Вы находитесь на странице: 1из 16

1.

0 PENGENALAN

Malaysia yang merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai etnik, agama,
bahasa dan budaya sudah tentu tidak dapat lari dari menghadapi cabaran hubungan
etnik. Pelbagai cabaran harus ditempuhi oleh masyarakat Malaysia disebabkan
wujudnya konflik dalam masyarakat majmuk ini.
Disebabkan terdapat pelbagai kaum di Malaysia, terutamanya tiga kaum utama iaitu
Melayu, Cina dan India, maka hak dan kepentingan semua kaum perlulah dijaga agar
keharmonian negara dapat dikecapi. Hak dan kepentingan mereka yang perlu dijaga
termasuklah daripada segi Politik, Ekonomi dan Sosial (Aziz, 2008).
Sebagai sebuah Negara yang penduduknya berbilang kaum, Malaysia perlu
memastikan semangat muhibah, Tolak ansur, dan perpaduan sentiasa tertanam dalam
jiwa setiap rakyat. Hal ini demikian kerana semangat muhibah dan perpaduan
merupakan elemen terpenting dalam memastikan kestabilan dan keharmonian
sesebuah Negara. Jika semangat perpaduan selalu diterapkan dalam jiwa seseorang,
maka hasilnya akan lahirlah individu dan seterusnya masyarakat yang cinta akan
perpaduan. (Sarlan, ngadiman, & Hairan, 2009) sekolah merupakan temat yang paling
sesuai untuk menerapkan semangat perpaduan dan muhibah dalam kalangan
masyarakat kerana dunia persekolahan sangat luas dan memakan masa yang panjang.
(Sarlan, ngadiman, & Hairan, 2009)

Pelajar dari tadika hingga universiti merupakan kelompok masyarakat yang besar.
Oleh itu, amat wajar sekolah dijadikan tempat untuk menerapkan semangat perpaduan
dalam kalangan masyarakat. Apabila pelajar yang tamat sekolah berada dalam
kelompok masyarakat setempat, maka mereka telah mempunyai asas untuk
mengamalkan nilai perpaduan yang selama ini dipelajari di sekolah.

Malaysia adalah sebuah negara yang sering dikaitkan dengan kebujaksanaan dalam
pengurusan keharmonian antara kaum. Ini kerana lebih 50 tahun merdeka, tidak ada
pergolakan kaum yang benar-benar serius. Beberapa siri insiden perkauman di
Malaysia berpunca daripada sensitiviti perkauman dan keagamaan. Ia adalah api kecil
yang mampu marak dengan pantas sekiranya tidak dipadam dengan cara yang
berhemah. (Awang, 2013)

Lebih 50 tahun merdeka, masyarakat pelbagai kaum masih memilih untuk berada
dalam kelompok majoriti kaum masing-masing tetapi mengekalkan keharmonian dan
kesepaduan. Mungkin inilah cara Malaysia untuk mengekalkan keharmonian. Setiap
etnik dilihat yang lebih cenderung untuk bersama-sama kelompok masing-masing dan
pada masa sama menjaga sensitiviti kaum lain.

2.0 CABARAN-CABARAN KEHARMONIAN KAUM.

2.1 Penafian agama Islam sebagai agama rasmi


Antara cabaran kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia adalah menafikan
agama Islam sebagai agama rasmi negara. Walaupun Malaysia sering dipuji
dan digembar-gemburkan oleh dunia bahawa mempunyai kestabilan politik
kerana dapat mentadbir mempunyai satu komuniti masyarakat majmuk yang
pelbagai, tetapi akhir-akhir ini keutuhan kenyataan itu nampak goyah. Hal ini
demikian kerana, sejak kebelakangan ini kedudukan Islam sebagai agama
rasmi negara bukan sahaja telah dipertikaikan tetapi digugat oleh pelbagai
kumpulan dan pertubuhan bukan Islam yang membuat pelbagai tuntutan serta
tafsiran yang tidak munasabah terhadap Perlembagaan Persekutuan. Di antara
hujah yang digunakan untuk menyokong tuntutan mereka ialah bahawa Islam
tidak pernah dinyatakan secara jelas sebagai agama rasmi di dalam
Perlembagaan Persekutuan. Sebenarnya di dalam Perlembagaan ada
dinyatakan bahawa Islam adalah agama negara atau 'state religion' iaitu
merujuk kepada negara Malaysia. Apabila disebut tentang agama negara maka
secara dasarnya ia boleh difahami sebagai agama rasmi bagi Malaysia
bukannya agama rasmi yang dianuti oleh rakyat negara ini. Tambahan pula,
Perlembagaan Persekutuan tidak menghalang pengamalan agama-agama lain
di mana rakyat negara ini mempunyai kebebasan untuk mengamalkan agama
masing-masing. . Pertikaian ini adalah tidak wajar sekali kerana majoriti
penduduk Malaysia menganuti Islam. Agama Islam sudah berakar umbi dalam
masyarakat sudah ratusan tahun dahulu. Keadaan ini menunjukkan bahawa

pelbagai komuniti masyarakat di Malaysia sudah berani untuk mempersoalkan


perlembagaan negara seterusnya akan pasti menggugatkan keselamatan dan
kedaulatan negara Sekiranya usaha untuk mempertikaikan dan tindakan
mengubah status agama Islam tidak dihentikan segera ia dikhuatiri boleh
menjejaskan keharmonian kaum di kalangan penduduk negara ini yang sudah
terjalin buat sekian lamanya.

2.2 Isu polarisasi


Cabaran seterusnya ialah isu polarisasi, isu ini berasaskan kepada persepsi bias
kaum masing-masing yang melihatnya secara negatif seringkali diakhiri
dengan polemik dan perdebatan yang bukan kecil sifatnya. Antaranya seperti
yang disebutkan oleh Chandra Muzaffar ialah :
2.2.1 Persepsi Bukan Melayu Kepada Melayu
Sikap negatif terhadap bahasa Melayu. Menggunakan Bahasa Melayu
hanya untuk kepentingan urusan harian tanpa menghayati Bahasa
Melayu sebagai bahasa yang ada nilai ekonomi dan nilai penyatuan.
Terdapat segelintir penduduk yang kurang menghayati sejarah dan
latarbelakang negara ini walaupun sudah lama berada di sini. Sikap
mementingkan kaum sendiri dan kurang simpati dengan kaum lain.
Terdapat juga sesetengah penduduk yang bersikap yang menghalang
pertumbuhan nilai murni atas alasan liberalisasi dan hak demokrasi.
Kalau hendak dibuat tambahan, sikap merasakan bahawa diri sentiasa

ditindas dan merasakan bangsa mereka adalah bangsa kelas kedua di


Negara ini.

2.2.1. Persepsi Melayu terhadap Bukan Melayu :


Terdapat perasaan ragu-ragu dalam diri seseorang
Melayu dengan kejujuran dan kesetiaan orang bukan Melayu terhadap
negara ini.

Tidak bersimpati dengan penderitaan dan kesengsaraan

yang dialami oleh bangsa bukan Melayu. Sesetengah orang Melayu


bersikap prejudis dan stereotype kepada golongan bukan Melayu
dengan cara enggan menerima kepelbagaian bahasa, budaya dan
agama yang wujud sebagai satu aset yang sangat berharga yang boleh
membantu dalam membina bangsa Malaysia.

Persepsi dan bias ini masih menjadi isu dan polemik yang mendasari politik
Malaysia sehingga kini. Sehinggakan dalam waktu-waktu tertentu terutamanya
sebelum waktu Pilihanraya Umum, isu-isu sensitif akan dibangkitkan semula
sehingga menimbulkan keresahan kepada seluruh lapisan masyarakat. Atas
dasar itulah dicadangkan penyelesaian kepada masalah ini dengan beberapa
pendekatan. Antara cadangan untuk menyelesaikan masalah ini ialah melalui
penggunaan bahasa Melayu dipertingkatkan dalam sektor swasta dan awam.
Penekanan juga harus diberi kepada sejarah latarbelakang negara Malaysia
supaya semua rakyat mengenali tentang evolusi pertumbuhan masyarakat
Malaysia di negara ini.

Keadilan sosial dijadikan asas kepada pembinaan bangsa Malaysia dan


ia boleh tercapai dalam satu sistem ekonomi yang tidak menekankan dan
didorong kepada sifat kapitalisma yang tidak berperikemanusiaan.
Sistem budaya berasaskan kepada kepelbagaian (diversity) seperti
Kerajaan, media, badan korporat dan badan sektor ketiga bertanggungjawab
untuk menghapuskan stereotype di kalangan masyarakat berbilang bangsa di
negara ini..

2.3 Pelaksanan sistem pendidikan negara

Cabaran yang ketiga ialah daripada segi pendidikan . Seperti yang kita sedia
maklum bahawa sistem pendidikan negara kita adalah berdasarkan sistem
meritokrasi. Ini akan mewujudkan keadaan persaingan yang sihat di kalangan
pelajar Bumiputera dan bukan Bumiputera. Malah pendidikan juga dilihat
sebagai wadah yang boleh merapatkan jurang antara kaum dalam sebuah
negara yang memiliki masyarakat majmuk seperti Negara ini. Namun begitu,
keadaan sebaliknya telah berlaku. Misalnya, statistik pencapaian di Universiti
Malaya dan Universiti Teknologi Malaysia pada 2008 menunjukkan prestasi
pelajar Bumiputera peringkat ijazah pertama yang mendapat Kelas Pertama
hanya sekitar 2.9 peratus berbanding bukan Bumiputera (17.2 peratus). Malah,
keluaran Burniputera yang dikatakan 'cream of the cream' yang berjaya
mendapat Kelas Pertama pada 2008 hanya 3.4 peratus berbanding 33.3 peratus
6

bukan Bumiputera.Pencapaian pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dan


Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia juga menunjukkan 'trend yang serupa,
terutama bagi subjek sains dan matematik. Pada 2008, hanya 2.6 peratus
pelajar Bumiputera mendapat Al dan Al bagi subjek Fizik dalam peperiksaan
SPM berbanding 17.3 peratus pelajar bukan Bumiputera. Begitu juga bagi
subjek Matematik Tambahan, 6.7 peratus pelajar Bumiputera mendapat Al dan
A2 berbanding 36.4 peratus bukan Bumiputera.

2.4 Keselamatan negara

Cabaran seterusnya, kita menerima ancaman daripada puak-puak ekstrimis


kaum dan penyimpang agama. Kelompok ini menjadi ancaman kepada negara
kerana tindak-tanduk mereka yang sanggup melakukan sesuatu di luar batas
kemanusiaan demi mencapai matlamat masing-masing. Selain daripada itu,
terdapat juga pihak yang sengaja mengeksploitasi isu-isu ekonomi dan sosial
politik negara untuk mendapatkan sokongan terutama dari kalangan parti
politik dan badan bukan kerajaan. Kehadiran pendatang sama ada mereka
masuk ke negara ini secara sah atau haram juga boleh menjejaskan imej dan
keharmonian negara.
Ini kerana sebilangan daripada mereka suka menimbulkan masalah dan
menghuru-harakan keselamatan negara. Selain daripada itu, ancaman juga
7

boleh datang daripada kegiatan pemalsuan dokumen-dokumen penting


kerajaan seperti pasport antarabangsa Malaysia, kad pengenalan dan sijil lahir.
Senario ini amat merbahaya dan ditangani dengan sebijak mungkin. Selain
daripada ancaman dari dalam negara kita juga mesti berwaspada dengan
ancaman yang hadir dari luar seperti aktiviti pengintipan dan cubaan
menjatuhkan nama baik Malaysia dari kaca mata kuasa-kuasa besar.

2.5 Peningkatan masalah social

Tambahan pula, pembangunan yang pesat juga memberi impak negatif kepada
Negara. Pembangunan fizikal yang sangat pesat seperti di Kuala Lumpur telah
menyebabkan penghijrahan penduduk kampung ke bandar dengan ramai.
Penghijarahan ini menyebabkan pendudukan melayu lebih ramai daripada
penduduk cina selepas penghijrahan berlaku Namun, kualiti hidup di bandar
meningkat dan ada sebilangan yang tidak mampu menanganinya. Ini
menyebabkan peratusan kemiskinan meningkat dan telah menyebabkan
berlakunya gejala sosial yang teruk seperti kegiatan pelacuran, pengedaran
dadah dan kecurian. Hal ini berlaku kerana untuk menampung taraf hidup
yang sering meningkat dan telah mengubah norma-norma kehidupan
bermasyarakat khususnya dalam komuniti masyarakat majmuk di Malaysia.
Selain itu, proses perbandaran ini juga telah melebarkan lagi jurang ekonomi
dan pola tempat tinggal antara kaum . Contohnya,orang Melayu biasanya

tinggal di kampung, orang Cina di bandar dan orang India di ladang-ladang.


Imej ini tetap tidak berubah secara menyeluruh walaupun pelbagai langkah
telah dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mengatasinya. Buktinya, kerajaan
telah mengadakan pelbagai kempen anti dadah dan juga kempen tak nak
merokok secara besar besaran di seluruh negara , namun dilihat tidak
membuahkan hasil yang memberansangkan.

2.6 Pengekalan perpaduan rakyat

Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang


diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza
untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas Perpaduan rakyat
menjadi satu cabaran utama yang dihadapi oleh Kerajaan Malaysia. Isu
perpaduan adalah utama dari sembilan cabaran untuk mencapai matlamat
Wawasan 2020 yang berbunyi Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu
padu yang mempunyai matlamat yang serupa dan boleh dikongsi bersama,
berintegrasi di peringkat Wilayah dan antara kaum, berasaskan persamaan hak
dan keadilan. Untuk mengekalkan perpaduan suatu cabaran yang sangat
mencabar dan memerlukan suatu tempoh yang lama penubuhan Sekolah
Kebangsaan (SK) telah diilhamkan oleh para pemimpin negara sebagai
wahana untuk perpaduan rakyat pelbagai kaum. SK diharap dapat dijadikan
tempat untuk generasi muda hidup bermasyarakat, saling bekerjasama antara

satu sama lain serta melahirkan rakyat yang setia dan menyumbang kepada
kesejahteraan Negara.Hal ini demikian kerana setiap kaum dalam masyarakat
mempunyai kepentingan tersendiri yang perlu dipertahan dan diperjuangkan
seperti hak dalam pendidikan .

2.7 Memastikan pembangunan negara seimbang

Kebelakangan ini, kerajaan telah mengisytiharkan usaha membangunkan


semula sektor pertanian di negara kita. Usaha ini adalah wajar dalam
memastikan

pembangunan

dan

kemajuan

negara

secara

seimbang

memandangkan sektor pertanian dan sektor perindustrian adalah saling


melengkapi. Kedua-dua sektor ekonomi tersebut adalah sama penting dan
tidak boleh diabaikan mana-mananya (www.scribd.com/doc/261975/PnZairiha).Seperti yang kita tahu, masyarakat Melayu lebih mendominasi sektor
pertanian dan masyarakat Cina pula lebih banyak menguasai bidang
perindustrian. Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan bagi
mengelakkan berlakunya kejadian 13 Mei 1969 kembali berulang seperti
masalah perbezaan jurang ekonomi yang ketara antara kaum.Tambahan pula ,
apabila kerajaan mengisytiharkan untuk membangunkan sektor pertanian,
kemungkinan kaum Cina akan melihat bahawa kerajaan cuba untuk
membangunkan ekonomi masyarakat melayu sahaja dan akan meminggirkan

10

kaum Cina. Adalah menjadi cabaran kepada pihak kerajaan untuk menjelaskan
isu ini.

2.8 Pelancaran Program Latihan Khidmat Negara

Kerajaan telah membentuk dan membina Program Latihan Khidmat Negara


bersesuaian dengan keperluan dan realiti masyarakat majmuk negara ini.
Konsep khidmat negara ala Malaysia ini digubal bagi mencapai tujuan untuk
memperkasa semangat patriotisme, meningkatkan perpaduan kaum dan
integrasi nasional, membina perwatakan positif serta menyemarakkan lagi
semangat kesukarelaan. Walaupun program ini mempunyai pelbagai manfaat
kepada negara pada masa hadapan, tetapi sehingga kini pelbagai usul dan
usaha bagi menghentikan program ini telah dilakukan oleh pelbagai pihak. Hal
ini kita dapat lihat apabila seorang wakil rakyat Pakatan Rakyat, Fong Po
Kuan

(DAP-Batu

Gajah)

yang

meminta

agar

kerajaan

segera

mempertimbangkan untuk menghentikan program tersebut serta merta.Hal ini


berdasarkan kepada alasan di mana telah berlakunya kekerapan kematian,
masalah kesihatan dan keselamatan di kalangan pelatih PLKN. Menurut Fong
lagi usul ini amat penting kerana ianya melibatkan persoalan nyawa dan
keselamatan golongan pelatih tersebut (www.suarakeadilan.com/sk/beritautama/2008/05/879) . Tambahan pula, mengikut statistik, sehigga kini 16
kematian pelatih telah direkodkan berlaku sepanjang program latihan ini

11

dijalankan. Maka, dengan itu menjadi satu lagi cabaran kepada kerajaan untuk
meyakinkan rakyat bahawa program ini membawa kebaikan kepada negara
dari segala segi seperti memupuk perpaduan , pertahanan negara, dan juga
sebagai salah satu proses menerapkan semangat patriotik dalam kalangan belia
mendedahkan ilmu mempertahankan diri, dan juga sangat membantu negara

12

3.0 PENUTUP

Negara Malaysia sebuah negara yang aman damai disamping penduduknya yang
berbilang kaum. Keadaan ini dapat dikekalkan kerana berlakunya toleransi antara
kaum utama terbesar dinegara kita iaitu Melayu Cina dan India. Justeru itu, kita
seharusnya bersyukur dengan keamanan dan keharmonian di mana kita boleh duduk
bersama serta berbincang tanpa ada rasa perbezaan antara satu sama lain.
Persefahaman yang telah berjaya dicapai ini perlu dikekalkan supaya tiada perasaan
curiga antara kaum kerana ia akan menjejaskan serta merosakkan semangat kejiranan
yang telah terjalin sejak sekian lama.

Isu-isu yang berkaitan dengan perpaduan kaum kerap dibincangkan dalam surat
khabar dan televisyen. Hal ini kerana rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagal kaum
dan agama. Terdapat beberapa kebaikan perpaduan kaum kepada masyarakat dan
negara. Antara kebaikan perpaduan kaum ialah masyarakat dapat hidup dalam
keadaan aman dan damai. Keadaan masyarakat yang aman dan damai ini
membolehkan aktiviti harian berjalan dengan baik. Masyarakat pelbagai kaum boleh
melakukan aktiviti keagamaan dengan bebas dan lancar.

Selain itu, perpaduan kaum akan menjadikan negara aman dan tenteram di mana
keadaan

ini

membolehkan

pihak

kerajaan

merancang

dan

melaksanakan

pembangunkan dengan lancer untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. Antara manfaat
lain perpaduan kaum ialah pihak kerajaan boleh memajukan sektor pelancongan
13

negara. Keadaan negara yang aman dan damai akan menarik lebih ramai pelancong
asing datang ke Malaysia. Kehadiran pelancong asing ini akan memberikan peluang
pekerjaan kepada rakyat. Peluang pekerjaan ini akan menjana sumber pendapatan
bagi menyara hidup dan meningkatkan taraf ekonomi rakyat.

Di samping itu, perpaduan kaum juga akan menarik pelabur asing untuk datang
melabur di Malaysia. Pelabur asing yakin untuk melabur kerana negara kita berada
dalam keadaan aman dan damai. Kedatangan pelabur asing ini juga akan membuka
peluang pekerjaan kepada rakyat dan akan meningkatkan pendapatan negara.

Perpaduan kaum juga akan menaikkan imej negara di mata negara lain. Perpaduan
kaum membuktikan bahawa pemimpin Malaysia dapat memerintah dengan balk.
Terdapat beberapa negara yang ingin mencontohi negara Malaysia dalam mentadbir
negara. Selain itu, perpaduan kaum yang terdapat di Malaysia telah membolehkan
Malaysia terpilih sebagal pengerusi bagi beberapa pertubuhan antarabangsa.

Secara keseluruhanya, pihak kerajaan telah melakukan pelbagai usaha dalam


mengekalkan perpaduan kaum di Negara Malaysia tercinta ini. Sehubungan itu,kita
sebagai rakyat Malaysia seharusnya bersyukur dengan keamanan yang berjaya kita
kecapi hari ini di samping dapat mengekalkan keharmonian antara kaum yang
berbilang bangsa di mana kita hidup dalam sebuah komuniti. Oleh demikian,
walaupun ada perbezaan ideologi politik,kita haruslah mengawalnya supaya tidak

14

menjadi tegang serta menjaga hubungan baik sesama masyarakat dengan


keharmonian yang telah terbina sekian lama.

15

RUJUKAN
Abdul Rashid (2008). Individu, Kepimpinan dan Budaya: Tiga faktor yang
menjejaskan perlaksanaan Integriti. Retrieved 0ctober 28, 2013 from
http://kiasan.blogspot.com/2008/05/individu-kepimpinan-dan-budaya-tiga.html
Azizi Yahaya & Amir Hamzah Abdul Sanif Sapaat (n.d.). Sekolah Wawasan: Sejauh
manakah ia mampu melahirkan generasi bersatu padu di masa akan datang.
Retrieved October 28, 2013 from
http://eprints.utm.my/2291/1/Aziziyahaya__sekolah_Wawasan.pdf
Dasar Pembangunan Belia Negara (2013) Retrieved October 28, 2013 from
http://www.kbs.gov.my/dokumen2011/belia/Dasar%20Pembangunan%20Belia
%20Negara.pdf
Pelan tindakan perpaduan dan integrasi nasional dikaji semula (2013) Retrieved
November 1, 2013 from http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?
id=425830
Pelan Integriti Nasional: Edisi Ringkas (2006, January) Retrieved October 29, 2013
from http://www.moa.gov.my/documents/10157/3f63ccea-c336-4f7f-8958bf486c08836e

16

Вам также может понравиться