seksyen 33, APP 1967)
Mendengar komplen/aduan yang berkaitan
dengan pelanggaran hak-hak dan
tanggungjawab KS (seksyen 56, APP 1967)
MAHKAMAH PERUSAHA

19

Seksyen 20(3)

Apabila rujukan dibuat oleh Menteri,


MP tidak mempunyai pilihan selain
daripada mendengar kes tersebut.
Di sana tidak terdapat di dalam
peruntukan APP yang menyatakan
bahawa MP boleh mengenepikan
keputusan yang dibuat oleh Menteri di
bawah seksyen 20(3). (per Mohd
Azmi, Assunta Hospital v. Dr. A Dutt
[1980] 1 MLJ 96, at 97.)
MAHKAMAH PERUSAHA

20

Keputusan atau award yang dibuat MP


hanya boleh dicabar sekiranya rujukan
yang dibuat oleh Menteri dicabar.
Bidang kuasa yang dimiliki oleh MP
hanya boleh dipersoalkan dengan
mencabar rujukan yang dibuat oleh
Menteri..Dalam lain perkataan,
bidang kuasa MP tidak boleh dicabar
tanpa memasukkan Menteri dan
meminta penghakiman terhadapnya.
(per Gopal Sri Ram, Kathivelu Ganesan
& Anor v. Kojasa Holdings Bhd [1997] 2
MLJ 685.)
MAHKAMAH PERUSAHA

21

Seksyen 26

Seksyen ini biasanya digunakan apabila


PP yang berlaku tidak dapat
diselesaikan seperti penamatan
kontrak perkhidmatan.

MAHKAMAH PERUSAHA

22

Apabila ada representasi dibuat dan


ianya dirujuk kepada MP, maka MP
berhak memutuskan samada penamatan
yang dibuat adalah dengan sebab atau
alasan yang munasabah atau tidak.
Mahkamah tidak boleh menimbang
alasan-alasan yang lain yang tidak
dihujah. (KFC Technical Services Sdn
Bhd v. Industrial Court of Malaysia [1992]
1 MLJ 564)

MAHKAMAH PERUSAHA

23

Seksyen 33

Mahkamah Persekutuan memutuskan


bahawa seksyen 33(1) hanya
memperuntukkan tentang tafsiran
sesuatu award atau perjanjian kolektif.
Oleh itu MP sepatutnya memberi tafsiran
yang diberikan dan tidak perlu mencari
ketidaktentuan atau kekaburan dengan
mengambil kira perkara-perkara yang
tidak relevan atau menanyai soalan yang
MAHKAMAH PERUSAHA

24

salah yang mengakibatkan award yang


dibuat menjadi tidak sah. (Syarikat
Kenderaan Melayu Kelantan Bhd v.
Transport Workers Union [1995] 2 MLJ 317.)
Mahkamah Agung telah memutuskan
apabila rujukan dibuat oleh Menteri, Menteri
hendaklah menyatakan dengan jelas and
tepat (tidak terlalu umum) apakah perkara
yang perlu ditafsirkan oleh MP.(Malayan
Agricultural Association v. National Union of
Plantation Workers [1992] 2 MLJ 57)

MAHKAMAH PERUSAHA

25

Seksyen 56

Mahkamah Agung telah mengesahkan


keputusan MP yang mengarahkan majikan
mengambil semula pekerjanya yang dipecat
disebab pengurangan pekerja apabila majikan
tidak mematuhi perjanjian kolektif yang
mengkehendaki majikan memberi notis yang
munasabah iaitu tidak kurang daripada dua
bulan jika ia hendak melakukan pengurangan
pekerja. Arahan MP adalah di dalam bidang
kuasanya. (Dunlop Industries Employees Union
v. Dunlop Malaysian Industries Bhd [1987] 2 MLJ
81.)
MAHKAMAH PERUSAHA

26

Keadaan istimewa yang dimaksudkan


dalam seksyen 56(2)(c) mestilah
berbangkit selepas perjanjian kolektif
ditandatangani. MP dikira melewati
bidang kuasanya apabila mengubah
syarat perjanjian kolektif.(National
Union of Hotel, Bar & Restaurnt
Workers v. Seasian Hotel Sdn Bhd
(Orchard Sea Penang) (Originating
Motion No R8-32-124-87, High Court
Kuala Lumpur. Mallals Monthly Digest,
May 1992.)
MAHKAMAH PERUSAHA

27

Walaupun MP mempunyai bidang kuasa


yang agak luas, MP tidak boleh melebihi
bidang kuasa yang telah ditetapkan
oleh undang-undang.
MT telah membatalkan award yang
dibuat oleh MP kerana MP telah
membuat keputusan yang ia tidak
mempunyai bidang kuasa dan award
yang dibuat adalah award yang
melampaui bidang kuasanya. Award MP
telah dianggap tidak sah. (Lee Wah
Bank Ltd v. National Bank of Bank
Employees [1981] 1 MLJ 169)
MAHKAMAH PERUSAHA

28

KUASA MP

MP boleh, dalam mana-mana prosiding


a) memerintah supaya mana-mana pihak
disatukan, diganti atau dibatalkan;
b) mengarah pihak-pihak yang terlibat
dengan sesuatu prosiding atau manamana orang lain yang pada pendapatnya
berkaitan dengan prosiding itu;

MAHKAMAH PERUSAHA

29

c) mengambil keterangan atas sumpah


atau ikrar dan mengarahkan supaya
dikemukakan buku-buku, surat-surat,
dokumen-dokumen dan benda-benda di
hadapannya;
d) mendengar dan menentukan perkara
tersebut;
e) mengendalikan prosiding-prosidingnya

MAHKAMAH PERUSAHA

30

secara persendirian;
f) meminta bantuan daripada pakar
setelah berunding dengan MSM;
g) mengarah dan membuat semua
perkara yang perlu untuk
mempercepatkan penentuan sesuatu
perkara. (seksyen 29, APP 1967)

MAHKAMAH PERUSAHA

31

Penafsiran tentang seksyen 29 APP


1967 telah dibuat oleh kes ini di
mana persoalan yang terlibat adalah
samada seksyen ini membenarkan
sesuatu permintaan (claim) atau
award kepada pihak yang
dimasukkan sebagai pihak yang
terlibat di dalam prosiding MP.
Mahkamah Tinggi memutuskan
bahawa MP mempunyai kuasa untuk
menambah sesuatu pihak yang lain
sebagai pemohon/pihak yang
memohon (claimant) tambahan atau
MAHKAMAH PERUSAHA

32

responden tambahan. Jika sekiranya


pihak yang terbabit adalah
responden tambahan, award boleh
dibuat kepadanya apabila ia diberi
kesempatan untuk didengar. (Hotel
Jaya Puri Bhd v. National Union of
Hotel, Bar & Restaurant Workers &
Anor [1980] 1 MLJ 109)
MAHKAMAH PERUSAHA

33

Mahkamah Rayuan menyatakan


bahawa MP boleh menentukan serta
menolak kebolehpercayaan seseorang
saksi (credibility of the witness)
kerana ia merupakan kompetens dan
bidang kuasa MP. (National Union of
Plantations Workers v. Kumpulan Jerai
Sdn Bhd, Rengam [2000] 2 MLJ 144)

MAHKAMAH PERUSAHA

34

PROSIDING MP

Prosiding MP bolehlah diwakili oleh:


i) jika KS, diwakilkan kepada pegawai
atau pekerja KS;
ii) jika majikan, hadir secara
persendirian atau wakil yang telah
diberi kuasa;
iii) jika seorang pekerja (dalam
prosiding representasi terhadap
pemecatan), hadir
MAHKAMAH PERUSAHA

35

secara persendirian atau pegawai atau


pekerja KS jika dia adalah anggota KS;
iv) oleh seorang peguam. (seksyen
27(1), APP 1967)
Dalam menjalankan prosidingnya, MP
hendaklah mematuhi prinsip keadilan
asasi. Antaranya MP hendaklah
menerima bahan-bahan dan keterangan
yang ingin dikemukakan oleh pihakpihak yang terlibat di dalam PP.
Sekiranya dinafikan, maka ia terjumlah
sebagai pelanggaran terhadap keadilan
asasi.
MAHKAMAH PERUSAHA

36

MT telah memutuskan bahawa telah


berlaku pelanggaran keadilan asasi
oleh MP apabila tidak membenarkan
si pemohon memanggil saksisaksinya yang penting. (Malayawata
Steel Bhd v. Union of Malayawata
Steel Workers [1978] 1 MLJ 87)

MAHKAMAH PERUSAHA

37

Pelanggaran keadilan asasi tidak berlaku


apabila, apabila MP telah memberi
setiap peluang kepada pemohonpemohon untuk mengemukakan kes
mereka dan MP memberhentikan
pembicaraan hanya apabila berasa
bahawa ia telah memperolehi semua
keterangan yang perlu dan bahawa
tidak ada gunanya memanjangkan kes
itu lagi. (Perkara Permohonan oleh
Kesatuan Syarikat Omnibus Sdn
Bhd[1977] 2 MLJ 260)
MAHKAMAH PERUSAHA

38

AWARD MP

Award ertinya suatu award yang dibuat oleh


MP berkenaan dengan apa-apa pertikaian
perdagangan atau perkara yang dirujukkan
kepadanya atau apa-apa keputusan atau
perintah yang dibuat olehnya di bawah APP
1967. (seksyen 2, APPP 1967)
MP berkuasa untuk membuat suatu award
(termasuk suatu award interim/sementara).
(seksyen 30(1), APP 1967)
MAHKAMAH PERUSAHA

39

Dalam membuat sesuatu award, MP


hendaklah memberi perhatian kepada
kepentingan awan, implikasi-implikasi
kewangan dan kesan award kepada
ekonomi negara, ke atas industri yang
terlibat dan yang berkaitan. (seksyen
30(4), APP 1967)
Keputusan award juga hendaklah
dibuat berdasarkan equiti, perasaan
hati yang baik dan merit kes tanpa
memikirkan perkara-perkara teknikal
dan berbentuk undang-undang.
(seksyen 30(5), APP 1967)
MAHKAMAH PERUSAHA

40

Mahkamah Rayuan mengatakan dalam


menafsirkan perjanjian kolektif, kaedahkaedah normal berhubung dengan
penentuan niat kedua-dua pihak yang
terlibat tidak boleh digunakan. (Kesatuan
Pekerja-pekerja Perkayuan v. Syarikat
Jengka Sdn Bhd [1997] 2 CLJ 276)
MP juga boleh menimbangkan apa-apa
perjanjian atau kanun yang telah
dipersetujui dan diluluskan oleh MSM
yang berhubungan dengan amalanamalan pekerjaan (seksyen 30(5A), APP
1967)
MAHKAMAH PERUSAHA

41

Contoh Nota Amalan


Cara Untuk Mengira Penjumlahan Ganti
Rugi. a) Pembayaran upah tertunggak
daripada tarikh pemecatan sehingga hari
pendengaran kes hendak setakat
tempoh maximum 24 bulan sahaja.
Jika MP tidak sebulat suara terhadap
sesuatu persoalan, keputusan hendaklah
ditentukan dengan secara majoriti dan
jika tidak terdapat persetujuan majoriti,
ia hendaklah berdasarkan keputusan
Presiden atau Pengerusi. (seksyen 30(2),
APP 1967)
MAHKAMAH PERUSAHA

42

Segala award hendaklah dibuat dengan


segera dan dibuat dalam masa tiga
puluh hari dari tarikh rujukan PP.
(seksyen 30(3), APP 1967)
Ia merupakan satu kesalahan
Pengerusi MP jika beliau tidak menulis
penghakiman selepas mendengar
perbicaraan kes yang dikendalikannya
lebih-lebih lagi jika didapati tidak
melakukan perkara sedemikian kirakira di dalam 45 kes yang telah
dikendalikannya. Pengerusi terbabit
MAHKAMAH PERUSAHA

43

boleh diambil tindakan disiplin dan


setelah itu boleh dipecat daripada
jawatannya. (per Fong Chan Onn, Berita
Harian, Syor pecat Pengerusi Mahkamah
Perusahaan, 1hb. Julai 2004, m/s 3.
Adalah tidak menjadi satu kesalahan
kepada MP untuk terus mendengar
kesnya dan membuat award tanpa
kehadiran peminta. Ini kerana sebelum
kes didengar dan award diberikan, pihak
yang meminta telah gagal menunai
permintaan MP
MAHKAMAH PERUSAHA

44

supaya memberinya penyataan


jawapan (statement of reply) dalam
masa tertentu. Penangguhan untuk
menfailkan statement of reply telah
diminta dan telah diberikan oleh MP dan
ketika MP hendak mendengar kes,
peminta masih gagal menunaikan
permintaan MP. (Nordin Hamid & Co v
Pathmarajah & Anor [1990] 2 MLJ 308)

MAHKAMAH PERUSAHA

45

Mahkamah Rayuan telah memutuskan


bahawa ia merupakan satu kesilapan jika MP
meneruskan pembicaraaan dan membuat
keputusan setelah kes ditangguhkan
beberapa kali tetapi bukan atas perintah
peminta terutamanya kes yang melibatkan
reputasi pekerja. Pekerja hendaklah diberi
peluang secara adil untuk menebus
reputasinya dan diberi hak untuk diwakili
oleh peguam yang terlatih di sisi undangundang dalam kemahiran memeriksa
balas. (Esso Production Malaysia Inc v.
Aladdin bin Mohd Hashim [2000] 3 MLJ 270)
MAHKAMAH PERUSAHA

46

Tertakluk kepada seksyen 33A, award


atau keputusan MP adalah terakhir
dan muktamad, dan tidak boelh
dicabar, dirayu disemak, diketepikan
atau dipersoalkan di mana-mana
mahkamah.(seksyen 33B(1), APP
1967)

MAHKAMAH PERUSAHA

47

Jika ia (MP) melakukan kekhilafan


undang-undang maka ia dikira telah
melepasi bidang kuasanya. Oleh itu
seksyen 33B(1) tidak mengenepikan
remedi certiorari daripada dipohon
oleh pihak-pihak yang terlibat. (Tan
Hong Yak v. Nixdorf Computer (M)
Sdn Bhd [1997] 1 CLJ Supp 382.)
MAHKAMAH PERUSAHA

48

KESAN AWARD

Apabila sesuatu award dibuat oleh


MP, ia hendaklah terikat kepada:
i) mana-mana pihak yang terlibat
dalam PP atau membuat rujukan;
ii) mana-mana pengganti, pemegang
serahhak atau penerima pindahan;
iii) semua pekerja yang mempunyai
hubungan dengan PP;
iv) semua ahli KS yang terlibat.
(seksyen 32(1), APP 1967)
MAHKAMAH PERUSAHA

49

MP & MAHKAMAH TINGGI (MT)

Rujukan sesuatu award MP boleh


dibuat kepada Mahkamah Tinggi (MT)
atas permohonan oleh mana-mana
pihak kepada prosiding apabila
timbul persoalan undang-undangi) yang timbul dalam masa prosiding;
ii) di mana penentuan oleh MP telah
memberi kesan kepada award;
MAHKAMAH PERUSAHA

50

iii) di mana pada pendapat MP


adalah cukup penting untuk dibuat
rujukan itu; dan
iv) di mana penentuan oleh MP, pada
pendapat MP terdapat keraguan
yang mencukupi untuk membuat
rujukan itu. (seksyen 33A(1), APP
1967)
MAHKAMAH PERUSAHA

51

MP menyatakan bahawa ia
merupakan satu kemestian bahawa
keempat-empat persoalan undangundang (yang terdapat dalam
seksyen 33A(1) APP 1967) hendaklah
dipenuhi. (Malaysian Institute of
Management/World Council of
Management and Tuan Syed Adam
AlJafri (Award 135 of 1989)
MAHKAMAH PERUSAHA

52

Komen yang sama telah dibuat di dalam


kes ini dan MP telah menambah dan
menyatakan bahawa pembuat undangundang di Malaysia telah memberi kuasa
kepada MP untuk menjadi penentu yang
terakhir dan muktamad di dalam
persoalan yang melibatkan fakta-fakta.
(Rediffusion Sdn Bhd and Rediffusion
Workers Union (Award 63 of 1987)
MAHKAMAH PERUSAHA

53

Sesuatu permohonan hendaklah dibuat


dalam tempoh tiga puluh hari dari
tarikh award dibuat. (seksyen 33A(3),
APP 1967)
Jika kebenaran permohonan kepada MT
telah dibenarkan oleh MP, keputusan
award yang dibuat oleh MP hendaklah
ditangguhkan untuk sementara waktu.
(seksyen 33A(2), APP 1967)
MAHKAMAH PERUSAHA

54

MP dalam masa yang sama, MP


hendaklah mengemukakan rekod
prosidingnya kepada Pendaftar MT
yang kemudiaannya melantik dan
memberitahu pihak-pihak kepada
prosiding mengenai masa dan
tempat bagi pembicaraannya.
(seksyen 33A(4), APP 1967)
MAHKAMAH PERUSAHA

55

MT hendaklah mendengar dan


menentukan persoalan yang dirujukkan
kepadanya seolah-olah rujukan itu adalah
suatu rayuan kepada MT dan boleh
seterusnya mengesah, mengubah,
mengganti atau mengenepikan award
yang telah dibuat oleh MP atau membuat
apa-apa perintah lain yang difikirkan adil
atau patut. (seksyen 33A(5), APP 1967)
MAHKAMAH PERUSAHA

56

Sesuatu keputusan MT adalah


terakhir dan muktamad serta tidak
boleh dicabar, dirayu, disemak,
diketepikan atau dipersoalkan dalam
mana-mana mahkamah lain atau di
hadapan mana-mana pihak berkuasa
lain. (seksyen 33A(6), APP 1967)

MAHKAMAH PERUSAHA

57

KESIMPULAN

Mahkamah yang mengendalikan kes


berkaitan kontrak perkhidmatan,
perhubungan majikan dan pekerja serta
yang berkaitan dengannya adalah MP.
Sesuatu pertikaian yang dibawa ke MP
hendaklah mengikut prosedur yang
ditetapkan undang-undang.
Kes MP boleh dibawa ke MT jika
terdapat ketidakpuasan hati setelah
syarat-syarat tertentu dipenuhi.
MAHKAMAH PERUSAHA

58

Вам также может понравиться